Anda di halaman 1dari 13

Tajuk

Haba peneutralan antara asid kuat dan bes kuat

Tujuan

Untuk menentukan haba peneutralan antara asid kuat dan bes kuat iaitu :

I. Asid hidroklorik dan natrium hidroksida


II. Asid sulfurik dan natrium hidroksida
III. Asid nitrik dan kalium hidroksida

Teori

Termokimia merupakan salah satu cabang dalam ilmu kimia yang menerangkan
perubahan tenaga yang terjadi ketika tindak balas kimia. Menurut [ CITATION Bro19 \l 1033 ],
dalam beberapa situasi tenaga yang dihasilkan oleh tindak balas kimia sebenarnya
mempunyai tarikan yang lebih besar terhadap ahli kimia berbanding hasil daripada tindak
balas tersebut. Sebagai contoh, pembakaran kawalan terhadap molekul organic, lemak dan
gula primer, yang berada di dalam sel manusia memberikan tenaga untuk aktiviti fizikal dan
beberapa tindak balas kompleks perubahan kimia yang berlaku di dalam badan kita. Hukum
Termokimia Pertama menyatakan bahawa tenaga yang berada di dalam alam semesta
adalah tetap. Perubahan tenaga dalaman sesuatu sistem adalah penambahan bagi jumlah
haba yang dipindahkan dan tenaga kerja yang berlaku. Pergerakkan tenaga haba adalah
sama dengan perubahan tenaga dalaman. Namun begitu, Hukum Hess menyatakan
sebaliknya yang mana dalam tindak balas kimia tindak balas entalpi adalah berbeza di
antara hasil tindak balas dan bahan tindak balas [ CITATION Bro19 \l 1033 ].

Dalam beberapa tindak balas kimia, perubahan tenaga diperhatikan. Perubahan


tenaga ini kebiasaannya berlaku dalam bentuk tenaga haba atau pada tekanan yang tetap.
Ia ditakrifkan sebagai haba tindak balas atau perubahan entalpi (ΔH). Untuk membentuk 1
mol sebatian daripada sebahagian unsur yang terlibat, entalpi pembentukan berlaku, yang
mana sejumlah entalpi akan berubah dan ia dikenali sebagai entalpi pembentukan.
Sekiranya haba dibebaskan semasa tindak balas berlaku, perubahan entalpi (ΔH) terbentuk
dengan tanda negatif (-), tindak balas ini dipanggil sebagai tindak balas eksotermik.
Sekiranya haba diserap semasa tindak balas dan perubahan entalpi menunjukkan tanda
positif (+), tindak balas yang berlaku tersebut adalah tindak balas endotermik.

Dalam termokimia, setiap tindak balas yang berlaku perlu memutuskan atau dibentuk
dengan kehadiran tenaga haba. Umum mengetahui bahawa, setiap molekul atau atom
dalam bahan kimia digabungkan dengan ikatan kimia. Oleh itu, setiap tindak balas yang
berlaku melibatkan perubahan kepada ikatan kimia tersebut. Perubahan haba terhadap
atom atau molekul akan berlaku dengan suhu bahan kimia berubah hasil daripada sesuatu
tindak balas yang berlaku. Perubahan haba ini didefinisikan sebagai haba yang dibebaskan
atau diserap dalam sesuatu tindak balas dan perubahan haba ini diwakili dengan simbol Q.
sekiranya haba diserap ke dalam sistem, keadaan ini dipanggil sebagai tindak balas
endotermik yang mana akan menunjukkan nilai dengan tanda positif (+) manakala sekiranya
haba dibebaskan daripada sistem, tindak balas eksotermik yang berlaku dengan nilai
bertanda negative (-).

Seterusnya, kuanti perubahan haba (Q) dipengaruhi oleh jisim bahan (m), haba tentu
bahan (c), dan perubahan suhu (∆ t ). Oleh itu, formula yang terbentuk daripada penyataan
tersebut ialah :

Q=mc ∆ t

Terdapat empat jenis tindak balas yang dikategorikan sebagai perubaha haba berdasarkan
jenis tindak balas yang terlibat. Tindak balas tersebut ialah haba pemendakan, haba
peneutralan, haba penyesaran dan haba pembakaran. Simbol bagi haba tindak balas
adalah ∆ H .

Haba Peneutralan atau Entalpi Peneutralan adalah satu tenaga yang dibebaskan
apabila asid bertindak balas dengan bes dan menghasilkan 1 mol air. Persamaan tindak
balas penghasilan air ditunjukkan seperti di bawah.

