Anda di halaman 1dari 4

What are the similarities and/or differences between the perceptions of the different

aged group? What’s your take on them?


a) RESPONDEN DALAM KALANGAN PELAJAR
Eric Ericson (1902-1994) menyatakan di dalam Teori Perkembangan Psikososial,bahawa
manusia mengalami 8 proses atau 8 peringkat dalam kitaran kehidupan setiap individu. Fasa
tersebut ialah
1) Fasa Kepercayaan ( 0-18 bulan )
2) Fasa Autonomi ( 18 bulan – 3 tahun)
3) Fasa Inisiatif lawan rasa bersalah ( 3-6 tahun)
4) Fasa daya usaha lawan rendah diri
5) Fasa identiti lawan ego rendah ( remaja)
6) Fasa intim lawan bersendirian
7) Fasa generative lawan stagnasi ( 20 – 50 tahun)
8) Fasa integrity lawan putus asa ( lebih 50 Tahun)

Dalam setiap fasa ini,setiap individu akan berhadapan dengan krisis perkembangan yang
berbeza dalam kehidupan seseorang individu dan teori ini boleh dijadikan panduan dalam
mengenalpasti tahap perkembangan kejayaan dan kegagalan seseorang dalam menyelesaikan
krisis/masalah yang akan memberi kesan kepada masa hadapan dan personaliti individu
tersebut.
Dalam kajian kami, terdapat beberapa dapatan perbezaan dan persamaan yang telah kami
dapati berdasarkan responden kami yang terdiri daripada peringkat umur dan jantina yang
berbeza. Responden dalam kalangan pelajar terdiri daripada umur 13-17 tahun manakala
responden dalam kalangan guru adalah dalam lingkungan umur 25-40an tahun.Semestinya
perbezaan umur dan jantina yang berbeza memberikan kami beberapa dapatan yang berbeza
mengikut umur tertentu.
Pada usia 13 tahun adalah fasa kurang keyakinan dalam diri dan sangat bergantung
kepada rakan sebaya dan guru berbanding usia 15 dan 17 tahun.Ini kerana pelajar pada usia
ini kurang pengalaman dalam menjalani alam di sekolah menengah dan merupakan fasa
baharu bagi mereka.Berbeza dengan responden berumur 15 tahun yang sedang mencari
identiti diri dan sedang membentuk graf personaliti sendiri dengan mudah tercabar apabila
tekanan diberikan kepada mereka terutama dari rakan-rakan mereka. Bagi responden berusia
17 tahun mereka lebih kepada kemahuan untuk menonjol diri dan keinginan membina
nama(pengaruh) dalam kalangan rakan sebaya mereka kerana mereka matlamat mereka lebih
jelas dan lebih berfokus tentang tujuan keinginan mereka.
Dalam proses menyelesaikan masalah,responden Tingkatan 5 lebih matang dalam
menyelesaikan masalah dan mampu untuk tidak meletakkan masalah berada di hadapan,
tetapi lebih kepada mencari solusi atau meletakkan masalah tersebut yang tidak mengganggu
mereka untuk fokus dalam SPM, berbeza dengan responden Tingkan 3 dan 1, mereka kurang
matang dalam menyelesaikan dan merespon masalah tersebut yang adakalanya menggunakan
cara yang kurang bijak yang akhirnya masalah itu mengganggu mereka dalam hafazan dan
pelajaran mereka
Selain itu dimensi setiap pelajar melihat dan mengambil masalah tersebut dalam diri
mereka adalah berbeza.Bagi responden Tingkatan 1, responden mengambil masalah besar
keluarganya adalah sebagai masalah yang beliau pikul sedangkan permasalahan tersebut
sepatutnya keluarga besar beliau yang menyelesaikannya. Ini berikutan masalah tersebut
‘dipaparkan’ di hadapannya membuatkan pelajar itu sentiasa berfikir mengenainya. Bagi
responden Tingkatan 3, bijak melihat masalah diri adalah suatu masalah dan bukannya
masalah individu lain adalah masalah baginya manakala pelajar Tingkatan 5 pula melihat
masalah adalah suatu cabaran dan dapat membezakan samada masalah tersebut perlu difikir
dan rasional melihat secara serius atau sebaliknya
Seterusnya, perbezaan yang terakhir mengikut fasa umur adalah fokus terhadap
pelajar yang mana responden Tingkatan 5 lebih jelas matlamat dan halatuju mereka belajar
dan mereka sudah ada kaedah yang spesifik untuk mereka belajar. Berbanding dengan
responden Tingkatan 3, mereka merasakan kefahaman terhadap pelajaran adalah apabila
mereka dapat menerangkan kembali pelajaran tersebut kepada sahabat mereka yang lain
manakala responden Tingkatan 1 masih lagi tercari-cari skill atau kaedah untuk mereka
memahami sesuatu pelajaran dan meletakkan gelaran “kebodohan” apabila mereka tidak
mampu standing dengan sahabat pelajar yang lain.
