Anda di halaman 1dari 6

PERANAN GURU DALAM MERANGSANG KEMAHIRAN

BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM BAHASA MELAYU

Menguasai dan mengamalkan kemahiran berfikir penting dalam


merealisasikan harapan negara untuk membentuk insan yang berkualiti dan
seimbang seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hasrat Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) juga menggariskan usaha untuk membina rupa bangsa
yang memiliki daya saing yang tinggi melalui pendidikan berasaskan
pemikiran tinggi melalui pendidikan yang diterima di sekolah.

Usaha untuk menyediakan murid yang berfikiran aras tinggi, usaha


secara berterusan dijalankan sejak konsep Sekolah Bestari diperkenalkan.
Hingga kini usaha ini masih diberikan penekanan dalam usaha untuk
mencapai tahap berfikir yang memungkinkan murid dapat bersaing dalam
dunia global yang semakin mencabar. Konsep kemahiran berfikir semasa
mula diperkenalkan lebih menumpukan perhatian kepada penguasaan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Disebabkan keperluan pendidikan
semasa yang lebih kompleks dan bersifat kompetitif, maka kini Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diberikan tumpuan pelaksanaannya untuk
direalisasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

KBAT diaplikasikan dalam sistem pendidikan bagi menggerakkan


potensi minda murid untuk menangani cabaran baru. Melalui KBAT, murid
dapat memahami, menterjemah, menganalisis dan memanipulasikan
maklumat dengan lebih berkesan. Murid perlu mengalami sendiri proses
berfikir secara heuristik di dalam pembelajaran atau penemuan sendiri secara
terbimbing melalui KBAT. Untuk mengaplikasikan KBAT, guru perlu
menyesuaikan pendekatan dan strategi yang hendak diguna pakai semasa
pembelajaran dan pembelajaran.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (BM), aspek


yang penting untuk mencapai KBAT adalah keupayaan memindahkan
kemahiran yang sudah dipelajari di dalam BM kepada situasi komunikasi
yang sebenarnya. Dalam situasi sedemikian, kualiti murid dalam berbahasa
dapat diukur bukan sahaja kepetahannya bertutur atau menulis tetapi juga
melalui kualiti pemikirannya semasa berbahasa. Dalam konteks ini,
pengajaran BM yang melibatkan penguasaan kemahiran berbahasa, pelajar
dapat menggunakannya dalam kehidupan seharian.

Guru sebagai penggerak pemikiran murid perlu memastikan KBAT


dikuasai agar dapat meningkatkan keupayaan belajar bahasa mereka kerana
melalui KBAT, murid dapat mengawal, menentukan arah dan mengukur
kemajuan pelajaran mereka. Objektif pengajaran BM memerlukan murid
yang bukan sahaja dapat menguasai kemahiran berbahasa tetapi mampu
menguasai pembelajaran secara kendiri. Untuk mencapai tahap berbahasa
murid yang kompeten, guru perlu menyediakan situasi pembelajaran yang
lebih kondusif dan mencabar agar pembelajaran BM tidak dilihat sebagai
mata pelajaran yang membosankan.

1
Objektif KBAT dalam BM juga menyasarkan agar murid dapat
menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dengan lebih produktif.
Dalam konteks kemahiran membaca, kebolehan murid menggunakan
pengetahuan lalu sangat penting bagi memastikan mereka mampu berfikiran
secara kritis melalui teks yang dibaca. Bagi teks jenis hujahan, murid perlu
mahir menganalisis hujah yang ada di dalam teks di samping dapat membuat
penilaian terhadap teks tersebut. Untuk memastikan kemahiran berfikir yang
memerlukan pelajar menganalisis dan membuat jangkaan terhadap plot teks
jenis naratif pula, guru BM bukan hanya perlu menyediakan bahan bacaan
yang mencabar tetapi perlu mendedahkan strategi membaca kritis agar
aktiviti membaca berkesan.

