Anda di halaman 1dari 17

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SCIENCE FOR YOUNG CHILDREN


(KAK3023)

TUGASAN BERKUMPULAN:
PROJEK STEM “MAZE BALL”

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO MATRIK
NUR AUJI BINTI MOHD RAZALI D20182085970
NUR ANIS ALYANY BINTI ABDUL D20182085988
HALIM
NURUL AIDA BINTI MOHMAD AZIZ D20182085944
NUR AIN SYAFINAZ BT MOHD SABDI D20171078480

TARIKH PENGHANTARAN:
17 JULAI 2020

NAMA PENSYARAH:

PROFESOR MADYA DR. ROSNIDAR BINTI MANSOR

1
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN


i. PENGENALAN 3
ii. PENERANGAN KANDUNGAN STEM DALAM AKTIVITI 3-5

iii. PANDUAN GURU BERDASARKAN FASA “INQUIRY” 6-9


iv. FIGURATIVE LANGUAGE 10
v. AKTIVITI PELAJAR 11-12
vi. PENILAIAN PELAJAR 13-14
vii. LANGKAH-LANGKAH DAN HASIL PROJEK STEM 15
viii. KESIMPULAN 16

i. PENGENALAN

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Engineering dan

Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar guruan dan pilihan

kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. STEM

2
diperlukan bagi memastikan pelajar dapat berfikir dengan lebih kritis dan inovatif untuk

menyelesaikan masalah dan cabaran dunia luar apabila terlibat dalam bidang pekerjaan.

Kurikulum STEM mengabungkan keempat-empat disiplin tersebut dan menggalakkan

pengalaman hands-on serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan dalam bilik

darjah pengetahuan "dunia sebenar" yang relevan.

ii. PENERANGAN KANDUNGAN STEM DALAM AKTIVITI

Aktiviti yang dicipta adalah “Maze Ball” di mana kanak-kanak perlu menjatuhkan bola ke dalam

halangan yang dibina. Aktiviti yang dicipta mempunyai perkaitan dengan STEM iaitu Science,

Technology, Engineering, Mathematics.

Science

 Permainan “Maze Ball” ini membolehkan kanak-kanak membuat inferens, meramal dan

juga membolehkan kanak-kanak berkomunikasi.

 Membuat inferens

- Kanak-kanak membuat andaian yang mudah dan munasabah berdasarkan

pemerhatian. Melalui permainan ini, kanak-kanak akan membuat andaian tentang

apa yang mereka akan lakukan dengan papan permainan tersebut. Contohnya,

kanak-kanak memberitahu guru bahawa bola digunakan untuk dijadikan bola dan

diletakkan ke dalam papan permainan.

 Meramal

- Kanak-kanak membuat ramalan apa yang akan berlaku berdasarkan aktiviti yang

dijalankan. Melalui pemerhatian yang dilakukan, mereka dapat meramal aktiviti

3
yang dilakukan dengan alat bantu mengajar yang disediakan. Kanak-kanak juga

dapat meramal bagaimana permainan itu dijalankan. Seperti contoh, kanak-kanak

dapat menjangkakan bahawa bola akan jatuh ke dalam gol yang disediakan di

bawah.

 Berkomunikasi

- Menerangkan pemerhatian melalui hasil kerja atau lisan. Mereka dapat

membandingkan pemerhatian antara satu sama lain secara lisan. Contohnya,

mereka memberitahu bahawa bola tidak akan jatuh ke bawah. Ada juga

memberitahu bahawa bola akan jatuh ke dalam gol. Mereka menyuarakan

pendapat yang berbeza antara mereka.

Technology

 Permainan ini juga mengandungi unsur teknologi di mana ianya menggunakan barangan

terpakai yang boleh dikitar semula dan dijadikan sesuatu yang boleh diguna pakai

semula.

 Unsur teknologi dapat dilihat di mana guru dan kanak-kanak menggunakan bahan kitar

semula dan diubah menjadi satu projek yang baru.