H+(ak) + OH-(ak) H2O(c) H = negatif , unit kJ mol-1

Setiap tindak balas haba peneutralan adalah tindak balas eksotermik. Oleh itu, nilai
bagi tindak balas haba peneutralan adalah negative (-). Ini adalah kerana, tenaga kimia
akan ditukarkan kepada tenaga haba yang mana menyebabkan tenaga haba akan
terbebaskan dan menyebabkan suhu persekitaran meningkat lebih tinggi daripada suhu
tindak balas. Contoh bagi tindak balas peneutrala antara asid dan bes adalah seperti
berikut,

HCl(ak) + NaOH(ak) NaCl(ak) + H2O(c) ∆ H = -55 kJ mol-1

Dalam tindak balas haba peneutralan, terdapat 3 faktor yang mempengaruhi proses
tindak balas tersebut iaitu kuantiti asid dan alkali, Kebesan asid dan alkali, dan kekuatan
asid dan alkali. Sekiranya kuantiti asid dan bes yang digunakan meningkat, maka kuantiti
haba yang dibebaskan juga akan meningkat. Manakala bagi faktor kedua pula, kebesan
merujuk kepada kebolehan bilangan atom hidrogen mengion bagi setiap molekul asid dalam
larutan akues. Bagi peneutralan asid diprotik atau dwibes yang mempunyai 2 atom hidrogen
seperti H2SO4 akan menghasilkan tenaga yang lebih banyak berbanding monoprotik atau
monobes yang mempunyai satu atom hidrogen seperti asid hidroklorik, HCL. Ini kerana
kebolehan asid diprotik yang mampu mengion 2 ion hidrogen berbanding 1 ion hidrogen
bagi diprotik. Seterusnya bagi faktor ketiga pula, kekuatan asid dan alkali bergantung
kepada darjah pengionan sesuatu asid dan alkali bahan tindak balas di dalam air. Sekiranya
asid dan alkali kuat digunakan, darjah pengionan yang tinggi akan menyebabkan kepekatan
ion hydrogen, H+ dan ion Hidroksida, OH- di dalam air tinggi. Ini akan menyebabkan kuantiti
haba yang dibebaskan juga akan lebih tinggi berbanding asid dan alkali lemah.

Umumnya, nilai haba peneutralan asid dan alkali kuat adalah sekitar -57 kJ mol -1
hingga -58 kJ mol-1[ CITATION Cla13 \l 1033 ]. Asid hidroklorik, HCl, asid nitrik, HNO3 dan asid
sulfurik, H2SO4 adalah contoh asid kuat manakala natrium hidroksida, NaOH, kalium
hidroksida, KOH dan barium hidroksida, Ba(OH)2 adalah contoh bagi alkali kuat.

Senarai Bahan

Larutan asid hidroklorik 1.0 mol dm3 (EC1), larutan asid sulfurik 1.0 mol dm3 (EC2), larutan
natrium hidroksida 1.0 mol dm3 (EC3), larutan asid nitrik 1.0 mol dm3 (EC4), larutan kalium
hidroksida 1.0 mol dm3 (EC5), air suling

Senarai Alat Radas

Pipet 25 cm3, termometer, silinder penyukat 100 cm3, bikar

Prosedur

1. 50.0 cm3 larutan EC1 disukat dan dimasukkan ke dalam bikar bersih dengan
menggunakan pipet.
2. Suhu awal larutan EC1 disukat sebanyak dua kali bagi menentukan purata suhu awal
larutan EC1. Nilai purata suhu dicatatkan dalam jadual.
3. 50 cm3 larutan EC3 disukat dengan menggunakan silinder penyukat dan suhu awal
larutan diambil sebanyak dua kali dengan termometer yang telah dibersihkan. Nilai purata
suhu awal larutan EC3 dicatat dalam jadual.
4. Larutan EC3 kemudiannya dituang ke dalam bikar yang mengandungi larutan EC1.
5. Campuran R yang terhasil dikacau dengan berhati-hati menggunakan termometer dan
suhu maksimum yang dicapai direkodkan di dalam jadual.
6. Langkah 1 sehingga 5 diulang dengan menggunakan larutan EC2 dan EC3 untuk
menghasilkan campuran S dan larutan EC4 dan EC5 bagi menghasilkan campuran T.

