Anda di halaman 1dari 11

ABSTRAK

Malaysia merupakan satu Negara yang unik. Ia telah melalui perubahan yang pesat
sepanjang 62 tahun kemerdekaannya. Malaysia bukan hanya mengalami kemajuan dari segi
pembangunan sahaja, antara perkara yang mengalami perkembangan pesat adalah
pendidikan. Bermula dari Laporan Razak 1956 dan Laporan Talib 1960 telah merubah corak
pendidikan Malaysia dan telah menyelaraskan pendidikan sekolah kerajaan kepada 1 aliran
dan menetapkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa rasmi. Perkembangan yang pesat dapat
dilihat dengan kewujudan “General Syllabus and Time Table Committee” pada tahun 1956
yang berperanan merangka silibus pelajaran bermula tahun 1956 hingga 1993. Setelah lebih 2
dekad ‘General Syllabus and Time Table Committee’ berperanan merangka silibus
pendidikan Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum pula ditubuhkan pada tahun 1982
yang telah berjaya mewujudkan KBSR dan KBSM yang digunakan kesemua sekolah di
Malaysia bermula tahun 1993. Bermula tahun 2011 KBSR dan KBSM mula ditukar ke KSSR
dan KSSM yang menyokong Pendidikan Abad ke-21 (PAK-21) sejajar dengan perubahan
dunia.
1.0 Perkembangan Pendidikan Malaysia

Malaysia telah mengalami perubahan kurikulum yang pesat bermula dari zaman
sebelum merdeka sehingga kini. Pendidikan awal yang terdapat di Malaysia sebelum
kedatangan British adalah bercorak keagamaan atau lebih dikenali sebagai pengajian pondok
yang diajar oleh Ulama Islam dan ustaz-ustaz. Pengajian pondok menggunakan al-quran dan
hadis sebagai rujukan utama. Matlamat utama pengajian pondok ketika itu adalah bagi
memastikan masyarat ketika itu menjadi masyarat yang beriman kepada Allah dan
menjalankan suruhannya dengan betul selaku penganut agama Islam. Setelah kedatangan
British, pada tahun 1855 sekolah rasmi beraliran Melayu yang pertama telah dibuka di Bayan
Lepas, Pulau Pinang.

Sukatan pelajaran di sekolah aliran Melayu diserahkan sepenuhnya kepada wakil-


wakil masyarat ketika itu. Bahasa penghantar yang digunakan disekolah aliran Melayu ini
adalah Bahasa Melayu. Setelah sekolah aliran melayu diwujudkan, sekolah persendirian Cina
dan India juga mula dibangunkan yang menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa
penghantar di sekolah-sekolah ini. Kewujudan sekolah-sekolah ini adalah bagi memastikan
anak-anak pekerja dari Cina dan India yang dibawa oleh British tidak ketinggalan dari segi
pendidikan. Sukatan pelajaran, bahan rujukan pengajian malahan guru-guru di sekolah Cina
dan India juga diambil dari Negara China dan India. Setelah beberapa ketika sekolah aliran
Melayu, Cina dan India diwujudkan, pihak British mula mewujudkan sekolah aliran Inggeris
setelah menghadapi permasalahan mendapatkan pekerja yang mampu bertutur, menulis dan
mengira didalam Bahasa Inggeris. Sekolah aliran Inggeris ini juga bukanlah dibuka untuk
semua penduduk Tanah Melayu ketika itu sebaliknya hanya golongan bangsawan sahaja yang
dibenarkan untuk menyambung pengajian ke sekolah aliran Inggeris ini. Sukatan pelajaran
yang diajar di sekolah – sekolah aliran Inggeris ketika itu menjuruskan kebolehkan pelajar
bertutur, menulis dan mengira dalam Bahasa Inggeris sahaja. Puncak pencapaian
persekolahan adalah sijil dari peperiksaan yang dikelolai olh Universiti Cambridge. Tumpuan
sekolah Inggeris ketika itu adalah bagi mengisi tuntutan pentadbiran tanah jajahan dari segi
politik, social dan ekonomi.

