Anda di halaman 1dari 3

马来西亚海南会馆联合会

第 39 届会员代表大会

Warga dewan yang dihormati,


Mesyuarat Pewakilan yang ke – 39 akan bermula sebentar lagi.

Warga dewan yang saya hormati,


sila berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh untuk mengalu-alukan
ketibaan Yang Amat Berhormat Ustaz Dato' Haji Ahmad Bin Haji Yaakob, Menteri
Besar Negeri Kelantan.

Dengan diiringi oleh


Yang Berusaha Dato Seri Foo Say Heng selaku Pengerusi Persatuan Hainan
Malaysia,
Yang Berusaha Encik Wei Chee Kang selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat
Pewakilan Kali Ke 39 dan
Yang Berusaha Lawyer Andrew Lim Kim Fat selaku Pengerusi Jawatankuasa
Mesyuarat Pewakilan pada pagi ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tetamu kehormat mengalihkan


langkah ke atas pentas untuk mengambil tempat masing-masing.

Warga dewan yang saya hormati,


Sebagai pembuka tirai majlis pada pagi ini, marilah kita bersama-sama untuk
menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kelantan dan diikuti dengan Lagu
Persatuan.

Terima Kasih. Warga dewan dipersilakan duduk.

Seterusnya, sama-samalah kita menyaksikan pasukan pancaragam yang akan


mengkibarkan bendera persatuan memasuki dewan ini untuk menyempurnakan
Majlis Menaikkan Bendera dan diikuti dengan nyanyian Lagu Persatuan.
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Tanpa melengahkan masa lagi, Majlis dengan segala hormat dan penuh takzimnya
menjemput Yang Berusaha Encik Wei Chee Kang, Pengerusi Persatuan Hainan
Kelantan untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berusaha tuan pengerusi
atas ucapan tadi.

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Seterusnya, Majlis dengan segala hormat dan penuh takzimnya menjemput Yang
Berusaha Dato Seri Foo Say Heng, Pengerusi Persatuan Hainan Malaysia untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berusaha tuan pengerusi
atas ucapan tadi.

Bukan rumput sebarang rumpun,


Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata ucapan.

Sekarang tibalah masanya, Majlis dengan segala hormat dan penuh takzimnya
menjemput Yang Amat Berhormat Ustaz Dato' Haji Ahmad Bin Haji Yaakob,
Menteri Besar Negeri Kelantan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan mesyuarat pewakilan kali ke 39 pada pagi ini.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang amat berhormat dato atas
ucapan tadi.

Majlis mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato kekal di atas pentas untuk
menyempurnakan majlis penyerahan cek replika yang bernilai 10 ribu ringgit
malaysia.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pengerusi Majlis Mesyuarat Yang
Berusaha Encik Wei Chee Kang untuk menerima cek replika dan
diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Yang Berusaha Lawyer Andrew Lim Kim
Fat dan disaksikan oleh Pengerusi Persatuan Hainan Malaysia Yang Berusaha
Dato Seri Foo Say Heng.

TENANG-TENANG AIR LAUT


SAMPAN KOLEK MUDIK KE TANJONG
HATI TERKENANG MULUT MENYEBUT
BUDI BAIK RASA NAK JUNJUNG

Seterusnya merupakan majlis penyampaian cenderahati kepada yang amat


berhormat menteri besar. Disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Encik Wei Chee
Kang.

Para hadirin dipersilakan duduk. Terima kasih.

Warga dewan yang saya hormati,


sila berdiri sebagai tanda penghormatan kepada yang amat berhormat menteri
besar yang akan berangkat meninggalkan majlis kita pada pagi ini.

Anda mungkin juga menyukai