 Permainan ini dapat membantu kanak-kanak belajar mengenai cara menghasilkan

permainan atau objek dengan menggunakan bahan yang mudah untuk didapati.

Engineering

 Unsur kejuruteraan di sini membawa maksud kepada ciptaan yang baru yang boleh

dilakukan bersama dengan kanak-kanak

4
 Kejuruteraan yang dikaitkan adalah bagaimana kotak yang boleh dibuang atau sudah

tidak digunakan boleh diubah suai menjadi satu alat permainan yang dapat membantu

perkembangan kanak-kanak di samping membantu kanak-kanak meneroka.

 Seperti contoh, menggunakan kotak untuk membuat papan permainan, kemudian

menggunakan kotak juga untuk membuat halangan bola.

Mathematics

 Projek permainan yang dihasilkan membantu kanak-kanak dalam proses Matematik di

mana mereka akan mengira berapa bilangan bola yang dijatuhkan ke dalam halangan

yang dibuat.

 Mereka juga akan mengira berapa kali jumlah bola yang berjaya dimasukkan ke dalam

gol.

 Permainan “Maze Ball” ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran

mengira mereka. Seperti mengira bilangan bola yang jatuh ke dalam gol dan bilangan

bola yang tidak berjaya masuk ke dalam gol.

 Selain daripada mengira jumlah bola, permainan ini juga membantu kanak-kanak untuk

berfikir bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah di mana mereka perlu memikirkan

cara bagaimana mereka perlu membawa bola tersebut ke dalam gol di bawah dengan

menempuh pelbagai halangan yang ada.

 Permainan ini sesuai untuk melatih kanak-kanak berfikir dan juga mengira dan menyebut

nombor.

iii. PANDUAN GURU BERDASARKAN FASA “INQUIRY”

Fasa Panduan
Tanya - Guru bertanya kanak-kanak mengenai permainan yang

5
ditunjukkan kepada mereka.

- Guru bertanya kanak-kanak tentang andaian atau ramalan yang

dilakukan oleh kanak-kanak setelah membuat pemerhatian

kepada permainan yang dihasilkan.Contohnya, guru bertanya

“Adakah bola yang dijatuhkan akan masuk ke dalam gol? “atau”

Adakah bola akan jatuh ke dalam gol dengan mudah?”

- Guru juga boleh bertanya tentang pemerhatian yang dibuat oleh

kanak-kanak yang berlainan supaya mereka dapat membezakan

pendapat masing-masing. Contohnya, “Bagaimana bola boleh

masuk ke dalam gol?”.


Siasat - Guru memberikan masa kepada kanak-kanak untuk membuat

pemerhatian kepada projek yang dilaksanakan.

- Guru meletakkan permainan di atas meja

- Kanak-kanak memegang dan melihat permainan yang

ditunjukkan oleh guru.

-Kanak-kanak meneroka cara bermain dengan meneka apa yang

perlu dilakukan dengan bola.

- Projek yang dilaksanakan diberikan kepada kanak-kanak

supaya mereka dapat melihat, menyentuh dan dapat membuat

kesimpulan awal tentang permainan.

- Contohnya, kanak-kanak diberi peluang untuk memegang bola

dan papan permainan.

- Di sini, guru juga boleh bertanya kepada kanak-kanak tentang

apa yang mereka lihat secara lisan.

6
Cipta - Guru meminta kanak-kanak untuk melihat papan permainan

tersebut untuk membuat andaian tentang cara permainan.

- Guru memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memikirkan

cara bagaimana untuk memastikan bola yang dijatuhkan itu

sampai ke dalam gol.

- Guru menerangkan kepada kanak-kanak tentang bagaimana

permaian itu dicipta.

- Guru mengambil kotak terpakai dan memotong kotak tersebut

kepada bentuk segi empat sama dan membuat penghadang di

bahagian tepi.

- Kemudian, guru memotong kotak dalam bentuk yang kecil

untuk dijadikan penghalang di dalamnya.

- Selepas itu, guru melekatkan halangan di dalam kotak

menggunakan gam.

