Anda di halaman 1dari 1

MOHAMAD AKMAL BIN YAHYA 2020242340343

6. Bincangkan isu berkaitan dan cadangkan tindakan yang sesuai boleh diambil berdasarkan situasi di
bawah.

A ) Kumpulan halimah telah selesai menyiapkan hidangan minum petang yang ditugaskan oleh guru.
Setelah meletakkan hidangan di meja makan mereka duduk di meja tersebut. Perbuatannya telah
dilihat oleh Cikgu Salmah. Cadangkan nasihat yang diberikan oleh Cikgu Salmah kepada kumpulan
Halimah di atas tindakan yang perlu diambil oleh mereka sesudah selesai tugasan menghidang
makanan?

= Nasihat yang diberikan oleh Cikgu Salmah kepada kumpulan Halimah adalah setelah
menghidangkan makanan. Mereka tidak sepatutnya duduk di meja tersebut kerana ia akan
mengundang kemalangan dan menyebabkan makanan tersebut jatuh.

b) Dewi sedang memotong makanan menggunakan pisau, sedang dia membuat kerja-kerja
berkenaan, tiba-tiba tangannya terkena pisau dan berdarah. Sebagai guru ERT yang bertugas ketika
itu, apakah tindakan yang boleh diambil? Bincangkan juga langkah yang sepatutnya anda ambil
sebelum berlaku kemalangan itu.

= Tindakan yang perlu diambil adalah tekan Kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih
sehingga pendarahan berhenti. Seterusnya, gunakan kotak “First aid” dan lakukan tindakan awal.
Jika darah masih mengalir balut Kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas Kawasan
yang luka. Pastikan Kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan
otak supaya tidak berlaku penderahan yang teruk. Tenangkan Dewi dan hantar Dewi ke hospital
dengan segera. Langkah yang sepatutnya diambil sebelum berlaku kemalangan itu adalah memberi
penerangan cara untuk menggunakan alatan, mengawasi dan memerhati penggunaan alatan
tersebut.

c) Sesudah menyiapkan kerja-kerja menjahit Nizam pergi ke tempat Siva. Dia menunggu Siva
menyiapkan kerjayanya. Dia ingin bercadang untuk mengusik Siva. Sebagai guru ketika itu, anda
nampak akan perbuatan Nizam dan memarahi Nizam. Bincangkan apakah teguran yang boleh
diberikan kepada Nizam dan kemungkinan kemalangan yang akan berlaku?

= Teguran yang boleh diberikan kepada Nizam adalah memberitahu Nizam supaya tidak
meninggalkan tempat kerja sendiri dan mengelakkan bergurau senda semasa berada di dalam
bengkel dan melakukan tugasan. Kemungkinan kemalangan yang akan berlaku adalah Siva akan
mengalami kecederaan pada jari tangannya kerana tercucuk jarum mesin jahit.

d) Zahir adalah ketua tahun 4 Arif. Selepas menyiapkan kerja di bengkel Zahir diarahkan oleh Cikgu
Rahim untuk mengingatkan murid-murid yang diberi tugasan supaya membersihkan bilik ERT dan
kerja yang berkaitan. Nyatakan tindakan yang perlu diambil oleh Zahir.

= Tindakan yang perlu diambil oleh Zahir mengingatkan lagi kepada rakan-rakan sekelasnya supaya
menjalankan tugas yang telah ditetapkan bagi mengemas bengkel selepas selesai melakukan
tugasan di dalam bengkel. Zahir juga hendaklah memastikan alatan yang digunakan disimpan di
tempat yang betul untuk mengelakkan kerosakkan dan memastikan bengkel tiada sebarang bahan
yang membahayakan seperti paku atau sebaliknya di atas lantai.

Anda mungkin juga menyukai