Kewujudkan ketiga-tiga jenis sekolah ini bertujuan untuk memastikan masyarat dapat
menjalankan peranan sedia ada dengan lebih baik. Sekolah-sekolah ini juga berperanan untuk
memastikan sosio-ekonomi bangsa dapat dikawal oleh pihak British ketika itu. Kurikulum
yang digunakan disekolah-sekolah ini juga tidak bersifat nasionalis dan tidak menggalakkan

1
peningkatan sosio-ekonomi kepada masyarat. Sistem pendidikan ketika itu juga tidak
menggalakkan pelajarnya untuk keluar dari kepompong hidup mereka. Pelajaran seperti
sejarah, sastera dan ilmu kemanusiaan tidak diterapkan bagi mengelakkan kesedaran dan
pemberontakan kepada penjajah berlaku. Jika diperhatikan pendidikan yang ditawarkan,
dapat disimpulkan kewujudan pendidikan ketika itu adalah bagi menampung keperluan
semasa masyarakat dan Negara.

Setelah Malaysia mengecapi kemerdekaan, pemimpin Malaysia ketika itu sedar


bahawa jika inginkan kemerdekaan ini berkekalan dan kemajuan Negara dapat dikecapi,
perpaduan antara kaum hendaklah dipupuk. Bertitik tolak dari itu satu jawatankuasa yang
dikenali sebagai Laporan Razak 1956 ditubuhkan bagi mencari formula untuk mewujudkan
sistem pendidikan kebangsaan. Hasil perbincangan jawatankuasa ini telah sepakat
menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia. Penetapan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan antara lain bagi memastikan rakyat Malaysia ketika itu
mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dan memastikan komunikasi yang berkesan dapat di
jayakan. Selain bahasa, sukatan pelajaran di sekolah-sekolah juga diwajibkan untuk
menggunakan sukatan pelajaran yang sama bagi memastikan semua rakyat mendokong
matlamat dan visi Negara yang masih setahun jagung ini. Bagi mewujudkan sukatan
pelajaran yang akan digunapakai oleh semua sekolah, satu jawatankuasa yang dikenali
sebagai ‘General Syllabus and Time Table Committee’ telah ditubuhkan pada tahun 1956.
‘General Syllabus and Time Table Committee’ berperanan untuk membangunkan silibus
pelajaran yang akan diguna pakai disemua sekolah rasmi di Malaysia. Pada tahun 1982, Pusat
Perkembangan Kurikulum ditubuhkan yang berperanan sebagai urusetia Jawatankuasa Pusat
Kurikulum. Objektif utama jawatankuasa ini adalah untuk menggubal kurikulum yang
bersepadu dan berguna bagi semua peringkat persekolahan, mengesan pelaksanaan kurikulum
dan menilai serta meningkatkan mutu kurikulum secara berterusan selaras dengan keperluan
semasa dan masa depan. Jawatankuasa Pusat Kurikulum juga bertujuan untuk melahirkan
kurikulum sekolah berkualiti ke arah pendidikan bertaraf dunia. Hasil daripada kewujudan
Jawatankuasa Pusat Kurikulum ini telah berjaya membangunkan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang digunapakai
disemua sekolah Malaysia bermula dari tahun 1982 yang bermatlamatkan semua murid
hendaklah mampu mengenal huruf, membaca, menulis dan mengira. Kurikum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) kemudiannya ditambah
baik kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu

2
Sekolah Menengah (KBSM) yang mula digunapakai pada tahun 1993. Kedua-dua kurikulum
baru ini berjaya menggambarkan matlamat utama pendidikan Negara ketika itu yang secara
dasarnya menukarkan matlamatnya dari kemampuan murid mengenal huruf, membaca,
menulis dan mengira kepada penetapan murid-murid perlu memperolehi ilmu pengetahuan,
menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman.

