Anda di halaman 1dari 1

Bismillah…

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Terima kasih Cg khairil selaku pengerusi majlis.
Yang berusaha Tn pengetua En Mustafa Kamal bin Musa, PK Pentadbiran Pn
Rosliza bt Ab Hamid, PK Hem Datin Hjh Kamishah bt Talib, PK Ko Pn Ruhana
bt Atan, Guru- guru Kanan Mata pelajaran & Rakan-rakan guru sekalian.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru
dan staf sokongan yang bersama-sama memeriahkan majlis pada petang ini.
Dan maaf kerana mengambil sedikit masa cuti semua pada petang ini.
Majlis petang ini diadakan adalah untuk menghargai setiap usaha semua guru
dan staf sokongan di atas kerjasama, masa, tenaga dan wang ringgit sepanjang
aktiviti yang dijalankan oleh KGS 2020. Terima kasih juga atas sokongan yang
diberikan kepada KGS 2020.
Keduanya, saya ingin memberikan penghargaan yang tinggi kepada semua ajk
KGS 2020 (Sebut nama sorang-sorang) kerana sentiasa bersedia menjalankan
amanah dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik bagi setiap aktiviti yang
dilaksanakan sepanjang tahun 2020.
Ketiga, saya mewakili KGS 2020 memohon maaf jika sepanjang tahun 2020
ada yang terkurang, terdapat cacat cela yang disengaja atau tidak disengajakan
sepanjang kami mengendalikan Kelab Guru & Staf.
Akhir kata, semoga perjalanan KGS 2021 dipermudahkan dan dimudahkan
olehNya.
Sekian.

Anda mungkin juga menyukai