Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

Sistem pernomboran merupakan salah satu sistem yang penting dan seringkali
diguna pakai kehidupan seharian. Sistem pernomboran ini telah diperkenalkan oleh
para pemikir dan ilmuwan sejak zaman dahulu dan telah berkembang dan berubah
mengikut peredaran masa. Pada zaman dahulu, setiap masyarakat mempunyai sistem
pernomboran yang tersendiri. Namun, bagi menyeragamkan kehidupan manusia yang
majmuk di muka bumi ini, hanya satu sistem pernomboran yang terus diguna pakai
sehingga kini.

Sistem pernomboran bukan sahaja telah membantu manusia manjalani


kehidupan malah telah membuatkan pemikiran manusia bertambah maju dan
seterusnya membantu membangunkan tahap pemikiran manusia. Selain itu juga,
sistem pernomboran juga telah membantu manusia untuk mengkaji sesuatu perkara
dengan lebih terperinci dan seterusnya dapat menghasilkan ciptaan baru yang dapat
membantu dari segi pembangunan kehidupan manusia.

Dalam tugasan pada kali ini kami dikehendaki untuk mengumpul maklumat
berkenaan dengan sistem pernomboran lama dan seterusnya mencipta satu sistem
pernomboran baru kepada penduduk masyarakat yang belum pernah mengenal
nombor dan masih menggunakan sistem barter dalam perdagangan.

Anda mungkin juga menyukai