Anda di halaman 1dari 170

Assalamualaikum,

Apa khabar?
Terima kasih kerana mendapatkan ebook ini.

Ebook ini lain dari kebiasaan.


Ianya dicipta khusus untuk anda.

Ditulis dalam bahasa bercakap.

Apabila membaca ebook ini, anda akan rasakan seperti saya


berada di sebelah. Bagi membimbing anda.
Melakukan proses Search Engine Optimization.

Dan buku ini straight forward.


Tak ada pusing-pusing.

Caiyok!

Sekapur sirih seulas pinang,


Selamat datang saya ucapkan.

Wan Yusof Wan Jeffery


www.wanyusof.com
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Plugin adalah komponen pelengkap wordpress.


Macam supplement.

Plugin adalah tools tambahan yang membezakan platform


ini dengan yang lain.

Dalam erti kata lain,


Wordpress = rumah anda.
Plugin = perabot rumah.
Saling melengkapi.

Bagi menjadikan website mesra Google, ada beberapa


plugin yang dicadangkan:
1) All in One SEO
2) Yoast SEO
3) Google XML
4) Google Sitemap
5) WP Super Cache
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

“Eh nak pilih Yoast atau All in One SEO?”

Kedua-duanya mempunyai fungsi yang hampir sama.


Saya sarankan gunakan All in One SEO andai anda belum
biasa.

Apabila sudah biasa, boleh mula cuba Yoast SEO.

Tidak ada jaminan 100% yang mengatakan guna Yoast pasti


dapat muncul di Google.
Juga tidak jaminan 100% bagi All in One SEO.
Mereka berdua pemudah cara saja.

Saya akan tunjukkan cara install kedua-dua plugin ini.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

“Tuan guna yang mana?”

Saya guna kedua-duanya.


Ada website guna All in One.
Ada website guna Yoast.

Hasilnya lebih kurang.


Sebab itu saya katakan tidak jaminan 100%.
KUNCI muncul di Google ada di bab seterusnya.

Jeng jeng jeng =)


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

CARA INSTALL PLUGIN YOAST SEO


1. Log masuk ke admin panel wordpress (contoh:
http://www.alamat.com/wp-admin) dan cari menu Plugins.
Klik Add New.

2. Taip di kotak carian Yoast. Klik Install Now dan Activate.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Selepas butang Activate ditekan, satu pilihan baru di


sebelah kiri akan muncul. Klik “SEO” dan pilih Dashboard.

4. Pilih tab General dan klik Open the configuration wizard.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

5. Klik Configure Yoast SEO. (Kotak sebelah kanan)

6. Pada paparan ini pilih peringkat website. Pilihan ini boleh


ditukar kembali andai mahu ditukar. Kemudian klik Next.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

7. Ini adalah pilihan jenis website. Pilihan ini juga boleh


ditukar nanti andai mahu buat perubahan.

8. Masukkan nama website atau nama syarikat.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

9. Isikan maklumat media sosial website ini.


Sekurang-kurangnya masukkan url FB, Twitter, Instagram.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

10. Pada paparan ini, biarkan sebagaikan setting asal.


(Defaut setting). Tidak perlu buar sebarang perubahan.

11. Kemudian pilih authors. Bagi website yang ramai penulis,


tetapi semua berkongsi guna satu login yang sama, ini dikira
satu author.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

CARA MENYAMBUNGKAN
GOOGLE SEARCH CONSOLE
1. Pada tab ini, kita akan menyambungkan website dengan
Google Search Console. Klik Get Google Authorization
Code.

2. Bagi mendapatkan kod kuasa (authorization code), plugin


ini memerlukan akses kepada akaun Gmail anda. Pilih akaun
mana yang mahu dihubungkan.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Klik Allow.

4. Salin kod yang diberikan dan kembali ke tab wordpress


tadi.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

5. Letak (paste) kod yang disalin tadi ke dalam kotak dan klik
Authenticate. Kemudian klik Next.

6. Pada Title settings, letakkan kata kunci utama website.


Topik ini disentuh dalam tajuk Title Tag. Buat masa sekarang,
boleh letakkan sebarang perkataan dahulu.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

7. Bahagian ini adalah pilihan. Andai mahu ikuti promosi


terbaru dari Yoast, masukkan email dan klik Sign Up. Andai
tidak mahu, tinggalkan kosong dan klik Next.

8. Teruskan setting. Pilih tab Webmaster tools. (Andai tak


jumpa menu ini, lihat perkataan SEO di menu sebelah kiri dan
klik Dashboard)
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

9. Buka satu tab baru. Taip alamat


https://www.google.com/webmasters/ dan klik Sign In.

10. Masukkan alamat penuh website anda dan klik Add


Property.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

11. Pada paparan ini, pilih Alternate Method.

12. Pilih HTML tag dan salin kod dalam kotak itu. Letak
dalam notepad atau textedit.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

13. Kembali ke tab wordpress dan letakkan kod yang disalin


tadi ke dalam kotak Google Search Console. Kemudian klik
Save Changes.

14. Pergi ke tab Google Search Console dan tekan Verify


Now. Paparan berjaya akan ditunjukkan.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

CARA MENYAMBUNGKAN
GOOGLE ANALYTICS
Plugin Yoast tidak memberikan fungsi Google Analytics
secara terus. Berbeza dengan All in One SEO. Jadi kita perlu
dapatkan satu lagi plugin bagi mengaktifkan Google Analytics.

1. Pergi menu Add New Plugin, taip analytics. Pilih Google


Analytics Dashboard for WP. (Alternatifnya anda boleh pilih
Google Analytics for Wordpress by MonsterInsights).

2. Apabila plugin diaktifkan, pilihan Google Analytics akan


muncul di sebelah kanan. Klik General Settings.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Pilih Authorize Plugin.

4. Klik Get Access Code. Satu paparan akan keluar.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

5. Pastikan anda memilih akaun gmail yang mahu


dihubungkan. Kemudian klik Allow.

6. Salin kod dan simpan di notepad.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

7. Buka satu tab baru (Ctrl+T) dan taip


https://analytics.google.com .Klik Sign Up.

8. Masukkan maklumat website yang sedang di setup tadi.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

9. Klik Get Tracking ID.

10. Satu paparan perjanjian akan dikeluarkan. Pilih negara


Malaysia dan klik I Accept.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

11. Tracking ID akan diberikan. Tracking ini boleh disimpan.


Atau apabila diperlukan boleh kembali ke website ini.

12. Kembali ke tab wordpress dan letakkan kod yang disalin


pada langkah (6) di kotak dan klik Save Access Code.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

13. Paparan notifikasi berjaya akan dikeluarkan. Semak


Tracking ID. Pastikan ianya sama dengan Tracking ID yang
anda perolehi tadi.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

CARA MENGAKTIFKAN FUNGSI


YOAST XML SITEMAPS
Ada dua cara bagi mengaktifkan fungsi ini. Gunakan kaedah
pertama dahulu. Andai tidak berjaya, baru cuba kaedah kedua.