Gambar Rajah Susunan Radas

Keputusan

Campuran R Campuran S Campuran T


(HCl + NaOH) (H2SO4 + NaOH) (HNO3 + KOH)
Set 1 Set 2 Purata Set 1 Set 2 Purata Set 1 Set 2 Purata
Suhu maksimum,
34.0 34.0 34.00 39.0 40.0 39.50 34.0 33.5 33.75
Tmax /°C

Suhu awal, Ti /°C 30.5 30.5 30.50 30.0 31.0 30.50 30.5 30.5 30.50
34.00 – 30.50 39.50 – 30.50 33.75 – 30.50
Kenaikan suhu,
∆T/°C = 3.50 = 9.00 = 3.25

Haba yang
dibebaskan, 1249.5 3213.0 1160.25
Q = mc∆T/ J
Haba peneutralan,
-49.98 -64.26 -46.41
∆H/ kJmol-1

(Ketumpatan larutan = 1gcm-3,Muatan haba tentu larutan, c = 4.2Jg-1°C-1)


Pengiraan :

a) Campuran R ( HCl + NaOH )

34.0+ 34.0
Purata bagai suhu 2 = 34.0°C
maksimum, Tmax =

30.5+ 30.5
Purata bagai suhu 2 = 30.5°C
awal, Ti =

Kenaikan suhu, ∆T = Tmax – Ti


= 34.0 – 30.5

= 3.5°C

Jumlah haba yang dibebaskan, Q = mc∆T


= (25+60) x 4.2 x 3.5

= 1249.5 J

Persamaan kimia:

HCl + NaOH → NaCl + H2O

MV 1 x 25
Bilangan mol bagi 1000 1000 = 0.025 mol
HCl
=

MV 1 x 60
Bilangan mol bagi 1000 1000 = 0.06 mol
NaOH =

(bahan berlebihan)
0.025 mol HCI bertindak balas dengan 0.025 mol NaOH

untuk membentuk 0.025 mol air, H2O.

Haba yang dibebaskan apabila 0.025 mol H 2O dibentuk = 1249.5


J
Q Bil
Haba yang dibebaskan apabila 1 mol H2O . mol
dibentuk = air
1249.5
= 0.025

= 49980 J


Haba peneutralan, ∆H = -49.98 kJmol-1

b) Campuran S ( H2SO4 + NaOH )

39.0+ 40.0
Purata bagai suhu maksimum, Tmax 2
=
= 39.5°C

30.0+ 31.0
Purata bagai suhu awal, Ti 2 = 30.5°C
=

Kenaikan suhu, ∆T = Tmax – Ti


= 39 – 30.5

= 9.0°C

Jumlah haba yang dibebaskan, Q = mc∆T


= (25+60) x 4.2 x 9.0

= 3213.0 J

Persamaan kimia:

H2SO4 + 2NaOH → Na2SO4 + 2H2O

MV 1 x 25
Bilangan mol bagi H2SO4 = 1000 = = 0.025 mol
1000

MV 1 x 60
Bilangan mol bagi NaOH = 1000 = = 0.06 mol
1000

(bahan berlebihan)

0.025 mol H2SO4 bertindak balas dengan 0.05 mol NaOH



untuk membentuk 0.05 mol air, H2O.
Haba yang dibebaskan apabila 0.05 mol H 2O dibentuk = 3213.0 J

Q
Haba yang dibebaskan apabila 1 mol H2O dibentuk
Bil . mol
=
air

3213.0
= 0.05

= 64260 J


Haba peneutralan, ∆H = -64.26 kJmol-1

C) Campuran T ( HNO3 + KOH )

34.0+ 33.5
Purata bagai suhu maksimum, Tmax 2 = 33.75°C
=

30.5+ 30.5
Purata bagai suhu awal, Ti 2 = 30.5°C
=

Kenaikan suhu, ∆T = Tmax – Ti


= 33.75 – 30.50

= 3.25°C

Jumlah haba yang dibebaskan, Q = mc∆T


= (25+60) x 4.2 x 3.25

= 1160.25 J
Persamaan kimia:

HNO3 + KOH → KNO3 + H2O

MV 1 x 25
Bilangan mol bagi HNO3 = 1000 = = 0.025 mol
1000

MV 1 x 60
Bilangan mol bagi KOH = 1000 = = 0.06 mol
1000
(bahan berlebihan)

0.025 mol HNO3 bertindak balas dengan 0.025 mol KOH


untuk membentuk 0.025 mol air, H2O.

