Anda di halaman 1dari 7

Projek Mudah (Sejarah Tahun 6)

Tajuk : Sabah- Negeri di Bawah Bayu


SK (C) Cheng Min Sandakan

Nama Ahli Kumpulan


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Isi Kandungan

Bilangan Perkara Muka Surat


1. Isi Kandungan 2
2. Asal usul nama Sabah 3
3. Bendera Negeri Sabah 4
4. Jata Sabah 5
5. Lirik Lagu Sabah Tanah Airku 6

1
6. Warisan Sejarah Sabah 7
(Gua Gomantong)

Asal usul nama Sabah

Nama Sabah diperolehi daripada tanaman pisang yang dipanggil ‘Pisang


Saba’. Pada masa sekarang ‘Pisang Saba’ dikenali sebagai ‘Pisang Menurun’. Jenis
pisang ini biasa tumbuh di sepanjang pantai barat Sabah.

Dialek orang tempatan yang menyebut ‘saba’ seperti menyebut ‘Sabah’ telah
menyebabkan nama Sabah diperolehi. Selain itu, Menurut tulisan Empu Prapanca
tahun 1365 dalam bahasa Jawa kuno yang dikenali sebagai Nagarakretagama,
kawasan negeri Sabah juga dirujuk sebagai nama Selundang.

Nama Sabah pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh pedagang yang
mengembara di antara Pulau Sulu dan Brunei. Nama Sabah telah digunakan sejak
sebelum kedatangan Bristish ke Pulau Borneo lagi. Pihak British menukarkannya
sebagai Borneo Utara dan digunakan secara rasmi semenjak tahun 1881. Sabah
telah digunakan semula pada tahun 1963 setelah Sabah masuk ke dalam Malaysia.

2
Bendera Negeri Sabah

Bendera Sabah model terkini ini telah mula digunakan ketika hari Malaysia 16
September 1988 dengan berlatar belakangkan lukisan grafik Gunung Kinabalu.
Warna yang digunakan dalam bendera Sabah ini adalah terdiri dari warna biru tua,
biru muda, putih, biru cerah dan merah. 

Warna biru cerah digunakan disebelah sudut kanan dan berlatar belakang
lukisan Gunung Kinabalu yang berwarna biru tua manakala jalur bendera pula

3
menggunakan warna biru muda, warna putih dan warna merah.

Setiap warna yang digunakan di bendera Sabah membawa maksud yang


tersendiri iaitu :
 Biru Muda - Melambangkan keamanan dan kesejahteraan
 Biru Tua - Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama
 Biru Cerah - Melambangkan perpaduan dan kemakmuran
 Putih - Melambangkan kesucian dan keadila
 Merah - Melambangkan keberanian dan keyakinan

Manakala bagi lukisan grafik Gunung Kinabalu yang terdapat di bendera


Sabah pula ianya melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

Jata Sabah

Jata yang kini digunakan bagi negeri Sabah telah diperkenalkan secara rasmi
pada 16 September tahun 1988. Dua lengan yang memegang Bendera Sabah
melambangkan perpaduan dan harmoni antara pelbagai suku kaumnya ke arah
kemajuan dan kejayaan. Moto negeri "Sabah Maju Jaya", yang berarti "Jadikan
Sabah Makmur".

4
Latar belakang Gunung Kinabalu mewakili Negeri Sabah. Lima warna yang
berbeza mewakili lima  bahagian Negeri Sabah iaitu

 Warna biru Zirkon mewakili kedamaian dan ketenangan.


 Warna biru Ais merupakan perpaduan dan kemakmuran.
 Warna biru Diraja mewakili kekuatan dan harmoni.
 Warna putih mewakili kesucian dan keadilan.
 Warna merah cili mewakili keberanian dan tekad.

Lirik Lagu Sabah Tanah Airku

Sabah, tanah airku,


Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi, Semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.

Marilah bersama serta maju jaya,


Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka.

5
Warisan Sejarah Sabah - Gua Gomantong
Gua Gomantong terletak di dalam Hutan Simpan Gomantong Kelas VI (Hutan
Dara) dalam daerah Kinabatangan, Sandakan. Ianya merupakan bukit batu kapur
yang terbesar di daerah ini.

Gua Gomantong merupakan satu contoh kejayaan Kerajaan Negeri Sabah


menerusi Jabatan Hidupan Liar memastikan pemuliharaan dua spesis burung layang-
layang (walet), iaitu Aerodramus fuciphagus dan Aeordramus maximus.

Gua Gomantong ditemui pada 1782 dan C. Bamfyles menyatakan bahawa


Pengiran Sandukung adalah orang yang pertama menjalankan aktiviti memungut
sarang burung di gua itu. Surat Keith H.G. kepada Gabenor Jeselton pada 31 Mac
1949, menjelaskan bahawa sebelum The North Borneo British Chartered Company
mengambil alih pentadbiran di Sandakan, Gua Gomantong merupakan hak mutlak
dan di bawah kawalan Pengiran Digadong Samah . Pengiran Ebey merupakan
pemilik terakhir yang telah terkorban semasa menentang pentadbiran kolonial
British.

6
Sebahagian besar sarang burung walet dieksport ke Hong Kong, China,
sebagai bahan asas minuman berkhasiat. Minuman ini dipercayai berupaya
menambah nutrisi dalam menu sajian harian.

Anda mungkin juga menyukai