Kaedah Pertama
1. Pada menu General Yoast SEO, pilih tab Features. Cari
Advanced Setting Pages dan klik Enabled.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

2. Klik Saves Changes di bawah. Lihat menu di Yoast di


sebelah kiri. Ada sub menu bertajuk XML Sitemaps. Ini
bermakna fungsi ini sudah diaktifkan.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Kaedah Kedua
Gunakan kaedah ini sekiranya tidak berjaya pada kaedah
pertama sahaja.

1. Pergi ke menu Plugins dan klik Add New.

2. Taip Google XML Sitemaps dan Install. Seterusnya


Activate.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Apabila diaktifkan, ada satu notification akan dikeluarkan


oleh Yoast. Klik notifikasi itu.

4.Klik Configure Yoast SEO’s XML Sitemap.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

5. Pastikan pada pilihan XML Sitemap Functionality


ditandakan Enabled. Kemudian klik Save changes.

6. Apabila diaktifkan, satu submenu XML Sitemaps akan


muncul.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

7. Seterusnya pergi ke Plugins dan klik Installed Plugins.

8. Cari Google XML Sitemaps dan klik Deactivate.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

CARA MENYAMBUNGKAN
GOOGLE ANALYTICS
Plugin Yoast ada yang percuma dan premium. Bagi fungsi
percuma, Yoast tidak membekalkan fungsi Sitemaps. Jadi kita
perlukan plugin tambahan.

1. Pergi ke menu Plugins dan klik Add New.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

2. Taip Google XML Sitemaps dan Install. Seterusnya


Activate.

3. Selepas diaktifkan, plugin ini sudah boleh berfungsi


dengan sendiri. Tidak perlu buat apa-apa.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

CARA INSTALL PLUGIN


ALL IN ONE SEO
Plugin ini adalah alternatif kepada Yoast SEO. Plugin ini
lebih mudah dan ringkas berbanding Yoast.

1. Log masuk ke admin panel wordpress (contoh:


http://www.alamat.com/wp-admin) dan cari menu Plugins.
Klik Add New.

2. Taip di kotak carian All in One SEO. Klik Install Now dan
Activate.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Satu paparan pengenalan keluar. Klik Continue to the


General Settings.

4. Pergi ke bahagian Home Page Settings. Isikan Home


Title dan Home Description. Cara mengisi bahagian ini rujuk
topik Title Tag. Buat masa ini, boleh ikuti cadangan pada
gambar.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

5. Seterusnya turun ke Title Settings. Pada kotak Page


Title Format dan Post Title Format, padamkan perkataan
“ | %blog_title% “.

6. Turun ke bawah sekali dan klik Update Options.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

CARA MENYAMBUNGKAN
GOOGLE ANALYTICS
1. Masuk ke https://analytics.google.com dan klik Sign Up.

2. Masukkan maklumat website yang sedang di setup tadi.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Klik Get Tracking ID.

4. Satu paparan perjanjian akan dikeluarkan. Pilih negara


Malaysia dan klik I Accept. (Andai tidak ada Malaysia, boleh
pilih mana-mana negara)
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

11. Tracking ID akan diberikan. Salin kod Tracking ID dan


kembali ke website.

12. Di website, turun ke bawah. Cari bahagian Google


Settings. Masukkan Tracking ID pada kotak Google
Analytics ID.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

13. Kemudian turun ke bawah sekali dan klik Update


Options.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

CARA MENYAMBUNGKAN
GOOGLE SEARCH CONSOLE
1. Masuk ke halaman
https://www.google.com/webmasters/tools/home?hl=en dan klik Sign
In.

2. Masukkan alamat website dan klik Add Property.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Pada paparan ini, pilih Alternate Method.

4. Pilih HTML tag dan salin kod dalam kotak itu. Letak dalam
notepad atau textedit.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

5. Kembali ke website, klik All in One SEO dan pergi ke


General Settings. Turun ke bawah dan cari bahagian
Webmaster Verification. Letakkan kod yang disalin ke dalam
kotak Google Webmaster Tools.

6. Kemudian turun ke bawah sekali dan klik Update Options.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

WEBSITE TIDAK VERIFY


1. Klik Verify.

2. Pilih Alternate method. Kemudian pilih HTML tag dan


salin kod dalam kotak itu. Letak dalam notepad atau textedit.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Buka wordpress. Cari menu All in One SEO dan klik


General Settings. Letakkan kod pada kotak Google
Webmaster Tools. Klik Update Options.

4. Kembali ke Google Search Console dan klik Verify.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

CARA MENGAKTIFKAN
SITEMAPS DAN ROBOTS.TXT
1. Pada menu All in One SEO, klik Feature Manager.

2. Klik Activate pada XML Sitemaps dan Robots.txt


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Andai anda tidak mahu menggunakan XML yang


diberikan oleh All in One SEO, guna plugin Google XML
Sitemaps. Cara installation rujuk di Yoast.

4. Elak gunakan XML sitemap dari All in One dan Google


XML Sitemaps serentak. Perbuatan ini boleh mengakibatkan
pertembungan (clash).
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

CARA INSTALL PLUGIN


WP SUPER CACHE

1. Log masuk ke admin panel wordpress (contoh:


http://www.alamat.com/wp-admin) dan cari menu Plugins. Klik
Add New.

2. Taip WP Super Cache pada kotak carian. Klik Install dan


Activate.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Pergi ke Settings dan klik WP Super Cache.

4. Pilih Caching On dan klik Update Status.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

5. Satu paparan notifikasi seperti di bawah akan keluar. Klik


Dismiss.

6. Sekarang plugin ini sudah berfungsi. Enjoy.

Plugin Tamat
Selesai sudah bab plugin.
Tiba masa yang dinanti-nantikan.

Senjata sudah siap sedia.


Masa untuk turun ke medan.

Proses ini akan dimulakan dengan mencari apa yang orang


cari. Atau nama popularnya, kajian kata kunci.

Keyword Research.

Ready, Set,
Go!
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

KAJIAN KATA KUNCI

Kata kunci = apa yang orang cari


Kata kunci = apa yang orang taip di Google

Kata kunci memberikan impak yang signifikan kepada


kedudukan di Google.
Makin sengit kata kunci, makin mencabar proses muncul di
Google.

Pemilihan kata kunci yang tepat memberikan pengunjung


yang tepat.

Contohnya begini.
Website anda adalah website sewa kereta.

Anda MAHU dijumpai di Google apabila pengguna taip


“sewa kereta”
Anda TIDAK mahu dijumpai apabila pengguna taip “sewa
khemah”.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Kata kunci boleh dipecahkan kepada dua kategori:


1. Pendek
2. Panjang

Kata kunci pendek,


• Sewa kereta
• Konsultan SEO
• Ubat Jerawat A

Kata kunci panjang,


• Sewa kereta Shah Alam
• Konsultan SEO Malaysia
• COD Ubat Jerawat A

(Gambar daripada Yoast)


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Kata kunci pendek disebut sebagai head.


Kata kunci panjang dikenali sebagai long tail.

Kata kunci head mempunyai jumlah carian yang banyak


setiap bulan.
Cuma bagi pemain baru, proses merebut kata kunci head
tidak mudah.

