Anda di halaman 1dari 18

Isi Kandungan 

muka surat
Isi Kandungan i

Penghargaan ii

1.0 Pengenalan 1

2.0 Pergerakan kreatif 2

3.0 Ciri-ciri pergerakan kreatif 3

4.0 Elemen-elemen pergerakan kreatif 4

5.0 Jenis-jenis pergerakan 7

5.1 Pergerakan lokomotor

5.2 Pergerakan bukan lokomotor

5.3 Manipulasi Alatan

6.0 Aktiviti-aktiviti untuk pergerakan kreatif 9 

6.1 Drama

6.2 Muzik

6.3 Tarian

7.0 Faedah-faedah yang akan diperolehi dari pergerakan kreatif 11

8.0 Garis panduan mengajar aspek pergerakan 12

9.0 Kesimpulan 13
PENGHARGAAN

‫السالم عليكم ورحمة هللا تعالى وبركاته‬

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami melafazkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi


dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini
dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Cik Norly Binti
Jamil, Pensyarah Matapelajaran Psikomotor dan pergerakan (KAF2023), di atas
kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami
sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan
teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau
tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu
yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan
anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan
mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu
pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap
sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan.
Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi
peradaban zaman yang begitu hebat.
1.0 Pengenalan

Pergerakan telah berlaku sebelum seseorang kanak-kanak itu lahir. Selepas lahir
pergerakannya bermula dari atas kepala, bahu dan tangan dan akhirnya kaki.begitu
juga dengan perkembangan motor, ia bermula daripada perkembangan motor kasar
diikuti dengan perkembagan motor halus. Pada umur 3 tahun mereka dapat bergerak
dengan laju ataupun perlahan dan juga boleh mengawal pergerakan badan mereka.
Terdapat beberapa faedah pergerakan adalah iaitu kanak-kanak dapat meneroka
natural rhythms (bernafas, berehat, berjalan, berlari dan melompat). Dalam melakukan
sesuatu aktiviti kanak-kanak dapat bergerak dengan bebas tanpa dipaksa oleh orang
lain. Dalam teori yang dikemukakan oleh Robert havighurst, beliau menyatakan
perkembangan kanak-kanak dapat berkembang melalui persekitaran. Oleh yang
demikian guru perlu mencuba satu aktiviti yang menarik perhatiannya secara tidak
langsung dapat meningkatkan minatnya untuk menyertai aktiviti tersebut. Yang kedua
ialah integrasi antara bahasa, nyanyian dan pergerakan dan yang terakhir adalah
mengintegrasikan otak kiri dan kanan. Sebagaimana yang kita ketahui pergerakan
kreatif ini sememangnya aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak. Dengan adanya
aktiviti ini kanak-kanak dapat berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam aktiviti
tersebut secara tidak lansung dapat meningkatkan mindanya untuk berfikir.

Secara amnya pergerakan dapat diabahagikan kepada dua kategori, iaitu


pergerakan bebas dan pergerakan yang mengikut detik masa. Daripada kedua kategori
tersebut empat jenis pergerakan yang berbeza iaitu pergerakan asas. Ianya boleh
dibahagikan kepada dua iaitu pergerakan lokomotor dan pergerakan non lokomotor.
Pergerakan lokomotor adalah pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain seperti
berjalan, berlari, berjengket dan skip.pergerakan non lokomotor pula adalah pergerakan
dalam pelbagai bentuk tetapi berada ataupun berdiri di satu tempat sahaja. Yang
keduanya adalah pergerakan semasa bernyanyi. Pergerakan jenis ini tidak memerlukan
banyak ruangan, pergerakan ini biasanya dihadkan kepada pergerakan pada bahagian
separuh atas badan sahaja. Pergerakan jenis ini selalunya mengikut lirik lagu, supaya
kanak-kanak dapat mengingati lirik lagu dan bernyanyi dengan lebih bersemangat.yang
ketiga adalah pergerakan dengan corak irama dan tarian Pergerakan jenis ini adalah
pergerakan yang paling susah dipelajari. Ini adalah kerana, pergerakan jenis ini perlu
diselaraskan dengan detik muzik dan kanak-kanak juga perlu mengingati urutan
pergerakan. Oleh yang dimikian, pergerakan jenis ini hanya sesuai untuk kanak-kanak
yang lebih besar usianya dan juga mereka yang telah berpengalaman dalam aktiviti
pergerakan asas.

2.0 DEFINISI

Pendidikan Pergerakan Moden, Pendidikan Pergerakan, Pergerakan Pendidikan


Berirama, Drama Kreatif dan Pergerakan Kreatif adalah di antara istilah-istilah yang
kerap digunakan dan kadangkala penggunaannya silih berganti antara satu sama lain.
Namun maksudnya menjurus ke arah yang hampir sama iaitu penggunaan pergerakan
tubuh badan, irama dan daya kreatif sebagai media oleh kanak-kanak untuk melahirkan
daya ekspresi. Gladys Andrew Fleming menggunakan istilah ‘Pergerakan Kreatif’ untuk
pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung
antara fikiran dan perasaan yang dipancarkan melalui perantaraan anggota tubuh
badan. Ini membayangkan cara seseorang individu menggunakan pergerakan dalam
menyelesaikan tiga komponen utama dalam geraktari : untuk tujuan-tujuan ekspresi,
komunikasi atau kepuasan peribadi (Fleming, 1976).

Mengikut pendapat Margaret H’Doubler; geraktari kreatif ialah sejenis tarian


berunsur pendidikan yang membantu proses pembesaran seseorang individu. Proses
ini kemudian membentuk pemikiran mental dan merencana aktiviti yang merangsang
daya berfikir, pertumbuhan fizikal dan spiritual. Ini akan membolehkan seseorang
individu itu menghayati serta menghadapi tuntutan-tuntutan hidup dengan berkesan
(H’Doubler, 1925). Bentuk geraktari seperti yang digariskan oleh definisi di atas merujuk
kepada daya ekspresi mental dan jasmani yang dilakukan secara jujur dan spontan.
Apa yang dipersembahkan oleh penari-penari itu bukanlah bertujuan untuk menarik
perhatian atau mencetuskan sensasi tetapi untuk mencurahkan perasaan dalaman
yang terbuku. Ini juga merupakan ekspresi emosi kendiri yang disalurkan melalui aktiviti
pergerakan berirama. Berdasarkan difinisi dan takrifan yang diberikan, pergerakan
kreatif mempunyai beberapa ciri seperti berikut:

I. penggunaan elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang,dan daya


usaha, bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen tersebut sebagai
asas perancangan kandungan kurikulum (Joyce, 1973; Dimondstein, 1983; Stinson,
1982).

II. Tumpuan kepada pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifat
semulajadi dan tidak formal, dan pada masa yang sama pengalaman-pengalaman
dalam kegiatan pergerakan itu membantu kanak-kanak mengesan potensi-potensi
mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannya sebagai alat perhubungan
(Combest,1975; Dimondstein, 1983).

III. Tumpuan kepada pengalaman geraktari sebagai aktiviti yang menyeronokkan, sihat
dan mudah dicapai. Ia membantu kanak-kanak menjalin paduan antara mental, fizikal
dan persekitaran serta membantu mereka untuk melahirkan segala perasaan dalaman
yang terpendam melalui perantaraan pergerakan. Ia melambangkan aktiviti yang
menyentuh jiwa kanak-kanak (Brearly, 1970; Fleming, 1976).

IV. Tumpuan kepada matlamat yang sama, iaitu perkembangan personaliti kanak-kanak
secara menyeluruh. Terdapat satu aspek penting berhubung dengan faktor ini.
Perkembangan personaliti individu memberi kesan terhadap nilai diri yang merangkumi
aspek-aspek fizikal, mental dan rohani. Faktor ini menjadi penggalak kepada
pengembangan personaliti dengan meyakinkan ketiga-tiga aspek tersebut untuk
memberi berbagai kemungkinan seperti merangsang daya imaginasi dan mencabar
intelek. (H’Doubler, 1972; Huskey, 1979; Joyce, 1984; Synder, 1975; Ayob, 1986).

V. Tumpuan kepada keupayaan individu untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang


diberi mengikut caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama, cuba mengekalkan
hubungan baik dengan kumpulan rakan sebaya (Stinson, 1982; Dimondstein, 1983).
VI. Tumpuan kepada aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar, latihan koordinasi,
menghargai masa dan imbangan, pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh,
pengetahuan tentang mekanisma pergerakan, kesedaran yang mendalam terhadap
hubungan perceptual dan peluang-peluang untuk meningkatkan kekuatan fizikal, daya
ketahanan serta fleksibiliti (Arrow, 1981; Synder, 1975).