1.1 Pendidikan Abad ke-21

Abad ke 21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigm


kehidupan. Ia meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat
berinformasi, penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi, pemusatan
kuasa kepada pengangihan kuasa, konsep hierarki kepada jaringan, ekonomi tempatan kepada
ekonomi antarabangsa dan perancangan jangka pendek ke perancangan jangka panjang
(Mumtaz Begam dan rakan-rakan ,2002). Antara perkara yang menyumbang kepada
perubahan pesat dunia ini adalah apabila Sistem Teknologi Maklumat telah semakin canggih.
Jika dahulu maklumat mengenai dunia luar hanya dapat diakses melalui media seperti radio,
televisyen dan akhbar sahaja tetapi kini maklumat tersebut boleh didapati dengan sangat
cepat dan mudah melalui bukan sahaja komputer malahan dari telefon bimbit. Ini
menunjukkan perubahan dunia berlaku secara pesat berikutan segala maklumat dapat
disampaikan dengan pantas. Dapat dilihat cabaran yang besar bakal dihadapi generasi akan
datang berikutan dengan perubahan dunia kini. Disebabkan dunia sentiasa berubah-ubah,
kurikulum pendidikan juga hendaklah berubah selari dengan perubahan dunia bagi
memastikan pelajar yang dihasilkan bukan hanya mempunyai ilmu pengetahuan tetapi turut
memiliki kemahiran abad ke 21 dalam menghadapi perubahan globalisasi ini.. Kajian-kajian
yang dijalankan di Malaysia juga menunjukkan keperluan mendesak terhadap pembinaan
kemahiran abad ke-21 (Yussof et al. 2008; Rasul et al. 2009). Rasul et al. (2009) dalam kajian
terhadap aspek kemahiran yang dikehendaki oleh majikan dalam industri pembuatan
mendapati kemahiran asas, berfikir, sumber, interpersonal, sistem dan teknologi dan kualiti
personal adalah kemahiran yang sangat diutamakan oleh majikan. Kajian Yussof et al. (2008)
juga menyatakan pencapaian dalam akademik sahaja tidak boleh menjamin seseorang untuk
mendapat pekerjaan. Banyak aspek lain yang dikehendaki oleh majikan antaranya sikap
terhadap kerja dan pandangan hidup masa depan, penguasaan kemahiran asas termasuk
teknologi maklumat dan bahasa, kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis, disiplin diri dan
berpengetahuan am. Perubahan ini bukan hanya berlaku di Malaysia malahan hampir
diseluruh dunia. Banyak negara berusaha menampilkan kepentingan kemahiran ini dalam

