Anda di halaman 1dari 3

Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman.

Pada
hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama
Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.

Saya berucap dalam bahasa Arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin.

Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza.
Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah
kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi
besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani
mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa
pihak.

Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai
Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua
adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.

Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di
pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan
kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.

Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila
masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf
Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan
Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh
Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi
dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia
mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan
Rusia.

Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah
seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga
sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang
perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga
hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya,
mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan
mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang
pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar
ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-
semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya
membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang
terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan
ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi.
Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.

Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa
perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang
pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada
kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari
bukan Yahudi.

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi
penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu
malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi
adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.

Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah
dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah
masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat?
Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman
dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang
teraniaya.

Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia
sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler,
sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah
kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.

Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah
Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di
Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.

Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak
pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan
mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun
mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka
mereka pun diusir.
Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan
dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta
termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak
lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan
kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan
setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah
Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang
yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam
amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan
kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum,
memanglah buruk.
Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku
menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan
hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun
menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang.
Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan
kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin
kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia
menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara
tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”.
Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah
dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami,
anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”.
Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang
kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitik secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat
Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap
jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin
ada benarnya.

Anda mungkin juga menyukai