Anda di halaman 1dari 39

TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 82

PENCEMARAN
UNIT 4 HINGAR

Objektif Am: Memahami dan mempelajari pencemaran hingar.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda akan dapat ;

 Ciri gelombang hingar

 Kenyaringan dan anggul

 Unit pengukuran

 Meter pengukuran

 Kesan pencemaran hingar

 Kaedah penebatan pencemaran hingar

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 83

INPUT

4.0 PENGENALAN

MASALAH PENCEMARAN BUNYI BISING INI KURANG


MENDAPAT PERHATIAN SAMA ADA DARI ORANG AWAM
ATAU PIHAK BERKUASA KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT:

 Tidak semua individu menganggap sesuatu bunyi itu


membisingkan, malahan mungkin bunyi yang dianggap
bising oleh sesetengah pihak merupakan keperluan bagi
pihak yang lain.

 Bunyi bising berlaku hanya untuk jangka masa yang


pendek (hanya beberapa minit atau beberapa jam) jika
dibandingkan dengan pencemaran air dan udara yang
berlaku untuk jangkamasa panjang atau berterusan.

 Kesan fisiologi atau psikologi yang disebabkan oleh


pencemaran bunyi bising berlaku secara beransur-ansur
dan mengambil masa bertahun-tahun. Oleh itu agak sukar
pihak yang terlibat untuk mengaitkan kesan yang dialami
dengan masalah bunyi bising.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 84

DEFINASI PENCEMARAN HINGAR

Cuba anda fikirkan apa yang


dikatakan hingar? Adakah
hingar dan bunyi itu adalah
perkara yang sama?
Bagaimana pula dengan
pencemaran hingar?

KAMUS FAJAR
Pencemaran : Perbuatan / perkara yang mencemarkan
Bunyi : Sesuatu yang dapat didengar dan dapat disukat kuat / lemahnya
dengan menggunakan alat khas

KAMUS PELAJAR

Pencemaran : Perihal mencemari atau mencemarkan

Bunyi : Sesuatu yang dapat didengar selain suara manusia


seperti enjin kapal terbang dan sebagainya

PENCEMARAN BUNYI BISING


Suatu bunyi,tanpa mengira magnitudnya, yang memberi kesan fisiologi atau
psikologi yang tidak diingini pada seseorang individudan mengganggu keperluan
sosial individu tersebut.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 85

Jangan malu tentang pendapat anda tentang


sesuatu bunyi. Kadang-kadang muzik itu
menenangkan,kadang-kadang
memeningkan…bagaimana pula dengan
rakan anda yang lain…..

4.1 CIRI GELOMBANG BUNYI

TIGA faktor akan menentukan sama ada sesuatu yang kita dengar itu bunyi
bising atau tidak. Faktor-faktor tersebut adalah:-

 Magnitud atau kuantiti bunyi


 Kualiti bunyi
 Atitud pendengar atau penerima terhadap bunyi

Atitud pendengar / penerima pula akan berubah-ubah bergantung kepada


masa dan keadaan. Oleh itu bunyi yang mempunyai kuantiti dan kualiti yang
sama boleh jadi diperlukan pada hari siang hari tetapi dianggap mengganggu
pada waktu malam.

Contohnya; sebuah lagu mungkin sedap didengar sewaktu kita berada di dalam kereta,
tetapi jika lagu yang sama dimainkan pada tahap yang sama pada waktu malam ianya
dianggap mengganggu kerana atitud kita sudah berubah.

4.1.1 PENGKELASAN BUNYI

Bunyi terbahagi kepada 2 bahagian;iaitu muzik dan hingar. Bunyi muzik yang
terdiri daripada frekuensi-frekuensi yang ada hubungan antara satu sama lain
& kita mengesan suatu keseragaman dalam bunyi itu. Bunyi hingar yang

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 86

terdiri daripada frekuensi-frekuensi yang ada hubungan antara satu sama lain
& kita mengesan suatu keseragaman dalam bunyi itu.

Nada bunyi muzik

Jarak, m

Masa, s

Nada bunyi hingar

Jarak, m

Masa, s

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 87

4.1.2 KONSEP BUNYI

Bunyi yang terhasil dari getaran objek yang menghasilkan gelombang


mekanik melalui satu medium berjirim seperti gas, cecair ataupun pepejal.

4.1.3 PRINSIP BUNYI

Apabila kon bergetar kehadapan, molekul-molekul udara didepannya


dimampatkan. Apabila kon bergetar ke belakang, molekul-molekul udara
di depannya direnggangkan. Suatu siri mampatan & regangan molekul
dihasilkan.

