Anda di halaman 1dari 35

RAWATAN

AIR SISA
PENGENALAN
Apa itu air sisa ?

 Dikenali juga sebagai air kumbahan


 Campuran sisa najis manusia dan air buangan dari kawasan perumahan.
 Dari tandas – najis, air kumuhan, ubatan, permainan, pakaian, barang
perhiasan emas dan lain-lain.
 Dari bilik mandi – air mandian, sabun, ubat gigi, darah, berus gigi, bahan
pencuci dan lain-lain.

 Dari mesin pencuci pakaian – air basuhan, sabun pencuci, bahan


peluntur dan lain-lain.

 Dari sinki dapur – air basuhan, sisa makanan, minyak dan lemak, sabun
pencuci dan lain-lain lagi.
Apakah peringkat rawatan yang berlaku dalam
setiap jenis loji rawatan kumbahan?

1. Pra Olahan – melindungi proses olahan berikutnya dari


bahan-bahan kasar seperti kayu, batu, logam dan
sebagainya.
2. Olahan Primer-menyingkirkan sebahagian besar
pepejal terampai dari ais sisa.
3. Olahan Sekunder-menyingkirkan bahan-bahan organik
dan pepejal terampai yang tidak tersingkir dalam olahan
primer.
4. Olahan enapcemar –menggunakan tangki septik,tangki
Imhoff dan kolam pengoksidaan.
5. Olahan Tertier - biasanya dilakukan sekiranya standard
enfluen yang lebih tinggi ingin diperolehi.
KAEDAH RAWATAN KUMBAHAN

1. Tangki Septik
2. Loji Rawatan Kumbahan
- Kolam Penstabilan Sisa
- Lagun Berudara
- Enap cemar teraktif
- Turas Cucur
- Penyentuh Biologi Berputar (RBC)
BAKTERIA
AEROBIK & ANAEROBIK

• Bakteria aerobik dan anaerobik digunakan untuk


mempercepatkan proses penguraian kumbahan.
Aerobik Anaerobik

Perlu oksigen untuk hidup.  Tidak memerlukan oksigen.


Ia hadir diruang udara dan
 Boleh hidup dalam keadaan
bahagian diatas lapisan tanah.
gelap dan kekurangan
Bertanggungjawab
udara.
menjalankan proses
pembersihan air yang  Bertanggungjawab
melaluinya. menghancur dan
menghapuskan bahan
pepejal najis yang masuk ke
dalam sistem kumbahan.
TANGKI SEPTIK
• Tangki septik dibina khusus untuk proses penguraian kumbahan.

• Tempat simpanan cecair yang ditahan sekurang-kurangnya selama 24jam


bagi membolehkan bakteria anaerobik mengurangkan pepejal kepada
cecair dan gas.

• Sebahagian pepejal yang tertinggal dan bahan yang tidak terurai seperti
logam akan enap ke bawah dan dikenali sebagai bahan enapcemar.

• Pepejal yang terdapat dalam bahan enapcemar ini pula akan mengalami
proses penguraian disebabkan oleh tindakan bakteria anaerobik.

 Semasa proses penguraian berlaku, gas akan terhasil. Apabila gas yang
terhasil ini naik ke permukaan, ia akan membawa bersama partikel
pepejal.

 Partikel pepejal inilah yang akan terkumpul bersama gris dan lemak lalu
membentuk kekam yang tebal.

 Kekam ialah lapisan yang mengandungi sisa seperti minyak masak, gris
dan bahan-bahan lain yang tidak tenggelam. Kekam menjadi tempat
pembiakan bakteria anaerobik. Kekam perlu dkekalkan di dalam tangki
bagi memastikan bakteria anaerob membiak secara maksimum.
Rajah : tangki Septik Individu
TANGKI SEPTIK
PRINSIP OLAHAN TANGKI SEPTIK (Proses enapan dan pencernaan)

 Air sisa dari influen akan memasuki kebuk

 Pepejal terampai akan terenap ke dalam kebuk pertama dan akan membentuk
enap cemar

 Lemak dan bahan-bahan ringan akan terapung dan lapisan ini mengurangkan
bau busuk dari pencernaan enap cemar

 Enap cemar yang terenap akan mengalami pencernaan anaerobik

 Pepejal terampai yang tidak terenap dalam kebuk pertama akan ditolak ke
dalam kebuk kedua dan terenap. Pencernaan anaerobik boleh berlaku dalam
kebuk ini.

