Anda di halaman 1dari 16

KRJ 3013

PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Tajuk: Asas Pergerakan Suaian

Lokomotor dan Bukan Lokomotor, untuk memenuhi


keperluan asas pergerakan dan pergerakan suaian.

PIONG YEE HSIANG - D20122062608

K13 PKPGB SEMESTER 2 FASA 1

SESI 2013/2015

PENSYARAH

EN OMAR BIN MD SALLEH

i
ASAS PERGERAKAN SUAIAN.

LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR, UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN


ASAS PERGERAKAN DAN PERGERAKAN SUAIAN.

1.0 PENGENALAN ......................................................................................................................... 1


2.0 PERGERAKAN LOKOMOTOR ............................................................................................... 2
2.1 Bentuk Pergerakan Lokomotor .............................................................................................. 3
3.0 PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR ............................................................................... 4
3.1 Bentuk Pergerakan Bukan Lokomotor ................................................................................... 4
4.0 MANIPULASI ALATAN .......................................................................................................... 6
4.1 Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat .................................................................................... 6
5.0 PERGERAKAN ASAS SUAIAN UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS................. 8
5.1 Pergerakan Asas Suaian ....................................................................................................... 10
6.0 KESIMPULAN ........................................................................................................................ 12
BIBLIOGRAFI..................................................................................................................................... 14

ii
1.0 PENGENALAN

Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal(de
Vries, 1995). dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pendidikan jasmani merupakan satu-
satunya bidang pendidikan yang menekankan taksonomi jasmani yang tidak disentuh oleh
mat apelajaran-mata pelajaran lain. Empat taksonomi penting pendidikan ialah jasmani,
emosi, rohani dan intelektual. Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu
sendiri, subjek ini menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu
menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang
hayat. Subjek-subjek lain banyak menyentuh aspek kognitif (intelektual), sedikit ruang untuk
aspek rohani (afektif) dan hampir tiada ruang untuk aspek psikomotor dan fizikal.

Melalui pendidikan jasmani, kanak-kanak dapat mencuba sesuatu kegiatan dan


perlahan-lahan pengalaman itu akan membawa kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial
dan sebagainya. Pendidikan pergerakan akan dapat membantu menyuburkan perkembangan
diri seseorang. Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang di dalam sukatan
pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR (1999) malah juga dalam KSSR (2011). Salah satu
bidang di dalam Pendidikan Jasmani iaitu Pendidikan Pergerakan. Melalui Pendidikan
Pergerakan, murid-murid dapat mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan
berbagai-bagai pergerakan. Sehubungan dengan itu secara tidak langsung, pelajar akan
memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara abstrak
seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang
dilakukan. Secara amnya, pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu lokomotor,
bukan lokomotor dan manupulatif alat.

1
Rajah 1.1: Pergerakan Asas

2.0 PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan
dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan
yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari
disebut bergerak dan beredar.

Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor seperti berjalan, berlari,
melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak,
guling sisi dan gallop. Pergerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

i. Arah

Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke depan atau ke kiri atau
ke kanan.

2
Rajah 1.2: Arah Pergerakan

ii. Haluan

Haluan melibatkan corak gerakan, contohnya samada dalam bentuk lurus, bengkang-
bengkok, zig-zag dan lain-lain.

Rajah 1.3: Corak haluan pergerakan lokomotor

iii. Masa

Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh
dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal.

2.1 Bentuk Pergerakan Lokomotor


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan aktiviti-aktiviti pergerakan lokomotor
yang biasa dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah:

i. Berjalan

Di antara aktiviti berjalan yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:

3
 Jalan berundur dan kemudian ke hadapan
 Berjalan dengan melakunkan gaya robot atau askar permainan berjalan
 Berjalan dengan melakunkan gaya gergasi berjalan
 Berjalan dengan melakunkan gaya cara gorila berjalan

3.0 PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR


Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu
tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai
keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

3.1 Bentuk Pergerakan Bukan Lokomotor


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan aktiviti pergerakan bukan
lokomotor yang biasa dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani.
Antaranya ialah:

i. Duduk

Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:

 Duduk dalam keadaan bersila

 Duduk dalam keadaan melunjur

 Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan kekanan

 Duduk dengan mengangkat kaki keatas sedikit

 Duduk dalam keadaan kaki ke atas dengan gaya mengayuh basikal

 Duduk dengan tangan menyentuh jari kaki

4
 Duduk melutut

• Duduk mendekam

ii. Berdiri

 Di antara aktiviti berdiri yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan


jasmani ialah seperti berikut:

 Berdiri lurus

 Berdiri dengan mengilas kekiri dan kekanan

 Berdiri dengan keadaan tangan kanan lurus menyentuh sisi lutut kanan
seterusnya berdiri dengan keadaan tangan kiri lurus menyentuh sisi lutut kiri