4.1.4 HALAJU BUNYI

Kelajuan bunyi adalah bergantung kepada suhu gas dan jisim molekul gas.
Jika suhu tinggi, halaju bunyi tinggi. Pada suhu yang sama, halaju bunyi tinggi
jika jisim molekul gas rendah. Halaju bunyi lebih tinggi dalam cecair & pepejal
berbanding gas kerana kedudukan molekul-molekul cecair dan pepejal lebih
rapat berbanding molekul-molekul dalam gas.

Rumus halaju bunyi; V = f λ

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 88

4.1.5 Panjang gelombang

Panjang gelombang, λ ialah jarak antara dua titik berturutan yang bergetar
sefasa, contohnya; jarak antara dua puncak berturutan / jarak antara 2
lembangan / keadaan yang sama

Rumus panjang gelombang, λ

4.1.6 Frekuensi bunyi,f


Frekuensi bunyi,f ialah bilangan getaran lengkap yang dibuat suatu jasad
yang bergetar dalam masa satu saat. Unit bagi frekuensi = hertz (Hz)

Frekuensi = Bilangan getaran yang lengkap


Masa yang diambil

4.1.7 Amplitud,A
Amplitud ialah sesaran maksimum suatu jasad dari kedudukan
keseimbangannya.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 89

4.2 KENYARINGAN DAN ANGGUL

Suatu nada muzik ialah suatu bunyi yang mempunyai frekuensi yang
tertentu. Bunyi yang frekuensi tidak seragam menyebabkan bunyi bising. Ciri-
ciri bagi suatu nada muzik ialah kenyaringan dan kelangsingan.

4.2.1 Kenyaringan Bunyi

Kenyaringan suatu gelombang bunyi bergantung kepada kadar


pemindahan tenaga tentu melalui seunit luas yang berserenjang kepada
arah perambatan gelombang itu.Kenyaringan bunyi berkadar langsung
dengan kuasa & amplitud.

Contoh :- petikan gitar lebih kuat ( amplitud lebih besar ) menghasilkan


bunyi yang lebih kuat kenyaringannya dan didengar sebagai bunyi lebih
kuat.

Amplitud rendah,
kenyaringan rendah

Amplitud tinggi,
kenyaringan tinggi

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 90

4.2.2 Kelangsingan bunyi

Kelangsingan bunyi bergantung kepada frekuensi gelombang


bunyi. Bunyi lebih tinggi frekuensinya mempunyai kelangsingan yang
tinggi.

Frekuensi tinggi,
kelangsingan tinggi

Frekuensi rendah,
kelangsingan rendah

4.2.3 Jenis Kebisingan


Kebisingan terdiri dari 4 jenis iaitu kebisingan selanjar, kebisingan
fluktuasi, bunyi hentaman / impuls dan kebisingan selang seli.

4.2.3.1 Kebisingan selanjar


Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel dan
kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang
berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 91

4 . 2 . 3 . 2 Kebisingan fl uktasi
Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terletak
antara puncak yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang
bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar.
Getaran gelombang pula adalah sekitar 3dB sahaja. Contoh: bunyi
kenderaan, orang sedang bercakap.

4 . 2 . 3 . 3 Hentakan impuls
Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh
y a n g s i n g k a t . C o n t o h : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda
yang keras. Pada kebiasaannya, tahapini getaran gelombang akan
memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini itensiti bunyi
adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun. Akan t e t a p i
itensiti akan menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi
y a n g k u a t a k a n memberi kesan yang lama terhadap getaran.

4 . 2 . 3 . 4 Kebisingan selang -seli


Kebisingan ini berlaku secara selang -seli. Ianya
d i h a s i l k a n a p a b i l a b u n y i b i s i n g apabila menjadi perlahan dan
kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh: Ketika seseorang
sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan
getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu diberhentikan.
Semasa gergajisedang ditarik, intensitinya akan meninggi pada
kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 92

4.2.4 PENGKELASAN BUNYI BISING


`Steady Wide Band Noise’
- Meliputi bunyi dengan batas ulangan yang luas
- Contoh : Mesin biasa, Keriuhan Di Pasar, Trafik
`Steady Narrow Band Noise’
- Tenaga bunyi tertumpu kepada ulangan tertentu.
- Contoh : Mesin Rumput, Gergaji Rantai, Pengetam
`Impact Noise’
- Bunyi tunggal yang pendek.
- Contoh : Letupan, Tembakan senjatapi.
`Repeated Impact Noise’
- Bunyi tunggal yang berulangan.
- Contoh : Memaku, Memahat.
`Intermittent Noise’
- Contoh : Pengangkutan Udara, Lalulintas.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 93

