Anda di halaman 1dari 1

Siapakah mereka yang termasuk definisi golongan Ruwaibidhah?

Mohd Khairul Naim berkata, walaupun hadis tidak menyebut secara langsung kaitan
amanah dengan pemimpin, lafaz hadis terakhir, iaitu ‘amr al-‘ammah’ merujuk
kepada urusan umum atau besar. Kebiasaannya orang yang terbabit urusan
sedemikian adalah dalam kalangan orang politik.

“Apatah lagi lafaz hadis lebih awal berkait amanah, maka antara ‘amanah’ paling
besar ialah kemaslahatan umum.

“Namun, ia tidak menafikan keperluan kita memilih pemimpin betul pada setiap
peringkat untuk setiap bidang supaya amanah dipegang dilaksanakan baik,”
katanya.

Dalam hal ini Islam mempunyai kriteria menentukan dan memilih pemimpin.
Misalnya perkataan ulil amr dalam surah al-Nisa’ ayat 29: “Wahai orang beriman,
taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan uli al-amri di antara kamu,” yang ditafsirkan
ulama sebagai pemimpin tertinggi dalam sesebuah negara.

Anda mungkin juga menyukai