Anda di halaman 1dari 6

Prinsip kebangkitan dan kejatuhan dinasti

Peringkat awal
Peringkat
kemakmuran
Peringkat
kejatuhan
• Sejarah bagi Ibn Khaldun adalah
bersifat kitaran [cyclical] dan bukannya satu
garis lurus [linear progression].
• Peringkat awal: peringkat awal atau
peringkat
kelahiran dicirikan dengan sentimen
asabiyyah
untuk memenuhi keperluan asas.
• Peringkat kemakmuran: peringkat
kemakmuran
atau peringkat bertamadun dicirikan dengan
kemunculan kerajaan yang menghasilkan
kelas
atasan (pemerintah) dengan populasi
bawahan, dipenuhi dengan kemewahan dan
mempunyai sentimen asabiyyah yang lemah
diantara penduduknya.
• Peringkat kejatuhan: peringkat kejatuhan
disebabkan oleh keluasan harta benda dan
kelemahan asabiyyah yang
menyebabkan kejatuhan politik dan
ekonomi.

Ibn Khaldun membangunkan kepentingan


asabiyyah ketika cuba menerangkan
kebangkitan
dan kejatuhan masyarakat di Magribi
(Morocco) dan di negara Arab.
• Asabiyyah mengikut Ibn Khaldun
merupakan asas tamadun yang dibimbing
dengan
kesetiaan dan ketaatan kepada pemimpin,
budaya dan masyarakat. Idea ini
menitikberatkan rasa sayang antara satu
sama lain dalam masyarakat, yang
menggalakkan
kerjasama, hormat-menghormati, ambil
berat dan mengelakkan malapetaka.
• Asabiyyah juga menggalakkan masyarakat
untuk berkongsi kemakmuran dan kesukaran
bersama. Semangat menimbulkan
keberanian dan kemahuan untuk berlawan
dan berkorban
untuk masyarakat dan tanah mereka.
• Mereka yang mempunyai semangat
asabiyyah tidak dapat berdiam diri sekiranya
ahli
kumpulan mereka ditindas dan berjuang
demi hak mereka. Asabiyyah adalah
sentimen
semulajadi dan ia memainkan peranan
(Alatas, 2014; Dion, 2007), dan ia
memainkan
peranannya apabila ahli masyarakatnya ia
ditindas, dicederakan atau dibunuh (Dion,
2007).

Tamadun dikukuhkan dengan dua perkara:


1. syawkah (kekuatan) berasaskan asabiyyah
dan
2. Kekayaan atau keberadaan
• Melalui semangat asabiyyah, pemimpun
memastikan kesetiaan ahli masyarakat yang
bekerjasama untuk
membina empayar.
• Walaubagaimanapun, situasi yang
bertentangan akan berlaku sekiranya
pemimpin lari
daripada semangat asabiyyah dan
membentuk halangan diantara dirinya dan
masyarakat. Situasi
dimana pemimpin menganggap masyarakat
sebagai musuh. Pemimpin yang tidak
berkongsi semangat
asabiyyah akan menjadi tercemar dimana
hartanya disimpan untuk kesenangan
sendiri, diasingkan
daripada masyarakat, mengenakan dan
membebankan masyarakat dengan sistem
cukai yang tinggi
yang boleh melumpuhkan ekonomi dan akan
menghakis semangat asabiyyah di kalangan
masyarakat
kerana kesusahan hidup mereka.
• Orang yang masih berpegang kepada
semangat asabiyyah akan memdesak
pemimpin untuk
menyerahkan hak mereka. Sebaliknya, orang
yang sudah hilang semangat asabiyyah akan
mematuhi
pemimpin (yang zalim) tanpa soalan
walaupun berlaku penindasan terhadap
mereka (Ibn Khaldun,
1967).

Anda mungkin juga menyukai