4.2.5 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGELUARAN BUNYI

i. Ulangan (Hz)
 Lebih tinggi ulangan maka lebih tinggi perasaan ketidakselesaan.
ii. Kekuatan Bunyi (dB)
 Lebih tinggi/kekuatan sesuatu bunyi , lebih tinggi pula kadar kacau
ganggu ke atas individu.
iii. Kekerapan Dan Tempoh
 Bunyi bising berterusan akan memberikan kacau ganggu dari
bunyi yang tidak kerap kedengaran.
iv. Keperluan
 Jika sesuatu bunyi dihasilkan difikirkan tidak perlu, ketidakselesaan
akan bertambah.
v. Kepekaan
 Kepekaan dan sikap atau perasaan seseorang terhadap bunyi
bising.

SKALA ARAS KUASA DAN KEKUATAN BUNYI

Kekuatan
Kuasa (Watt) Bunyi Punca
(decibel)
25,000,000 – 40,000,000 195 Roket
100,000 170 Kapal terbang jet yang hendak naik
10,000 160 Engin turbo jet
1,000 150 Kapal terbang berkipas empat
100 140 Orkestra besar
10 130 Organ paip
1 120 Piano
0.1 110 Radio yang kuat

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 94

0.01 100 Kenderaan di jalan


0.001 90 Pekikan suara
0.0001 80
Suara pada aras perbualan
0.00001 70
0.000001 60
Suara bisikan
0.0000001 30

4.2.6 Punca –punca bunyi


Punca bunyi yang menyumbang kepada pencemaran bunyi jika melebihi
tahap yang boleh diterima oleh penerima adalah seperti berikut:-

i. Bunyi kenderaan
ii. Aktiviti perindustrian
iii. Aktiviti sosial
iv. Aktiviti pembinaan
v. Kerja kuari
vi. Aktiviti domestik

4.2.6.1 Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah


pencemaran ini. Kenderaan terdiri daripada kenderaan di darat, udara
dan air.
 Udara - Kapalterbang, jet,
 Darat - Keretapi, kereta, lori, bas, motosikal
 Air - Kapal, Bot

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 95

Fakta tentang Kajian Kesan Lalu lintas

Kajian Jabatan Alam Sekitar Malaysia mendapati punca utama


bunyi di bandar-bandar utama di Malaysia adalah daripada lalu
lintas.Purata bunyi lalu lintas di bandar-bandar utama di
Semenanjung Malaysia adalah 71.6 dBA pada siang hari dan 70.4
dBA pada malam hari.

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi bunyi lalu


lintas, antaranya ialah:

(a) Permukaan jalan & jenis jalan


 Jalan yang diperbuat daripada konkrit memberikan kesan
bunyi 5 dBA lebih daripada jalan aspal. Permukaan jalan
basah juga akan memberikan kesan yang lebih bising
berbanding dengan permukaan jalan yang kering.

(b) Kelajuan kenderaan


 Kadar hasilan bunyi berkadar terus dengan kelajuan sesebuah
kenderaan. Kajian di Kanada mendapati kenderaan yang
dipandu pada kelajuan 63 - 67 kmj-1 memberikan mengeluarkan
bunyi sebanyak 67 dBA dan meningkat kepada 73 dBA apabila
kelajuannya 100 - 110 kmj-1

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 96

(c) Nisbah laluan lori


 Kadar hasilan bunyi juga berkadar terus dengan kuantiti lori
yang melalui sesuatu jalan. Hal ini terjadi disebabkan lori
merupakan kenderaan terbising di jalan raya.

(d) Kecerunan dan persimpangan jalan


 Kajian di Sweden menunjukkan 5% kecerunan jalan
menyumbang kepada peningkatan paras bunyi sebanyak 4
dBA, terutamanya apabila lori melalui kecerunan tersebut. Bagi
persimpangan jalan yang mempunyai lampu isyarat pula,
peningkatan paras bising didapati berlaku antara 3 - 5 dBA.

(e) Keadaan cuaca


 Faktor cuaca bergantung kepada keadaan suhu dan angin.
Kajian menunjukkan suhu boleh memberikan perubahan yang
besar kepada kekuatan bunyi sehingga 20 dBA (maksimum)
dan angin pula sehingga 30 dBA.

(f) Pembalikan pada bangunan


 Pembalikan bunyi bertentangan dengan arah puncanya terjadi
disebabkan setiap permukaan tidak mampu menyerap ke
semua gelombang bunyi. Dinding atau bangunan yang
didirikan berhampiran jalan atau sumber bunyi didapati boleh
memberikan peningkatan paras bunyi sebanyak 3 dBA.
 Faktor-faktor lain seperti jenis & kuasa enjin, tayar, sistem
penyejukan & ekzos juga mempengaruhi bunyi yang
dikeluarkan oleh kenderaan.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 97

Kapal terbang
 Bunyi kapal terbang amat ketara bagi komuniti yang tinggal
berhampiran lapangan terbang. Bunyi kapal terbang bergantung
kepada jenisnya, kuasa enjin dan keadaan operasi di lapangan
terbang.