Dalam kerangka yang lebih luas, guru juga perlu memastikan pelajar
dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran dan bersikap positif dalam
kehidupan. Dalam aspek pengetahuan bahasa , menjadi keutamaan kepada
guru untuk memastikan murid dapat menguasai kandungan ilmu bahasa.
Bagi memastikan ilmu bahasa dapat diterjemahkan semasa berkomunikasi
secara berkesan, guru perlu merancang pengajaran dengan memberikan
penekanan kepada strategi berfikir agar penguasaan ilmu bahasa dapat
dikuasai dalam jangka masa yang lama.

Hal ini disebabkan faktor psikologi seperti keupayaan mengingat dapat


memastikan ilmu bahasa yang dipelajari berfungsi secara berkesan. Selain
itu, penguasaan ilmu bahasa juga menjadikan kemahiran yang diperoleh
dapat membentuk sikap murid terhadap kehidupannya. Maka keperluan
berfikir aras tinggi perlu diadaptasikan dalam menyampaikan ilmu tersebut.

Dalam konteks pelaksanaan KBAT, guru perlu mahir mengasimilasikan


kemahiran tersebut dengan keperluan kurikulum BM. Untuk tujuan tersebut,
murid perlu didedahkan dengan aktiviti pemikiran aras tinggi seperti
membanding, menganalisis dan membuat inferens agar murid berupaya
meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan pembelajaran.

Berdasarkan kurikulum BM, kemahiran lisan dianggap penting terutama


dalam konteks menyediakan murid berkomunikasi secara interpersonal sama
ada secara rasmi mahupun tidak rasmi. Disebabkan kemahiran ini kurang
ditekankan dalam pentaksiran bahasa, maka sering penekanan kemahiran ini
sering diabaikan. Guru mungkin beranggapan murid mahir menguasai
kemahiran tersebut walaupun tidak diajar secara formal. Pandangan seperti
ini jika dibiarkan boleh memberi implikasi terhadap kebolehan berkomunikasi
murid terutama apabila mereka berada dalam lingkungan kehidupan yang
sebenar. Oleh itu, guru BM berperanan agar kemahiran tersebut dapat
diajarkan bukan hanya untuk tujuan keperluan di dalam kurikulum tetapi juga
dapat menguasai maklumat dengan berkesan.

Bagi memastikan murid mampu berkomunikasi menggunakan KBAT,


maka guru boleh melaksanakan aktiviti lisan dengan menyediakan bahan dan
tugasan yang mencabar minda mereka. Contohnya dengan melaksanakan
aktiviti main peranan dan simulasi bahasa, guru perlu memberi peluang
kepada murid merancang aktiviti kreatif sama ada secara berkumpulan

2
ataupun individu. Walau bagaimanapun, terdapat kelompok murid yang
sememangnya memiliki kebolehan yang terbatas terutamanya dalam
berkomunikasi interpersonal. Hal ini boleh membataskan keupayaannya
mereka untuk menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan yang akan
dialaminya dalam aktiviti kehidupan yang sebenarnya.

Apakah peranan guru bagi memastikan murid yang lemah juga dapat
melibatkan diri dalam aktiviti KBAT terutamanya dalam aktiviti lisan?
Pemilihan aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan minat mereka boleh
membantu mengurangkan masalah kurang daya fikir murid yang lemah dalam
pembelajaran. Contohnya guru boleh mengadakan sesi soal jawab secara
terancang dengan merendahkan tahap berfikir soalan yang dikemukakan.
Apabila mereka telah menguasai aras rendah dengan baik, guru boleh
mempertingkatkan tahap aras berfikir melalui soalan yang lebih mencabar.
Sering berlaku apabila menjawab soalan pada aras tinggi, murid yang lemah
terabai disebabkan mereka tidak mampu menjawabnya.

Dalam pengajaran membaca teks untuk tujuan pemahaman, guru perlu


menyediakan bahan yang boleh membantu murid membaca secara kritis.
Misalnya melalui teks jenis fakta atau naratif, pemikiran kritis murid dapat
dijana dengan meminta murid membaca dan melakukan analisis kandungan
teks. Murid ditugaskan berfikiran kritis dengan meminta mereka membuat
perbandingan isi kandungan jika teks yang dibaca dari jenis perbincangan.
Bagi teks berbentuk naratif, aktiviti berfikiran kreatif dapat diwujudkan melalui
latihan membuat peleraian plot yang memerlukan murid merangka penutup
cerita yang lebih menarik seperti menonjolkan kejadian yang tidak dijangka
boleh berlaku.

Kemahiran menulis merupakan kemahiran penting untuk dikuasai oleh


murid pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Pada peringkat sekolah
rendah, mereka perlu memiliki daya pengecaman dan menulis huruf yang
hinggalah boleh membina ayat. Di samping itu, kemahiran menulis juga
memerlukan murid bukan sahaja mampu menukilkan idea yang tersimpan
dalam pemikirannya tetapi mereka juga perlu mampu mengorganisasikan
idea tersebut agar dapat diterjemahkan dalam wacana yang dapat difahami
pembaca.

Bagi memastikan pelajar dapat mengaplikasikan KBAT dalam


kemahiran menulis, guru perlu mampu mewujudkan persekitaran menulis
yang kondusif. Pengaruh iklim pembelajaran yang selesa tanpa tekanan
mampu memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara terencana.
Berikan murid peluang untuk menyampaikan, memperincikan idea,
menganalisis maklumat, serta menyatakan pandangan dengan lancar. Untuk
memastikan kelancaran dalam penghasilan sesuatu hasil penulisan, guru BM
berperanan mencungkil, memantapkan, dan menjadikan idea yang difikirkan
terjelma dalam bentuk tulisan yang bukan sahaja boleh dibaca malahan boleh
memberi kesan sama ada secara eksplisit mahupun intrinsik. Oleh itu bagi
memastikan murid menguasai kemahiran menulis dengan baik, KBAT boleh
digunakan melalui pedagogi yang terancang dengan baik. Guru BM perlu
mahir menulis dan dapat mempamerkan kemahiran menulis kepada murid.

3
Di samping itu, dengan menggunakan pengurusan grafik yang baik, penulisan
karangan boleh menjadi lebih baik kualitinya.

Untuk memastikan proses berfikir aras tinggi dapat dilaksanakan secara


berkesan di dalam pengajaran dan pembelajaran BM, guru BM perlu
menguasai aspek metakognitif. Strategi metakognitif merujuk kepada cara
untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran
yang berlaku. Melalui strategi ini murid dapat membuat refleksi terhadap
maklumat yang diperoleh sama ada semasa aktiviti lisan, membaca, dan
menulis. Dalam konteks kemahiran membaca, murid dapat difokuskan
pemikirannya terutama dalam menetapkan tahap pemahaman masing-
masing apabila melalui proses membaca. Begitu juga dengan aktiviti
kemahiran menulis, murid juga dapat melakarkan maklumat yang ingin ditulis
secara jelas melalui refleksi yang diamalkan.

Kadangkala, persekitaran yang disediakan juga tidak mampu untuk


merangsang pemikiran murid menghasilkan penulisan yang baik. Kesan
persekitaran, pengalaman lalu murid, minat terhadap menulis, dorongan
menulis dan strategi menulis yang didedahkan oleh guru sangat
menyumbang kepada kualiti penulisan yang diharapkan.

Dalam konteks menulis karangan, pemilihan tajuk yang bersifat hujahan


atau fakta sangat sesuai untuk murid mengeluarkan hujah yang mampu
mendorong ke arah berfikiran kritis. Di samping mengemukakan tajuk yang
boleh menimbulkan polemik, guru juga perlu memberikan peluang kepada
murid berfikiran secara kritis melalui aktiviti penulisan yang ringkas seperti
membuat ulasan ringkas terhadap bahan berbentuk berita atau rencana yang
dipetik dari media massa. Dengan cara mengemukakan isu-isu semasa, guru
mampu menambahkan skemata pengetahuan lalu mereka.

