Anda di halaman 1dari 4

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan secara teori langkah-langkah yang menyokong kepada
kajian penyelidikan. Beberapa literatur akan digunakan sebagai asas kepada pembentukan
model kajian. Pertama, bab ini akan melihat literatur berkaitan gelagat kepada pelintas jalan
kaki. Kedua, bab ini akan membincangkan konsep penentu yang mempengaruhi
keberkesanan pelintas jalan kaki dibuat. Akhir sekali model penyelidikan dibangunkan yang
menjurus kepada penentu yang mempengaruhi keberkesanan lintasan penjalan kaki
automatik. Model kajian ini digunakan sebagai asas kepada segelintir yang berjalan kaki
untuk ke kampus lestari.

2.2 Kajian Lepas

Ini merupakan kajian saintifik yang pertama ke atas latihan lintasan penjalan kaki
automatik setakat ini yang mana diharapkan ia menjadi langkah permulaan kepada
kajian-kajian yang lebih dititik beratkan kedalam isu pelintas jalan kaki. Bagi memenuhi
keperluan tersebut, kajian telah ditumpukan kepada penyelidikan saintifik dengan
melaksanakan random survey ke atas responden dari pelajar-pelajar kampus yang
berjalan kaki ulang alik dari kediaman ke kampus lestari. Walaupun ketiadaan literatur-
literatur khusus, literatur berhubung keberkesanan keselamatan penjalan kaki telah
membolehkan kajian-kajian literatur yang berkaitan diguna pakai untuk melaksanakan
kajian saintifik ke atas keberkesanan lintasan penjalan kaki dilakukan yang dijalankan di
semua pelajar. Pembentukan Lintasan pejalan kaki automatik berupaya dilaksanakan
dengan menggalakkan warganya setempat mengamalkan penggunaan mod
pengangkutan tidak bermotor. Hal yang demikian dapat menjaga alam sekitar dari
pencemaran udara yang dihasilkan oleh asap kenderaan yang menggunakan petrol dan
diesel(Jauch etal, 2009, Kong et.al, 2009, Tolley, 1996). Objektif utama kami untuk
membina ‘Lintasan pejalan kaki automatik’ adalah untuk mengelakkan kemalangan yang
sering berlaku yang menbuat pengguna menunggu untuk melintas. Selain itu, lintasan
penjalan kaki dapat menggalakkan warga setempat menyihat tubuh badan dengan
menggunakan lintasan penjalan kaki automatik. Masalah yang dihadapi oleh pelintas jalan
kaki adalah daripada kesibukkan lalu lintas yang mengundang kemalangan dengan adanya
lintasan penjalan kaki automatik ini dapan membantu serba sedikit mengurangkan
kemalangan jalan raya yang melibatkan pelintas jalan kaki. Hal yang demikian, lintasan
penjalan kaki dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan mengurangkan
kemalangan jalan raya. Oleh itu, lintasan pejalan kaki dapat dinaik taraf dari satu masa ke
masa yang akan datang.

2.3 Pemilihan Sistem Lintasan Penjalan Kaki Automatik


Terdapat banyak sistem Lintasan Pejalan Kaki Automatik. Sistem selalu berubah
dalam segi kos dan mempunyai keperluan tapak dan operasi yang berbeza. Banyak
faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menentukan mana satu sistem yang sesuai
untuk penggunaan tempat letak kereta. Sistem Pejalan Kaki Automatik yang
digunakan dalam projek ini ialah :

A. Lintasan Pejalan Kaki(Lintasan Pejalan)


Sistem lintasan pejalan kaki atau lintasan pejalan sahaja adalah tempat yang
ditetapkan untuk para pejalan kaki menyeberangi jalan raya. . Lintasan ini direka
bentuk supaya mereka boleh dilihat oleh pemandu kenderaan dan mereka boleh
melintas dengan selamat menyeberangi aliran lalu lintas kenderaan.

B. Kebaikan Sistem Lintasan Pejalan Kaki:


a) Pelintas tidak diperlukan untuk kendalian ini.
b) Dapat berjalan dengan ramai dalam satu masa.
c) Pelintas lebih selamat dari ancaman kemalangan.
d) Menjimatkan masa untuk melintas.

C. Keburukan Sistem Lintasan Pejalan Kaki Adalah:


a) Kos pemasangan pada permulaan agak tinggi.
b) Penyelenggaraan tinggi.
c) Perlu dibina di tempat yang sesuai.

2.4 Pemilihan Micro Controller


Pengawal Mikro adalah sebuah komputer murah dan bersaiz kecil dan dibina
untuk memudahkan tugasan yang hendak dilakukan samada secara automatik untuk
mengawal semua pergerakkan di Lintasan Pejalan Kaki Automatik.

Anda mungkin juga menyukai