Keretapi
 Masalah bunyi sumber ini lebih ketara di kawasan-kawasan
tertentu sahaja, misalnya di kawasan luar bandar yang biasanya
terdapat landasan keretapi yang melaluinya. Punca utama bunyi
adalah daripada roda dan landasan keretapi. Bunyi juga berubah
mengikut jenis, struktur laluan dan kecerunan.Kelajuan keretapi
berkadar terus dengan bunyi, gandaan kelajuan akan meningkatkan
kebisingan sebanyak 6 dBA. Purata kelajuan yang meningkat
sebanyak 10 kmj-1 menghasilkan pertambahan bunyi daripada
roda keretapi sebanyak 2 dBA. Selain itu, bunyi juga berpunca
daripada isyarat wisel yang dikeluarkan oleh keretapi berkenaan.

4.2.6.2 Aktiviti perindustrian. Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan


jentera, mesin,kenderaan dsb
4.2.6.3 Aktiviti-aktiviti sosial dan rekreasi yang dijalankan di luar bangunan.
4.2.6.4 Aktiviti-aktiviti pembinaan terutama operasi penanaman cerucuk.
4.2.6.5 Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi. Bunyi berpunca dari
pemecahan batu, enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 98

4.3 Unit pengukuran


Tenaga bunyi diukur dalam unit disibel (dB).

4.4 Meter pengukuran


Meter pengukuran dijalankan bagi mendapatkan tenaga bunyi yang
terhasil. Prosider pengukuran adalah dilakukan dengan perhatian bagi
memastikan data yang didapati adalah menepati kehendak kajian yang
dijalankan.

4.4.1 Kaedah Pengukuran Bunyi


Terdapat 3 alat yang digunakan untuk mengukur paras kebisingan iaitu
meter paras bunyi (Sound Level Meter), penganalisa jalur oktaf dan dosimeter
untuk mengukur paras bunyi berterusan dan bunyi impuls .

i. Meter Arus Bunyi


 Mengukur tekanan bunyi
 Terdapat berbagai-bagai jenis mengikut ketepatan mengukur aras
bunyi
ii. Penganalisis Jalur Oktaf
 Mempunyai penapis elektronik yang membolehkan ia mengukur
intensiti bunyi pada jalur frekuensi yang dikehendaki
 Alat ini membolehkan kita mengetahui jalur frekuensi yang intensiti
bunyi mencapai maksima. Oleh itu langkah penurunan bising
senang dilakukan.
iii. Dosimeter
 Dosimeter digunakan untuk mengukur dos pendedahan pekerja di
dalam jangkamasa terentu.
 Ia sangat berguna untuk mengukur kebisingan yang sangat
berkfluktuasi (tidak tetap).

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 99

 Dosimeter akan mengintegrasikan semua bising di antara 80 – 130


dB(A).
 Dos yang diterima boleh ditukarkan kepada kebisingan berterusan
setara. Alat ini dipakai kepada pekerja semasa tersebut.

4.4.2 Meter Arus Bunyi

 Komponen asas ialah mikrofon, amplifier, penapis frekuensi dan


alat paparan
 Fungsi ialah menghasilkan satu jenis ketepatan untuk ukuran bunyi
bising dan analisis yang dijalankan adalah secara sistematik.
 Kebaikan ialah:-
 Alat mudah digunakan
 Senang & boleh di bawa ke mana-mana
 Boleh terus memaparkan data pada skrin
 Boleh menghasilkan graf setelah data diperolehi

 Kaedah Pengukuran
 Kedudukan kawasan kajian ditentukan dan dikenalpasti bagi
penentuan bacaan paras bunyi yang sesuai
 Membuat pengujian alat untuk tujuan kejituan bacaan
 Alat didirikan di atas tripod pad ketinggian 1.5m dari aras tanah.
Pastikan tiada sebarang objek berdekatan dengan alat.
Sekurang-kurangnya 2.5m dari alat. Alat model hendaklah
berkedudukan condong 450. Penapis digunakan untuk menutup
mikrofon bagi mengelakkan sebarang gangguan yang memberi
kesan kepada bacaan seperti angin dan habuk
 Bacaan disetkan untuk jangkamasa tertentu ( 1 jam )
 Bacaan diambil pada skrin alat
 Pengantaran data pada pencetak untuk proses keputusan.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 100

Balikan Bunyi Ketika Pengukuran

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 101

4.5 Kesan pencemaran hingar

Kebisingan yang melampau dari segi intensiti dan


j a n g k a m a s a y a n g p a n j a n g d a p a t memberi kesan negatif kepada
kesihatan manusia. Ia akan memberi impak kepadapendengaran manusia,
iaitu pekak dan pengurangan keupayaan pendengaran.

