Anda di halaman 1dari 1

BAB 1

Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi. Raja Kida
Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain. Kemudian Raja Iskandar Zul-
Karnain berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi dan mendapat
seorang anak bernama Raja Aristun Syah. Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar Zul-
Karnain memerintah negeri Amdan Negara dan baginda ingin menyerang China untuk
meluaskan jajahan takluknya. Raja Suran sampai ke Gangga Negara dalam perjalanannya ke
China dan telah berjaya menewaskan Raja Gangga Syah Johan dan baginda berkahwin
dengan Puteri Dara Segangga. Setelah itu, Raja Suran sampai di negeri Langgiu dan baginda
telah menewaskan Raja Chulan. Raja Suran kemudiannya mengahwini pula Puteri Onang
Kiu. Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang China telah membuat muslihat dengan
menghantar orang-orang tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat
dengan sebuah kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China.
Raja Suran turun ke laut dan apabila sampai di bumi Dika maka baginda berkahwin dengan
Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja Aktabu'l-Ard. Raja Suran dikurniakan tiga orang anak
dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dan telah mewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar
anak-anaknya ke dunia apabila dewasa. Setelah itu, maka Raja Suran kembali ke dunia
dengan kuda semberani jantan.

Anda mungkin juga menyukai