Anda di halaman 1dari 2

Konsep Sirah dan Sejarah Sebahagian dari kita sering manyamakan sirah dan sejarah.

Walhal kedua-duanya amat berbeza dari segi sumber dan metodologinya. Sirah lebih menjerumus kepada perbincangan tentang halhal berkaitan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW melalui periwayatan. Akan tetapi sejarah atau tarikh lebih kepada peristiwa-peristiwa yang bukan berkaitan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW dan sering ada pertambahan dari segi tempat, masa dan sebagainya. Mempelajari sirah Nabi SAW bukan semata-mata hendak mengetahui perkara-perkara yang lumrah seperti bila Nabi SAW dilahirkan, bila berkahwin dengan Khadijah dan bila diangkat menjadi Rasul. Akan tetapi apa yang hendak dipelajari ialah mengenai gerak-geri, tindak tanduk dan juga perangai Nabi yang dikenali juga sebagai Sirah Nabawiyyah . Pengertian Sirah Sirah (srah) secara bahasa berarti jalan (ath-tharq). Kata sirah biasanya digunakan untuk menyebut Sirah Nabi saw. (As-Srah an-Nabawiyyah), yaitu kisah hidup Nabi SAW seperti kitab Sirah Nabi SAW yang dikarang oleh Ibn Ishaq (w. 153 H), al-Waqidi (w. 209 H), Ibn Hisyam ( w. 218 H), Ibn Saad (w. 230 H). Dari segi istilah pula, sirah adalah riwayat hidup ataupun jalan perjuangan yang dilakukan oleh rasulullah SAW. Termasuklah kisah hidup sebelum diangkat menjadi nabi dan selepas menjadi nabi, cara berdakwah, menjadi pemimpin negara, peperangan dll. Sirah Rasulullah pula adalah ilmu khusus berhubung dengan perjalanan atau riwayat hidup Rasulullah SAW dan ilmu ini diperluaskan kepada sejarah para sahabat. Pengertian Tarikh atau Sejarah Tarikh (trkh) secara bahasa adalah sejarah masa lalu. Adapun secara istilah diambil dari penjelasan Imam as-Sakhawi iaitu tarikh digunakan untuk membatasi peristiwa-peristiwa pada suatu masa dari aspek penentuan dan waktu terjadinya.

Perbezaan Sirah dan Tarikh Sirah membincangkan tentang kisah atau riwayat hidup junjungan mulia Nabi Muhammad SAW tentang kehidupan Nabi saw sejak kelahirannya, pertumbuhannya, dakwahnya pada Islam, jihadnya atas kaum musyrik dan peperangannya. Secara umum Sirah Nabi saw. mencakupi seluruh khabar tentang Nabi saw sejak kelahirannya sampai kewafat baginda. Adapun tarikh cakupan kajiannya lebih luas adakalanya ia digunakan untuk membahas tarikh tasyr Islam (sejarah kodifikasi hukum Islam), tarikh fikih Islam (sejarah fikih Islam), atau tarikh Madzhib Islmiyyah (Sejarah Mazhab-mazhab dalam Islam), tarikh Khulaf (Sejarah Para Khalifah), tarikh falsafi Islam (Sejarah Filsafat Islam), dll. Sirah Nabi SAW ditulis dengan mencantumkan sanadnya (iaitu perawi hingga ke matannya). Hal ini bermula ketika pada abad kedua hijrah sejumlah ulama mengumpulkan khabar tentang sirah Rasul SAW, sebahagian digabungkan dengan sebagian yang lain. Pembukuan dilakukan dengan metode periwayatan, dengan menyebut nama perawi dan orang yang meriwayatkan, sama sebagaimana periwayatan yang dilakukan dalam hadis. Tarikh pada umumnya, hanya menyebutkan tentang peristiwa dan kejadian tanpa menyebut sanad dan perawinya sehingga tidak dapat dijadikan sebagai sandaran sirah, kecuali jika seorang pengarang melakukan tahqq (penelitian) ketika menulis berita sirah dan ia termasuk perawi yang dipercayai. Jika tidak demikian, perkataannya atau apa yang dikatakan tidak dapat dijadikan sebagai bukti. Sumber sirah adalah dari al-Quran dan Sunnah atau Hadis Rasulullah SAW dan tulisan ulamaulama terdahulu dan semasa. Manakala sumber sejarah dari catatan sejarah dan peninggalan sejarah.

Anda mungkin juga menyukai