Definasi Saintifik

Signal yang tiada memberi apa-apa informasi dan kekuatannya berubah secara
mendadak dari masa ke semasa.

Definasi Biasa

Bunyi yang tidak disukai yang memberi ketidakselesaan.

4.5.1 PARAS BUNYI YANG DISARANKAN


Piawaian bunyi bising mempunyai hak-hak yang digubal berdasarkan
maklumat-maklumat saintifik untuk melindungi;
 Tahap kesihatan manusia
 Kebajikan
 Pendedahan kacau ganggu kepada komuniti
 Pengurangan gangguan bunyi bising ke tahap yang selamat

Paras bunyi yang disarankan oleh WHO

SEKTOR HAD BUNYI KESAN JIKA < DARI HAD BUNYI

Industri sektor 75 dB Risiko menghadapi masalah


pekerjaan (8 jam) pendengaran
Kampung /
Kawasan Bandar
Siang hari 55 dB Peningkatan gangguan

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 102

Malam hari 45 dB Kesukaran untuk tidur

Domestik / Dalam
Rumah
Siang hari 45 dB Kesukaran berbual
Malam hari 35 dB Kerap terjaga untuk tidur

4.5.2 Kesan Pencemaran Bunyi

KESAN BIOLOGI & PSIKOLOGI


 Gangguan Komunikasi
 Rasa kurang selesa untuk bercakap
 Mungkin salah tafsir arahan, ketidak sempurnaan dalam melakukan tugas
Contohnya;
Semasa sesi pembelajaran, mesyuarat, pengumuman, arahan,
perhimpunan

 Kesan Kepada Kesihatan


 Terbahagi kepada dua :
 Kesan Kepada Telinga (Auditory Effect)
 Kesan Kepada Telinga

a) Kesan Semerta
- Disebabkan bunyi yang kuat (>120 dB)
- Menyebabkan pecah selaput tympanum, kerosakan
tulang kecil pendengaran.
- Hilang pendengaran kekal.

b) Kesan Kronik
- Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat
(>85 dB - 5 tahun, > 8 jam sehari)
- Lebih tinggi frekuensi, kerosakan koklia tinggi

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 103

c) TTS (Temporary Threshold Shift)


- Threshold pendengaran tinggi semasa bekerja di tempat
bising.
- Kembali asal setelah 12 jam keluar dari suasana bising.

d) PTS(Permanent Threshold Shift)


- Pendedahan berulangan - threshold
- Pendengaran tidak kembali kepada ‘base line’
asal.

 Kesan Di Luar Telinga (Non Auditory Effect)

a) Kesan Fisiology
- Meningkatkan Tekanan darah melalui galakan ANS
(Autonomy Nerves System)
- Meningkatkan Pergerakan Otot.

b) Kesan Psychosomatic.
- Sakit Kepala, pening, loya, muntah
- Nystagmus (pergerakan mata tak dapat dikawal)

c) Kesan Pyscology
- Gangguan Percakapan
- Annoyance (Ketidakselesaan)
- Ulangan Tinggi, intensiti kuat
- Dipengaruhi oleh faktor lain- faktor fizikal, altitude.
- Kesan Tingkahlaku
- Mutu kerja dan kecekapan menurun.
- Keletihan
- Gangguan saraf dan ketegangan

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 104

d) Lain-lain
- Mudah marah
- Sering merasa cemas.

 Kesan Kepada Habiliti

Perasaan yang terganggu


Bunyi merupakan penyebab terjadinya sakit jiwa tetapi sukar
untuk meramalkan sifat dan tahap kesannya kerana setiap individu
mempunyai sifat dan tahap penerimaan yang berbeza. Gangguan ini
merupakan suatu konsep yang kompleks dan sukar untuk dikaitkan
dengan kepekaan seseorang kerana ia bergantung kepada
berbagai-bagai faktor seperti persekitaran, masa & jangka masa bunyi,
kebiasaan dan citarasa seseorang.