3
dasar dan rancangan pendidikan mereka. Malaysia sendiri melancarkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bertujuan meningkatkan taraf pendidikan supaya
mencapai standard antarabangsa (Prof Madya Dr Abdul Halim Abdullah, 2009).
Pengurusan Sumber Pendidikan (2013) telah menyenaraikan tiga elemen utama dalam
penilaian pendidikan di Malaysia iaitu; i) kemahiran pembelajaran dan inovasi; ii) kemahiran
maklumat, media dan teknologi; serta iii) kemahiran hidup dan kerjaya. Pembelajaran dalam
persekitaran yang aktif dan global amat memerlukan generasi yang menguasai kemahiran
abad ke-21 ini. Maka, pendidikan abad ke 21 seharusnya bertunjangkan kemahiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi bagi memastikan generasi akan datang mampu berfikir secara
kreatif dan inovatif dalam menghadapi cabaran globalisasi dunia. Pendidikan yang berkualiti
dan cemerlang dalam pelbagai aspek termasuklah cemerlang dalam bidang kokurikulum
menjadi matlamat utama dalam usaha melahirkan generasi alaf baru yang mampu menangani
cabaran-cabaran abad ke-21 (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, KPM
2013). Kementerian pelajaran telah mula mengorak langkah membuat perubahan dalam
sistem pendidikan Malaysia dengan mewujudkan silibus baru iaitu Kurikulum Standart
Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standart Sekolah Menengah (KSSM) bagi
menggantikan KBSR dan KBSM bermula dari tahun 2009 yang melibatkan 500 buah sekolah
yang terpilih sebagai uji rintis. Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) mula
dilaksanakan kesemua sekolah rendah bermula tahun 2011 manakala Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) mula dilaksanakan keatas semua pelajar tingkatan 1 bermula
pada tahun 2017. Antara hasrat Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) adalah
melahirkan murid yang mempunyai kemahiran abad ke-21 dengan memberi fokus kepada
kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya berteraskan amalan nilai murni(Prof
Madya Dr Abdul Halim Abdullah, 2009). Revolusi ini dilakukan bagi memastikan
pendidikan Negara mampu menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang releven dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR
berteraskan 4K 1N iaitu Komunikasi, Kolaboratif, Kritis, Kreatif dan Nilai. Asas pendidikan
abad ke – 21 yang menyatakan pelajar perlu bijak berkomunikasi, berkolaborasi, berfikir
secara kritis dan kreatif serta memiliki nilai murni dalam diri bagi menghadapi perubahan
globalisasi. Persatuan Pendidik Amerika turut menyatakan terdapat empat kemahiran spesifik
yang paling penting bagi seorang individu menghadapi abad ke 21 iaitu kemahiran pemikiran
kritikal, komunikasi, kolaborasi, dan kreativiti (4C).
Bagi menjayakan perubahan yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini,
kaedah pembelajaran turut perlu diubah. Satu kerangka mengenai pedagogi abad ke-21 untuk
4
generasi digital hari ini diperkenalkan dan diguna pakai dalam banyak kajian di seluruh
dunia. Ia mengandungi lapan komponen utama, meliputi pembelajaran kolaboratif,
mengupayakan teknologi, pengembangan kemahiran penyelesaian masalah, pembelajaran
berasaskan projek, mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai
sumber maklumat, menggalakkan amalan refleksi, mengembangkan kemahiran berfikir dan
pentaksiran. (Prof Madya Dr Abdul Halim Abdullah, 2009).

1.2 Pembelajaran Berpusat Pelajar

Jika sebelum ini kaedah pendidikan di Malaysia menekankan pembelajaran berpusat


guru yang mana guru menjadi medium penyampai ilmu, murid menerima ilmu tersebut dan
hanya menggunakannya untuk menjawab soalan-soalan didalam peperiksaan sahaja tetapi
kini pelajar memerlukan lebih banyak pemahaman dalam pelbagai perkara untuk berjaya
dalam zaman yang pesat berubah. Pembelajaran secara kolaboratif merupakan antara pilihan
yang sesuai dengan penggunaan pelbagai peranti mudah alih seperti tablet, computer riba dan
telefon bimbit sementa pelajar hari ini merupakan generasi yang telah mula mengenali
peralatan ini sedari kecil lagi. Pembelajaran pula lebih berpusat kepada pelajar selaras dengan
gaya pembelajaran abad ke 21 yang berpaksikan literasi era digital, murid berfikir secara
kreatif dan inovatif, kemahiran komunikasi yang berkesan serta murid mampu terlibat secara
aktif didalam perbincangan. Kaedah pembelajaran yang berpusat murid ini dilihat mampu
menarik minat pelajar dalam mempelajari sesuatu pengetahuan dan kemahiran serta lebih
mudah difahami.
Asas Pendidikan Abad ke 21 menetapkan murid-murid perlu memiliki Kemahiran
Komunikasi, Kolaboratif, Pemikiran Kritis, Kreatif dan Nilai atau 4K 1N bagi menghadapi
cabaran dunia abad ke 21. Kemahiran komunikasi yang dimaksudkan adalah kebolehan
murid untuk berkomunikasi secara berkesan. Kemahiran komunikasi ini tidak akan dianggap
berjaya jika murid hanya membaca teks yang diberikan atau pelajar hanya menjawab soalan
yang ditanyakan oleh guru melalui jawapan yang dicari dari buku atau bahan ilmiah lain
tetapi kemahiran komunikasi ini bermaksud kebolehan murid berkomunikasi untuk
mendapatkan maklumat serta menyampaikan maklumat kepada orang lain. Murid juga
mampu berkomunikasi dengan lancar dan selesa serta tidak kekok dengan sesiapa sahaja.
Murid juga perlu mampu berkomunikasi dengan berkesan serta sopan semasa perbincangan
secara terus ataupun perbincangan secara maya. Kemahiran komunikasi ini antara kemahiran
yang penting bagi menghadapi cabaran abad ke 21 kerana komunikasi pada abad ke 21 tidak