 Berdiri membongkok sambil jari tangan menyentuh jari kaki

 Berdiri dengan  Berdiri sambil  Berdiri dengan


membongkok menghayun kaki kiri memusing pada
kehadapan ke kiri dan kanan serta paras pinggang

diulang caranya
dengan kaki kanan

iii. Berpasangan

Antara aktiviti berpasangan dan berkumpulan dalam pergerakan bukan


lokomotor ialah:

5
 Gusti Tangan  Turun Naik Pasangan  Enjit-Enjit Semut

4.0 MANIPULASI ALATAN

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk
mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai.
Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola
besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah

Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan
dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran manipulasi alat
hendaklah dibina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini
memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani
sesuatu objek.

Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu
dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan
kordinasi angota badan contohnya tangan–mata, kaki–mata dan lain-lain.

4.1 Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat

Kemahiran manipulasi alat yang diajar diperingkat pra dan sekolah rendah ialah:

6
i. Melambung

 Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut  Meleretkan bola


semula kesasaran
 Melambung bola setinggi yang boleh dan
menyambut semula
 Melambung bola serendah yang boleh dan
menyambut semula

 Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula

 Menggolek relung

 Membaling pundi kacang ke pasangan

 Membaling pundi kacang melintasi satu garisan

 Membaling pundi kacang kedalam gelung rotan atau sasaran lain

 Membaling pundi kacang sejauh yang boleh

ii. Menyambut

Diantara aktiviti menyambut yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:

 Melambung pundi kacang ke udara dan menyambut semula

 Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula

 Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula

 Menyambut pundi kacang yang dilempar oleh pasangan

 Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan

7
iii. Memukul

Diantara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah
seperti berikut:

 Memukul alatan dengan tangan

 Memukul alatan dengan genggaman

 Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran

 Melambung belon keudara dan kemudian memukul

 Minta pelajar menjalankan aktiviti secara berpasangan. Minta A lambungkan


bola kemudian B akan memukul bola dengan kayu

 Minta pelajar menjalankan aktiviti secara berpasangan. Minta A leretkan bola


kemudian B akan memukul bola dengan kayu

 Menjatuhkan bola kemudian memukul  Jatuhkan bola kemudian pukul ketika


ketika bola itu melantun dengan tangan bola itu melantun dengan alatan
dari aras bahu ulang dari sisi dan bawah
bahu.

5.0 PERGERAKAN ASAS SUAIAN UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

Bagi golongan berkeperluan khas untuk pelajar yang mengalami masalah fizikal seperti
pertumbuhan otot dan deria yang tidak sempurna. Aktiviti jasmani yang disesuaikan dengan
keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini mengurangkan
kelemahan dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Masalah kecacatan
fizikal tidak boleh dipulihkan dengan rawatan perubatan sahaja tetapi pakar perubatan telah
memperkenalkan program terapi fisio yang dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh
kebanyakan individu dengan lebih berkesan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1998). Oleh yang

8
demikain pengajaran pendidikan jasmani suaian untuk pelajar khas yang dirancang dengan
baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi falsafah kurikulum bersepadu yang dilaksanakan
di sekolah-sekolah di Malaysia.

Aktiviti jasmani suaian untuk golongan khas kurang diberikan perhatian pada
masakini. Malah, jika dilihat daripada skop yang lebih luas, pendidikan jasmani suaian untuk
golongan khas adalah lebih kritikal daripada golongan normal. Di Malaysia tidak banyak
tempat-tempat yang disediakan sesuai untuk memberi peluang kepada golongan khas untuk
beriadah terutamanya di luar kawasan sekolah khas. Golongan normal mudah dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah
tetapi golongan khas pula sukar mendapat peluang untuk turut serta aktiviti yang dijalankan.
Begitu juga dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti
pendidikan jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan
perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-
pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999). Banyak halangan yang dihadapi oleh
golongan khas untuk melibatkan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah kerana terdapat
pelajar-pelajar berkeperluan khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan
pembentukan postur yang kurang sempurna. Contohnya terdapat di kalangan pelajar yang
mengalami otot-otot yang kurang sempurna tidak dapat melakukan pergerakan seperti pelajar
biasa. Begitu juga yang mengalami masalah deria tidak dapat bergerak sebebas dan sepantas
pelajar biasa. Ini akan mengakibatkan mereka merasa rendah diri dan tersisih. Aktiviti
pendidikan jasmani yang bersesuaian perlu disediakan untuk melatih dan melazimkan
keupayaan mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka untuk menghadapi
kehidupan sebenar di luar sekolah. Selain daripada itu aktiviti pendidikan jasmani suaian juga
perlu menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada
golongan istimewa ini.