Bagi memastikan aspek sistem bahasa dapat dikuasai dengan


berkesan, guru boleh melakukan beberapa aktiviti yang mampu mendorong
murid berfikiran lebih kritis. Untuk menguasai konsep dan peraturan sistem
bahasa yang perlu dikuasai oleh murid, pemilihan aktiviti belajar perlu
diberikan keutamaan. Guru perlu berperanan mengemukakan soalan yang
dapat membantu murid kuasai kandungan sistem bahasa tanpa menghafal
peraturan yang ada. Contohnya dalam mempelajari golongan kata BM, guru
boleh meminta murid menjawab siri soalan yang mengarah kepada
penguasaan dalam pertuturan untuk tujuan komunikasi. Di samping
mengemukakan soalan secara terancang untuk memahirkan KBAT, guru juga
perlu memastikan aspek sistem bahasa diaplikasikan dalam menguasai
kemahiran bahasa yang lain.

Jika aspek KBAT dikuasai dengan baik, ia akan menjadi satu alat yang
berguna untuk membantu murid belajar. Seterusnya dapat meningkatkan
prestasi pencapaian dan memperbaik kelemahan diri. Dalam konteks
pengajaran BM, guru perlu mahir dalam memilih strategi belajar yang boleh
diaplikasikan dalam pembelajaran bahasa. Jika dianalisis kandungan sukatan
pelajaran BM, terdapat banyak hasil pembelajaran yang disenaraikan
memberi peluang kepada pelajar menguasai strategi belajar melalui

4
kemahiran bahasa. Contohnya dalam kemahiran lisan, membaca, dan
menulis banyak subkemahiran yang disenaraikan mampu membantu pelajar
menguasai strategi belajar yang boleh meningkatkan prestasi akademik
dalam mata pelajaran lain. Oleh itu, guru BM berperanan menterjemahkan
hasil pembelajaran itu dalam bentuk aktiviti KBAT yang boleh digunakan oleh
murid semasa mempelajari mata pelajaran yang lain. Melalui aktiviti ini juga
guru mengharapkan murid meningkatkan peningkatan daya fikiran mereka.

Kemahiran berfikir boleh diajar secara langsung atau tidak langsung


bergantung pada objektif pengajaran yang ingin dicapai semasa proses
belajar berlangsung. Dalam konteks menyoal secara kritis, guru sebagai Di
samping itu, strategi yang dianggap sangat berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran BM. Strategi menggunakan soalan terancang memerlukan
guru BM yang mahir dalam hal tersebut. Soalan berbentuk terbuka boleh
dikemukakan dalam aktiviti lisan, membaca dan menulis. Kelebihan soalan
bentuk ini mampu menjana pemikiran murid semasa menjawab. Di samping
bentuk soalan, guru juga perlu mahir dalam teknik menyoal. Menggunakan
lingkaran soalan merupakan cara yang baik bagi mengaitkan antara soalan-
soalan yang akan disoal.

Teknik menyoal merupakan satu keperluan dalam proses pengajaran


dan pembelajaran BM. Menyoal dapat memotivasikan murid, menggalakkan
pelajar berfikir dan mendapat respons berdasarkan aktiviti lisan, membaca
dan menulis. Kajian-kajian juga mendapati guru BM kurang mahir dalam
mengendalikan teknik menyoal. Kebanyakan soalan yang dikemukakan
hanya pada aras rendah dan hal ini memberi kesan terhadap kualiti pemikiran
murid.