Jadi kita disarankan mulakan dengan kata kunci long tail.


Long tail bersifat spesifik.
Kesannya carian sebulan bagi kata kunci ini tidak banyak.

Bagaimana Mencari Kata Kunci

Sebelum memulakan kempen kata kunci, buat satu senarai.


Apakah kata kunci head yang menjadi idaman.

1._____________
2._____________
3._____________

Kata kunci idaman ini = target akhir.

Contoh: (bisnes sewa kereta)


1. Sewa kereta
2. Car rental
3. Kereta Sewa
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Seterusnya lakukan analisa. Lihat berapakah jumlah carian


yang dibuat bagi kata kunci itu.

Senarai >> Analisa

Bagi melakukan analisa ini, terdapat tools percuma dan tools


premium.
Kita mulakan dengan yang percuma.

Tools 1: Google Adwords


Ini merupakan tools bantuan yang dibekalkan Google.
Untuk mereka yang mahu buat iklan di Google.

Namun tools ini boleh juga digunakan bagi kajian kata kunci.

Anda akan diminta memasukkan kad kredit atau kad debit


semasa pendaftaran.
Boleh masukkan. Tidak ada sebarang caj. Ianya prasyarat
yang Google tetapkan.

Pun begitu, andai anda tak selesa,


Boleh cuba tools alternatif.
(saya terangkan selepas tool ini)
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

1. Masukkan alamat
https://adwords.google.com/home/tools/keyword-planner/ dan klik
Start Now.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

2. Anda dikehendaki mengisi beberapa maklumat seolah-


olah mahu buat iklan. Malah anda juga dikehendaki
memasukkan nombor kad kredit. Teruskan. (Kad Kredit tidak
akan dicaj apa-apa selagi mana tidak ada iklan tidak aktif)

3. Pada paparan utama, pilih Tools dan pergi ke Keyword


Planner.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

4. Masukkan kata kunci pada kotak pertama. Pilih lokasi


Targeting. Pada Keyword options, tandakan ON pada Only
show ideas closely related to my search terms. Klik Save.
Kemudian klik Get Ideas.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

5. Satu hasil analisa akan dikeluarkan oleh Google. Perhatikan


kotak Average Monthly Searches. Kotak Competition bukan
bermaksud persaingan bagi kata kunci itu. Ianya tidak relevan
untuk SEO.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

6. Sekiranya anda ingin ubah kata kunci, hanya tukar


perkataan di kotak Your product or service.

7. Selepas berpuas hati untuk pusingan pertama, klik


Download.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

8. Buka file yang di download tadi. File adalah dalam bentuk


Excel.

9. Padamkan kesemua kotak selain Keyword dan Average


Monthly Searches. Tambah satu kotak bertajuk Allintitle.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

10. Allintitle adalah cara untuk melihat persaingan di Google.


Caranya buka Google.com, kemudian taip
allintitle:kata kunci. Lihat nombor yang diberikan.

11. Salin nombor ini dan masukkan ke dalam file Excel tadi.

NOTA: Bagi sesetengah kata kunci, Google Keyword Planner


hanya memaparkan data yang terhad. Jadi kita tidak boleh
hanya bergantung kepada GKP. Gunakan tools tambahan.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Tools 2: Keywordtool.io
Tools ini digunakan bagi mendapatkan lebih senarai kata
kunci.
Kata kunci yang diperolehi akan dinilai berapa Average
Monthly Searches menggunakan GKP.

Kemudian catat berapa allintitle.


Dan dimasukkan ke dalam file Excel yang sama.

1. Layari keywordtool.io dan masukkan kata kunci.

2. Maklumat akan dipaparkan. Pilih kata kunci yang relevan


dan masukkan ke dalam GKP.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Seterusnya semak allintitle bagi setiap kata kunci yang


dipilih. Masukkan dalam file Excel yang sama.

4. Perhatikan bagi dua kata kunci di bawah. Tidak ada


maklumat dari GKP. Tidak mengapa. Catat.

5. Sekarang kita akan gunakan tools ketiga bagi


mendapatkan kata kunci.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Tools 3: UberSuggest

"Tuan, kenapa banyak sangat tools? Tak boleh pilih ke?"

Sabar. Sekejap lagi saya tunjukkan sesuatu.


Sekarang buat dahulu.

Boleh boleh?

UberSuggest adalah tools yang mirip KeywordTool.


Cuma cariannya lebih meluas.
Dan disusun mengikut abjad. (A,B,C).

1. Masuk ke ubersuggest.io dan taip kata kunci.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

2. Turun ke bawah. Lihat hasil carian. Tandakan yang


relevan dan ulang proses 3-4 seperti di atas.

3. Apabila siap, pastikan butang tekan butang Save di Excel.


Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

NOTA: Dalam kajian kata kunci, kita akan menemui


perkataan yang hampir sama. Pilih satu sahaja. Pilih
berdasarkan Average Monthly Searches dan AllinTitle.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Tools 4: Keyword Finder

Ini adalah tools paling mudah dan berbaloi mencubanya.


Tools ini ada dua versi: Percuma dan Berbayar.

Bagi edisi percuma, jumlah carian dihadkan kepada 2 carian


sehari.
Manakala bagi edisi berbayar, anda boleh buat 100 dan
lebih carian sehari.
Bergantung kepada pakej mana yang diambil.

1. Kunjungi kwfinder.com dan masukkan kata kunci.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

2. Anda akan mendapat maklumat kata kunci di sebelah kiri.


Kemudian tahap kesukaran kata kunci dan jumlah carian
yang dibuat setiap bulan di sebelah kanan.

3. Maklumat yang dipaparkan ini adalah sama seperti proses


yang anda lakukan secara manual tadi. (Lihat di GKP >>
Allintitle ).

4. Jadi tools ini akan mempercepatkan proses kajian kata


kunci. Saya syorkan tools ini untuk anda cuba. Berbaloi-baloi.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

TINDAKAN

Kemahiran mengkaji kata kunci adalah asas penting SEO.


Makin kerap anda ulang buat,
Makin mudah kemahiran ini dikuasai.

Apabila kita dapat cari kata kunci yang terbaik, proses untuk
naik di Google senang.

Baik.

Sekarang kita sudah ada senarai kata kunci.

Perhatikan dua kata kunci di bawah.


Tidak ada maklumat dari GKP.
Boleh jadi terlalu sedikit pengguna yang cari kata kunci itu.
Ditambah dengan allintitle yang sangat sedikit.

Apabila jumlah allintitle < 1000, ini memberikan sinar


harapan. (kurang persaingan)
Kata kunci dalam kategori ini adalah satu kemestian untuk
anda kuasai.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Dalam masa yang sama, apabila jumlah allintitle terlalu


sedikit,
Ini bermakna permintaan juga kurang.