1.0 KEPENTINGAN PERGERAKAN KREATIF

Jesse William (1964), pelopor pendidikan pergerakan kreatif yang banyak memberi
sumbangan serta mempengaruhi arah perkembangan program pendidikan jasmani
di sekitar tahun-tahun 1930-an hingga 1960-an berpendapat: Pendidikan Jasmani
sewajarnya bertujuan untuk menyediakan kepemimpinan yang cekap serta menjadi
alat kepada individu atau kelompok untuk bertindak dalam pelbagai situasi secara
konstruktif dari segi fizikal, mental dan sosial. Objektif yang disarankan oleh William
itu pada hakikatnya mencabar para pendidik pendidikan jasmani untuk
mempertingkatkan kemahiran mereka agar dapat mendidik dengan lebih berkesan
untuk mencorakkan kehidupan kanak-kanak sejajar dengan matlamat yang
disarankan. Bagaimanapun nilai-nilai positif yang bakal diperolehi daripada
pergerakan kreatif bergantung kepada penyertaan seseorang individu dalam bidang
tersebut. Menurut Way (1967), pendidikan Jasmani kreatif ialah pendidikan seluruh
individu melalui pengalaman. Seperti dengan pengalaman-pengalaman kreatif yang
lain, pergerakan ini merangsang pemikiran yang beragama, imaginasi dan cara
menyelesaikan masalah. Ia juga mengukuhkan emosi, sifat humor, berlakon dengan
yakin dan pemahaman terhadap sesama insan yang berasaskan nilai-nilai
kemanusiaan yang luhur (Davis, Helfert dan Shapiro 1973; Way 1967) serta
pemikiran yang kritis dan bebas (Carelli, 1982). Aktiviti ini juga bukan sahaja
menyeronokkan tetapi juga untuk mencurah keluar jiwa dalaman yang terdiri
daripada perasaan dan mood (Russell,1975) Melalui pendidikan Jasmani kreatif
murid-murid berkeperluan khas juga akan memperolehi banyak manfaat jika ia
dilaksanakan dengan teratur dan sistematik oleh guru-guru. Untuk mengajar
pendidikan jasmani kreatif, guru tidak memerlukan ilmu yang luas cukup sekadar
minat dan rasa tanggungjawab terhadap murid-murid yang didik. Di antara kebaikan
yang yang diperolehi dengan aktiviti pergerakan kreatif ialah murid akan dapat:

5.1 Meningkatkan Kecergasan:Murid-murid berkeperluan khas sering dilihat tidak


berdaya dan mudah letih terutamanya murid sindrom dowan. Otot kanak-kanak ini
lemah dan mereka kelihatan tidak bertenaga. Melalui pergerakan kreatif mereka
akan seronok bermain dan secara tidak langsung akan membina kecergasan pada
diri kanak-kanak ini. Guru-guru hendaklah bijaksana mengatur aktiviti ini kerana
senaman yang sistematik serta pemakanan yang seimbang adalah penting untuk
menjamin kehidupan yang sihat dan tahan lasak. Kecergasan fizikal terdapat empat
komponen penting iaitu: Kecergasan kardivaskular Kecergasan kekuatan dan
ketahanan otot Kecergasan kelenturan dan Kecergasan berat badan. Dalam tahun
1956 sebuah persidangan American Association for Health, physical Education and
Recreational Fitness telah bersetuju dengan takrif berhubung kecergasan iaitu:
kecergasan ialah suatu keadaan yang menunjukkan sejauh mana seseorang itu
mampu untuk berfungsi. Kecergasan merupakan soal individu. Namun ia memberi
implikasi terhadap terhadap keupayaan seseorang individu untuk hidup dengan cara
yang paling efektif dengan potensi yang ada padanya. Keupayaan untuk berfungsi
bergantung kepada aspek-aspek fizikal, mental, emosi, social dan spiritual yang
menjadi komponen-komponen dalam konsep kecergasan yang mana kesemuanya
saling berhubung dan berkait antara satu sama lain. (Schurr, 1975).

Latihan jasmani yang sering dilakukan boleh mempertingkatkan kekuatan


seseorang dan elemen kekuatan ini merupakan factor penting dalam mempelajari
kemahiran-kemahiran motor (Rarick & Dobbins, 1975 : Pangrazi 1982). Aktiviti yang
rancak juga menyebabkan bebanan tekanan ke atas tulang-tulang dan ini akan
menyebabkan ukuran garis pusat tulang-tulang berkenaan menjadi bertambah besar
serta memperbaiki strukturnya. Osteoporosis atau demineralization (kekurangan
garam galian) adalah berpunca daripada kelembaman. Keadaan demikian akan
menyebabkan tulang-tulang menjadi rapuh. Gejala ini dapat diatasi melalui
pergerakan kreatif kerana ia boleh membalikkan proses ini di samping membina
semula kekuatan tulang-tulang.

