Anda di halaman 1dari 6

BAB 4

DAPATAN DAN ANALISIS

4.0 PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang hasil projek dan analisa terhadap beberapa perkara
penting dalam menyiapkan projek Automatic Clothline. Ia adalah satu projek yang dapat
menyelesaikan masalah masyarakat yang sibuk dan berkonsepkan secara automatik.
Seterusnya dapat mengenalpasti kelemahan dan kekurangan hasil projek.
4.1 SENARAI ALATAN PENGUJIAN

a) Multimeter

Multimeter boleh menjadi alat tangan yang berguna untuk mencari asas kerosakan dan kerja
perkhidmatan lapangan, atau instrumen yang boleh mengukur pada tahap yang sangat tinggi
ketepatan. Mereka boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah elektrik di pelbagai
peralatan industri dan isi rumah seperti peralatan elektronik, kawalan motor, peralatan
domestik, bekalan kuasa, dan sistem pendawaian.

b) Test pen

Test pen digunakan untuk mengesan kehadiran arus elektrik dalam pendawaian atau sesuatu
barangan elektrik.
4.2 KAEDAH PENGUJIAN DAN KALIBRASI

a) Test pen

I. Bekalan dimasukkan kedalam projek


II. Mata test pen diletakkan pada tamatan yang diuji
III. Lampu pada bahagian test pen akan menyala menandakan ada arus elektrik

b) Multimeter

I. Tentukan julat yang betul


II. Prob merah dan hitam diletakkan di tamatan yang diuji
III. Ambil bacaan

4.3 KESELAMATAN DALAM PENGUJIAN

I. Peka sewaktu melakukan pengujian pada projek


II. Mengunakan julat yang betul
III. Menguji projek setiap kali membuat baikpulih projek
IV. Elakkan memegang besi atau barangan yang mampu mengalirkan arus elektrik

4.4 PERINGKAT PERTAMA KEPUTUSAN PENGUJIAN DAN KALIBRASI

Pada peringkat pertama dalam melakukan pengujian,projek perlu dilakukan dalam konsep yang
mudah difahami untuk memastikan projek dapat berfungsi dengan baik atau tidak. Melakukan
sistem menambahbaik projek yang ada kepada lebih baik tanpa memelurkan penambahan kos
dan sebagainnya.

Seterusnya,projek diuji mengunakan cahaya dan air pada rain sensor untuk memastikan ia
berfungsi atau pun tidak.

4.5 PERINGKAT AKHIR KEPUTUSAN PENGUJIAN

Pengujian keterusan dilakukan bagi memastikan ampaian mendapat arus ataupon tidak
4.6 MEMBAIKPULIH DAN PENYELENGGARAAN

Setelah pengujian dilakukan ,kami dapati bahawa projek yang dilakukan berlaku beberapa
masalah yang telah terjadi dan kami telah menyelesaikan masalah tersebut,antaranya:

1) Ampaian tidak bergerak keluar atau masuk selepas ketiadaan bekalan elektrik
dirumah .
2) Ampaian tidak bergerak kerana besi ampaian tersangkut.

4.7 KEPUTUSAN PROJEK

Setelah ujian,analisis dan masalah-masalah telah diselesaikan maka projek automatic


clothline ini dapat digunakan dengan selamat dan mudah. Projek ini juga dapat menjimatkan
ruang kawasan rumah dan memudahkan kerja seharian.
BAB 5

PERBINCANGAN,CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 PENGENALAN

Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian dan akan membincangkan dengan lebih
mendalam tentang hasil yang telah dilakukan dalam bab 4. Hasil ini telah disokong oleh
pendapat-pendapat yang dapat mengukuhkan analisis.Kesimpulan di buat berdasarkan
perbincangan pada hasil kajian dan beberapa cadangan yang diperoleh.

Tujuan utama projek ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja masyarakat yang sibuk
terutamanya pada waktu hujan. Berdasarkan projek yang duhasilkan, kami dapat menghasilkan
sebuah ampaian yang menjimatkan ruang,kos rendah dan juga mudah digunakan.Kami juga
telah mengkaji sepenuhnya projek yang telah dihasilkan.Kesimpulannya projek yang
dilaksankan telah mencapai objektif yang dikehendaki.

5.1 ANALISIS

Hasil analisis yang dilakukan berdasarkan boring soal selidik yang telah diedarkan kepada
beberapa orang masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan yang sederhana dan
mendapati bahawa mereka mempunyai beberapa masalah:

I. Ampaian yang dibeli mudah berkarat


II. Ampaian memerlukan ruang yang agak luas dan juga mencacatkan kawasan
halaman rumah
III. Baju yang dijemur basah semula akibat hujan dan penghuni keluar bekerja atau
sebagainya.

5.2 PENILAIAN

Projek yang dihasilkan ialah automatic clothline. Ia bertujuan untuk memudahkan


masyarakat yang sibuk untuk menjemur pakaian.Berdasarkan analisis yang telah
dilakukan,projek ini berfungsi dengan baik dan mudah.
5.3 CADANGAN

Setelah selesai melaksanakan projek ini,kami dapat merumuskan beberapa


cadangan.Antara cadangan tersebut ialah:

I. Menggunakan bahan yang berkualiti dan ringan


II. Mengunakan sensor yang lebih tahan lama
III. Ampaian yang direka mempunyai ketahanan yang kuat untuk menampung pakaian.

5.4 KESIMPULAN/RUMUSAN

Kesimpulan yang boleh dibuat di bab ini ialah, selepas melakukan bab 5 ini mendapat
pengetahuan dan cara membuat projek dengan lebih jelas, terperinci dan mudah. Ini
memudahkan lagi kerja untuk melakukan kerja-kerja pembangunan projek. Data-data yang
dikumpul dan analisis adalah data yang amat penting dalam membuat projek akhir ini. Data
data ini semua dikumpul melalui pelbagai jenis cara contohnya dengan melayari internet,
membaca beberapa buah buku yang berkaitan, mencari di kedai kedai dan bertanya pada
pensyarah .Dalam pada itu, dapat menambah ilmu dan pengetahuan untuk melaksanakan
projek akhir ini. Selain daripada itu, dapat mengetahui spesifikasi bahan yang berada dipasaran
serta harga harga yang berbeza mengikut kedai-kedai yang berlainan. Faktor pemilihan bahan
juga amat penting dalam penghasilan projek ini. Ini kerana, pemilihan bahan yang tidak sesuai
akan mendatangkan kemudaratan pada projek yang dhasilkan.

Anda mungkin juga menyukai