- Setelah selesai melekatkan halangan, guru memotong bahagian

atas sedikit untuk dijadikan tempat memasukkan bola dan juga

memotong di bahagian bawah untuk dijadikan gawang gol.

- Kemudian, guru mengambil kertas aluminium dan dijadikan

bentuk bulat untuk menjadi bola.

- Selepas itu, guru membantu kanak-kanak untuk meneroka

pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah seperti bagaimana

mereka perlu jatuhkan bola ke dalam gol.

- Kanak-kanak menyelesaikan halangan yang dihadapi dengan

7
pantauan guru.
Bincang - Permainan ini membolehkan kanak-kanak untuk berbincang

antara satu sama lain.

- Guru perlu membimbing kanak-kanak dalam menyelesaikan

masalah.

- Guru boleh menimbulkan pelbagai persoalan kepada kanak-

kanak untuk meningkatkan keinginan kanak-kanak untuk

mengetahui sesuatu.

- Seperti contoh, guru bertanya mengenai bagaimana bola boleh

dibawa ke bawah sehingga bola jatuh ke dalam gol.

- Kanak-kanak diberi peluang untuk berbincang dan memikirkan

jalan keluar untuk permainan yang dicipta.

- Kanak-kanak saling memberikan idea yang berlainan seperti

menggoyangkan papan permainan, meletakkan papan secara

menegak supaya bola boleh jatuh dan sebagainya.


Refleksi - Guru mengimbas kembali aktiviti yang dijalankan bersama

pelajar seperti bertanya kembali permainan yang dimainkan.

- Guru juga bertanya, “Bagaimana kamu bekerjasama untuk

membawa bola jatuh ke bawah?”

-Kanak-kanak kemudian menjawab soalan guru dengan pelbagai

jawapan seperti, “Menggoyangkan papan permainan.”, “Bawa

bola rentas halangan dengan berhati-hati.” dan sebagainya.

- Guru memberitahu kanak-kanak bahawa aktiviti yang

dilakukan itu mampu untuk membuat kanak-kanak bekerjasama

8
untuk berfikir cara untuk merentasi halangan yang dilakukan

bersama-sama. Mereka juga dapat melatih kemahiran berfikir

mereka.

9
iv. FIGURATIVE LANGUAGE

10
v. AKTIVITI PELAJAR

Berdasarkan projek STEM yang kami lakukan iaitu “Maze Ball” ialah dimana kanak-kanak

boleh berfikir secara luar kotak atau luar pemikiran bagaimana hendak menggunakan barang atau

benda yang boleh dikitar semula. Sebagai contohnya, bahan-bahan yang digunakan untuk

mencipta “Maze Ball” ini ialah seperti kotak, pembalut kertas, plastic dan sebagainya. Oleh itu,

dengan bahan-bahan yang seperti kotak, kanak-kanak boleh mencipta pelbagai objek seperti

permainan atau bahan utama untuk mencipta sesuatu projek. Dengan cara ini, dapat membantu

kanak-kanak meningkatkan perkembangan daya kreativiti mereka disamping memberikan

peluang untuk mereka memikirkan atau lebih menggunakan daya kognitif kanak-kanak dalam

menyelesaikan sesuatu perkara. Kanak-kanak akan berfikir bagaimana daripada kotak boleh

mecipta permainan atau objek yang lain. Kanak-kanak sukakan kreativiti, maka mereka akan

lebih rasa seronok untuk melaksanakan aktiviti serta lebih mudah untuk fahami sesuatu

pembelajaran dengan kepelbagaian kreativiti yang ada.

Selain itu, melalui projek STEM yang kami cipta melalui “Maze Ball” ini dapat juga mengajar

dan mendidik kanak-kanak untuk menanam sikap mencintai alam sekitar dalam kehidupannya.

Dimana, dengan kepelbagaian bahan-bahan utama yang digunakan dalam projek ini, dapat

memberikan kesedaran kepada kanak-kanak bahawa penjagaan alam sekitar disekeliling kita

amat penting dan sudah menjadi tanggungjawab diri sendiri untuk menjaga dengan baik dengan

kurniaan Alam yang Tuhan telah ciptakan. Sebagai contohnya, kanak-kanak akan pelajari

bahawa kotak yang terpakai, plastik yang telah digunakan dan dipakai, kertas dan sebagainya

boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan semulajadi dan boleh mendapat sumber pendapatan

kepada orang lain. Dengan projek yang kami ciptakan ini, bukan sahaja memberi keseronokan

kepada kanak-kanak, malah dapat memberi penilaian positif dalam diri kanak-kanak untuk

11
digunakan pada masa hadapan supaya mereka menjadi seorang pelajar dan insan yang tidak

mendorong kepada melakukan perkara yang tidak baik dan memandang rendah pada masyarakat

terhadap nilai dan sikap mereka.

Oleh itu, projek STEM ini serba sedikit memberikan tindak balas yang positif pada kanak-kanak

tentang aktiviti yang baharu dan pelbagai fungsi atau kepentingan dalam projek yang kami

ciptakan selain mereka dapat meneroka aktiviti ini dengan baik.

12
vi. PENILAIAN PELAJAR

Penilaian pelajar ini digunakan atau dilaksanakan untuk menilai sejauh mana tahap

perkembangan atau pemahaman kanak-kanak terhadap projek STEM yang kami cipta iaitu

“Maze Ball”. Di sini kami sertakan lembaran kerja bagi pengukuhan positif bagi meningkatkan

kefahaman kanak-kanak melalui apa yang mereka perolehi sepanjang menjalankan projek STEM

ini bersama kami.

ARAHAN:

Melalui bahan-bahan utama dari projek STEM “Maze Ball” ini iaitu kotak, plastik lutsinar, dan
G lidi, kanak-kanak perlu membina atau mencipta objek melalui bahan-bahan tersebut
juga
mengikut kreativiti kanak-kanak.

CONTOH: “KOTAK” = Mencipta kereta daripada kotak

13
ARAHAN:

Bulatkan bahan-bahan utama yang digunakan dalam projek “Maze Ball”.

14
vii. LANGKAH-LANGKAH DAN HASIL PROJEK STEM

15
viii.
KESIMPULAN
16
Cabaran pendidikan dalam kemahiran abad ke-21 saat ini, menjadikan sekolah perlu berfikir

secara maju dan global supaya tidak ketinggalan jauh dengan negara lain. Cabaran tersebut

menggalakkan guru supaya meningkatkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran STEM.

Berdasarkan kajian-kajian lepas dapat disimpulkan bahawa kualiti guru terhadap pengajaran

STEM saat ini perlu ditingkatkan, salah satunya adalah memahirkan pengajaran STEM secara

bersepadu. Selain itu, pemerintah harus memperhatikan dan memberikan sokongan secara

berterusan supaya kurikulum penyepaduan STEM dapat berjalan sesuai harapan, sehingga dapat

mencipta generasi penerus bangsa yang bertanggungjawab memajukan matlamat dalam

pendidikan. Dalam memenuhi kualiti guru dalam pembelajaran STEM perlu dilakukan

pembangunan kurikulum yang lebih baik, akses pembentukan guru berkualiti, metode atau

strategi pengajaran di kelas, perolehan program rutin secara komitmen di sekolah, serta

pembangunan sokongan bagi bakal-bakal guru dalam mempersiapkan pembelajaran STEM.

Oleh itu, walaupun pelbagai cabaran yang kami hadapi untuk melaksanakan projek STEM pada

musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akan tetapi kami berjaya menghasilkan projek ini

dengan baik dan membawa kata sepakat untuk mencipta projek STEM iaitu “Maze Ball” ini

dengan pelbagai fungsi yang kanak-kanak perolehi dari projek ini disamping dapat seimbangkan

kelima-lima perkara dalam STEM iaitu Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik.

17

Anda mungkin juga menyukai