Anda di halaman 1dari 1

Pensyarah Kanan, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam (API), Universiti

Malaya (UM), Dr Mohd Khairul Naim Che Nordin, berkata hadis itu menerangkan dua aspek, iaitu
keadaan ketika berlaku dan individu yang berada dalam waktu berkenaan.

“Pada aspek ‘keadaan’, Nabi Muhammad SAW menyebut pada masa akan datang dunia penuh
dengan penipuan dan tipu daya.

“Ini berlaku apabila orang yang berdusta lebih dipercayai, manakala mereka yang berkata benar
ditolak dan didustakan.

“Ia zaman tipu daya apabila amanah dan tanggungjawab diserahkan kepada pengkhianat sebaliknya
mereka yang amanah pula dikhianati,” katanya.

Mohd Khairul Naim mengingatkan Imam Ibnu Majah meletakkan hadis itu dalam Kitab al-Fitan
(Fitnah) dan mewujudkan bab khusus, iaitu Zaman yang Dahsyat (Syiddah al-Zaman).

Jika ditelusuri hadis lain seumpama dengannya, kewujudan golongan Ruwaibidhah dikaitkan dengan
tanda akhir zaman.

Sebagai contoh, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila amanah disia-siakan, maka tunggu datangnya
kiamat.” Lalu ada bertanya, “Bagaimana amanah itu disia-siakan?” Maka, Baginda menjawab:
“Apabila suatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (HR Bukhari)

Anda mungkin juga menyukai