Haba yang dibebaskan apabila 0.025 mol H 2O dibentuk = 1160.25


J

Q
Haba yang dibebaskan apabila 1 mol H2O dibentuk Bil . mol
= air
1160.25 J
= 0.025

= 46410 J


Haba peneutralan, ∆H = -46.41 kJmol-1

Perbincangan

Kesimpulan

Soalan

1. Tuliskan persamaan ionik bagi tindak balas yang berlaku di dalam campuran HCl
dengan NaOH dan HNO3 dengan KOH.

1. Persamaan ionik bagi HCL – NaOH.

OH−(aq) + H+(aq)→H2O(l)

2. Persamaan ionic bagi HNO3 – KOH.

OH−(aq) + H+(aq)→H2O(l)

2. Bandingkan nilai bagi haba peneutralan yang diperolehi bagi campuran HCl
dengan NaOH dan HNO3 dengan KOH. Jelaskan mengapa terdapat perbezaan atau
persamaan di antara kedua-dua nilai yang dibandingkan.

Setiap tindak balas yang melibatkan asid dan bes yang kuat, nilai yang diperolehi bagi
haba peneutralan adalah hampir sama yang mana berada di dalam nilai -57 kJ mol-1.
Nilai perbezaan yang kecil tersebut bergantung kepada kombinasi asid-alkali yang
digunakan di dalam tindak balas yang dijalankan.

Dalam eksperimen ini, setiap asid dan alkali yang digunakan dikategorikan sebagai asid
dan alkali yang kuat. Oleh itu, secara teorinya, haba peneutralan mestilah hampir
kepada nilai -57 kJ mol-1. Ini disokong oleh [ CITATION Cla13 \l 1033 ] yang menyataka
bahawa nilai haba peneutralan asid dan alkali kuat adalah sekitar -57 kJ mol -1 hingga
-58 kJ mol-1. Namun begitu, dalam eksperimen yang dijalakan, terdapat beberapa ralat
yang berlaku seperti pembebasan haba bahan semasa eksperimen dijalankan dan
menyebabkan nilai yang diperolehi adalah berbeza.

3. Haba peneutralan di antara asid kuat dan alkali kuat ialah -57.3 kJ mol -1.
Cadangkan dua cara untuk meningkatkan prosedur agar semasa amali anda dapat
memperoleh nilai -57.3 kJ mol-1 tersebut.

Antara perkara yang boleh ditingkatkan dalam menjalankan eksperimen ini adalah
dengan menjalankan tindak balas dengan cepat untuk memastikan tindak balas dapat
diselesaikan dengan singkat. Ketiga – tiga asid HCL, H2SO4, dan HNO mestilah
dicampurkan dengan Bes yang digunakan dalam masa yang singkat untuk
mendapatkan nilai yang lebih tepat. Bukan itu sahaja, campuran asid-bes tersebut juga
mestilah dikacau perlahan – lahan dan berterusan supaya suhu larutan sekata.

Akhir sekali, suhu awal larutan natrium hidroksida, asid hidroksida, asid sulfuric, kalium
hidroksida dan asid nitrik diambil selepas thermometer telah dibiarkan dalam larutan itu
selama beberapa minit untuk memastikan larutan ini mencapai suhu sekata.

4. Adakah haba peneutralan di antara asid kuat dan alkali lemah adalah tinggi atau
rendah daripada -57.3 kJ mol-1? Terangkan.

Menurut teori, nilai haba peneutralan asid dan alkali kuat adalah sekitar -57 kJ mol -1
hingga -58 kJ mol-1[ CITATION Cla13 \l 1033 ]. Namun begitu, dapatan daripada
eksperimen yang dijalankan. Nilai haba peneutralan yang diperolehi adalah lebih rendah
daripada teori. Ini adalah kerana sebahagian daripada haba hilang ke persekitaran dan
diserap oleh cawan plastik.

Rujukan

Brock, W. H. (2000). Norton History of Chemistry. New York: Norton.


Brown, & Lemay. (2019, September 19). Thermochemisty. Retrieved from Chemistry: The
Central Science: https://chem.libretexts.org/Bookshelves/General_Chemistry/Map
%3A_Chemistry_-_The_Central_Science_(Brown_et_al.)/05._Thermochemistry
Clark, J. (2013, July). Enthalpy Change of Neutralisation. Retrieved from Chemguide:
https://www.chemguide.co.uk/physical/energetics/neutralisation.html

Anda mungkin juga menyukai