Anda di halaman 1dari 3

1.

Kesan dari segi Kesihatan:


Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit,
gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 – 12 jam kemudian Kesan jangka
panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan
utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi
ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan
penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap
pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang
paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan
pembunuhan diri.

2. Kesan Pada anggota Tubuh Badan:

a) Kesan pada otak


1) Selepas minum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol
terus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh
tubuh. Dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf. Otak
merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang
mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan dengan kemasukan bahan asing
ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya.

2) Menyebabkan berlakunya penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah


dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran
bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal.

3) Kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran,
dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum
semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan
seterusnya kematian.

b) Kesan pada hati


1) Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan
(mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan
kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan
hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh
membawa maut.

2) Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik
alkohol. Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran
darah akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan
sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat
kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan
bercampur dengan darah. Kesan pada perut Alkohol menyebabkan kerengsaan perut
(gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang
menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk.

c) Kesan pada saraf

1) Boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan


kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri.
Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi dan
kecenderungan membunuh diri.

d) Kesan pada janin dan anggota lain dalam tubuh badan:


1) Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya
mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang
terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata,
dan kelemahan sendi-sendi.

2) Bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap
sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini
menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat.
Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang
melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan
diserang penyakit itu.

3) Lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat
hormon penahan kencing.

4) Mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan


ketandusan vitamin.

5) Boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian


mulut dan tekak.

6) Apabila diminum dengan banyak arak boleh merosakkan selaput lendir perut dan
menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam bahagian tubuh manusia terutama
jantung dan buah pinggang.

7). Meminum arak boleh menjadikan seseorang itu mendapat sesak nafas yang akan
menganggu alat pernafasan.

8). Meminum arak ketika perut kosong atau sebelum sarapan boleh menyebabkan
berlakunya barah dalma perut.

9). Boleh menyebabkan tekanan darah tinggi (hypertension) yang boleh menyebabkan
serangan mengejut ( stroke ) dan penyakit jantung.

10). Boleh menghilangkan ingatan seseorang dan menjadikan ianya kurang siuman dan
hilang harga diri.

hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Iman Al
Hakim:

Ertinya: “Barangsiapa melakukan zina atau meminum arak, maka Allah Taala akan
lucutkan imannya dari dirinya sebagaimana seseorang membuka baju dari kepalanya”.

3.Kesan terhadap kerukunan rumahtangga:

Minuman Keras juga dapat menjejaskan kehidupan aman berumahtangga apabila wang
perbelanjaan keluarga akan dihabiskan semata-mata menurut hawa nafsu ketagihan
arak. Pertelingkahan akan sering terjadi di antara suami isteri dan seluruh
keluarga yang terlibat. Suami yang mabuk disebabkan arak ini sudah pasti tidak
dapat lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua dalam rumahtangga dengan
baik. Anak-anak akan menjadi mangsa kurangnya penjagaan, Pengawasan dan pemedulian
orang tuanya. Apabila keadaan sudah terjadi begini, anak-anak akan kurang didikan
yang sempurna dan akibatnya anak-anak akan kurang didikan yang sempurna dan
tercicir dalam bidang pelajaran oleh itu timbul masalah-masalah gejala sampingan
antaranya ponteng sekolah, menjadi anak-anak nakal, tidak lagi menghormati orang
tua dan lain-lain kesan negatif. Ini adalah disebabkan keluarga yang keadaannya
sudah kucar-kacir dan tidak lagi mengutamakan cara hidup yang betul dan hilanglah
kerukunan hidup berkeluarga disebabkan pengaruh anak yang sangat bahaya.

4. Kesan terhadap keselamatan umum:

Kesan yang jelas di sini ialah apabila seorang peminum arak yang mabuk memandu
kenderaan di jalan raya adalah satu keadaan yang sangat merbahaya, baik terhadap
diri peminum itu sendiri mahupun orang ramai. Kemalangan atau kecelakaan lalulintas
akan berlaku yang mana boleh mengakibatkan kecerderaan dan menyebabkan kematian
orang yang tidak berdosa. Malah si peminum arak itu sendiri akan mengalami
kecederaan atau kecacatan pada anggota tubuh badannya, kurang siuman sekiranya
mengenai bahagian otaknya paling malang lagi apabila membawa kepada kematian si
peminum itu sendiri.

Selain itu, kesan-kesan yang buruk yang boleh berlaku akibat meminum arak seperti
boleh melibatkan kestabilan ekonomi, keamanan dan berlaku kehuru-haraan dalam
sesebuah negara apabila penagih-penagih arak wujud di dalam sesebuah sector
kerajaan atau swasta yang mana boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa,
hartabenda, penyelewengan wang negara, pecah amanah dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai