Anda di halaman 1dari 3

1.

MENGAPA KITA PERLU MENUNTUT ILMU


1. Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang
lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat
yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ; “Allah mengangkat beberapa darjat
orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan”

2. Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia.

Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu
dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan
petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana”

3. Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa
dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya.

Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada
hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

4. Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di
akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan
musuh.

5. Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah
umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka
bumi dengan sebaiknya.

“Tuntutlah ilmu mulai dari buaian hingga liang lahat” (HR. Bukhori)

6. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng
yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh
syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam
mengejar kebendaan duniawi.

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah
(Muhammad s.a.w) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu
(kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu dan jika kamu kufur ingkar (maka
kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana
sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi dan Allah sentiasa
Mengetahui lagi Maha Bijaksana (Surah An-Nisaa'Ayat 170).

7. Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian
dan sebagainya dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.

Tokoh2 islam yg terkenal dgn ilmunya : Jabir Bin Hayyan atau yang dikenal di Eropah dengan
nama Geber. Dalam bidang ilmu tumbuh-tumbuhan, ad-Dinawari di mana karyanya telah
diterjemahkan menjadi Encyclopaedia Botanica sebanyak enam jilid. Tokoh-tokoh lain dalam
bidang botani seperti Al-Biruni, Rasyidin bin as-Suri dan buku-buku sistematik tumbuh-
tumbuhan yang berada di Sepanyol dan Afrika Utara adalah hasil karya Abu Jaffar al-Qurtubi.

Dalam bidang kedoktoran, nama-nama saperti Ar-Razi dan Ibnu Sina sudah tidak asing lagi di
kalangan muslim dan orang-orang barat. Sehingga sekarang hasil-hasil karya mereka
digunakan sebagai satu rujukan di universiti-universiti ternama di Eropah. Dua karya utama
Ibnu Sina, Shifa dan Qanun menjadikannya master tanpa tanding dalam bidang kedoktoran.

8. Ilmu adalah salah satu langkah bagi menjana pembangunan negara kerana melalui ilmu
sahajalah yang dapat membeza antara yang hak dan yang batil.

9. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya ”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau
orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang
mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang
kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (Riwayat al-Bazzar)

10. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas
tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.”

2. BINCANGKAN ADAB2 MENUNTUT ILMU


1. Ikhlas kerana Allah swt
- Niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana allah dan untuk akhirat bukan untuk
mendapat gelaran dan kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang
dipandang baik
2. Berniat untuk menghapuskan kejahilann diri sendiri dan orang lain
- Semua manusia dilahirkan dalam keadaan jahil tanpa mengetahui sesuatu. Oleh itu,
apabila menuntut ilmu, tujuan kita adalah untuk menghapuskan kejahilan diri kita
sendiri
- Apabila mita menjadi orang yang berilmu maka kita harus menyampaikannya
kepada orang lain pula, agar mereka jga dapat keluar daripada kepompong
kejahilan. Kita perlu mengajar ilmu yang diperoleh kepada org lain dengan pelbagai
cara, agar orang lain dapat mengambil faedah daripada ilmu kita.
3. Mengamalkan ilmu yang diperoleh
- Perkara paling penting yang dituntut daripada orang yang menuntut ilmu ialah
mengamalkan ilmu yang telah diperoleh. Praktis ialah buah atau hasil bagi ilmu yang
dimiliki. Orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang yang memiliki senjata.
Ilmu atau senjata seperti pedang tidak akan memberi sebarang manfaat kecuali
digunakan (diamalkan)
4. Menghormati dan memuliakan guru atau ulama
- Penuntut ilmu harus selalu berlapang dada dalam menerima perbezaan yang wujud
dalam kalangan ulama. Sikap mereka tidak sepatutnya sampai kepada tahap
mengumpat atau mencela ulama yang berkemungkinan keliru di dalam memutuskan
suatu masalah atau hukum
- Hukum mengumpat orang biasa sudah termasuk dosa besar, apatah lagi jika orang
yang diumpat itu adalah ulama.
5. Memulakan belajar dengan berdoa
- Doa merupakan harapan dan manifestasi individu dengan ALLAH SWT. Terdapat
banyak doa yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW yang boleh diamalkan
Ketika hendak belajar atau menuntut ilmu. Sebagai pelajar, berdoa pada setiap kali
sebelum mula belajar sepatutnya dijadikan amalan bagi memperoleh keberkatan,
ilmu yang bermanfaat, ketenangan, kemudahan serta kefahaman yang baik dan
dijauhkan daripada sifat lupa.
6. Menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran
- Setiap pelajar atas rasa kesedaran dan tanggungjawab sendiri sewajarnya
menghargai pengorbanan yang diberikan oleh guru mereka dengan memberikan
Kerjasama dan tumpuan sepenuhnya terhadap subjek pembelajaran serta menjauhi
sikap sambil lewa.
7. Menepati masa
- Setiap pelajar sewajarnya menepati masa yang telalh ditetapkan untuk masuk ke
dalam talian dan mengekalkan keberadaan sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Pelajar juga bertanggungjawab untuk membuat tugasan
yang diberikan dan menghantarnya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai