Anda di halaman 1dari 2

Poligami

Poligami adalah sebuah perkataan yang berasal daripada Bahasa yunani dari dua
perkataan utama iaitu Polu yang bererti banyak dan Gamein yang bererti kahwin. Apabila
kedua-dua perkataan tersebut disatukan ia bermaksud perkahwinan yang banyak[ CITATION
Bib90 \l 1033 ]. Berdasarkan penyataan tersebut, dapat kita simpulkan bahawa poligami
bererti perkahwinan yang melibat seorang suami mengahwini lebih daripada seorang wanita
pada satu masa tanpa menceraikan isteri yang dikahwini pada awalnya.

Berdasarkan kitab-kitab fiqh pula, poligami disebut sebagai ta’addud al-zaujat yang bererti
banyak isteri dan secara istilah pula adalah kebolehan seorang lelaki untuk mengahwini dua,
tiga, atau empat sekiranya mampu untuk berlaku adil. Jumhur ulama’ juga membatasi
poligami hanya empat wanita sahaja [ CITATION Sup07 \l 1033 ].

Firman Allah SWT dalam Surah Annisa ayat 3 yang bermaksud,

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim
(bilama kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ;
dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka
(kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah
lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya”

[An-Nisa/4 : 3]

Potongan ayat dari surah an-nisa ini menjelaskan berkaitan dengan sambungan tentang
memelihara anak yatim dan kemudian disebutkan pula berkaitan dengan kebenaran untuk
mengahwini lebih daripada seorang wanita sama ada dua, tiga atau empat bagi seorang
lelaki.

Isu poligami bukan lagi satu isu yang asing dalam masyarakat Malaysia, malah perkara ini
turut dijadikan sebagai topik-topik kajian akan penerimaan dan pelbagai tajuk yang
melibatkan poligami. Polemik poligami ini bukan sahaja berlaku di negara Malaysia malah ia
turut berlaku di negara-negara Islam yang lain yang mana perdebatan berkaitan penerimaan
lelaki dan wanita terhadap konsep poligami ini adalah berbeza [ CITATION Rai19 \l 1033 ].

Agama Islam tidak meletakkan keizinan isteri sebagai syarat untuk keharusan berpoligami
namun ia hanyalah sebagai satu kesempurnaan [ CITATION Kha18 \l 1033 ]. Berdasarkan
Khairuddin (2018), keharusan berpoligami adalah disebabkan daripada masalah sedia ada
pasangan itu sendiri. Kebanyakkan masalah adalah berpunca daripada isteri seperti
kemandulan, sakit atau gila. Adapaun begitu, suami juga boleh menjadi punca kepada
poligami ini seperti keinginan seksual yang terlalu tinggi sehingga isteri yang sedia ada tidak
mampu untuk memberikan layanan yang sewajarnya, maka islam memberikan jalan keluar
kepada masalah tersebut [ CITATION Kha18 \l 1033 ].

Anda mungkin juga menyukai