Anda di halaman 1dari 8

-----

PERCUBAAN SPM 2020


SAINS KERTAS 2
MASA: 2 JAM 30 MINIT

------

Bahagian A
(20 markah)

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Rajah menunjukkan susunan radas untuk mengkaji tindakbalas magnesium dengan asid
hidroklorik cair.

---------------

Jadual 1 menunjukkan keputusan penyiasatan.

Masa (saat) Isipadu gas X (cm)


0 0
30 15
60 25
90 Y
120 40
150 40

(a) Berdasarkan Rajah 1, lengkapkan Jadual 1 dengan isipadu gas X.


----- (1markah)

(b) Dengan menggunakan data dalam Jadual 1, lukiskan graf isipadu gas X melawan
masa.
(Lukis di rajah timbul 1)
----- (2markah)

(c) Berdasarkan graf di 1(b), nyatakan hubungan antara isipadu gas X dengan masa.
----- (1markah)

(d) Ramalkan isi padu gas X yang terkumpul pada 180 saat.
----- (1markah)

2. Rajah 2 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji pembentukan satu imej oleh kanta
cembung.
(Rujuk buku rajah 1)

1
(a) Lengkapkan Rajah 2 untuk menunjukkan pembentukan imej oleh kanta cembung.
----- (2markah)

(b) Nyatakan dua ciri imej yang terbentuk pada Rajah 2.


----- (2markah)

(c) Tandakan (Ya) bagi alat yang menggunakan prinsip pembentukan imej yang sama
dengan Rajah 2.
a) Kamera –
b) Mesin fotostat--
c) Projektor –

----- (1markah)

3. Rajah 3 menunjukkan tiga eksperimen terhadap lateks.

Eksperimen 1
Asid etanoik dititiskan ke dalam 20 cm lateks. Bahan dikacau.
Keputusan- lateks tergumpal

Eksperimen 2
Larutan ammonia dititiskan ke dalam 20 cm lateks. Bahan dikacau.
Keputusan – lateks cair

Eksperimen3
Lateks tidak dicampurkan dengan bahan kimia. Bahan dikacau.
Keputusan- lateks tergumpal.

Jadual 3 menunjukkan keputusan eksperimen tersebut.

Eksperimen Pemerhatian
Selepas 30 minit Selepas 24 jam
I Lateks tergumpal Lateks tergumpal
II Lateks tidak berubah Lateks tidak berubah
III Sebahagian lateks tergumpal Kebanyakan lateks tergumpal

(a) Nyatakan pemerhatian anda bagi Ekperimen I.


----- (1markah)

(b) Berikan inferens bagi pemerhatian anda di 3(a).


----- (1markah)

(c) Nyatakan pemboleh ubah bagi eksperimen ini:


i. Pemboleh ubah dimanipulasi: -----

2
ii. Pemboleh ubah bergerak balas: -----

(d) Getah dipanaskan bersama sulfur untuk menghasilkan getah tervulkan.. apakah
kepentingan rangkai silang yang wujud dalam getah tervulkan?
----- (1markah)

4. Rajah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara tekanan dengan
luas permukaan

Eksperimen 1
Pemberat diletakkan di atas bongkah kayu bulat permukaan kecil kemudian ditekan kedalam
plastisin. Hasil lekukan direkod.

Eksperimen 2
Pemberat diletakkan di atas bongkah kayu petak permukaan luas kemudian ditekan kedalam
plastisin. Hasil lekukan direkod.

Jadual 4 menunjukkan keputusan yang diperoleh daripada eksperimen tersebut.


Luas permukaan Kedalaman lekukan (cm)
Kecil (P) 0.4
Besar (Q) 0.2

(a) Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini.


----- (1markah)

(b) Nyatakan pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen ini.


i. Pemboleh ubah dimanipulasi: -----
ii. Pemboleh ubah bergerak balas: -----
(2 markah)

(c) Berdasarkan Jadual 4, berikan satu inferens bagi pemerhatian tersebut.


----- (1markah)

(d) Nyatakan definisi secara operasi bagi tekanan.


----- (1markah)

Bahagian B
(30 markah)
Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

5. Rajah 5 menunjukkan reseptor regang pada otot manusia.

- P: Gentian___
- Reseptor regang

3
- Otot

(a) Namakan struktur P dalam petak yang disediakan di Rajah 5.


----- (1markah)

(b) Nyatakan satu bahagian pada badan manusia, selain daripada di otot, di mana reseptor
regang boleh didapati.
----- (1markah)

Nyatakan dua fungsi reseptor regang.


----- (2markah)

(c) Pilih aktiviti yang melibatkan reseptor regang.


Tidur: -----
Butang baju: -----
Tengok TV: ------
Meniti tiang: ------
----- (2markah)

6. Rajah 6 menunjukkan peringkat-peringkat dalam proses pembahagian sel.

R- kromatid dipisahkan
S- sel induk
T- kromatid disusun dalam sebaris
U- 2 anak gamet terbentuk

(a) Apakah proses pembahagian sel yang ditunjukkan dalam Rajah 6?