Gangguan tidur

Gangguan tidur bergantung kepada:

1) Rangsangan bunyi
 Jenis
 Kekuatan
 Tempoh masa
 Ulangan atau kekerapan
2) Tahap tidur
 Tidur nyenyak
 Tidur kurang nyenyak
3) Alam persekitaran
 Sifat individu
 Umur
 Kesihatan

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 105

KESAN TERHADAP EKONOMI


 Kesan Kepada Nilai Harta Benda
Penurunan nilai hartanah bagi kawasan yang berdekatan dengan
kawasan kilang & industri / jalanraya utama

HAD ARAS HINGAR YANG DAPAT DITERIMA

Bilik Tidur (Rumah Persendirian) 25dB


Bilik Tidur(rumah Pangsa) 30dB
Perumahan
Bilik Tidur (Hotel) 35dB
Bilik Tamu 40dB
Pejabat Persendirian 35-45dB
Bank 40-50dB
Bilik Mesyuarat 40-45dB
Perniagaan
Pejabat Am, Kedai, Stor 40-55dB
Restoran. 40-60dB
Kafetaria 50-60dB
Bilik Kuliah, Bilik Darjah 30-40dB
Pendidikan Bilik Belajar (Persendirian) 20-35dB
Perpustakaan 35-45dB
Wad Awam (Hospital) 25-35dB
Kesihatan Wad Persendirian (Hospital) 20-25dB
Bilik Bedah 25-30dB
Dewan Konsert 25-35dB
Auditorium Gereja 35-40dB
Bilik Mahkamah Bilik Persidangan 40-45dB

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 106

PERUNDANGAN BERKAITAN BUNYI DI MALAYSIA

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 107

4.6 Kaedah penebatan

4.6.1 Kawalan Ke Atas Sumber Pengeluar Bunyi

Kaedah ini merupakan cara kawalan paling berkesan. Apabila bunyi


sudah dibebaskan oleh sumber ke alam persekitaran, ia akan menjadi satu
masalah yang sukar dirawat.Kawalan kepada sumber boleh dilakukan dengan
dua cara:-

i. Mengubah suai ciri-ciri sumber serta pembinaan teknologi baru,


misalnya penciptaan minyak pelincir atau penggunaan
bahan-bahan yang dapat mengurangkan geseran dan
dengungan
ii. Menyediakan alat-alat yang dapat menyerap bunyi seperti
melingkungi sumber dengan bahan penyerap bunyi.

Kebiasaannya, pengurangan bunyi pada sumber adalah terhad


disebabkan oleh faktor ekonomi. Misalnya penciptaan teknologi baru bagi
tujuan mengurangkan bunyi memerlukan masa yang panjang dan kos yang
tinggi sehingga ekonomi tidak membenarkan lagi pengurangan bunyi
dibuat.

4.6.2 Kawalan Ke Atas Laluan Bunyi

Bunyi boleh dikurangkan jika laluan dan penyebarannya dihalang


oleh rintangan seperti tembok, tambakan tanah dan sebagainya. Ini adalah
kerana bunyi telah diserap atau ditapis dan diserakkan oleh hadangan
tersebut. Pembinaan tembok berupaya mengurangkan bunyi sebanyak 10 -
15 dBA. Prinsip kawalan kepada laluan dan penyebaran bunyi amat sesuai
digunakan dalam perancangan bandar bagi mengurangkan bunyi. Walau

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 108

bagaimanapun, faktor ketinggian, tebal dan jenis tembok yang digunakan


menentukan paras bunyi yang boleh dikurangkan.
Penurunan bunyi adalah berkadar terus dengan jarak sumber bunyi;
semakin jauh sumber bunyi, maka semakin berkurangan bunyi.

4.6.3 Kawalan Kepada Pendengar

Kawalan kepada pendengar bermaksud menghalang bunyi daripada


diterima oleh pendengarnya. Tindakan boleh diambil bagi pihak penerima
bunyi secara meletakkan penerima bunyi jauh dari sumber bunyi atau
meletakkan suatu penghalang bunyi di antaranya. Perancangan tapak dan
reka bentuk landskap yang baik amat sesuai dilakukan berdasarkan prinsip
ini seperti pelan susun atur, pendekatan seni taman dan perkawasan
aktiviti.
Penggunaan alat pelindung pendengaran juga berkesan bagi
mengurangkan masalah bunyi. Penutup telinga berupaya mengurangkan
bunyi sebanyak 50 dBA; sumbat gentian kaca dan span dapat
mengurangkan bunyi sebanyak 37 dBA.