5
hanya tertumpu kepada komunikasi secara terus sahaja tetapi ia turut melibatkan komunikasi
secara maya seperti penyampaian maklumat menerusi email, blog, vblog dan lain-lain lagi.
Kemahiran yang kedua yang perlu dipupuk dalam diri murid adalah kemahiran
Kolaborasi. Kolaborasi bermaksud pendekatan pembelajaran yang melibatkan usaha Intelek
sesama murid atau murid-murid dengan guru.   Biasanya murid-murid melaksanakan aktiviti
secara berkumpulan seramai dua atau lebih, saling mencari persefahaman, penyelesaian atau
mencipta suatu hasil pembelajaran (Smith and McGregor, 1992). Kemahiran kolaborasi
menetapkan murid hendaklah mampu berurusan dengan orang lain, bekerjasama, mendengar
pendapat ahli kumpulan dan meraikan setiap pendapat yang diutarakan, menyampaikan
pendapat sendiri dengan sopan serta tidak memaksa ahli kumpulan menerima pendapat
sendiri, tahu peranan sebagai ketua kumpulan atau ahli kumpulan serta dapat membuat
keputusan sebulat suara dengan ahli kumpulan serta merancang gerak kerja yang perlu
dilakukan bagi melaksanakan tugasan yang diberi sehingga berjaya. Bagi memastikan
kemahiran berkolaborasi ini berjaya dilaksanakan, guru hendaklah merangka aktiviti yang
memerlukan murid bekerjasama dengan rakan lain. Dari aktiviti tersebut, murid perlu
berbincang, memberi pendapat dan menerima pendapat serta menunjukkan minat didalam
kerja berkumpulan yang diberikan. Antara aktiviti yang dapat merangsang kemahiran
kolaborasi pelajar adalah aktiviti Gallery Walk, Hot Seat dan lain-lain lagi.
Bagi menghadapi dunia abad ke-21, seorang individu perlu mempunyai kemahiran
berfikir secara kritis. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan kemahiran
yang perlu dipupuk bagi seorang murid adalah pemikiran kritis. Pemikiran kritis bermaksud,
murid mahir meneroka dalam mencari jalan penyelesaian, menilai atau menimbang tara
buruk baik sesuatu pilihan serta mampu membuat keputusan. Murid juga perlu didedahkan
dengan pelbagai sumber maklumat agar murid mempunyai pengetahuan mengenai pelbagai
bidang. Pemikiran kritis juga mampu merangsang rasa ingin tahu murid yang mendorong
murid untuk mendapatkan maklumat bagi setiap persoalan yang berlegar di mindanya melalui
pembacaan, penyoalan dan melakukan aktiviti secara hands-on yang akan mendorong murid
membuat keputusan berdasarkan maklumat dan berupaya mempertahankan keputusan dengan
memberikan bukti konkrit. Pemikiran kritis juga akan menggalakkan murid berfikir secara
terbuka, menerima pandangan orang lain dan merendah diri. Kemahiran berfikir secara
kreatif juga perlu ada didalam diri seorang murid bagi menghadapi cabaran abad ke - 21.
Berfikir secara kreatif seringkali disalah anggap dengan hanya penghasilan produk semata-
mata. Berfikir secara kreatif sebenarnya mensasarkan kebolehan murid melihat situasi sedia
ada daripada pelbagai sudut bagi menjana idea dan melakukan sesuatu dengan cara yang

