Anda di halaman 1dari 7

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 1.0 Pengenalan 2

2 2.0 Masalah-masalah yang dihadapi berkaiatan isu


pemerdagangan manusia di Malaysia. 3

3 3.0 Faktor-faktor berlakunya pemerdagangan manusia. 3 -4

4 4.0 Kesan-kesan pemerdagangan manusia. 4-5

5 5.0 Usaha-usaha menangani isu pemerdagangan manusia. 5-6

6 6.0 Kesimpulan. 6

7 7.0 Rujukan. 7

1
Tugasan 1(b).
ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA.

1.0 Pengenalan

Kebanyakan mangsa pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran yang datang ke


Malaysia telah menjadi satu isu baru yang perlu ditangani oleh semua pihak yang
berkenaan khususnya kerajaan Malaysia. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila
Malaysia telah dilabel sebagai negara peringgahan dan negara destinasi bagi kes
pemerdagangan manusia di rantau Asia Tenggara. Kebanyakan mangsa kes
pemerdagangan manusia ini telah memberi kesan negatif terhadap kedaulatan negara.
Selain daripada keselamatan sosial, mangsa pemerdagangan manusia ini juga berpotensi
untuk menjadi ancaman kepada aspek keselamatan yang lain. Walaupun begitu, ini hanya
memberi tumpuan kepada isu-isu keselamatan yang berpotensi dicetuskan oleh para
pedagang manusia dan kesannya kepada keselamatan negara.

Sumber: file:///C:/Users/user/Downloads/Telegram%20Desktop/global%20slavery
%20indeks%20pdf.pdf

2
2.0 Masalah-masalah yang dihadapi berkaiatan isu pemerdagangan manusia di Malaysia.

Kajian mendapati masalah sosial yang disebabkan oleh peningkatan kes pemerdagangan
manusia ini boleh dilihat contohnya yang pertama adalah sebagai mengancam
keselamatan, kestabilan dan keamanan negara Malaysia dan timbulnya rasa kebencian
yang membuak oleh penduduk tempatan. Kedua, kebanjiran mangsa pemerdagangan
manusia ini berupaya mempengaruhi profil penduduk terutamanya di bandar-bandar
besar. Akhir sekali, peningkatan kes pemerdagangan manusia ini juga mampu menggugat
keselamatan dalam negeri ekoran daripada peningkatan kes-kes jenayah yang
membabitkan warga asing di negara kita. Oleh yang demikian, disarankan agar kehadiran
mereka ini perlu dikawal dan dipantau oleh pihak yang berwajib. Untuk itu, pihak kerajaan
perlu menguatkuasakan lagi akta yang sedia ada untuk mengawal kemasukkan mangsa
pemerdagangan manusia. Selain daripada itu, kerajaan harus mengambil tindakan yang
lebih tegas terhadap warga asing mahupun tempatan yang melanggar peraturan yang
telah ditetapkan tanpa mengira status dan jawatan yang dimiliki.

3.0 Faktor-faktor berlakunya pemerdagangan manusia.

Pemerdagangan manusia sehingga kini masih berlaku secara meluas di negara ini
kerana faktor-faktor seperti permintaan yang tinggi dari sudut pasaran gelap terutamanya
pelacuran dan perkhidmatan seksual. Mangsa akan ditipu dan dijanjikan peluang pekerjaan
yang baik serta gaji yang lumayan dan banyak. Namun, sebaliknya terjadi setelah tiba di negara
destinasi, mereka dipaksa untuk menjadi pelacur (Jabatan Penerangan Malaysia, 21 Jun 2015;
Suhana & Ali, 2014; Naim, 2006; Azizah, 2001; Irene, 1995). Jenayah ini memberikan
keuntungan yang berlipat kali ganda kepada sindiket yang terbabit. Phinney (2001)menyatakan
bahawa jenayah pemerdagangan manusia mendatangkan risiko yang rendah kepada pihak
yang mengurus dan memberi kesan yang besar ke atas mangsa. Seterusnya, ada yang
menegaskan bahawa pengedaran dadah menjana pendapatan yang besar dan tinggi tetapi
pemerdagangan wanita lebih menguntungkan mereka. Ianya tidak seperti dadah, wanita tidak
perlu ditanam, diusahakan, disuling, dibungkus atau dipakej. Seorang wanita boleh digunakan

3
berkali-kali perkhidmatannya berbanding dengan dadah. Beberapa lagi pengkaji mengatakan
bahawa tujuan pemerdagangan manusia adalah untuk bekerja sebagai pekerja seksual, buruh
paksa yang merupakan salah satu bidang yang pesat membangun dalam konteks jenayah
antarabangsa dan kegiatan ini telah mewujudkan kebimbangan global. Seterusnya, ada yang
menyatakan jenayah pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seksual merupakan jenayah
terancang yang menguntungkan dan berkembang pesat dengan lebih cepat berbanding dadah.
Malaysia terlibat dengan pemerdagangan manusia. Malaysia adalah negara destinasi, sedikit
sebanyak negara sumber dan transit bagi jenayah pemerdagangan manusia terutamanya
eksploitasi seksual dan buruh. Malah, Malaysia juga turut menjadi tempat kepada lambakan
pelacur asing dari negara-negara Asia. Buktinya, merujuk kepada statistik mangsa
pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seksual lebih tinggi berbanding kategori lain di
dalam pemerdagangan.

4.0 Kesan-kesan pemerdagangan manusia.

4.1. Mencemarkan imej negara di mata dunia

Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu
permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia. Seterusnya,
menunjukkan bahawa negara seperti negara yang lemah dalam mentadbir dan
menguatkuasakan undang-undang. Selain itu, negara dianggaap sebagai sarang
jenayah.

