Anda di halaman 1dari 4

Peranan Tiga Komponen Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Masa Kini.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka maka
muzik tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu
atau rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu
kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi
seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita
seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak
kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini
merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya
berlaku setiap masa. Kanak-kanak juga mampu menghasilkan irama mereka sendiri. Ini
dapat dilihat ketika mereka berkawad, menepuk tangan, mengetuk meja dan
sebagainya. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan menghasilkan muzik
yang menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan
sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama
sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan,
menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda
kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran
muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid
akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan
secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti
dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok
melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan
meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya
tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar.

Ruang juga merupakan elemen dalam matapelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang
dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau
dengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian, kita
memerlukan ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Penggunaan ruang
yang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruang
tersebut lebih selamat.

Menurut Howard Gardner ( 1983 ), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan


melihat dunia “ visual spatial” dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik
bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan
aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung membantu
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya
mencapai matlamat pnp tersebut.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu
cabang komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan
menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu,
guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan
menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertent
dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam
Pendidikan sebenarnya member peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam
sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam
setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak
langsung, ia mengajar murid untuk menangani/ menguruskan sumber imaginasi,
kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli
piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu
ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif.
Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan.
Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah
bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan
kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk
menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh
meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif.

Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi semua


matapelajaran. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran-
kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga turut perlu diberi tumpuan demi
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru
hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid menggunakan
sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti yang
meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai
kepelbagaian gaya belajar.

Tiga unsur dalam Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan
perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah
mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik,
memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang
yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan,
murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif.
Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih
berpusatkan kepada guru.

Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan


menggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna ( seni visual ), irama
( seni muzik ), dan seni pergerakan.sebagai contoh, dalam pengajaran matapelajaran
sains dimana guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan haiwan peliharaan
kepada kanak-kanak. Guru boleh membawa kanak-kanak ke taman sains sekolah
untuk melihat haiwan peliharaan yang terdapat di situ. Seterusnya kanak-kanak akan
membuat pemerhatian, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari
aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga boleh
melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat itu. Bimbingan daripada guru kepada
kanak-kanak yang mempunyai masalah perlulah diberikan. Kebebasan perlulah
diberikan kepada murid untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan untuk
mendapatkan hasil yang menarik dan kreatif. Pelajar juga dapat menggunakan daya
imaginasi dan ingatan mereka dalam menghasilkan lukisan dan seterusnya dapat
meningkatkan daya kreativiti mereka.

Setelah kajian yang dilakukan telah selesai dijalankan, guru boleh mengarahkan murid
untuk membentang dapatan kajian yang mereka telah perolehi. Pembentangan boleh
dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh menggunakan setiap ruang
yang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan menjalinkan bersama
kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan tersebut menarik dan kreatif.

Seterusnya setiap kumpulan akan membuat persembahan seperti menyanyi dan juga
menari lagu yang berkaitan dengan haiwan yang telah mereka kaji. Mereka boleh
membuat pergerakan dan bunyi haiwan yang telah mereka kaji. Perbincangan antara
ahli kumpulan perlu dilakukan untuk menghasilkan satu bentuk persembahan yang
menarik dan kreatif. Setiap kumpulan diberi kebebasan untuk mencipta irama yang
akan digunakan untuk mengiringi persembahan mereka. Alatan yang berada di
sekeliling boleh digunapakai untuk menghasilkan irama yang diinginkan. Mereka boleh
meneroka bunyi-bunyian seperti bunyi botol kaca yang diketuk, bunyi tapak kasut, dan
juga sebagainya. Pelajar perlulah mencuba dan menggunakan pelbagai alatan dan
bahan sewaktu mengadakan persembahan bagi menjadikannya lebih menarik. Mereka
akan berasa seronok menjalankan hasil kreativiti mereka sendiri.

Dari segi aspek ruang, pelajar perlulah menggunakan ruang yang ada dengan sebaik
mungkin. Pemilihan ruang yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan akan
menjadikan persembahan lebih menarik. Sekiranya ruang yang diperlukan tidak
mencukupi, mereka boleh mengubah kedudukan meja dan kerusi. Pengalaman yang
diperolehi ini akan membantu pelajar dalam kreativiti mereka.

Kesimpulannya, pengajaran yang berkonsepkan seni dalam pendidikan akan dapat


membantu pelajar dalam meningkatkan daya keyakinan diri melalui penerokaan mereka
sendiri terhadap apa yang ada disekeliling mereka.

Anda mungkin juga menyukai