Kebiasaannya saya akan memilih kata kunci yang dalam


lingkungan:
100 < allintitle < 2000

Jadi dalam kes ini, kita akan pilih 3 kata kunci utama iaitu:
1. Sewa kereta kota bharu
2. Sewa kereta airport kota bharu
3. Sewa kereta kota bharu murah

Masukkan ke dalam kotak di bab seterusnya.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

SEO MAPPING
Sekarang sudah ada kata kunci:
1. Sewa kereta kota bharu
2. Sewa kereta airport kota bharu
3. Sewa kereta kota bharu murah

Bagi ketiga-tiga ini, tentukan kata kunci paling utama.


Kemudian susun pada kotak-kotak ini.

Halaman utama = Sewa Kereta Kota Bharu


Halaman sekunder = Sewa kereta airport Kota Bharu, Sewa
kereta Kota Bharu murah

Bayangkan 3 kata kunci ini seperti bilik-bilik di rumah.

Untuk masuk ke bilik-bilik ini, kita perlu masuk ke dalam


rumah.
Nak masuk ke dalam rumah, perlu lalui pintu utama.

Apakah pintu utama ke rumah?


Apakah pintu utama ke website anda?
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

(Gambar dari thecircular.org)

Pintu utama ini adalah artikel-artikel long tail.

Artikel long tail adalah artikel yang akan menarik orang


untuk masuk ke website.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Seterusnya artikel ini akan mendorong pembaca untuk


melihat halaman utama dan halaman sekunder.
Proses dorongan ini dikenali sebagai internal link.

Bagi mengenal pasti apakah artikel long tail, kenal pasti


siapa audien.
Siapakah kelompok utama yang akan menjadi penyewa
kereta di Kota Bharu?

Jawab soalan-soalan berikut:

Umur
Jantina
Pekerjaan
Tempat tinggal
Anggaran pendapatan
Hobi dan minat
Masalah yang dihadapi (relevan kepada servis
atau produk)
Matlamat dan gol
PERSONA
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Apabila selesai menjawab soalan-soalan di atas, anda akan


dapat satu watak pelanggan. Juga disebut sebagai profil
pelanggan.

Andai anda ada profil pelanggan yang lebih terperinci,


gunakan itu.

Andai anda sudah ada pelanggan-pelanggan terdahulu,


gunakan maklumat itu untuk mendapatkan gambaran.

Soalan-soalan dalam contoh di atas adalah sebagai


panduan saja.
Boleh ubah ikut suka.

Apabila sudah ada profil pelanggan, kita sudah dapat


gambaran apakah niat mereka mencari perkhidmatan sewa
kereta.

Contohnya:

Umur 30 tahun

Jantina Lelaki

Pekerjaan Businessman

Tempat tinggal Kuala Lumpur

Anggaran pendapatan RM4000 - RM7000

Hobi dan minat Memancing, shopping, bermain bersama anak-anak

Tidak mahu pandu kereta dari KL ke KB kerana jauh.


Masalah yang dihadapi Perlukan kereta di KB kerana mahu bergerak ke banyak tempat.
Kereta yang disewa boleh diambil dan hantar di airport.

Matlamat dan gol Bergerak dengan bebas di KB seolah-olah macam ada kereta sendiri.

PERSONA Businesman Dalam Perjalanan Yang Mahu Bergerak Sendiri


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Dari sini, lakukan proses brainstorm realistik.

Apakah senarai kata kunci yang akan ditaip oleh audien


sebegini di Google.

"Apa maksud brainstorm realistik?"

Brainstorm realistik ertinya kita usaha sedaya upaya


mendapatkan jawapan dari audien sasaran.
Bukannya buah fikiran atau idea semata-mata.

Dalam erti kata lain, brainstorm realistik mesti ada bukti


kukuh bagi menyokong cadangan itu.
Bukti diambil daripada data-data yang dikumpulkan.

Proses brainstorm realistik boleh dilakukan menerusi


beberapa cara:

1. Survey
Bina soalan-soalan.
Tanyakan kepada pelanggan terdahulu. (Sekiranya sudah
ada)
Atau tanyakan kepada mereka yang memiliki watak audien
yang hampir sama.

Contoh:
Apakah tujuan Tuan sewa kereta?
Apakah kereta sewa yang Tuan Mahu sewa? Mengapa?
Bagaimanakah Tuan mahu dihubungi?
Berapakah kos sewa kereta yang Tuan mahu?
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

2. Mengintip Abang Besar


Intai website-website yang sudah tersohor.
Lihat apakah yang mereka tulis.
Kebiasaannya artikel long tail ada di dalam kategori blog.

Contoh : KL EzCar

Contoh : Avis Malaysia


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Lihat Adwords
Adwords adalah pengiklanan di Google.
Maksudnya pemilik website bayar Google untuk buat iklan.

Dan pengiklan akan guna kata kunci panas!

Jadi gunakan ruang ini.


Lihat kata kunci yang mereka guna.
Kita boleh ikut sama.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

4. Google Searches Related


Buat carian pada satu kata kunci.
Kemudian turun ke bahagian bawah sekali.

“Google Searches Related”

Ini adalah carian-carian berkaitan yang dibuat oleh


pengguna.

Perhatikan.
Dalam proses ini, kesemua dapatan disokong oleh data.

Jadi sudah jelas maksud brainstorm realistik.


Maju ke langkah seterusnya.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Setelah selesai brainstorm realistik, mulakan menyusun atur.


Bagi tujuan ini gunakan Microsoft Excel.

Ini adalah template yang saya gunakan.


Template ini boleh diubah suai.
(Klik sini untuk download template)

“Tuan, apa maksud Linking to?”

Linking to adalah internal link.


Ada satu topik khas.

Secara mudahnya internal link merujuk kepada ke mana


artikel long tail itu akan bawa pengunjung.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Ingat lagi konsep pintu rumah?

Artikel long tail adalah pintu rumah.


Apabila pintu rumah dibuka, pengunjung dibawa ke bilik
yang sudah ditetapkan.

Jalah menuju ke bilik itu = internal link.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

TINDAKAN

Dalam banyak-banyak topik SEO, ini adalah asas yang


paling penting.
Berfikir di hujung. Begin with the end in mind.

Apabila anda kuasai konsep ini, penulisan artikel menjadi


lebih jelas.
Kita tahu kenapa dan ke mana hala tuju artikel itu.

Sebagai bacaan tambahan, saya syorkan anda baca artikel


ini. (Artikel Strategi SEO 2017)

Kemudian mula tulis konten pada setiap page itu.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

CONTENT WRITING
Pada ketika ini, anda sudah ada struktur website yang jelas.
Anda juga sudah ada konten bagi setiap page dan artikel.

Seboleh-bolehnya, jumlah patah perkataan bagi setiap


artikel dan page adalah antara 500-1000 patah perkataan.

Jumlah patah perkatan PENTING bagi pemain kecil seperti


kita.
Ini adalah strategi melawan budak besar.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Brian Dean (artikel


Jumlah Patah Perkatan Yang Disukai Google) jumlah patah
perkataan mempunyai kesan terhadap kemunculan website
di Google.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Satu nota penting.

Dalam menulis artikel panjang, utamakan pembaca.


Elakkan menulis untuk Google semata.

Google takkan beli servis atau produk kita.


Pembaca yang akan beli servis dan produk kita.

"Erm, macam mana nak tulis artikel panjang?"

"Susah nak tulis artikel 1000 patah perkataan, pengsan wei"

Bagi memudahkan anda mencapai target jumlah patah


perkatan, gunakan Teknik SPM.

Apabila menggunakan Teknik SPM, anda tak perasan yang


anda sudah pun menulis melebihi 500 patah perkataan.

Teknik ini ringkas.


Namun berkesan.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Teknik SPM

Saya namakan Teknik SPM.


Sijil Pelajaran Malaysia?

Ya.

Masih ingatkah anda bagaimana kita menulis karangan


SPM?

Strukturnya begini:

Pendahuluan
Isi 1
Isi 2
Isi 3
Penutup

Dalam kes ini, pecahkan artikel panjang itu kepada


beberapa subtopik.

Makin banyak subtopik yang anda dapat, makin panjang


artikel itu.
(Hint: inilah rahsia menulis artikel panjang)

Wujudkan perbezaan apabila berpindah dari satu subtopik


ke subtopik yang lain.
Gunakan Heading Tag (H) yang berbeza.
Lihat template-nya di helaian seterusnya.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

TINDAKAN

Sekarang lihat balik artikel yang sudah ditulis.


1. Pecahkan kepada subtopik. Wujudkan Pengenalan dan
Penutup.

2. Pada bahagian penutup, boleh diletakkan Call To Action


sekiranya perlu.

3. Apabila siap, salin (copy) artikel itu dan buka wordpress.


Cipta New Post atau New Page.

4. Letakkan (paste) artikel yang telah ditulis tadi.

6. Kemudian klik Save Draft. Dan kita ke topik seterusnya.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

TITLE TAG
Title Tag adalah tajuk artikel.
Juga dikenali sebagai HEADLINE.

Title tag penting untuk dua jenis pembaca:


1. Manusia (pencari)
2. Robot Google

Robot Google menggunakan title tag untuk menyusun


konten di dalam pusat datanya.

Artikel yang memiliki title tag yang hampir sama berada


dalam satu kumpulan.

Apabila pencari taip,


“Sewa kereta Kota Bharu”

Google akan cari dalam pusat data, apakah website yang


ada perkataan “Sewa kereta kota Bharu”.

Seterusnya Google paparkan hasil carian kepada pencari.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Pencari akan meneliti title tag.


Mereka hanya pilih title tag yang mereka suka.

Dalam erti kata lain,


title tag berikan kesan kepada kadar klik.
Click through rate.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

TINDAKAN

Kebiasaannya title tag akan disedut oleh Google daripada


tajuk artikel.

Tajuk artikel = 10 Tips Penjagaan Kereta


Title Tag = 10 Tips Penjagaan Kereta

Namun begitu, anda boleh title tag menggunakan plugin


Yoast ataupun All in One SEO.

1. Apabila siap tulis artikel, turun ke bawah.

2. Pada kotak Title, anda boleh ubah title tag mengikut


selera tersendiri.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Cipta title tag yang akan membuatkan pencari klik link


website anda.

Perhatikan kotak kuning.

Title tag mempunyai had limit. Apabila lebih 60 patah


perkataan, Google akan menggantikan perkataan dengan "….."

Jadi seeloknya title tag yang dicipta tidak melebihi 60 patah


perkataan.

Kemudian kembali ke atas dan klik Save Draft.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Formula Menulis Title Tag

Fokus Title Tag adalah memudahkan Google dan


mempengaruhi pencari. (Artikel sokongan: 13 Teknik On Page SEO)

Formula 1:
[PROMO] + Kata Kunci | Jenama Anda
Promo = Beli, Promosi, COD, Murah, Diskaun, Online, Deal, Jualan
Contoh: COD Supplement Cik Kiah | CikKiah.com

Formula 2:
[Number] + Kata Kunci | Jenama Anda
Number = Digalakkan nombor ganjil
Contoh: 7 Petanda Anda Makin Hensem

Formula 3:
[CallToAction] + Kata Kunci | Jenama Anda
CTA = Beli Sekarang, Tonton, Download, Dengarkan
Contoh: Download Checklist SEO | WanYusof.com

Formula 4:
[Rasa Ingin Tahu] + [Tempoh Spesifik]
Huraian = Menimbulkan rasa ingin tahu
Contoh: Inilah Jadual Makan Diet Saya Sehingga Hilang 30kg Dalam
masa 30 hari

Baik.

Kita ke topik seterusnya.

Manipulasi link!
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

PERMALINK
Apabila anda perhatikan hasil carian “sewa kereta Kota
Bharu”, dua website yang berada di atas mempunyai
persamaan.
Ada title tag.
Dan ada permalink.

Permalink adalah alamat page tadi.

Sekarang cuba anda rujuk kembali template Excel.


Ada satu kotak yang dikenali sebagai permalink.
Kita akan gunakannya sekarang.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Permalink ada banyak format.


Format yang paling disukai Google adalah dalam bentuk
perkataan.

Formula yang diguna pakai:


https://alamatwebsite.com/kata-kunci

“Macam mana nak ubah permalink?”


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

TINDAKAN

1. Perhatikan artikel tadi. Lihat permalink asal.

2. Sekarang lihat menu di sebelah kiri, cari Settings dan klik


Permalinks. Pilih Custom Structure.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Klik Save Changes.

4. Alternatif kepada Custom Structure adalah Post name.


(Boleh pilih salah satu)
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

5. Sekarang pergi ke menu Posts, klik All Posts. Pilih post


tadi dan klik Edit.

6. Perhatikan struktur permalink sudah bertukar. Yeay!

7. Bagi pengguna Yoast, permalink dikenali sebagi slug.

8. Bagi mengubah slug, klik edit Post atau Page dan turun
ke bawah. Kemudian ubah Slug.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

9. Bagi pengguna yang tidak guna kedua-dua plugin ini,


anda boleh masukkan plugin Custom Permalink.

10. Klik Add New Plugin dan cari Custom Permalink.


Install dan aktifkan.

Bagaimana perasaan anda sekarang?

Seronok?

Topik seterusnya.
Manipulasi sekali lagi.

Ayat copywriting versi Google.

“Meta Description”
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

META DESCRIPTION
Ayat copywriting versi Google.

Meta description.

Pertamanya, meta description tidak mempengaruhi


kedudukan SEO.
Tidak ada kesan secara terus.

Tapi,
Meta description beri kesan pada kadar klik.
Meta description adalah ayat sinopsis website.
Meta description adalah ayat hipnosis website.

Apabila membaca ayat dalam kotak merah, anda akan


mencari yang paling kena dengan jiwa.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Apabila ayat itu kena dengan jiwa, baharulah anda akan klik
website itu.
Inilah yang dikatakan sebagai ayat hipnosis.

Perhatikan juga, Google cenderung menebalkan (bold) kata


kunci dalam meta description.
Dalam contoh ini, kata kunci adalah sewa kereta kota bharu.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Secara kebiasaannya, Google akan mengambil meta


description daripada 160 huruf pertama artikel.

