Anda di halaman 1dari 2

1) Adakah harus berkahwin dengan empat orang perempuan sekaligus?

Hukum bagi melakukan penikahan dua, tiga atau empat sekaligus sama ada pada waktu
yang sama atau sedikit berbeza adalah Sah (islamqa.info, 2020). Sebagaimana dalam
firman Allah SWT yang bermaksud:

“Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat.”

An Nisaa : 3

Maka dibolehkan untuk menikahi dua, tiga, atau empat perempuan sekaligus pada hari
yang sama. Namun begitu, para Ulama’ Rahimahumullah membenci apabila malam
pengantin dua wanita tadi dilaksanakan di satu malam yang sama, karena dikhawatirkan
mengurangi hak salah satu dari keduanya kerana tidak dapat memberikan waktu yang
maksima ke atas isterinya (Islamqa.info, 2020)

2) Bilakah dihalalkan meminang dan bilakah diharamkan meminang?


Berdasarkan Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini, dalam kitabnya
Mughni Muhtaj,hukum bagi meminang atau pertunangan (khitbah) adalah harus. Allah SWT
telah mensyariatkan hukum meminang atau bertunang (khitbah) dalam firmanNya yang
bermaksud:

“Dan tidak salah bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk
meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam ‘iddah), atau tentang kamu
menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa
kamu akan menyebut-nyebut (atau mengingati) mereka, akan tetapi janganlah kamu
membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara
sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh
(hendak melakukan) akad nikah sebelum habis iddah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah,
sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah
kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Penyabar”.

Al-Baqarah : 235

Hukum meminang ini terbahagi kepada 3 kategori yang mana setiap kategori adalah
berbeza dari segi hukumnya mengikut syarak.

Kategori yang pertama adalah harus secara sindiran (ta’ridh) iaitu menyatakan niat di
dalam hati secara sindiran dan harus secara terang-terangan (Sorih) apabila seseorang
perempuan yang ingin dipinang tersebut bukan dalam milikan orang lain sama atas sebab
nikah atau khitbah bukan dalam tempoh iddah. Maksudnya jika perempuan itu boleh dinikahi
tanpa ada sebab yang menghalangnya maka hukum tunangan ke atasnya juga adalah
harus.

Seterusnya, kategori kedua adalah tidak harus sama ada secara sindiran (ta’ridh)
atau terang-terangan (sorih) bila mana seseorang perempuan itu berada dalam milikan
orang (sebab nikah atau khitbah) atau berada dalam tempoh iddah talak raj’ie dan jika
berlaku pertunangan. Sekiranya berlaku pinangan atau pertunangan di datas kategori kedua
ini maka hukumnya adalah Haram.

Akhir sekali, kategori ketiga ialah harus dalam keadaan sindiran (ta’ridh) sahaja
tetapi tidak dalam keadaan terang-terangan (sorih) bila mana seseorang perempuan itu
berada dalam tempoh iddah wafat (kematian suami iaitu iddah selama 4 bulan dan 10 hari)
dan termasuklah keadaan seorang perempuan yang berada dalam tempoh ‘iddah talak ba‘in
(Muhammad ‘Ali al-Sobuni, Tafsir ayat al-Ahkam Min al-Quran, j.1 h.266). Ini bermaksud,
dala kategori ketiga ini, terdapat dua hukum yang berbeza yakni harus secara Ta’ridh iaitu
secara sindiran di dalam hati sahaja dan Haram secara Sorih yakni terang-terangan
melakukan pinangan tersebut ke atas wanita tersebut.

Hadis Rasulullah juga turut menyebut akan larangan peminangan ke atas


peminangan orang lain yang mana disabdakan oleh baginda yang diriwayatkan oleh Ibn
Umar RA yang bermaksud:

“Daripada Ibn Umar RA beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: seorang di


antara kamu tidak boleh meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya,
sehingga dia meninggalkan sebelum itu atau memberi kebenaran kepadanya”

(Muttafaq ‘alaih, lafaz hadis riwayat al-Bukhari)

Anda mungkin juga menyukai