----- (1markah)

(b) Nyatakan satu kepentingan proses pembahagian sel yang dinyatakan dalam 6(a).
----- (1markah)

(c) Di manakah proses ini berlaku


i. dalam sel tumbuhan: -----
ii. Pada manusia: -----
(2markah)

(d) Berapakah bilangan kromosom yang terdapat dalam setiap sel anak jika sel induk
mempunyai 40 bilangan kromosom?
----- (1markah)

(e) Tuliskan urutan yang betul bagi proses pembahagian sel itu berdasarkan R,S,T dan
U.

4
----- (1markah)

7. Rajah 7 menunjukkan proses pembuatan gangsa.

Logam X: ------ + Logam Y: ----- kita proses P kita Gangsa

(a) Pada Rajah 7.1, namakan atom logam X dan atom logam Y.
----- (1markah)

(b) Namakan proses P.


----- (1markah)

(c) (i) Nyatakan satu sifat gangsa.


----- (1markah)

(ii) Nyatakan kesan kehadiran atom logam Y dalam gangsa.


----- (1markah)

(d) Pingat dibuat daripada gangsa. Berikan satu sifat pingat itu jika ia dibuat daripada
logam X sahaja.
----- (1markah)

8. Rajah 8 menunjukkan dua kaedah berbeza yang digunakan untuk memproses dan
membungkus makanan.
X- susu kotak
Y- sardin tin

(a) Nyatakan kaedah-kaedah pemprosesan makanan bagi X dan Y.


X: -----
Y: -----
(2 markah)

(b) Huraikan secara ringkas bagaimana makanan diproses menggunakan kaedah X.


----- (1markah)

(c) Nyatakan satu kebaikan menggunakan kaedah Y untuk memproses makanan.

----- (1markah)

5
(d) Ali hendak membeli kordial nanas.
Kordial nanas Y
-Kandungan: jus nanas, gula, gam makanan, asid sitrik, perisa nanas, pewarna kuning
dan natrium benzoate.
-Berat: 400 g
-Harga: RM4.50

Kordial nanas Z
-Kandungan: jus nanas, gula, gam makanan, asid sitrik, perisa nanas, pewarna kuning
dan natrium benzoate.
-Berat: 450 g
-Tarikh luput: 30 November 2020

i. makanan yang manakah patut dipilih oleh Ali?


----- (1markah)

ii. Berikan satu sebab jawapan anda dalam 8 (d)(i).


----- (1markah)

9. Rajah 9 menunjukkan kitar nitrogen.

Nitrogen dalam atmosfera --- Proses P ---- Nitrat diserap oleh pokok

Proses Q-----
R

Sebatian ammonium

(a) Berdasarkan Rajah 9, lengkapkan Jadual 9 berikut.


Proses P
Bakteria yang terlibat: ----

Proses Q
Bakteria yang terlibat -----

(b) Selain proses R, cadangkan satu cara lain untuk meningkatkan kandungan nitrat
dalam tanah.
----- (1markah)

(c) Bagaimanakah sebatian ammonium terbentuk melalui proses pereputan?


----- (1markah)

6
(d) Apakah R?
----- (1markah)

(e) Nyatakan peranan yang dimainkan oleh proses Q dalam mengekalkan keseimbangan
alam sekitar.
----- (1markah)

BAHAGIAN C
(20 markah)
Jawab soalan 10 dan pilih satu soalan sama ada soalan 11 atau 12.

10. Kaji pernyataan di bawah.


Nitrogen, fosforus dan kalium diperlukan untuk pertumbuhan pokok yang sihat.

(a) Cadangkan satu hipotesis untuk menguji pernyataan di atas.


----- (1markah)

(b) Dengan menggunakan anak benih jagung, larutan kultur lengkap, larutan kultur tanpa
nitrogen, larutan kultur tanpa fosforus, larutan kultur tanpa kalium,kapas dan radas-
radas lain yang sesuai, huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda
dalam 10 (a). jawapan anda hendaklah berdasarkan kriteria berikut:

i. Tujuan eksperimen
----- (1markah)

ii. Mengenalpasti pemboleh ubah


----- (2 markah)

iii. Mengenalpasti radas dan bahan


----- (1markah)

iv. Prosedur atau kaedah


----- (4 markah)

v. Penjadualan data
----- (1 markah)

11. (a) Terangkan bahan pencemar daripada kilang dan kesannya terhadap alam sekitar.
----- (1markah)

(b) Satu kawasan perumahan telah dilanda banjir kilat disebabkan oleh longkang
tersumbat dengan plastik dan bahan buangan pepejal. Terangkan bagaimana
lomuniti yang tinggal di kawasan itu dapat menyelesaikan masalah banjir kilat .

Penerangan anda hendaklah mengandungi aspek-aspek berikut:

- Kenalpasti masalah
----- (1 markah)

- Penjelasan masalah

7
----- (1 markah)

- Cadangkan empat kaedah untuk menyelesaikan masalah itu.


----- (4 markah)

(a) Nyatakan dua jenis gelombang elektromagnet dan contoh kegunaannya.


----- (4 markah)

(b) Terangkan bagaimana sistem penerima radio ringkas berfungsi dengan menekankan
pemilihan isyarat, pengasingan isyarat radio dan cara menguatkan gelombang bunyi.

----- (6 markah)

-----KERTAS SOALAN TAMAT------

Anda mungkin juga menyukai