Untuk memberikan respons terhadap sesuatu isu atau permasalahan


yang dikemukakan dalam belajar bahasa, guru bahasa boleh menggunakan
kaedah perbincangan untuk meningkatkan kualiti berfikir murid. Agak sukar
untuk membangkitkan suasana berbincang dalam bilik darjah jika guru tidak
memainkan peranan sebagai pemudah cara. Guru perlu mahir
mengendalikan sesi perbincangan sama ada dijalankan dalam kumpulan kecil
mahupun menggunakan kaedah kelas yang memerlukan penglibatan murid
secara menyeluruh. Tajuk perbincangan yang diberikan kepada murid perlu
menarik perhatian dan memudahkan aliran idea dikeluarkan dari pemikiran
mereka. Contohnya dalam aktiviti menulis karangan, guru boleh
mendapatkan respons murid berdasarkan tajuk karangan yang diajukan
melalui perbincangan.

Alat pengurusan grafik pula boleh digunakan oleh guru BM dengan


tujuan untuk memudahkan memahami sesuatu konsep. Penggunaan
pemetaan konsep menggunakan i-Think juga dapat membantu murid dalam
kemahiran bahasa dan sistem bahasa. Jika dibandingkan dengan
pernyataan sesuatu konsep yang dibuat dengan cara huraian secara linear,
pengurusan grafik dapat membantu menguasai sesuatu topik secara lebih
bersistem. Hal ini disebabkan pengurusan grafik dalam pembelajaran
mementingkan penggunaan bentuk ilustrasi atau lakaran. Dalam kemahiran
membaca, alat pengurusan grafik digunakan untuk membantu dan mengurus

5
cara berfikir yang lebih tersusun dengan tujuan memantapkan pemikiran
selepas membaca teks. Pengurusan grafik dapat menggambarkan secara
mudah dan jelas tentang sesuatu idea atau perkara dengan perhubungannya
dalam pembacaan dengan aspek-aspek yang berkaitan.

Kaedah penyelesaian masalah juga diperkenalkan dalam pengajaran


dan pembelajaran BM untuk tujuan meningkatkan KBAT. Kaedah ini
merupakan usaha dalam bentuk proses kognitif dengan maklumat digunakan
sebagai usaha untuk mencari cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu
matlamat. Guru BM perlu mahir mengembangkan pelbagai langkah
penyelesaian kepada murid supaya menggalakkan mereka menggunakan
unsur kognitif yang melibatkan proses penaakulan, pembinaan konsep,
penilaian dan penyelesaian masalah. Langkah yang paling asas dan penting
bagi membolehkan penyelesaian masalah ialah perlunya banyak pengalaman
yang berbentuk konsep dan prinsip tentang pelbagai hal. Murid sepatutnya
digalakkan menyatakan pendapat mereka dan pendapat tersebut dihargai
demi menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran berfikir semaksimum
yang mungkin.

Kesimpulannya, aplikasi KBAT dalam pengajaran BM mampu


membantu murid berfikir secara lebih mendalam, konsisten, produktif dan
berkesan. BM sebagai mata pelajaran teras dalam kurikulum pendidikan
memerlukan usaha guru yang tekal dengan sentiasa memikirkan unsur
kreativiti dan inovasi dalam menyampaikan kandungan pelajaran. Peranan
guru BM juga perlu selaras dengan hasrat dan usaha Kementerian
Pendidikan yang telah merancang anjakan dalam meningkatkan mutu
penguasaan BM. Usaha yang berterusan dan peranan yang perlu dimainkan
oleh guru BM terutama dalam meningkatkan KBAT melalui aktiviti pengajaran
dan pembelajaran perlu bagi memastikan objektif kurikulum BM dapat
dicapai. Peranan guru BM bukan setakat menyampaikan pengajaran BM
seperti yang terkandung di dalam sukatan pelajaran, tetapi juga menuntut
mereka berperanan sebagai penggerak dan pembuka minda dalam
memikirkan unsur yang tersirat di dalamnya.

Anda mungkin juga menyukai