9
5.1 Pergerakan Asas Suaian

Bukan Lokomotor:Sekalar Otak (Brain Button)

Letakkan jari telunjuk dan ibu jari tangan kanan di bawah tulang selangka dan gerak
secara membulat dengan perlahan. Telapak tangan kiri diletakkan di atas
pusat.Gerakan ini diulang dengan tangan kiri pula.

Bukan Lokomotor: Gerakan Silang (Cross Crawl)

Angkat tangan kanan, tepuk peha kiri. Dan angkat tangn kiri, tepuk peha kanan.
Gerakan ini diulang dengan gerakan kanan dan kiri secara bergilir.

10
Lokomotor: Hook-Up

Silangkan kaki, iaitu posisi kaki kanan di depan kaki kiri. Lalu silangkan kedua
tangan, tangan kanan berada di atas tangan kiri dan satukan telapak tangan dengan jari
saling bersilangan.Putar ke arah dalam. Letakkan di dada. Lakukan gerakan ini secara
bergantian.

Contoh-contoh pergerakan asas untuk keperluan khas

11
Aktiviti fizikal terancang menjadi lebih penting kerana banyak kecacatan yang dialami oleh
pelajar khas seperti kekejangan otot menyebabkan mereka sukar untuk melakukan sesuatu
pergerakan dan menghadkan pergerakan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Otot-otot yang
kurang sempurna ini sepatutnya perlu dilatih dan dilazimkan ke tahap yang melebihi
optimum bagi membantu mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah.
Aktiviti pergerakan dalam pendidikan jasmani boleh membantu mengurangkan atau
mengendurkan ketengangan yang dialami. Selain itu aktiviti pendidikan jasmani juga perlu
menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan
istimewa ini. Tanpa aktiviti fizikal yang direka khas dan diubah suai juga adalah meyukarkan
untuk golongan khas ini berpeluang bermain dengan adil, bermain bersama rakan-rakan yang
mempunyai kekurangan yang sama, persekitaran kawasan yang sesuai dan selamat; dan
peralatan yang khas yang diperlukan untuk tujuan beriadah.

6.0 KESIMPULAN

Guru yang mengajar pendidikan jasmani perlu mempunyai sikap penyabar dan positif apabila
berdepan dengan kanak-kanak khas ini. Tidak kurang penting juga, mereka perlu peka
mengenai perbezaan yang terdapat pada anak didik mereka. Contohnya guru yang
mempunyai pelajar spina bifida dalam kelasnya perlu membuat perubahan seperti merancang
kelas supaya pelajar ini berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal, mengubah
suai persekitaran untuk mengegalakkan mobiliti dan pergerakan dan mengelak pergerakan
yang boleh mendatangkan rasa kurang selesa dan kesakitan kepada pelajar tadi. Selain itu
guru pendidikan jasmani perlu mampu mengenalpasti dengan cepat tanda-tanda dan simptom
seperti kulit yang tercedera atau jangkitan urinari. Begitu juga, contohnya, kelas yang
mempunyai pelajar sawan. Guru perlu membuat perubahan supaya aktiviti itu tidak terlalu
menekan jiwa pelajar. Sebagai langkah berjaga-jaga, guru ini perlu mengingatkan pelajar

12
untuk mengambil medikasi terlebih dahulu dan dengan cepat mengenalpasti tanda-tanda dan
simptom distres semasa aktiviti (Heller, 2000; Jansma & French 1994; Pangrazi & Darst,
1994).

13
BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin,Ikhsan Othman (2008).Falsafah pendidikan dan kurikulum:Tanjung

Malim ,Perak: Quantum Book

Admin PJM3012 (2008). Pergerakan asas lokomotor. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada

http://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakan-lokomotor-dan-
bukan_05.html

Bucher. C.A.1979, Foundation of physical education. Toronto:The V. Mosby Company

Chegu Abbas (2009). Sukan dan permainan. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada
http://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2009/07/pergerakan-lokomotor.html

Creative Thinking (2010). Sains sukan 5. Dipetik pada Mac 20, 2010 daripada
http://www.smktpbaling.com/ppk/bsk/bsumber/bs_ssukan_t5.pdf

Creative Thinking (2010). Konsep Pergerakan Asas. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada
http://pjk.ipti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas.pdf

Colfer,G.R.,Hamilton,K.E.& Magill, R.A.1986. Contemporary physical education. Iowa:


Wm. C. Brown Publisher

Hanis (2009). Lokomotor dan bukan lokomotor. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada
http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html

14

Anda mungkin juga menyukai