4.6.4 Kaedah Perancangan Guna Tanah

Perancangan gunatanah atau lebih dikenali sebagai perancangan


bandar & wilayah ataupun perancangan fizikal adalah sebagai seni & sains
mengatur penggunaan tanah seperti penempatan bangunan, kawasan
industri, kawasan lapang serta laluan perhubungan bagi mencapai
keseimbangan yang optimum dari segi ekonomi, keselesaan & estetika.
Tujuan perancangan guna tanah ialah untuk mengarah pembangunan &
penggunaan tanah bagi memenuhi kebajikan ekonomi, sosial dan alam
sekitar.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 109

Perancangan guna tanah dibuat dalam dua bentuk iaitu:

 Perancangan berbentuk penggubalan polisi melalui


pembentukan rancangan pembangunan (rancangan struktur &
rancangan tempatan) bertindak sebagai petunjuk arah
pembangunan. Polisi yang digubal di peringkat rancangan
struktur akan diterjemah & diperincikan untuk dilaksanakan di
peringkat rancangan tempatan.

 Sistem kawalan pembangunan bertindak sebagai agen


pelaksanaan & pengubahsuaian polisi yang ditetapkan dalam
rancangan pembangunan.

4.6.4.1 Pengezonan guna tanah

Pengezonan atau perkawasan guna tanah digunakan oleh pihak


berkuasa tempatan untuk melindungi kepentingan awarn melalui peraturan
kegunaan tanah dan bangunan. Perkawasan guna tanah dibuat atas prinsip
bahawa guna tanah bandar mungkin dibahagikan kepada beberapa zon.
Kawasan yang mempunyai ciri-ciri yang sama dikumpulkan bersama
dalam satu zon supaya percanggahan antara aktiviti dapat dihindari atau
diminimurnkan. Guna tanah dikumpulkan atau diagihkan dalam zon-zon
tertentu mengikut kesesuaiannya serta mengikut fungsi dan bentuknya

4.6.4.2 Penyediaan halangan

Rintangan fizikal

Jenis yang paling biasa digunakan adalah penghalang fizikal seperti


tanah, bata, konkrit dan kayu. Penghalang fizikal boleh menghalang bunyi bising

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 110

sebanyak 10 -15 dB. Pembinaannya bergantung kepada ketinggian, ketebakan


dan jenis tembok. Ciri-ciri yang perlu pada sesuatu rintangan fizikal supaya
ia dapat berfungsi dengan baik bagi mengurangkan bunyi ialah keras/teguh,
supaya ia tidak turut bergetar dan bergema dan mempunyai cukup jisim
untuk menahan pancaran bunyi, boleh menyerap bunyi melalui keupayaan
penyerapan.

Keteguhan Jisim Penyerapan


Jenis
(Stiffness) (Mass) (Damping)
Tiada, tetapi tidak
Tambakan Tanah Baik Sangat Baik
bergema
Tembok Bata Sangat baik Baik Baik
Tembok Konkrit Sangat baik Sederhana Sederhana
Tembok kayu Lemah Lemah Lemah

Tembok ‘Sound Fighter LSE Walls Panels’

Kebaikan
 Mudah dikendalikan
 Tatacara pemasangan mudah
 Menjimatkan
 Tidak memerlukan tenaga buruh yang ramai

Ciri-ciri
1. Penyerapan bunyi
 mempunyai ciri-ciri dinding penyerap bunyi
2. Nipis
 Panel nipis
 Berat satru panel 5lbs setiap kaki persegi

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 111

3. Ketahanlasakan
 Tahanlasak terhadap tindakbalas kimia akibat lelasan cat
dan bahan pencuci tanpa rosakan panel
4. Binaan bermodul
 Mudah dipasang dan mudah dikendalikan
5. Ujian UV
 Jenis tahan lama terhadap sinaran matahari
 Mudah berkarat / mudah nampak kekotoran
6. Rintangan angin
 Berupaya menahan angin pada kelajuan 200 mph
7. Ketinggian
 Ketinggian boleh mencapai 35 kaki untuk mengurangkan
bunyi bising

Penanaman Pokok Dan Kawasan Lapang

Pokok yang berbentuk menegak, berdaun tajam serta kecil


dan ranting yang menegak ke atas dapat mengurangkan bunyi
bising pada kadar 4 - 6 dBA berbanding dengan pokok yang
tinggi membulat dan menegak serta mendatar dengan ukuran
panjang daun kira-kira 7.5 cm (3 inci) boleh mengurangkan
lebih kurang 6 - 8 dBA.

Bagi menebat bunyi antara 8 - 12 dBA, pokok yang sesuai


adalah daripada jenis yang tinggi dan membulat dengan daun
berukuran antara 10 - 15 cm (4 - 6 inci). Sekelompok pokok yang
ukuran lebarnya 30 meter (100 kaki) dapat mengurangkan bunyi
sebanyak 7 dBA.