6
berbeza. Pemikiran kreatif ini akan menggalakkan murid untuk menghasilkan dan
menggunakan idea-idea baru dalam konteks tertentu dan mampu menjana hasil yang
memberangsangkan dari pelbagai sudut. Pemikiran kreatif ini boleh juga diklasifikasikan
dengan keberanian murid untuk mengambil risiko dalam membuat keputusan tanpa takut
dikritik. Berfikiran kreatif akan melahirkan murid yang berpandangan jauh dan mempunyai
hala tuju yang jelas dan berimaginasi secara asli dan tidak stereotaip. Guru yang
menggalakkan murid berfikir secara kreatif akan menggalakkan penjanaan idea baru yang
mampu menghasilkan inovasi bahan, aktiviti baru, unik, berguna dan berkualiti

Nilai murni dan etika merupakan perkara yang penting dalam membentuk jati diri
nasional seseorang individu. Nilai Murni dan etika ini perlu diterapkan didalam diri murid
bagi memastikan Negara bukan sahaja mampu melahirkan murid yang berkemahiran dan
berdaya saing malahan murid yang mempunyai nilai murni dan berakhlak tinggi kerana
umum mengetahui sesebuah Negara mampu mencapai kemajuan dan kemodenan jika
masyarakatnya berakhlak tinggi seperti contoh yang seringkali digunakan iaitu rakyat Negara
Jepun yang hidup dalam arus kemodenan tetapi masih mempunyai jati diri yang kuat. Bagi
memastikan asas ini dapat dipupuk didalam diri murid, guru akan berperanan sebagai
perancang, pendorong, pengawal, pembimbing serta penilai bagi setiap aktiviti didalam kelas
bagi mengasah kemahiran komunikasi, kolaborasi, kritis dan kreatif serta nilai murni berjaya
diterapkan dalam diri murid. Guru perlu merungkai kurikulum dan membuat pemertaan topic
bagi memastikan proses pembelajaran dan penilaian yang akan dibuat keatas murid lebih
teratur. Guru pada abad ke-21 perlu terus bertransformasi dan berevolusi mengikut perubahan global.
Oleh itu, guru-guru memerlukan komitmen yang tinggi dan sokongan padu daripada pemimpin
sekolah, dalam proses transformasi dan adaptasi kurikulum, teknologi dan pedagogi terbaharu dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan menurut Eow Yee Leng (2007) dalam artikelnya yang bertajuk
Cabaran dalam memperbudayakan pembelajaran abad ke 21 bagi pembelajaran dan pemudahcaraan
Mamtematik Sekolah Menegah. Ini dapat dilihat dari perkembangan teknologi maklumat yang pesat
yang membuatkan jurang antara guru dan murid akan menjadi besar. Istilah kanak-kanak adalah
ibarat kain putih , guru yang bertanggungjawab mencorakkannya kini kelihatan kurang releven lagi
kerana kanak-kanak tidak lagi menunggu maklumat disampaikan leh guru sahaja tetapi mereka akan
mencari maklumat yang diinginkannya didalam internet.

7
1.5 Penilaian Prestasi Murid

Pendidikan abad ke – 21 juga menunjukkan perubahan kaedah penilaian prestasi


murid. Terdapat 3 kaedah pentafsiran perkembangan murid dijalankan iaitu dengan Sistem
Pentafsiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK), Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan
Pelaporan Profil Murid. Pendidikan abad ke – 21 menunjukkan penilaian prestasi murid
seharusnya dijalankan sepanjang tempoh persekolah berjalan berbanding dengan sistem
pendidikan yang lama yang mengambil Peperiksaan peringkat kebangsaan seperti PMR
sebagai penanda aras muktamat menentukan kefahaman dan perkembangan murid. Pastinya
ia merupakan satu keadaan yang tidak seimbang kerana perkembangan murid pastinya tidak
dapat dilihat melalui satu peperiksaan sahaja.