Walaubagaimana pun, kita boleh ubah meta description


tanpa perlu ubah ayat dalam perenggan pertama.

Kaedahnya sama seperti proses mengubah title tag.

Saya tunjukkan.

TINDAKAN

1. Turun ke bawah dan cari kotak All in One SEO atau


Yoast.

2. Ubah meta description. Tips mengubah meta


description? (Ada di bawah)
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

All in One SEO

Yoast
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Tip Menulis Meta Description Berkesan

1. Audien
Apabila mencipta meta description, fikirkan soalan ini,
“Apakah yang pencari mahu cari?”
Dalam erti kata lain, kembali kepada watak pelanggan yang
dihasilkan tadi.

2. Masukkan kata kunci


Google akan menebalkan kata kunci (lihat gambar di atas)
dalam meta description.
Ini membolehkan pencari perasan dan cenderung untuk klik.

3. Masukkan CTA
Kadang-kadang pencari tidak perlu klik untuk masuk
website. Terus letakkan nombor untuk dihubungi pada meta
description.
Mereka boleh terus hubungi.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

4. Lihat Nombor 1
Mengikut statistik, mereka yang berada di posisi nombor 1
dalam hasil carian Google menerima paling banyak klik.
Jadi lihat apa meta description nombor 1 dan jadikan meta
description anda lebih mengancam.

5. Lihat Adwords
Konsep tiruvasi. Adwords melibatkan duit. Dan iklan di
Google berkait rapat dengan prestasi.
Iklan yang berada di atas biasanya berprestasi tinggi. Belajar
sesuatu dan tambah baik meta description.

Sekarang kita masuk ke gua.


“Gua?”

Ya.

Teknik seterusnya ini masih kurang diamalkan di Malaysia.


Namun berkesan dan berbaloi-baloi.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

TAGGING
Teknik Gua.

Mendapat nama kerana teknik ini kurang diguna pakai.


Macam berada di gua.

Dan andai ada yang mengguna pakai, caranya kurang tepat.

Teknik Gua = Tagging

Tag merupakan satu komponen yang diwujudkan oleh


wordpress.
Fungsinya sebagai penanda.

“Apa beza tag dan kategori?”

Kategori bersifat umum.


Tag bersifat spesifik.

Contohnya dalam satu blog,


Kategori = Tips, Panduan, Resepi
Tag untuk tips = memancing, pasang joran
Tag untuk panduan = masak nasi, tanak nasi

Bagi memudahkan kefahaman, kita boleh anggap tag


adalah:

“Proses membezakan artikel-artikel dari kategori yang


sama”
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Apabila satu post tidak dimasukkan ke dalam kategori, maka


secara automatik artikel itu akan diletakkan dibawah kategori
“Uncategorized”.

Perkara ini tidak berlaku pada tag.

Apabila tag tidak dimasukkan, tidak ada apa-apa yang


berlaku.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

TINDAKAN

1. Klik edit artikel yang ingin diubah suai. Turun ke bawah


dan lihat kotak Tag di sebelah kanan.

2. Taip tag yang ingin dimasukkan. Pisahkan dua tag


berbeza dengan tanda koma (,) dan klik Add.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Disarankan bagi memasukkan kata kunci artikel itu


sebagai salah satu daripada tag.

4. Elakkan tag stuffing. Meletakkan 10 tag kata kunci dalam


satu artikel. Begini mengundang bahaya. Kebiasaannya,
letakkan 3-4 tag sudah memadai.

5. Selesai masukkan tag, klik Save.

Kita mahu beralih topik.

Dalam topik seterusnya,


saya akan kongsikan bagaimana gambar yang betul
membantu menaikkan website di Google.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

IMAGE ALT
Gambar dan manusia tidak dapat dipisahkan.
Bagai aur dengan tebing.

Disebabkan itu Google mempunyai satu carian khas yang


dikenali sebagai Google Image.
Kerjanya mencari gambar saja.

Cuma bagaimanakah Google membaca gambar?

Google adalah robot.


Robot tidak boleh berfikir seperti manusia (dalam mentafsir
gambar).

Bagi mengatasi cabaran ini, robot Google melihat beberapa


signal.

Signal pertama adalah nama gambar itu.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Apabila ambil gambar menggunakan smartfon atau kamera,


gambar itu disimpan.
Gambar itu dinamakan iktu format seperti ini,
• IMG220031.jpg
• SCN2201.png
• Photo19292_9121.jpg

Sistem penamaan begini tidak disukai oleh Google.


Google tidak faham gambar apa.

Berbeza apabila gambar dinamakan dengan nama seperti,


• Roti-canai.jpg
• Sewa_kereta_kota__bharu.png
• Laptop murah.jpg

Gambar-gambar begini senang difahami Google.


Apabila Google faham, Google cenderung untuk munculkan
gambar ini di hasil carian.

Panduan Muat Naik Gambar Dari Google


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

TINDAKAN

1. Apabila muat naik gambar ke internet, RENAME gambar


itu dahulu.

2. Klik edit artikel, cari gambar yang relevan, klik Add Media.

3. Klik Select Files dan masukkan gambar berkaitan.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

4. Pastikan Title gambar menerangkan apakah gambar itu.


Salin Title dan letakkan juga pada kotak Alt Text.

“Apakah Alt Text?”

Alt Text bermaksud alternative text.


Ianya panduan penting bagi robot Google.

Apabila gambar tidak berjaya muncul di website atas sebab-


sebab tertentu, Google akan menggantikan gambar itu dengan
“alt text” yang dicipta.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Pada pandangan Google, alt text adalah seperti deskripsi


gambar itu. Robotnya faham dan suka.

Boleh boleh?

“Bagaimana dengan gambar yang saya sudah muat naik


sebelum ini?”

Jawapannya tukar balik.


Namun andai terlalu banyak dan mahu jimat masa, edit
gambar-gambar itu terus di wordpress.

1. Pergi ke Media dan klik Library.

2. Pilih gambar yang mahu dibaiki. Klik gambar itu. Ubah


Title dan Alt Text.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Tahniah.
Anda sudah melebihi separuh perjalanan SEO.

Kita mahu lihat topik kritikal selepas ini.

Pernah ada orang beritahu saya, “_______ tak penting”.

Saya senyum saja.

Topik ini apabila dikuasai, ada rahsia tersembunyi.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

INTERNAL LINK

Masih ingat lagi gambar ini?

Dalam topik SEO Mapping.

Di dunia SEO, ada dua istilah:


1. Internal Link
2. External Link

Link merujuk kepada sesuatu yang boleh diklik.

Apabila diklik, kita akan dibawa ke satu destinati.


Contohnya, tekan https://www.wanyusof.com ,anda akan
dibawa ke website Wan Yusof.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Internal link = apabila diklik akan membawa anda ke


destinasti baru dalam website yang SAMA.

External link = apabila diklik akan membawa anda ke


destinasti baru ke website yang BERBEZA.

Apabila website lain memberikan external link kepada


website anda, external link ini disebut pula sebagai backlink.

Dalam topik ini, kita tumpukan kepada internal link dahulu.


Kemudian sambung backlink dalam topik external link.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Setiap halaman (page dan post) di website mempunyai skor


tersendiri.

Skor ini ditentukan oleh Google ikut formula tersendiri.


Makin tinggi skor halaman itu, makin tinggi peluang untuk
halaman ini muncul di Google.

Salah satu cara meningkatkan skor adalah menerusi


internal link.

Apabila satu halaman cipta internal link ke halaman lain


dalam website yang sama, maka skor halaman yang
menerima link itu meningkat.

“Errr..kurang jelas”

Sabar. Saya berikan contoh. Bagi tujuan ini, kita anggap


satu skor bernilai 10.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Apabila artikel 10 Tips Penjagaan Kereta berikan internal link


kepada Sewa Kereta Airport Kota Bharu, page Sewa Kereta
Airport Kota Bharu dapat 10 poin.

Apabila artikel 20 Cara Elak Mengantuk Bila Memandu


berikan internal link kepada Sewa Kereta Airport Kota Bharu,
page Sewa Kereta Airport Kota Bharu dapat 10 poin.

Secara keseluruhannya page Sewa Kereta Airport Kota


Bharu menerima 20 poin.

Jadi di mata Google, page Sewa Kereta Airport Kota Bharu


bernilai tinggi berbanding page yang lain.
Google akan usahakan prioriti kepada page ini.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

TINDAKAN

Apabila menulis artikel, fikirkan ke mana hala tuju artikel itu.


Apakah internal link yang mahu dicipta.

“Bolehkah cipta satu page yang beri internal link kepada


semua page penting?”

Tidak boleh.
Perbuatan ini menghampiri teknik larangan Google.

Dan pembaca pun tidak suka.

Lakukan secara natural.

1. Apabila tiba pada perkataan yang ingin dibina internal link,


highlight dan klik ikon hyperlink.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

2. Masukkan link page berkenaan dan tekan ikon biru.

Sekarang anda sudah faham konsep internal link.


Buka template Excel.
Lihat kotak Linking To.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Menerusi file Excel yang digunakan, anda akan terus dapat


gambaran ke mana artikel itu ingin pergi.

Secara mudahnya, setiap artikel mempunyai misi sendiri.


Setiap artikel mahu meningkatkan poin-poin page utama
di website.

Menuju ke penghujung.

Topik “Kepala”.

Apa dia?

Teruskan bacaan.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

HEADING TAG
Apabila manusia membaca artikel, manusia senang nampak
apakah poin utama.
Manusia menilai artikel berdasarkan konteks dan struktur
konten.

Lihat contoh ini.

Pembaca secara terus dapat faham Pengenalan itu adalah


tajuk.
Dan “Nam euismod massa non dictum placerat” adalah
penting kerana ianya ditebalkan.

Namun bagaimana dengan robot Google?


Robot Google nampak perkataan semuanya sama.

Bagaimana robot Google mahu membezakan perkataan-


perkatan di dalam artikel?
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Lalu satu sistem tanda perkataan direka.


Bertujuan membezakan tahap kepentingan perkataan itu.

Namanya Heading Tag.

Heading Tag disusun ikut hierarki.

Apabila satu perkataan ditandakan heading tag 1, ianya


memberitahu robot Google bahawa ini adalah perkataan yang
paling penting.
Diikuti heading tag 2, heading tag 3 dan seterusnya.

Di dalam artikel mesra SEO, satu halaman (page dan post)


mesti ada hanya SATU Heading Tag 1 (H1).
Heading tag lain tidak kisah. Ada dua, ada tiga, boleh
belaka.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

TINDAKAN

1. Secara kebiasaannya, tajuk artikel adalah Heading Tag 1.


Ertinya title tag = H1. (Contoh di bawah kata kunci = tips
penjagaan kereta)

2. Gunakan Heading Tag 2 untuk subtopik dalam artikel.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Bagi kandungan subtopik, kekalkan dalam format


paragraph.

4. Secara kesimpulannya, format penulisan adalah seperti


ini.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

EXTERNAL LINK
Internal link = apabila diklik akan membawa anda ke
destinasti baru dalam website yang SAMA.
External link = apabila diklik akan membawa anda ke
destinasti baru ke website yang BERBEZA.

External link ada dua jenis.

1. Anda berikan link kepada website lain.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

2. Website anda menerima external link daripada website


lain. Disebut sebagai Backlink.

Konsep link ini sama seperti internal link.


Website yang menerima link akan mendapat skor.

Cuma Backlink lebih bernilai daripada internal link.


Satu backlink mungkin bernilai 100, sedangkan satu internal
link hanya bernilai 10.

“Kenapa begitu? Tak aci la”


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Backlink ibarat word of mouth.

Ianya seperti website bercakap, “Kau pergilah masuk


website ini, bagus”.
Sebab itu Google ambil berat backlink.

“Hmm..apa kata saya buat 10 website. Kemudian saya bagi


backlink pada website utama. Ok?”

Menjadi…

Dulu!

Sekarang tidak lagi. Malah apabila dilakukan sekarang, anda


akan dikenakan penalti.
Ditambah lagi dengan perkembangan terbaru Google.

Google bukan setakat melihat jumlah backlink.


Malah Google melihat kualiti backlink itu.

Contohnya begini.
Website = website sewa kereta
Backlink datang dari website kanak-kanak.
Backlink ini tidak relevan.

Website = website sewa kereta


Backlink datang dari website automotif.
Backlink ini relevan.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

TINDAKAN

1. Secara peribadi saya sarankan fokus pada penghasilkan


artikel berkualiti.

2. Kemudian sebarkan kepada mereka yang kita mahukan


backlink itu.

3. Hubungi mereka menerusi email atau FB.

4. Teknik ini dikenali sebagai outreach.

5. Ini contoh email outreach yang saya lakukan.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

6. Backlink boleh dipantau. Gunakan SEO Profiler.

7. Tools terbaik untuk memantau backlink adalah Ahrefs.


Namun kosnya agak tinggi. Berbanding SEO Profiler, hanya
ambil pakej percuma saja.

Baik.

Topik kedua terakhir.

Tekuni betul-betul.
Sebab ramai orang buat silap di fasa ini.

Teruskan.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

SUBMISSION & TRACKING


Artikel sudah siap.
Masa untuk mulakan serangan.

“Sabar. Berhenti dahulu”.

Siapkan pengkalan.
Saya terangkan.

Google Search Console


Ini adalah alat perhubungan dengan Google.
Di awal tadi, kita sudah sambungkan website dan Google
Search Console.
(Rujuk topik install plugin)

Sekarang masa untuk optimumkan penggunaanya.

SITEMAPS
1. Lihat menu di sebelah kiri. Klik Crawl dan pilih Sitemaps.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

2. Kemudian lihat di sebelah kanan. Klik Add/Test sitemap.

3. Tuliskan perkataan “sitemap.xml” dan klik Submit.

“Apa yang berlaku apabila tekan submit?”