Jantina responden antara lelaki dan perempuan juga turut menyumbang perbezaan.
Antaranya responden perempuan lebih fokus kepada penampilan fizikal berbanding
responden lelaki di mana mereka meletakkan rupa paras cantik atau tidak menjadi titik fokus
untuk membina pengaruh terutamanya dalam hubungan rakan sebaya dan mereka sangat
menitik beratkan soal penampilan tersebut samada rupa paras, pakaian, bau dan sebagainya.
Ini berbeza dengan responden lelaki. Berdasarkan temuduga juga, responden lelaki lebih
melihat sesuatu perkara sebagai benda yang mudah tetapi responden perempuan lebih
mengambil sesuatu sebagai yang agak rumit.
Terdapat persamaan antara semua responden ini walaupun peringkat umur mereka berbeza
iaitu hampir semua responden menjadikan ibu mereka sebagai sumber motivasi dan idola
mereka terutamanya semangat untuk mereka belajar dan berjaya menggapai apa yang
diinginkan kerana ibu adalah insan paling dekat dengan mereka yang boleh mereka berkongsi
masalah dan berita yang gembira. Selain itu, gaya hidup mereka adalah rutin yang sama
kerana semua responden tinggal di asrama dan mereka agak kurang aktif dalam aktiviti
fizikal kerana mereka ingin kekalkan tenaga untuk mudah menghafal dan belajar di malam
hari serta mempunyai sistem jadual yang padat. Mereka juga dapat mengenalpasti masalah
yang mereka hadapi walaupun masalah tersebut adalah berbentuk individu atau sekeliling
cuma yang bezanya cara mereka melihat dan menyelesaikannya.Walaupun responden adalah
berlainan jantina, tetapi itu tidak menghalang mereka menyampaikan perasaan dan emosi
mereka ketika ditemuduga. Mereka mudah menonjolkan ekspresi mereka terhadap soalan-
soalan yang diutarakan.
b) RESPONDEN DALAM KALANGAN PEREMPUAN
Hasil dapatan temuduga yang dijalankan, terdapat banyak persamaan antara guru lama dan
guru baharu iaitu mereka semua sentiasa bersikap optimis dan positif dalam melihat
kehidupan walaupun setiap daripada mereka diuji dengan ujian yang berbeza. Mereka mudah
menerima cabaran, teguran dan tidak mudah mengalah dan melatah malah sentiasa
mempamerkan yang terbaik terhadap tugasan yang diberikan demi mencapai kepuasan dalam
kerjaya mereka. Selain itu, mereka semua menjadikan pasangan dan anak-anak mereka
sebagai sumber kekuatan dan motivasi dalam melalui cabaran dan dugaan yang
mendatang.Mereka merasa kuat untuk terus berbakti dan menjalankan tanggungjawab kerana
faktor keluarga malah mereka saling bertolak ansur antara satu sama lain kerana
kebanyakannya adalah pasangan suami isteri yang berkerjaya dan ini membuatkan mereka
sentiasa cuba memahami kerjaya pasangan mereka masing-masing.Selain itu, berdasarkan
faktor umur responden guru, mereka telah melalui banyak pengalaman yang membentuk
bagaimana mereka kini di mana mereka adalah individu yang kuat sedangkan mereka
bukanlah individu yang positif seperti hari ini.Mereka semua adalah individu yang
positif.Persamaan yang terakhir ialah terdapat responden guru lelaki dan perempuan yang
mempunyai latar belakang anak yang mempunyai pertumbuhan yang berbeza daripada
kanak-kanak lain yang menyebabkan mereka perlu untuk membahagikan masa lebih dan
perhatian ke atas anak mereka.
Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan dalam kalangan guru lama dan baharu serta
dipengaruhi jantina yang berlainan. Antaranya ialah kayu pengukur kepuasan dalam kerjaya
guru lama dan baharu adalah berbeza. Guru baharu merasakan satu kepuasan apabila subjek
yang diajar dapat difahami oleh pelajar dan pelajar memberikan perhatian semasa proses pdp
berlangsung manakala bagi guru lama kepuasan dalam pengajaran ialah apabila subjek yang
diajar memperoleh 100% A bagi kelas atau keseluruhan tingkatan yang membantu
meningkatkan prestasi sekolah kerana mereka sudah mahir dengan teknik dan kaedah
penandaan.Di situ, jelas menunjukkan matlamat guru lama adalah pada ruang mata yang
lebih luas kerana faktor tempoh pengalaman mereka yang berbeza. Semasa ditemuduga, guru
lama kelihatan sangat teruja dalam berkongsi pengalaman mengajar mereka dan hampir
setiap soalan yang diajukan, jawapannya akan terselit elemen bidang pendidikan yang
menunjukkan dunia pendidikan sangat sebati dalam jiwa mereka.Ini berbeza dengan guru
baharu. Selain itu, guru lama berkeupayaan membangunkan sesuatu subjek yang diajar
mereka, berbeza dengan guru baharu yang masih mencari kaedah pengajaran yang sesuai
berdasarkan pelajar yang diajar oleh mereka.
Dari sudut jantina, guru perempuan lebih teruja dan bersemangat dalam mengekspresikan
jawapan terhadap soalan-soalan yang diajukan berbanding guru lelaki. Selain itu, kedua-dua
guru perempuan yang ditemuduga menyatakan jika pilihan antara kerjaya dan keluarga,
mereka akan memilih untuk menjadi suri rumah untuk didik keluarga dari rumah tetapi
terdapat faktor yang lain yang memerlukan mereka memilih untuk bekerjaya untuk
membantu kewangan keluarga. Guru perempuan lebih mengamalkan gaya hidup yang sihat
dari segi makanan dan aktiviti fizikal berbanding guru lelaki kerana mereka sedar mereka
adalah tunjang dalam sesebuah keluarga.. Jika ‘lumpuh’ seorang isteri dan ibu maka satu
keluarga akan ‘lumpuh’. Justeru itu, mereka sangat pentingkan kesihatan supaya dapat
menjalankan peranan dalam keluarga dan kerjaya dengan baik. Berbeza dengan guru lelaki
yang kurang menitik beratkan soal kesihatan dan mereka kurang beramal dengan gaya hidup
yang sihat seperti mengamalkan amalan merokok.
Berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada kajian ini boleh dikaitkan dengan teori
perkembangan Psikososial yang mana setiap fasa responden yang berbeza memberikan
natijah yang berbeza kerana setiap individu dibangunkan berdasarkan faktor dalaman dalam
luaran.Faktor dalaman seperti pengalaman yang membentuk mereka positif atau negatif,
bagaimana mereka menerima dan melihat masalah serta dugaan membentuk diri seseorang
individu. Faktor luaran seperti suasana sekeliling, rakan sebaya dan pengurusan tertinggi
turut memainkan peranan dan membentuk karakter seseorang dalam kerjaya dan
kehidupan.Pada pendapat saya, pengalaman adalah guru yang sangat membantu membentuk
karekter individu kerana fitrah manusia akan melalui pelbagai emosi, ego, ujian serta
cabaran, yang bezanya kaedah kita melihat dan mengambil perkara tersebut sebagai seorang
individu yang dibentuk oleh pelbagai pengalaman. Kesilapan dan kelemahan tetap akan
berlaku dalam individu dalam merespon emosi dan ego berdasarkan fasa umur/kehidupan
yang kita lalui, akan tetapi ianya adalah satu proses semulajadi yang akan berlangsung
sepanjang kehidupan kita untuk menjadikan kita lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai