Anda di halaman 1dari 6

SULIT 2 1225/1

1 Gambar berikut berkaitan dengan Kempen Budi Bahasa yang dilaksanakan di negara
kita.

(a) Selain nilai rasional dan bertanggungjawab, nyatakan satu nilai yang ingin
diterapkan melalui kempen di atas.

Nilai hemah tinggi ; Nilai toleransi


[1 markah]

(b) Berdasarkan gambar di atas, bagaimanakah kempen tersebut dapat memberikan


kebaikan kepada golongan remaja?

(i) Dapat memupuk sikap baik dalam diri seseorang.


(ii) Dapat melahirkan individu yang berfikiran positif
- Dapat melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa [2 markah]

(c) Ramalkan dua kesan sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan budi bahasa
dalam pergaulan seharian.

(i) Menyebabkan perselisihan faham antara satu sama lain. Contohnya rakyat tidak
bersatu padu.

(ii) Berlaku pertelingkahan antara satu sama lain. Contohnya, masyarakat akan

hidup dalam keadaan huru hara.

[4 markah]

1225/1 SULIT
(d) Kawan anda sering bercakap dengan menggunakan perkataan yang kesat sehingga
menyinggung perasaan orang lain. Jelaskan tindakan yang perlu anda lakukan.

Saya akan menasihati kawan saya/ Saya akan membawa dia berjumpa dengan
guru kaunseling sekolah. Ini kerana, dapat mengubah tingkah laku yang buruk
dan dapat mengelakkan berlakunya masalah / pergaduhan/ pertelingkahan antara
satu sama lain.

[3 markah]

[Lihat halaman sebelah


2 Maklumat berikut berkaitan dengan sambutan hari penting dalam keluarga.

SAMBUTAN HARI PENTING DALAM KELUARGA (RE-INVENTING HOME SWEET


HOME ENVIRONMENT)
Sambutan hari lahir bukanlah bertujuan mengikut pengaruh Barat, tetapi sebagai
suatu peringatan tentang bertambahnya tanggungjawab seisi keluarga terhadap
segala urusan duniawi dan ukhrawi. Di samping ucapan selamat dan doa, setiap
anggota keluarga boleh mengambil kesempatan ketika berkumpul bersama itu bagi
merancang sebarang aktiviti yang boleh mendekatkan lagi ikatan kekeluargaan.

(a) Nyatakan tiga kebaikan mengadakan sambutan hari lahir seperti yang dinyatakan

di atas.

(i) Meningkatkan hubungan kekeluargaan.

(ii) Dapat menunjukkan penghargaan kita terhadap ahli keluarga.

(iii) Dapat membentuk keluarga yang bahagia.

[3 markah]

(b) Senaraikan tiga aktiviti lain yang boleh diadakan bagi mengeratkan hubungan
kekeluargaan.

(i) Melancong bersama anggota keluarga


(ii) Bergotong royong membersihkan rumah.
(iii) Berkhemah bersama ahli keluarga

- Bersiar – siar bersama ahli keluarga

[3 markah]
(c) Pada pendapat anda, wajarkah memberi hadiah ketika sambutan hari lahir
seseorang?
Berikan satu alasan anda.

Wajar. Ini kerana dapat menguatkan ikatan antara ahli keluarga/ satu sama lain.

ATAU
Tidak wajar. Ini kerana golongan yang tidak berkemampuan akan terbeban
sekiranya perlu memberikan hadiah.
[2 markah]

(d) Ramalkan kesan sekiranya tiada keharmonian dalam sesebuah keluarga.

Ahli keluarga akan bergaduh antara satu sama lain. Keluarga tidak bahagia.
[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


3 Maklumat berikut berkaitan dengan pencemaran alam.

Kebanyakan pencemaran alam seperti pencemaran udara adalah berpunca daripada aktiviti
harian manusia yang tidak terkawal. Pelepasan asap yang tidak terkawal daripada kegiatan
perindustrian akan menjejaskan kualiti udara yang seterusnya akan menjejaskan kehidupan
manusia dari segi kesihatan.

(a) Nyatakan dua nilai yang perlu diamalkan oleh manusia untuk mengurangkan
pencemaran udara. Selain nilai rasional dan bertanggungjawab

(i) Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar

(ii) Peka terhadap isu – isu alam sekitar


[2 markah]

(b) Jelaskan maksud satu nilai di (a).

Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk


mengekalkan keseimbangan ekosistem.……………
[2 markah]

(c) Huraikan dua peranan anda untuk membantu kerajaan menangani masalah
pencemaran di negara kita.

(i) Saya akan menyertai aktiviti gotong royong yang dianjurkan oleh kerajaan.
Contohnya, tindakan saya dapat menjaga kelestarian alam sekitar.
(ii) Saya akan menjaga kebersihan alam sekitar. Contohnya saya tidak akan
membuang sampah merata – rata tempat dan akan mengitar semula barang yang saya
gunakan.
[4 markah]

(d) Berikan dua cadangan cara untuk menangani masalah pencemaran udara yang
disebabkan oleh aktiviti perindustrian.

(i) Menggunakan penapis asap.

(ii) Menguatkuasakan undang – undang yang lebih tegas terhadap pemilik kilang yang
tidak manapis asap dengan betul

iii. Kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran kepada pemilik kilang tentang
kepentingan menapis asap dari kilang.
[2 markah]

Anda mungkin juga menyukai