 Enap cemar yang tidak tercerna perlu dikeluarkan setiap 3 hingga 5 tahun
sekali.
TANGKI SEPTIK
CONTOH
Diberi nisbah panjang-lebar (L:W = 3:1).
Berpandukan persamaan C=225P
dimana P=penduduk dan
C=isipadu(liter), rekabentuk satu tangki
septik bagi menampung keperluan
penduduk dengan kapasiti seramai 350
orang.
TANGKI SEPTIK
PENYELESAIAN
1. Cari isipadu tangki 3x
x
C= 225P
2.5m
= 225 (350)
= 78 750 liter
= 78.75m3

2. Diberi L:W = 3:1. Merujuk kepada lakaran rekabentuk tangki, katakan


kedalaman tangki, d=2.5m dan sisi=x
maka ;
V= 78.75m3
= (3x) x (x) x (2.5m)
x = 10.5m

maka ; panjang tangki = 31.5m dan lebar tangki = 10.5m.


KOLAM PENSTABILAN SISA
(Stabilization Pond)
• Ia juga dikenali sbg kolam pengoksidaan.

• Keluasan dan kedalaman kolam ini bergantung kepada:


- isipadu dan kepekatan air sisa.
- kualiti efluen yang dikehendaki.
- cuaca.

• Luas keseluruhan kolam adalah antara 0.2-4 hektar.

• Ini disebabkan kolam memerlukan permukaan lebar bagi memudahkan


oksigen larut ke dalam air melalui proses aruhan angin secara semulajadi.

• Oksigen ialah komponen utama proses penguraian bahan cemar oleh bakteria
berudara

• Terbahagi kepada 3 kolam,Kedalaman kolam dari permukaan ialah:


- kolam aerobik diantara 0.5 hingga 1m
- kolam Fakultatif diantara 1 hingga 2m
- kolam anaerobik diantara 2 hingga 4m
influen

Lapisan efluen
enapcemar
SISTEM KOLAM PENSTABILAN

Kolam penetap di Nairobi, Kenya


KOLAM PENSTABILAN SISA
• Tempoh rawatan kumbahan antara 10 hingga 40 hari.

• Ia bergantung kepada kadaraliran kumbahan dan kepekatan kumbahan. Di


mana kumbahan yang lebih pekat memerlukan masa tahanan yang lebih
lama.

• Sesuai digunakan untuk penduduk yang kurang daripada 10000 orang dan
mempunyai kawasan yang luas.

• Kolam penstabilan sisa juga boleh berfungsi sebagai rawatan sekunder untuk
merawat enfluen dari lagun berudara atau enapcemar teraktif
LAGUN BERUDARA
• Berfungsi merawat kumbahan dengan menggunakan kolam yang mempunyai
luas permukaan yang lebih kecil berbanding kolam penstabilan sisa.

• Kedalaman kolam diantara 3-5 m

• Pengudaraan untuk lagun berudara dilakukan dengan dua cara iaitu kaedah
kocakan permukaan atau peresapan udara didasar lagun.

• Tujuan kocakan permukaan adalah


i) untuk mengampaikan pepejal yang mengandungi
bakteria di dalam kumbahan.
ii) melarutkan dan menguraikan bahan organik secara berudara.
Rajah : Lagun Berudara
LAGUN BERUDARA
• Pepejal yang mengandungi bakteria diampaikan oleh pengocak permukaan
atau peresap udara di dasar lagun.

• Pengampaian pepejal ini akan mengagihkan bakteria secara seragam didalam


kumbahan.

• Di mana bakteria ini boleh memerangkap dan mengurai bahan organik dan
menyingkirkan sehingga 90% bahan cemar di dalam kumbahan.

• Tempoh rawatan kumbahan mengambil masa 2 hingga 6 hari.

• Enfluen dari lagun berudara ini kemudian akan disalir untuk rawatan sekunder
iaitu dengan menggunakan kolam penjernihan.
Lagun Berudara
ENAP CEMAR TERAKTIF
• Suatu rawatan kumbahan aerob. Bakteria dalam bentuk pepejal diampaikan
di dalam kumbahan lalu bertindak menguraikan bahan organik dengan
bantuan oksigen.

• Sistem enap cemar teraktif mengandungi :


i) Tangki Enapcemar teraktif
• Dalam tangki ini, udara dibekalkan dengan dua cara iaitu menggunakan
pengocak pada permukaan tangki dan menggunakan peresap udara pada
bahagian bawah tangki.
ii) Tangki Penjernihan
iii) Tapak Pelupusan
ENAP CEMAR TERAKTIF
• Dalam sistem ini, kumbahan dari kawasan perumahan dan lain-lain yang
masuk ke dalam tangki rawatan enapcemar teraktif dicampurkan dengan
sedikit enapcemar yang sedia ada(20-30%).

• Enapcemar yang dikitarkan semula ke dalam tangki rawatan enapcemar ini


yang dinamakan enapcemar teraktif kerana enapcemar ini mengandungi
bakteria yang telah menyesuaikan diri dengan iklim kumbahan.

• Bakteria aerob ini yang menguraikan bahan organik dengan lebih aktif lagi dan
mengubahnya kepada bentuk yang mudah iaitu air dan karbon dioksida.

• Masa tahanan yang pendek diperlukan, iaitu 8-12 jam sahaja.

• Secara umumnya rawatan ini boleh menyingkirkan 85-95% pencemaran.


Rajah : Rawatan Enap Cemar Teraktif
TURAS CUCUR (biopenurasan)
• Kaedah rawatan kumbahan aerobik.

• Kumbahan disiram dilapisan atas penuras dan mengalir ke


bawah melalui celah-celah media penuras.

• Bakteria yang membiak dan menyelaputi media penuras


memerangkap dan mengurai bahan organik yang terdapat
dalam kumbahan apabila kumbahan mengalir melaluinya.

• Turas cucur terdiri daripada sebuah tangki bulat yang


mengandungi media penuras seperti batu kelikir atau
media sintetik daripada plastik.
TURAS CUCUR (biopenurasan)
• Media penuras yang baik mempunyai ciri-ciri berikut :
- nisbah luas permukaan kepada isipadu (luas
permukaan/isipadu) yang tinggi untuk pembiakan
maksimum bakteria.
- saiz liang antara media yang mencukupi supaya bakteria
mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
- permukaan yang kasar supaya selaput bakteria dapat
melekat dengan baik.
- kos murah, tahan lama dan tidak mudah serpih.

• Rajah Turas Cucur Rujuk Buku Rawatan Kumbahan


(Duncan Mara, m/s 69)
Turas Cucur

kumbahan

Kumbahan menitis melalui


media penuras
Media
Paip penuras
Lengan penyebar pengudaraan
PENYENTUH BIOLOGI BERPUTAR
(RBC)
• Kaedah rawatan kumbahan yang menggunakan bakteria aerob dan fakultatif.

• Bakteria yang dibiakkan di atas cakera berputar menyentuh kumbahan dan


menyerap serta menguraikan bahan organik di dalamnya.

• Penyentuh biologi berputar terdiri daripada :


- cakera-cakera bulat diperbuat daripada plastik @ bahan
yang tahan karat.
- batang aci dipasangkan pd cakera bulat untuk putaran.
- motor tahan lasak diperlukan untuk memutarkan aci
pada halaju rendah iaitu 2 putaran hingga 4 putaran per
minit.
- Tangki untuk menakung kumbahan.
PENYENTUH BIOLOGI BERPUTAR
(RBC)
• Bakteria membiak di atas cakera yang berputar dengan 40% daripada
bahagiannya tenggelam dalam kumbahan.

• Bakteria yang terlekat pada cakera akan terus membiak sehingga membentuk
lapisan yang mempunyai ketebalan 2-4mm.

• Bakteria menguraikan organik di dalam kumbahan untuk dijadikan makanan


dengan mendapat bekalan oksigen apabila cakera bersentuh dengan udara.

• Apabila mencapai tahap ketebalan maksimum (4mm),bakteria yang


berlebihan akan terlucut dari cakera dan jatuh ke dalam tangki takungan dan
disingkirkan dalam tangki penjernihan.
Rajah : Rawatan Penyentuh Biologi Berputar
KAEDAH RAWATAN KUMBAHAN DI
INDAH WATER KONSORTIUM (IWK)
SISTEM RAWATAN KUMBAHAN YANG DIGUNAKAN
DI INDAH WATER KONSORTIUM (IWK)

Overall wastewater treatment process flow

Preliminary Primary Secondary


treatment treatment treatment

Raw wastewater

Aeration Tank Disinfection


Primary
Screen
Sedimentation

Secondary Final Effluent


Grit clarifier
chamber

Sludge Waste
Processing sludge/ash
Rajah : Loji olahan Kumbahan yang dikendalikan oleh IWK
1) Primary Screen Chamber / Ruang Penyaring Utama

• Influent akan masuk ke peringkat pertama iaitu ruang


penyaring utama. Dimana diperingkat ini bahan kasar
seperti kayu, logam, batu dan sebagainya akan diasingkan.
2) Tangki pengudaraan / Aeration tank.

• Dalam tangki ini, udara dibekalkan dengan cara menggunakan pengocak pada
permukaan tangki yang dibantu oleh Alat pengudaraan / Surface aerator.
• Tujuan kocakan permukaan adalah
i) untuk mengampaikan pepejal yang mengandungi
bakteria di dalam kumbahan.
ii) melarutkan dan menguraikan bahan organik secara berudara.
• Tujuan pengampaian pepejal ini adalah untuk mengagihkan bakteria secara
seragam didalam kumbahan.
• Enfluen dari tangki pengudaran ini kemudian akan disalir untuk rawatan
sekunder iaitu dengan menggunakan tangki penjernihan.
3)Tangki penjernihan / Clarifier tank.

• Di panggil juga peringkat rawatan sekunder


• Dalam tangki ini, proses pemendapan berlaku.
• Pemendapan ialah pengasingan di antara komponen pepejal dan cecair yang
dilakukan secara graviti.
• Tujuannya adalah untuk menghasilkan darjah penjernihan yang tinggi.
• Penjernihan ialah penyingkiran pepejal dari fasa cecair.
• Fungsi tangki ini juga adalah untuk menstabilkan air kumbahan dan
mendapatkan air yang lebih jernih.
• Air kumbahan yang telah dirawat akan disalur terus ke dalam longkang /
sungai.
• Manakala, pepejal yang tertinggal dibawah permukaan tadi akan disalirkan ke
petak pengeringan enapcemar.
4) Sludge drying bed / Petak pengeringan enapcemar

• Enapcemar najis yang telah dicerna akan disalirkan ke tapak


pengeringan enapcemar. Selepas ia betul-betul kering ia akan
dibuang.
4) Trenching site / Longkang pengeringan.

• Selain menggunakan tapak pengeringan enapcemar. Longkang


pengeringan juga boleh digunakan sebagai alternatif lain.
• Longkang pengeringan ini biasanya ditempatkan dikawasan yang
lapang dan jauh dari kawasan premis.

Anda mungkin juga menyukai