5.2 Alat Teraputik Pergerakan kreatif sangat berkesan untuk mendidik kanak-
kanak bermasalah fizikal dan mental. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan
program latihan yang bersesuaian yang boleh mendorong mereka menjadi cergas
dan efektif dari segi fizikal. Penggunaan pergerakan yang berkaitan dengan
psikomotor, kognitif, efektif dan estetika merupakan nilai-nilai yang sangat penting
untuk murid-murid berkeperluan khas. Nancy Brooks Schmitz (1980), dalam
tulisannya antara lain telah menyentuh peri mustahaknya pergerakan kreatif untuk
kanak-kanak ini. Beliau bersetuju bahawa pergerakan kreatif mempunyai nilai aktiviti
yang dapat memperkayakan pengalaman kanak-kanak. Ia patut digalakkan dan
dimajukan oleh semua pihak. Guru pendidikan khas perlu mendalaminya untuk
kebaikan murid-murid berkperluan khas. Dalam buku Nancy Brook Schmitz yang
berjudul Developing Creative movement Experiences for the Handicapped, beliau
menulis :  Pendidikan pergerakan kreatif dapat memberikan peluang-peluang
kepada kanak-kanak untuk merealisasikan potensi ereka dengan membangkitkan
perkembangan imejkendiri yang positif, dengan menggerakkan keinginan dalaman
yang semulajadi untuk bergerak, dengan meningkatkan keupayaan kanak-kanak
untuk berfikir secara kreatif melalui penyelesaian masalah, dengan memupuk
interaksi sosial yang positif, dengan membekalkan pengalaman-pengalaman yang
boleh membantu kanak-kanak meneroka dan mengembangkan kebolehan-
kebolehan fizikal dan kinestetik mereka, dan menyuburkan pengalaman-
pengalaman estetika.

Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan, bakat keperluan-keperluan yang


unik dan tersendiri. Kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak berbeza dari segi ini.
Mereka juga perlukan kasih sayang, mahukan diri mereka diterima oleh orang
ramai, menikmati rasa keriangan dan keseronokan bergerak dan melakukan aktiviti-
aktiviti untuk memperintkatkan keupayaan, menumpukan perhatian terhadap
sesuatu koordinasi dan kecergasan. Mereka juga ingin berkongsi pengalaman
dengan rakan sebaya, ingin merasai cabaran dan kejayaan, ingin mencipta dan
mengongsikan hasil-hasil ciptaan mereka dan ingin berhubung. Matlamat-matlamat
dan garis-garis panduan kurikulum mengenai pendidikan khas ada menyatakan
dengan jelas bahawa ia (pendidikan khas) : mesti merangkumi segala kemahiran
yang berfungsi, termasuk tingkah laku, kawalan kendiri dan kebolehan motor, sama
ada yang seni ataupun yang kasar, komunikasi yang besifat verbal dan non-verbal,
keselamatan dan kesihatan, social dan rekreasi, dan kemahiran-kemahiran
akademik yang fungsional. Guru-guru berkeperluan khas hendaklah sedar bahawa
pergerakan kreatif mampu dijadikan alat yang ampuh untuk mendidik murid-
muridnya dengan cara yang efektif. Umpamanya aktiviti geraktri mampu meredakan
ketegangan atau tekanan emosi dan menyemai rasa riang dalam kehidupan
seseorang individu, dan ia boleh dijadikan sebagai senaman yang lasak untuk
menggalakkan mereka menjadi aktif dan cergas. Pergerakan kreatif memainkan
peranan yang berguna dalam pertumbuhan individu melalui interaksi fizikal, mental
dan ekspresi dengan geraktari teraputik yang pada dasarnya dibina atas dasar
kepercayaan bahawa ekspresi pergerakan mencerminkan unsur dinamik dalam
psikik atau batin (Leventhal, 1980). Pergerakan kreatif mampu mencapai matlamat
psikoterapeutik dengan meredakan symptom, integrasi emosi dan fizikal dan
perkembangan peribadi kanak-kanak, dan memperkukuhkan pemahaman mereka.
Mengikut pendapat Nellie Mc Caslin (1980), berhubung dengan ini, terdapat satu
persetujuan umum terhadap pergerakan kreatif dan pergerakan ritual serta ekspresi
sebagai wadah yang paling mujarab untuk merawat kecelaan yang dihidapi oleh
kanak-kanak. Aktiviti jasmani memberikan kanak-kanak rasa kesedaran terhadap
tubuh badan mereka, dan perlakuan pergerakan-pergerakan seperti melompat tali
(skipping), lompat seperti kuda, meregang dan menggerakkan tangan-tangan
adalah di antara senaman yang sungguh menarik, terutamanya kepada mereka
yang lemah daya koordinasinya. Guru-guru pendidikan khas yang peka, mereka
akan memberikan tumpuan kepada kanak-kanak ceberal palsy dan mental
retardation supaya kanak-kanak ini memberikan penyertaan yang aktif untuk aktiviti
pergerakan kreatif.
5.3 Sosialisasi Aktiviti pergerakan merupakan usaha kerjasama, menjalin rasa
saling mempercayai dan memikul tanggungjawab menghadapi cabaran-cabaran,
maka ia sewajarnya menjadi satu seni ‘pergaulan’ (socialization) – suatu perlakuan
sosial yang mengembelingkan individu dalam dinamik berkumpulan. Murid-murid
berkeperluan khas sangat sesuai melakukan aktiviti ini kerana mereka begitu sukar
untuk bergaul , menerima arahan dan kurang motivasi. Melalui aktiviti ini murid
berpeluang: Menyertai kegiatan dengan rasa riang dan secara sihat Bersosialisasi
Menyemai minat-minat baru Meningkatkan keupayaan bergaul dengan orang lain
Membentuk gaya diri, personaliti dan kematangan dan Mencari saluran untuk
pernyataan kendiri.

Namun guru memainkan peranan penting untuk membimbing dan menunjukkan


contoh-contoh mengenai penerimaan sosial berdasarkan sanjungan terhadap hasil
kerja yang memuaskan dan jalinan ikatan yang termetri hasil daripada bentuk
kegiatan bermain dan mencipta yang dilakukan secara beramai-ramai. Tidak dapat
dinafikan bahawa ia memberi peluang luas kepada kanak-kanak untuk saling
mempercayai, bekerjasama dan bersosial. Clara Furst dan Mildred Rockefeller
(1981), … kebanyakan kemahiran interaksi social yang penting yang dibentuk itu
boleh diaplikasikan di luar bidang …. Mereka belajar cara memimpin dan juga cara-
cara menurut. Joyce Boorman (1971) menyatakan tentang pengalaman-
pengalaman sosial yang bermanfaat ini dari segi’memimpin’ dan ‘mengikut’, seperti
berikut: Adalah penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari bagaimana hendak
menjadikan diri mereka diterima dari segi sosial, jika tidak cara hidup mereka akan
menjadikan hidup mereka bertambah sulit. Kerap kali kanak-kanak akan
menghadapi masalah-masalah berkawan; suatu hari nanti akan menjadi ketua dan
dengan itu akan timbul kemungkinan dirinya disisih oleh rakan-rakan utamanya.
Dalam menghadapi dilema ini seseorang kanak-kanak itu terpaksa membuat
penyesuaian-penyesuaian yang mungkin menuntutnya melupakan buat sementara
waktu kepimpinan kelompoknya dan sebaliknya menjadi sebagai pengikut. Seorang
pengikut hendaklah digalakkan membina keyakinan motivasi dan minat agar dirinya
menjadi berwibawa dan diterima oleh orang ramai dan ini membolehkannya
memegang teraju kepemimpinan buat sementara waktu. Pergerakan tidak boleh
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam kehidupan
sehari-hari, namun ia amat berguna dalam membantu kanak-kanak meneroka dan
memahami kedua-dua kualiti iaitu ‘memimpin’ dan ‘mengikut’. Fokus konsepsi
sosialisasi dalam program pergerakan kreatif dengan menghubungkannya dengan
ciri-ciri dan maksud-maksud kerjasama, persaingan, ketertiban,
kebertanggungjawaban, saling mempercayai dan menghormati persahabatan dan
kepimpinan yang unggul untuk kedua-duanya iaitu diri sendiri dan orang lain. Murid-
murid khas boleh dibentuk ke arah ini walupun memerlukan masa yang agak lama.
Guru hendaklah bersabar dan tekun melatih mereka untuk mendengar dan mengikut
arahan.

