Anda di halaman 1dari 1

“Perbahasan ini sudah pasti perlu disyarahkan panjang lebar dalam wacana fiqh.

Namun secara
umumnya pemilihan pemimpin perlu dilihat dalam konteks kesesuaian organisasi yang mahu
dipimpinnya.

“Pemilihan tidak boleh didasarkan atas sentimen, emosi dan khabar angin sebaliknya berasaskan
fakta sebenar.

“Oleh sebab maslahah dipegang besar, maka perlu dipilih pemimpin beramanah, berakhlak dan
bertatasusila luhur, selain memiliki visi dan matlamat jelas serta utuh dengan prinsip perjuangan,”
katanya.

Mohd Khairul Naim berkata, hadis ini umumnya mengingatkan manusia untuk berhati-hati dalam
memilih pemimpin.

Orang yang tidak beramanah dan tidak mahir, tetapi tetap mahu menggalas amanah itu pasti
mempunyai niat serta keinginan tertentu.

Apatah lagi, kehidupan manusia pada zaman ini semakin mencabar. Misalnya, perkembangan
teknologi, khususnya media sosial turut mampu mempengaruhi persepsi manusia.

Penilaian atau perspektif manusia dibuat cukup dengan satu gambar atau beberapa minit video lalu
‘hukuman’ dijatuhkan.

“Zaman ini maklumat beredar pantas dan hampir semua orang mahu membincangkan setiap isu
walaupun mereka tiada keahlian.

Anda mungkin juga menyukai