4.2 Mengancam keselamatan dan keamanan negara

Jenayah yang semakin berleluasa akan mengancam keselamatan terutamanya bagi


wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu iaitu termasuklah pelacuran,
asset di pusat hiburan dan rumah urut dan sebagainya. Selain itu, sindiket atau mereka yang
terlibat juga akan melakukan aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan kekayaan.

4
4.3 Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara

Penyeludupan dan pemerdagangan manusia telah melanggar hak sesebuah negara


dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara negara.
Seterusnya, isu-isu seperti kes penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah
menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat.

4.4 Peningkatan masalah social.

Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat seperti berpeleseran, pelacuran,


seks bebas, minum arak dan sebagainya. Seterusnya, penularan penyakit berjangkit.
Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya
kembali menular dalam kalangan masyarakat di negara kita dengan sangat pesat.

5.0 Usaha-usaha menangani isu pemerdagangan manusia.

Usaha-usaha dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia di


Malaysia adalah terhad berbanding kajian-kajian dari luar negara. Terdapat beberapa
penulis telah membincangkan secara umum berhubung usaha yang telah dilakukan oleh
kerajaan Malaysia dan juga badan bukan kerajaan (NGO) dalam membanteras jenayah
ini. Kajian mengenai usaha-usaha kerajaan Malaysia dalam membanteras atau
membasmi jenayah pemerdagangan manusia dengan mengkaji dari pelbagai aspek
perundangan dan penguatkuasaan. Peranan kerajaan Malaysia dari aspek
penguatkuasaan, perundangan, perlindungan, kerjasama dengan negara luar di mana
kesemuanya merupakan komitmen kerajaan yang bersungguh-sungguh dalam
membanteras jenayah pemerdagangan manusia. Terdapat pelbagai elemen-elemen yang
dibincangkan dan kerajaan Malaysia juga telah melakukan pelbagai aktiviti atau program
berhubung kesedaran dan program pendidikan yang terdiri dalam kalangan pegawai
kerajaan, orang awam, pelajar dan juga NGO. Selain itu, Persatuan Perancang Keluarga
(Family Planning Association) pula telah menganjurkan program yang baik termasuk

5
seminar berkenaan dengan pemerdagangan manusia sebagai ruang kepada NGO untuk
berkongsi idea dan juga menyediakan bantuan kepada kerajaan terutama dari segi
perlindungan ke atas mangsa. Mangsa-mangsa pemerdagangan manusia ini tidak kira
dari aspek pelacuran (eksploitasi seksual), pekerja domestik mahupun kanak-kanak yang
telah dieksploitasi dari aspek hak asasi mereka selain terancam dari aspek keselamatan
insan. Terdapat perkara daripada pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab
seringkali berakhir dengan situasi di mana pekerja ini terpaksa bekerja dalam keadaan
yang sering diancam oleh pihak berkuasa kerana golongan ini telah ditipu dengan janji-
janji palsu untuk mendapatkan pekerjaan yang baik tetapi sebaliknya. Di samping itu,
wujudnya satu bentuk kelaziman di mana industri seksual berkait rapat dengan aktiviti
migrasi. Secara keseluruhan kajian-kajian yang dibincangkan berhubung usaha-usaha
dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia untuk eksploitasi bersifat umum.
Kekosongan ini diisi untuk menambah wacana berhubung dengan isu pemerdagangan
manusia di Malaysia.

6.0 Kesimpulan

Secara keseluruhan, istilah pendatang asing dilihat menerusi kerangka migrasi,


pemerdagangan, dan penyeludupan. Pendatang asing yang menjadi mangsa
pemerdagangan atau penyeludupan turut dibezakan dari segi konteks bagi membolehkan
tindakan perundangan yang sewajarnya dikenakan untuk membela, membantu, atau
menghukum mangsa dan pemangsa. Pemerdagangan manusia menjurus kepada semua
bentuk paksaan dan eksploitasi yang akan mencabut kehormatan dan harga diri mangsa
tersebut baik lelaki, wanita mahupun kanak-kanak. Kerajaan Malaysia berusaha untuk
membanteras jenayah pemerdagangan manusia dengan menjalinkan kerjasama yang
utuh pada peringkat rantau dan antarabangsa.

6
7.0 Rujukan

Global Slivery Index. (2018). Global Finding. Diperoleh daripada


file:///C:/Users/user/Downloads/Telegram%20Desktop/global%20slavery%20indeks%20pdf.pdf.

Kementerian Dalam Negeri. (November 24, 2014). Majlis Antipemerdagangan Orang dan
Penyeludupan Migran (MAPO). Diperoleh daripada file:///C:/Users/user/Downloads/Telegram
%20Desktop/Akta%20670%20ATIPSOM%20Bersama%20Pindaan%202016.pdf

Nafisah Ilham Hussin, Ahmad Miqdad Shamsuddin, Marshelayanti Mohamad Razali & Siti
Noranizahhafizah Boyman. (2018). Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaganita
dalam Membanteras Jenayah Pemerdagangan Manusia untuk Eksploitasi Seksual di Malaysia.
Jurnal Perspektif. Special Issue 1. Ms 62-72. file:///C:/Users/user/Downloads/1793-Article
%20Text-2987-1-10-20190404.pdf

http://welcometostpmstudy.blogspot.com/2013/09/kesan-pemerdagangan-manusia-dan-
langkah.html#.XW1ZaSgzbIX

Anda mungkin juga menyukai