5.4 Meredakan Ketegangan Perasaan dan Tekanan Jiwa Murid-murid


berkeperluan khas terutamanya yang hiperaktif tidak dapat mengawal peerasaan
dan ketegangan yang dihadapi. Melalui pergerakan kreatif ketegangan tersebut
dapat diredakan. Ini disebabkan kanak-kanak ini gemar bergerak. Kebijaksanaan
guru menggunakan pergerakan kreatif untuk mengalihkan hiperaktif kanak-kanak
dengan aktiviti yang berfaedah. Ini disebabkan pergerakan kreatif mempunyai
unsure-unsur dorongan bermain yang semulajadi. Hartley, Frank dan Goldensen
(1964), menyatakan : Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas
dalam sesuatu persekitaran yang sesuai dan selamat; kita membolehkannya untuk
menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalahnya yang paling
membebankannya dengan cara yang memuaskan dan sihat. Marion North juga
mengatakan bahawa pergerakan kreatif adalah kaedah katarik yang mampu
melegakan tekanan-tekanan katanya: Disiplin seni pergerakan adalah amat
membebankan oleh kerana bukanlah tujuan utamanya untuk melepaskan ‘tekanan
perasaan’ semata-mata. Walaupun benar ‘tekanan perasaan’ dapat diredakan
namun itu bukanlah tujuan akhir; sebaliknya perasaan atau emosi itu disalurkan
kepada jenis aktiviti yang bertujuan dan berdisiplin disiplin terbit daripada aktiviti itu
sendiri, usaha untuk menggarap maksud yang lebih jitu daripada irama , bentuk
serta hubungan antara gerakan tubuh gerakan yang merangkumi gerakan sebenar
dan pada ketika membuat persediaan dalaman untuk bergerak dengan gerakan
yang disudahi secara terkawal selepas selesainya sesuatu pergerakan. (North,
1973). Di dalam kelas berkeperluan khas, murid yang slow learner juga
kebanyakannya terdiri dari pelajaryang nakal dan tidak boleh duduk diam. Aktiviti
pergerakan kreatif juga boleh dimanfaatkan untuk mereka. Murid-murid ini menjadi
nakal kerana mereka tidak tahu hala tuju. Guru berperanan membentuk mereka.

Katarsis konsep tujuan ‘meredakan ketegangan’ adalah dinyatakan dalam


contoh berikut: Dikelilingi dan dihampiri oleh seribu orang musuh, kanak-kanak
menentang mereka habis-habisan demi servival mereka. Dengan menggunakan dan
menjadikan tangan-tangan mereka sebagai pedang-pedang khayalan, mereka
memusingkan tangan-tangan mereka menghala ke semua arah dalam pergerakan
yang memaparkan rasa kemarahan mereka terhadap musuh-musuh bayangan.
(Ayob, 1985: 48) Kebanyakan aktiviti yang melibatkan pergerakan yang berjaya
melibatkan lakonan peranan, improvisasi, sosio-drama tidak formal yang
menggunakan tema-tema yang dinamik dan penggunaan tingkah laku egosentrik
yang ganjil. Dalam aktiviti-aktiviti kreatif tersebut, kanak-kanak mempunyai
kesempatan untuk melahir dan menangani emosi mereka dengan cara yang kreatif.
Adalah menjadi kebiasaan melihat kanak-kanak khas gembira dan riang semasa
bermain.

Winters (1975) menyediakan satu senarai berhubung dengan perasaan-


perasaan dan idea-idea yang dicurahkan oleh kanak-kanak melalui pergerakan iaitu:
Melahir perasaan terhadap apa yang menarik perhatian mereka. Melahirkan
perasaan mereka sejajar dengan tahap fizikal, psikologi, emosi dan sosial rakan
sebaya. Lebih bersedia untuk melahirkan perasaan mereka secara non-verbal
berbanding dengan golongan dewasa. Melahirkan perasaan mereka melalui
pergerakan secara lebih spontan daripada golongan dewasa. Mempunyai masa
yang terhad untuk mempelajari gerak-geri isyarat dan simbol-simbol pergerakan
yang bersifat univerrsal, dan oleh itu mereka melahirkan perasaan mereka dengan
cara yang lebih spontan, bebas daripada sebarang tekanan. Tidak memiliki
perbendaharaan kata yang berbentuk verbal yang mencukupi untuk membolehkan
mereka melahirkan perasaan mereka secara verbal (Winter, 1975)
Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif penting untuk mewujudkan persekitaran yang
dapat membantu kanak-kanak khas memahami perasaan dan idea-idea dan
melahirkannya melalui pergerakan.

5.5 Kemahiran Bertutur Pada kebiasaanya pergerakan kreatif diiringi dengan


nyanyian dan permainan alat-alat muzik agar ia lebih menarik dan dan
menambahkan minat murid terutamanya murid khas. Dengan adanya aktiviti
menyanyi ini akan dapat meningkatkan kemahiran murid bertutur dan kemahiran
fonologi. Ramai di kalangan murid khas yang gagal menyebut perkataan dengan
betul. Mereka menyebut hanya dihujung perkataan sahaja. Menyanyi jika
digabungkan dengan berbagai aktiviti akan lebih menarik minat murid dan mereka
berasa seronok dan gembira. Murid-murid khas akan menganggap menyanyi lebih
kepada bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan
menenangkan fikiran. Untuk mengukuhkan lisan murid, ia sangat membantu guru
mencapai matlamat tersebut. Ini kerana menyanyi memerlukan sebutan bunyi-bunyi
yang jelas dan betul mengikut rentak dan irama serta disampaikan mengikut
tekanan, intonasi dan nada tertentu. Secara tidak langsung ia membantu murid
memperbaiki lisan.

5.6 Meningkatkan Kreativiti Kreativiti merupakan elemen yang dinamik yang


tersirat di dalam jiwa kanak-kanak. Pergerakan menjadi printis bagi membolehkan
kanak-kanak untuk memulakan proses kreativiti mereka dan dalam ruang batas
pendidikan yang tertentu mereka didorong untuk mencurahkan tenaga kreatif
mereka. kanak-kanak adalah individu yang unik. Murid-murid khas tidak terkecuali
mereka juga adalah insan yang unik dan kreatif. Potensi kreativiti mereka berbeza
antara satu sama lain sama seperti perkembangan fizikal dan kecenderungan
terhadap pembelajaran. Oleh kerana kreativiti merupakan proses yang boleh
digunakan untuk menyelesaikan masalah mengikut pendekatan baru yang
menggunakan pengetahuan dan pemahaman yang bersifat unik dan individualisti, ia
dapat memberi penghidupan yang lebih jitu dan bermakna kepada kanak-kanak.
Murid-murid berkeperluan khas boleh meneroka dan mengembangkan daya
kreativiti mereka melalui improvisasi. Melalui kaedah ini kanak-kanak akan bertindak
dan melakonkan idea-idea pergerakan secara serentak, spontan dan tanpa
perancangan awalan. Kreativiti melambangkan bakat semulajadi kanak-kanak dan
ia kerap kali tidak dapat dikembangkan di dalam bilik darjah yang bersifat
mengongkong. Menggunakan pendekatan kreativiti adalah pendekatan pengajaran
yang bersifat semulajadi dan menyeronokkan. Dan ini amat digemari oleh pelajar-
pelajar berkeperluan khas. Ini sesuai dengan kata-kata Fleming :Tenaga kreatif
yang merupakan elemen yang dinamik dalam setiap diri kanak-kanak, berkembang
bersama penemuan dan penerokaan. Hasilnya ialah ekspresi yang kreatif,kanak-
kanak yang giat bekerja, iaitu mereka yang sedang mengalami proses kreativiti ini,
terpancar di wajah-wajah mereka rasa keriangan yang tercetus daripada getaran
penggunaan tenaga,(fizikal dan mental). Kepuasan yang sepenuhnya, dan
dihormatidi kalangan mereka. Seseorang dapat merasakan bagaimana kanak-kanak
itu ‘berfikir’ serta turut bersama mereka merasakan kegembiraan yang terbit
daripada curahan perasaan mereka (Fleming, 1976) Dalam diri setiap kanak-kanak
termasuk murid khas terdapat kebebasan untuk berfikir yang memerlukan saluran
untuk mengeluarkan perasaan mereka berhubung dengan pengalaman-pengalaman
seharian: ekspresi yang spontan. Ini dapat dilakukan melalui pergerakan jasmani
kreatif.
Rumusan