Pokok dan belukar yang ditanam secara rawak hanya


berupaya mengurangkan bunyi sebanyak 2 dBA hingga 5 dBA pada

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 112

jarak 100 meter berbanding dengan pokok yang ditanam secara


sistematik yang dapat mengurangkan sebanyak 10 dBA hingga 15
dBA pada jarak yang sama.

Kajian pernah mendapati jika rumput, tumbuhan renek dan


pokok ditanam di cerun yang menghadap punca bunyi, kadar
kebisingan dapat dikurangkan 8 hingga 10 dBA (Iihat Rajah 1).

Zon Penampan Bukan Kediaman

Zon penampan seperti bangunan kedai, pejabat atau industri


ringan diletakkan di antara jalan raya yang bising dengan kawasan
kediaman. Kaedah ini lebih sesuai dari segi ekonomi kerana tanah
yang mahal dapat dimanfaatkan untuk tujuan yang berekonomi.
Rajah 3 menunjukkan contoh penyusunan guna tanah yang
direka untuk mengasingkan komuniti dalarn kumpulan atau zon yang
sepadan iaitu untuk melindungi kawasan kediaman daripada bunyi
lalu lintas dan lapangan terbang melalui kaedah perkawasan dan zon
penampan bukan kediaman.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 113

4.6.4.3 Had paras bunyi mengikut sempadan zon

Klasifikasi Paras Bunyi (dBA)


Siang Malam
(0700–2200) (2200-0700)
LUAR BANDAR 50 40
PINGGIR BANDAR
Kediaman 50 40
Bercampur 60 50
Bukan Kediaman 60 60
BANDAR
Kediaman 60 55
Bercampur 65 60
Bukan Kediaman 75 65

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 114

INDUSTRI
Ringan 60 50
Am 65 55
Berat 75 65

4.6.4.4 Pengurusan lalu lintas

 Mengasingkan Kenderaan Dari Penerima


1. Menyediakan laluan untuk kenderaan berat jauh dari kawasan
perumahan atau membataskan penggunaan jalan tempatan pada
waktu-waktu tertentu sahaja.
2. Selain itu, laluan bas dan jalan-jalan utama terutamanya di
kawasan perumahan perlulah direka bentuk sedemikian rupa
sehingga, dapat menghindari masalah bunyi.

 Melancarkan Pengaliran Lalu lintas


1. Keadaan ini boleh dicapai dengan menyediakan laluan khusus
untuk lalu lintas yang membuat perjalanan terus tanpa melalui
pusat bandar.
2. Di samping itu, pembinaan persimpangan termasuk persimpangan
lampu isyarat dapat dikurangkan dengan adanya jalan khusus
atau jalan pintas untuk kenderaan yang jalan terus. Tanpa
persimpangan berlampu isyarat, paras bunyi bising lalu lintas
dapat dikurangkan
3. Bagi kawasan kediaman pula, dengan melancarkan pengaliran
lalu lintas, kenderaan luar tidak akan melalui kawasan tersebut
sebagai laluan altematif. Dengan ini bunyi lalu lintas di kawasan
tersebut dapat dikurangkan.

4.6.4.5 Kaedah lain pengawalan

o Penyediaan Laluan Pejalan kaki


o Menggalakkan Penggunaan Kenderaan Awam.
o Susunatur Rumah.

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 115

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 116

Garis putus menunjukkan bauran yang sama


Kedudukan paling baik untuk halangan:paling hampir dengan sumber
Kedudukan paling teruk:pertengahan di antara sumber & pendengar
Rajah 4 : kesan sekatan halangan

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 117

KAEDAH PENGURANGAN BUNYI DLM BANGUNAN


 PANTULAN

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 118

PENYERAPAN

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 119

KAEDAH PENEBATAN HINGAR DI TEMPAT KERJA.

1. Penguatkuasaan dari pihak kilang untuk :-


 Dari mana bunyi itu datang
 Bagaimana nak atasi
 Apa yang perlu dilakukan
2. Mengawasi punca bunyi melalui rekabentuk
 Reduce impact forces
 Reduce speeds & pressure
 Reduce frctional resistance
 Reduce radiating area
 Reduce noise leakage
 Isulate & dampen vibtrating element
3. Noise control in the tranmission path

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA


TEKNOLOGI PERSEKITARAN C5601/ UNIT 4 / 120

 Separation
 Absorbing material
 Acoustical lining
 Barriers dan panel
 Trasnmission loss
 Enclosures
4. Control of noise source by redress
 Balancing rotating parts
 Reduce frictional resistance
 Apply damping materials
 Soil noise leaks
 Perform routine maintenance
5. Protect the receiver
 When all else fails
 Alter work schedule
 Ear protection

Disediakan oleh : Masksedah Kamaludin –JKA,PSA

Anda mungkin juga menyukai