Apabila tekan submit, anda akan hantar maklumat website


kepada Google.
Google mula perasan kewujudan website dan akan datang
lawat.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Apabila Google datang melawat, baharulah website


dimasukkan ke dalam senarai pengkalan data Google.

Proses ini dinamakan indexing.

“Adakah kena buat begini setiap kali?”

Tidak perlu.

Proses ini dilakukan apabila:


1. Tidak pernah buat sebelum ini
2. Melakukan perubahan besar kepada website seperti
upgrade website

“Jadi bagaimana mahu beritahu Google apabila ada post


terbaru?”

Turun ke bawah.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

FETCH AS GOOGLE
Fungsi ini adalah simulasi.
Mahu lihat bagaimana robot Google melihat website anda.

Saya terangkan dengan lebih terperinci.


Kita buat dahulu langkahnya.

1. Pada menu di sebelah kiri, klik Fetch as Google.

2. Masukkan alamat page berkenaan. Pilih paparan. Dan klik


Fetch and Render. Status akan bertukar menjadi Request
Indexing.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Perbuatan ini akan memberitahu Google sesuatu. Ianya


mempercepatkan proses robot Google datang ke website.

“Bagaimana kita nak semak Google sudah datang atau


belum?”

GOOGLE INDEX
1. Di Google Search Console, cari menu Google Index. Klik
Index Status.

2. Lihat status.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

3. Satu lagi kaedah adalah dengan menaip


site:alamatpenuhwebsite dan klik enter.

4. Andai page itu belum dilawati Google, paparan di bawah


akan keluar.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

GOOGLE SUBMISSION
1. Cara ini adalah alternatif kepada kaedah di atas. Respon
Google pada cara ini sedikit perlahan. Namun masih menjadi.

2. Taip di Google URL Submission di Google.

3. Isikan alamat page dan post berkenaan. Klik submit.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

FACEBOOK PIXELS
Apabila pengunjung datang ke website, tangkap mereka.
Tangkap = merakam jejak.

Supaya dapat digunakan untuk tujuan iklan.


Proses ini adalah proses membina Website Custom
Audience.

“Saya tak ada produk lagi, boleh skip?”

Rugi.
Proses menanda pengunjung ini percuma.
Proses menanda pengunjung ini juga ambil masa.

Saya syorkan mula bina sekarang.


Guna atau tidak itu kita bincang kemudian.

1. Masuk ke Facebook dan klik Ads Manager.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

2. Klik menu di sebelah ikon Facebook di bahagian atas.


Pilih Pixels.

3. Klik Set up Pixels.

4. Seterusnya pilih Copy and Paste.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

5. Salin kesemua kod dan kembali ke website.

6. Langkah seterusnya ini bergantung kepada theme yang


digunakan.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

7. Ada website menyediakan ruang untuk menambah kod


Facebook. Ada theme tidak menyediakan fungsi ini. Bagi
theme yang ada fungsi menambah kod, letakkan kod tadi di
ruang itu.

8. Bagi website yang tidak ada ruang ini, gunakan plugin. Klik
Plugins dan Add new. Taip FB pixels.

9. Klik Install Now dan Activate.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

10. Klik PixelYourSite.

11. Masukkan Facebook ID pada kotak ini.

12. Bagi menggunakan fungsi ini, buka Facebook dan pergi ke


Ads Manager. Klik Audiences.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

13. Klik Create Audience dan pilih Custom Audience.

14. Kemudian pilih Website Traffic.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

15. Sekiranya anda menggunakan pixels yang sama bagi


banyak website, pilih People who visited specific web pages.

16. Anda juga boleh merekod audien spesifik kepada page itu.
Kemudian klik Create Audience.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

17. Apabila website belum ada pengunjung yang masuk,


Facebook akan memaparkan jumlah audien yang terlalu kecil.

Tidak mengapa. Biarkan saja. Nanti jumlah itu akan bertambah


dari masa ke masa.

Topik ini sudah habis.

Yeay!

Anda mungkin kena baca sekali lagi bagi melakukan revisi.


Makin kerap anda ulang buat, makin mudah untuk dikuasai.

Dan sekarang kita masuk ke topik paling menarik.

Jeng jeng jeng.

Memperkenalkan…
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

CONTENT PROMOTION
Memperkenalkan…

“Content Promotion”

Ini adalah fasa paling kritikal dalam SEO.


Sayangnya fasa ini sering dipandang remeh.
Walaupun fasa ini begitu kritikal.

Google mahu berikan hasil carian berkualiti.


Semakin berkualiti website itu, semakin Google suka.

Lalu apakah yang dimaksudkan dengan hasil carian


berkualiti?
Ada lebih 200 faktor diambil kira.

Cuma yang menariknya, kita TAK perlu teliti 200 elemen itu.

Pusatkan fokus anda pada penyebaran artikel.


Apabila artikel tersebar luas, ianya beri isyarat pada Google.

“Artikel ini pengguna asyik share, mesti artikel ini ada


sesuatu”.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Makin meluas sebaran artikel, makin tinggi peluang anda


untuk muncul di Google.

Bagi melakukan sebaran, kenal pasti,


1. Siapakah yang akan membaca artikel itu

2. Di manakah pembaca artikel ini berkumpul

3. Bilakah waktu paling ramai mereka berkumpul

4. Gunakan saluran percuma dan saluran berbayar

5. Tetapkan KPI bagi setiap sebaran


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

TINDAKAN

Apabila selesai tulis artikel, lakukan proses editing.


Setelah itu rehat seketika.

Kemudian mulakan sebaran.


Mulakan dengan saluran percuma.

Saluran Percuma

¨ Sebarkan di Facebook profile.


ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

¨ Sebarkan di Facebook group. (dengan kebenaran)

¨ Sebarkan di FB page.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

¨ Sebarkan di Instagram.

¨ Sebarkan di Twitter.
ACTIONABLE SEO
WANYUSOF.COM

Saluran Berbayar

Bagi saluran ini tetapkan bajet. Contohnya RM10 sehari.


Kemudian lakukan iklan.

Gunakan Facebook atau Google Adwords.

Di Facebook, anda boleh iklan post terbaru kepada Website


Custom Audience yang dicipta tadi.

Dengarkan video ini.


TIBA DI GARISAN PENAMAT
Tahniah.
Syabas.

Anda sudah tiba di sini.

Bagaimana?

Panduan Actionable SEO ini direka supaya dapat jadi panduan


untuk anda memulakan proses SEO.

Prosesnya ambil masa.


Namun insyaAllah berbaloi-baloi.
SEO adalah permainan jangka masa panjang.
Buat sekali, hasilnya berkali-kali.

Boleh berikan maklum balas?


Maklumat yang anda berikan akan saya gunakan untuk
hasilkan edisi kemas kini.

Dan anda boleh mendapatkan edisi kemas kini secara


percuma. Tidak ada caj tambahan.

Hantarkan maklum balas anda di sini.


https://www.wanyusof.com/maklum-balas-ebook-actionable-
seo/

"Saya doakan semoga anda dipermudahkan segala urusan"

Wan Yusof Wan Jeffery


www.wanyusof.com

Anda mungkin juga menyukai