Anda di halaman 1dari 4

10 Sikap 'Terlalu' Yg Harus Dihindari Dalam Perhubungan

 
 Sikap 'terlalu' ini sangat berbahaya dalam perhubungan sekiranya
tidak dikawal. Ia mungkin dapat menjejaskan hubungan yang
harmonis  atau menjadi penyebab pertengkaran yang berulang pada
sesebuah hubungan. Oleh itu lebih baik kita menyelidik diri sekiranya
kita menghadapi gejala 'terlalu' dalam diri kita.
10 'terlalu' yang membahayakan ini ialah:

1. Terlalu Manja

Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan


tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya,
kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya.
Namun jangan kemanjaan tersebut berlebihan. Wanita yang terlalu
manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling teruk
karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum.
Pasti akan memalukan teman lelakinya.

2. Terlalu Tertutup

Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan


menghambat komunikasi.
Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan setiap
hubungan. Baik lelaki mahupun wanita  ingin mengetahui pengalaman,
perasaan dan keinginan pasangannya.

3. Terlalu Terbuka

Orang yang bersikap umumnya menyenangkan dan mesra. Namun


sikap yang terlalu terbuka juga kadangkala  menjadi tidak
menyenangkan.
Orang yang terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa
melihat situasi dan keadaan, sulit menyimpan rahsia, dan yang lebih
buruk adalah kebiasaan bicara dulu , berfikir kemudian serta
melampau had sempadan.

4. Terlalu Cerewet

Ada sebahagian wanita yang kurang menyedari, betapa buruknya


wanita yang terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada
anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat dimaafkan.
Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan, meskipun dengan
alasan “Kerana aku sayang padamu”.

5. Terlalu Sensitif

Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya


merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut
melukai hatinya.
Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak
seharusnya  saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas.
Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang
terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak
jenaka bagi menceriakan suasana.

6. Terlalu Mengongkong

Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti


yang disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk
bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri.
Jika wanita terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara
pasangannya dapat  bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk
jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan berontak sehingga
boleh menjejaskan hubungan.

7. Terlalu Memperlekeh

Lelaki  tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi


memperlekehkannya.  Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak
membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan
yang dihamburkan.
Bila kamu hendak memperbaiki kekasih kamu yang terlalu banyak
kelemahannya, kamu perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit
demi sedikit dgn cara yang sewajarnya iaitu tidak
memperlekehkannya.

8. Terlalu Memiliki

Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain.
Tentu saja dia kekasih kamu, namun bukan milik peribadi kamu.
Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-
temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain.

9. Terlalu Menyanjung

Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk


merapatkan hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa
percaya diri kekasih kamu.
Tetapi kalau kamu terlalu sering menyogoknya dengan pujian dan
sanjungan, kamu tidak saja merosak erti sebenar pujian , tetapi juga 
membuat si dia merasa bosan. Dia juga menganggap kamu tidak
ikhlas.

10. Terlalu Menuntut

Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut


bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya  dalam
melayan karenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini.
Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut
kehendak pasangannya.

Anda mungkin juga menyukai