Usaha dan perubahan murid seharusnya diambil kira sepanjang tempoh pembelajaran
berjalan. Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS) pula merupakan pentafsiran yang bersifat
holistic dan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu penilaian
hendaklah menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Pelaporan Profil Murid yang
diwujudkan mengandungi perihalan perkembangan dan pencapaian murid secara
keseluruhan. Ini menunjukkan pendidikan abad ke – 21 lebih bersifat menilai dari
menghakimi serta lebih meraikan kebolehan murid dalam segala aspek termasuk penglibatan
dalam ko-kurikulum serta kemampuan fizikal murid melalui SEGAK yang merupakan satu
ujian standard kecergasan fizikal murid berumur 9 tahun hingga 17 tahun berdasarkan
kesihatan. Penilaian dalam pendidikan abad ke – 21 turut menilai kecergasan yang pelbagai
yang dibahagikan kepada 9 element yang merupakan elemen yang dimiliki oleh semua
individu iaitu verbal linguistic, visual ruang, logic matematik, muzik, kinestetik,
interpersonal, intrapersonal, eksistensial dan naturalis. Penilaian yang diberikan bagi setiap
elemen adalah dengan kaedah peratusan.

Penilaian yang dijalankan bagi turut menilai minat kerjaya murid. Dalam penilaian ini
murid akan dinilai melalui kecenderungan murid dalam sesuatu bidang melalui 6 pecahan
sifat kerjaya utama iaitu realistic, investigatif, artistic, social, enterprising dan konvensional.
Dapat dilihat dari kaedah penilaian yang dijalankan membuktikan pendidikan abad ke – 21
ini meraikan setiap keunikan murid dan tiada lagi istilah murid kelas hadapan atau kelas
belakang kerana setiap murid mempunyai kebolehan dan kecenderongan yang berbeza.
Sistem pendidikan Negara semakin sedar bahawa setiap murid mempunyai minat dan
kebolehan yang pelbagai serta setiap individu mampu menyumbang kepada kemajuan Negara

8
melalui bidang yang berbeza-beza. Pelaporan Profil Murid juga merupakan satu medium bagi
guru dan ibu bapa untuk mengenal potensi diri seorang murid. Perubahan sistem pendidikan
Negara ini menurut Nornizam Jamal dalam artikelnya yang bertajuk Pembelajaran Abad ke –
21 Teras Kemenjadian Murid Zaman Revolusi Perindustrian 4.0 mampu melahirkan pelajar
yang mempunyai daya tahan tinggi hasil daripada pembelajaran aktif. Jika kaedah
pembelajaran terdahulu yang lebih memusat kepada guru yang mengakibatkan pelajar
menjadi spoon feed dan malas untuk berusaha mencari maklumat, kini kaedah pembelajaran
bertukar kepada pembelajaran aktif yang menggalakkan murid terlibat dalam mencari
maklumat, berkongsi idea dan merangka gerak kerja. Penguasaan 4K ini dapat menyiapkan
murid menghadapi revolusi perindustrian 4.0 yang lebih mencabar kemahiran dan kekreatifan
seorang individu.

1.6 Kesimpulan

Pembelajaran abad ke–21 juga mampu merangsang murid untuk berfikir secara kreatif
kerana abad ke–21 menawarkan peluang yang besar bagi individu yang berfikiran kreatif
seperti Content Creator dalam YouTube, pemilik Facebook dan lain-lain. Jika dahulu apabila
dikatakan kita mampu menjana pendapatan melalui gerak kerja sendiri mengikut masa sendiri
pasti yang terlintas di fikiran kita hanyalah menjalankan perniagaan tetapi kini pelbagai cara
dapat dilakukan bagi menjana pendapatan asalkan kita mampu berfikiran kreatif dalam
mencari peluang. Bagi menghadapi cabaran hidup yang semakin mencabar ini, pembelajaran
abad ke–21 merupakan pilihan yang tepat dalam usaha mendidik murid berfikir secara kritis
dalam memilih dan menilai setiap tindakan yang bakal diambil berikutan dengan segala
maklumat mudah diakses tanpa kawalan. Kemahiran pemikiran kritis antara perisai utuh bagi
mengelakkan seorang individu terlibat dengan gejala negatif. Pemikiran kritis membantu
individu menilai setiap maklumat yang terbentang dihadapan mereka dan membuat keputusan
yang terbaik. Jika kita perhatikan kini segala maklumat mengenai segala perkara sangat
mudah didapati. Penilaian individu tersebutlah yang akan membantu dirinya. Pembelajaran
abad ke–21 perlu dititikberatkan demi menjamin kelangsungan masyarakat Malaysia yang
berdaya saing, rasional dan kreatif dalam membentuk Negara bangsa yang berjaya dan
disegani. Kerjasama dan galakan dari ibu bapa dan masyarakat sangat perlu bagi melahirkan
generasi yang bukan saja bijak pandai tetapi asertif, berwawasan, berdaya saing dan
mempunyai pemikiran kelas pertama setanding Negara-negara maju yang lain.

9
Revolusi pendidikan menurut sudut pandang Farish Farisha dalam artikelnya yang
bertajuk Pembelajaran Abad ke – 21 menyatakan menurut laporan UNESCO (Report of The
International Commission On Education For The Twenty First Century), pendidikan
sepanjang hayat harus berasaskan 4 elemen utama iaitu ‘Learning to Know’, ‘Learning to
do’, ‘Learning to Live Together’ dan ‘Learning To Be’. Pada dasarnya pendidikan seharusnya
dapat memberi pendedahan pengetahuan yang luas dan pelbagai kepada seorang individu
sebelum di spesifikkan kepada bidang tertentu. Menurut beliau, “Belajar untuk Tahu” mampu
membina satu spectrum ilmu yang mampu menjadi penggalak kepada individu tersebut
memilih bidang yang sesuai dengan jiwanya dengan lebih jitu. Ia mampu menjadi penggalak
kepada individu tersebut untuk menerokai bidang yang dipilih. ‘Belajar untuk Melaksana’
merangkumi kopetensi-kopetensi seperti kebolehan untuk menangani situasi-situasi yang
tidak dijangka, kerja berpasukan, menyesuaikan diri dalam pelbagai konteks kerja dan social.
Sikap-sikap ini mampu dipupuk didalam diri seorang individu jika kaedah pembelajaran yang
diterapkan dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat tinggi menggalakkan pemikiran
secara kreatif dan kritis. Ia selari dengan matlamat pendidikan abad ke–21 yang menerapkan
kemahiran komunikasi, kolaboratif, kritis dan kreatif dalam diri murid. Beliau juga
berpendapat abad ke – 21 akan memberikan cabaran kepada Negara kesan dari perubahan
globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat. Berikutan dengan perubahan
tersebut, penulis berpendapat kaedah pembelajaran dalam kelas perlu melibatkan penggunaan
teknologi maklumat bagi memahirkan murid dengan teknologi maklumat kerana jika
sesebuah Negara memiliki rakyat yang mahir teknologi ia akan dilihat seperti nilai tambah
dalam usaha menjadi Negara maju. Kesimpulannya, pendidikan abad ke – 21 merupakan
pilihan yang tepat dan perlu dilaksanakan dengan berkesan bagi melahirkan Negara bangsa
yang maju dan kompetitif sejajar dengan perubahan dunia. Guru kini menggalas
tanggungjawab yang besar bagi melahirkan individu yang mampu menghadapi arus
perubahan dunia dan dalam masa yang sama turut memupuk nilai murni agak rakyat
Malaysia mampu bersaing diperingkat global tetapi memiliki semangat nasional yang tinggi
seperti kata pepatah “Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung”.

10

Anda mungkin juga menyukai