Anda di halaman 1dari 1

Kedatangan islam ke Malaysia telah membawa impak yang amat besar kepada pendidikan

negara ini. Pengaruh islam dapat dilihat dalam pembangunan institusi pendidikan dan strukturnya
seperti sekolah, madrasah, universiti teras islam dan sebagainya di negara ini, malah, ia juga boleh
dilihat dari segi aspek ilmu yang diajar seperti ilmu syariah yang meliputi bidang seperti usuluddin,
fiqah dan tasawuf, serta guru dan pelajar yang menuntut ilmu agama islam,di mana guru-guru pada
zaman kedatangan islam di tanah Melayu kebanyakkan terdiri daripada bangsa Arab, Turki, India dan
sebagainya. Manakala pelajar yang menuntut pula meliputi segenap lapisan masyarakt. Ulama
berbangsa Melayu seperti Nuruddin al-Raniri dilahirkan berkat perkembangan pesat pengaruh
mendalam agama islam dari segi pendidikan di tanah Melayu. Beliau berjaya menghasilkan kitab
Hidayah al-Iman dan Sirat al-Mustaqim. Sistem pendidikan islam di Malaysia merangkumi pendidikan
formal dan pendidikan tidak formal. Pendidikan formal adalah pendidikan yang didapati dari institusi
pendidikan agama seperti sekolah, surau, madrasah dan lain-lain. Sistem pendidikan formal
berasaskan bidang pengajian islam seperti fiqah, tafsir, sejarah islam, tauhid dan akhlak. Manakala,
pendidikan tidak formal berlaku secara langsung dalam kehidupan harian seseorang muslim
tersebut. Pendidikan tidak formal merangkumi cara berfikir, amal, kecergasan muslim dalam bidang
ekonomi dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai