Anda di halaman 1dari 2

Rahsia Warna Kegemaran Lelaki

Putih 
Melambangkan kesucian dan kesegaran .Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia
ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis .Ia juga melambangkan kebersihan dan
kebolehan professional. 

Merah 
Melambangkan tenaga fizikal .Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat
menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya
memaparkan paksaan dan keagresifan .Merah juga berkait denagn tenaga seksual ,juga
kemarahan. 

Jingga 
Ia adalah campuran merah dan putih . Ia melambangkan sifat kewanitaan .Ia melambangkan cinta,
kelembutan dan juga perasaan.

 
Oren 
Warna ini adalah campuran dan kuning .Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan
tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning .Warna ini melambangkan pencapaian
dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah
orang. 

Kuning 
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang.Ia
adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap
sesuatu ,tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa .Ada juga mengaitkan
kuning dengan sikap pengecut. 

Hijau 
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru .Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan
pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan
benda ;benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain .Sekiranya anda sakit ,adalah
baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang baik
untuk berehat dan menenangkan fikiran .Warna hijau di kaitkan dengan cemburu. 

Ungu 
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang
memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian . 

Hitam 
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan .Ia juga melambangkan sifat
sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.

 
Coklat 
Ia tanda banyak wang .Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan .Jika mahu
banyak wang ,ada yang menyarankan agar memakai warna coklat . 

Anda mungkin juga menyukai