Aktiviti pergerakan kreatif jika dijalankan dengan sempurna akan memberi kesan
yang mendalam kepoada mnurid-murid berkeperluan khas. Untuk melaksanakan
aktiviti ini, guru-guru tidak memerlukan latihan dan kepakaran yang tinggi. Apa yang
diperlukan ialah semangat yang cekal, keberanian dan sikap positif serta inisiatif
dalam pengajaran kreatif. Peranan guru ialah membimbing murid-murid meneroka,
mencuba dan menemui cara bergerak yang dapat dijadikan sebagai perantaraan
untuk pernyataan kendiri. Selepas itu guru-guru menerima gerakbalas berdasarkan
pergerakan murid sebagai perkembangan semulajadi mereka. Guru-guru perlu
membuang segala perasangka buruk terhadap murid-murid pendidikan khas yang
sering di label sebagai nakal, tidak mendengar kata, tidak berdaya dan sebagainya.
Sebaliknya guru hendaklah berusaha dan mencuba kerana setiap murid ada
kelebihannya. Murid pendidikan khas tidak berdaya untuk mencungkil bakat mereka
sendiri. Guru dan masyarakat disekelilingnya patut membantu mereka menjadi insan
yang sempurna. Semua manusia mempunyai hak asasi individu begitu juga dengan
kanak-kanak ini. Fleming (1976) telah mengubah satu “Akta Hak Asasi” untuk
kanak-kanak yang berbunyi: Biarkan saya membesar mengikut keupayaan saya
Dan cuba memahami mengapa saya ingin membesar seperti saya; Tidak seperti
yang dikehendaki oleh emak atau tidak seperti yang diharapkan oleh bapa Atau
guru saya memikirkan apakah sepatutnya saya menjadi. Tolong cuba memahami
dan menolong saya membesar seperti saya! (Fleming, 1976). Bagaimanakah kita
menolong murid-murid membesar dan menjadi seperti mereka? Guru-guru
mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk menolong murid-murid
membesar dan berkembang sebagai individu. Guru-guru juga bertanggungjawab
memberi peluang kepada murid-murid untuk mencipta dan melahirkan perasaan dan
fikiran. Melaksanakan program pergerakan kreatif bukanlah satu tanggungjawab
yang mudah, terutama jika kelas dipenuhi dengan kanak-kanak yang sangat aktif
dan pelbagai masalah dengan tempoh masa perhatian yang singkat. Kanak-kanak
yang mempunyai daya tenaga yang berlebihan sering mencabar keupayaan guru.
Namun jika guru mempunyai kesedaran yang tinggi tentang pentingnya pergerakan
kreatif kepada murid-murid berkeperluan khas ini, mereka akan mengajar
bersungguh-sungguh di sekolah agar dapat membentuk sahsiah murid berkeperluan
khas sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang
sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
5.0 Jenis-jenis pergerakan yang ada dalam pergerakan kreatif

5.1 Pergerakan lokomotor

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh


badan berubah kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor
menyokong perilaku pergerakan yang dirancang dan berkaitan dengan gerakan atau
aliran. Jika pergerakan
lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam
persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor,
gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan lokomotor juga
merupakan dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan.
Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting,
lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.

5.2 Pergerakan bukan lokomotor

Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan


atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik dan ia lebih tertumpu
kepada pergerakan bahagian tubuh badan terutama pada sendi buka-tutup dan pusing
putar. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan
bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Oleh yang demikian pergerakan bukan
lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku
pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti
tangan, enjet-enjet semut, berlari setempat, tepuk amai-amai, menaik setempat,
mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi.
5.3 Manipulasi Alatan

Manupulasi alatan ialah aktiviti yang mana mempergunakan alatan dengan cara
yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini memerlukan
penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek.
Kemahiran manipulasi alatan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu
dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alatan dapat
meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.

Manipulasi alatan mestilah melibatkan objek seperti pundi kacang, melanton bola
sambil berjalan, berjalan sambil mengimbang bola di kaki, skipping sambil berlari,
menggerakkan reben dan memusingkan gelung dengan tangan. Ketiga-tiga elemen ini
dapat diaplikasikan di dalam pergerakan kreatif. Ini kerana di dalam pergerakan kreatif
ia memerlukan ketiga-tiga pergerakan tersebut untuk melakukan dan menghasilkan
suatu pergerakan yang kreatif. Sebagai contoh, guru melakukan suatu aktiviti kepada
kanak-kanak yang mana aktiviti itu dapat merangsang kanak-kanak menggunakan
keseluruhan tubuh badan mereka untuk bergerak. Antaranya ialah dengan cara
memberi mereka mendengar alunan muzik. Apabila mereka mendengar muzik, minda
mereka akan terangsang dan keghairahan mereka untuk melakukan pergerakan akan
timbul tambahan pula mereka diberi kebebasan oleh guru dalam berkreativiti. Oleh
sebab itu, mereka akan menggunakan ketiga-tiga elemen tersebut untuk melakukan
pergerakan seperti menari, bertepuk tangan, berlari, berjalan dan lain-lain pergerakan
lagi. Kesemua pergerakan inilah yang dipanggil pergerakan kreatif.

Anda mungkin juga menyukai