Anda di halaman 1dari 31

GARIS PANDUAN

ASAS KEBAHAGIAAN
DAN KEGEMBIRAAN BUDDHA

OLEH:
BHIKKU ANOMA
MAHINDA

PENDAHULUAN

1
Penulis risalah kecil ini telah menjumpai satu falsafah yang unik dalam
suatu ajaran zaman silam yang dia percaya boleh membawa kebahagiaan,
puas dan bebas sama sekali dari penderitaan fizikal dan mental kepada
semua yang ingin mempelajarinya. Beliau amat berharap dengan ikhlasnya
dapat berkongsi dengan beribu-ribu orang di negara-negara barat dimana
mereka sedang mencari serta ingin menyerap satu cara kehidupan yang
lebih baik.
Diantara suara yang sentiasa mengelirukan di dunia yang sibuk inilah
untuk sesiapa yang ingin mengembalikan aman dan tenteram yang lampau
yang kerja ini pernah dijalankan. Kita boleh mengelakkan dari kesibukkan
di jalan raya di dalam bilik kita yang kecil serta penuh kesunyian.
Biar kita duduk dan membaca serta bersemadi atas Doktrin Luhur
Buddha. Biarlah kita ketepikan buat sementara waktu falsafah tamadun
moden yang mempunyai hati yang tamak, iri hati dan pengeliruan. Biarlah
kita menuju sebentar jalan yang telah dijumpai oleh guru kita, menukar
fikiran yang huru-hara dan kehidupan abad ke 20 yang pesat berubah
dengan adanya Ajaran Buddha untuk aman dan kebahagiaan tanpa
batasan.
Kebanyakkan daripada anda yang ingin membaca buku ini mungkin
telah lama mencari kunci kepada kebahagiaan dan ketenteraman fikiran.
Saya pun pernah mencari . Harapan yang paling ikhlas ialah semoga anda
dapat menyedari yang inilah jawapan yang anda cari.
Buddha bukan tuhan ataupun rasul tuhan. Dia dilahirkan dengan
hidup dan mati sebagai seorang manusia biasa. Dalam ajarannya, beliau
tidak memberikan peluang kepada dugaan. Kematian Buddha adalah
harapan yang paling besar untuk masa kelak. Sebab dengan ajaranNya,
kita tidak mempunyai deva atau makhluk yang luar biasa. Tetapi seorang
yang pernah menunjukkan tahap yang tinggi yang mana seseorang
manusia boleh mencapai nibbana.
Dengan sendiri ia diakui sebagai manusia yang paling teragung yang
pernah hidup tetapi hanya sebilangan kecil daripada kita yang menpunyai
keberanian serta ikhtiar untuk mendekati contoh ini. Namun demikian, ia
masih dalam kemampuan kita semua untuk mengikuti ajaranNya dan
akhirnya mencapai keamanan yang luhur. Kita boleh mencapainya tanpa
menjadi Buddha sebab bukan semua orang boleh menjadi Buddha dengan

2
mengikuti jalan kebebasan yang kita panggil sebagai Sasana Buddha atau
lebih dikenali oleh orang-orang barat sebagai Buddhisme.
Marilah kita mempelajari lebih banyak mengenai manusia ini yang
telah menguasai sesuatu yang paling susah untuk dikuasai dan telah
mencapai sesuatu yang paling susah dicapai dan yang meninggalkan
kekayaan falsafah yang telah menjadi cahaya panduan untuk sebilangan
besar manusia dan wujud lebih daripada 25 abad.
Beliau dilahirkan pada 623 sebelum masihi di Kapilavatthu seratus
batu arah timur laut dari Benares di kaki Himalaya Bandaraya
Kapilavatthu pernah menjadi ibu kota yang kecil bagi puak Sakya iaitu
orang Aryan yang menpunyai nenek moyang yang sama dengan orang
Eropah, Amerika dan Australia hari ini. Kini, tempat tersebut berada di
antara sempadan Nepal.
Anak dari keluarga yang mulia dan mempunyai keistimewaan. Dia
menikmati kehidupan yang seronok yang datang dengan begitu mudah dari
kekayaan orang tuanya. Setelah beliau melalui peringkat kanak-kanak dan
menjadi remaja, pemikirannya tukar kepada penderitaan manusia yang
menjadi falsafah yang tidak boleh dielakkan pada masa itu.
Dia menyedari walaupun kekayaan dan pangkat memberikan
keistimewaan yang lebih daripada orang yang kurang bernasib baik, tetapi
ia tidak dapat menolong seseorang itu dari penderitaan kelahiran, penyakit,
tua dan mati. Semasa bertentangan dengan masalah ini, keseronokkan
hidup yang jangka masa yang pendek mula hilang nilainya. Dia bukan
sahaja merasa tentu ada jalan untuk membebaskan diri daripada
penderitaan dan dia berikhtiar untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Dia bukan orang yang pertama menyedari sifat penderitaan yang
sejagat kerana ramai orang pada masa itu telah bertungkus lumus untuk
mencari penyelesaian tetapi tidak ada seorang pun yang Berjaya. Dengan
ini, dia mula mencari ikhtiar. Dia meninggalkan rumah, keluarga dan
pangkat dengan memakai jubah kuning pengemis miskin berkelana sendiri
untuk mencari keamanan abadi.
Setelah dilahirkan, dia dinamakan sebagai Siddhatta Gautama, tetapi
setelah meninggalkan hidup duniawinya dengan digelar sebagai Pendita
atau pertapa. Gautama ialah nama keluarga bapanya. Beliau tidak pernah
mengundur diri dari ujian dengan yang paling menyakitkan serta
3
menbosankan. Semakin teruk seseorang itu menanggung penderitaan
semasa hidup semakin baik kewujudan semula kelak. Kemudian, sehingga
penderitaan itu lenyap bagi enam tahun yang panjang dan lesu. Beliau
bertukar demi seorang guru.
Walaupun beliau telah banyak mempelajari tetapi beliau tahu
bahawa pengajaran itu tidak akan mencapai matlamat yang beliau
inginkan. Kekerasan dan berpuasa yang keterlaluan sehingga beliau
hampir mati kebuluran dengan situasi yang amat genting inilah satu
keuntungan sebab ia menyedari jika hendak mencapai matlamat ini beliau
amat memerlukan kesihatan badan dan tenaga. Maka beliau mengubah
kepada makanan biasa dan corak hidup yang seimbang. Tetapi perbuatan
ini menyebabkan pengikutnya meluat kerana mereka telah menyangka
beliau telah meninggalkan perjuangan dan mencari kehidupan yang
mewah.
Sungguhpun pengikut mengetepikan beliau tetapi beliau terus
mencari dengan penumpuan seperti dulu. Bezanya corak hidup yang telah
mengelakkan praktik yang melampau yang tidak berguna serta
merosakkan kesihatan itu Beliau panggilnya sebagai Jalan Tengah. Kini
beliau berseorangan sekali lagi. Beliau masih mengembara, bersemadidan
berfikir. Semasa beliau berehat sesiapa pun tidak akan sangka yang
berjalan di atas debu dan duduk di bawah pokok yang teduh itu akan
mencatit peristiwa yang terbesar di dalam sejarah dan penemuan manusia
yang terpenting.
Beliau teruskan perjalanan sehingga tiba di suatu tempat yang
senyap indah dekat dengan Uluvera tebing sungai . tidak jauh dari situ
terdapat sebuah kampong yang mana beliau boleh mencari makan. Di
tempat tersebut mempunyai pokok besar jenis Ficus Religiosa yang mana
beliau dapat perlindungan dan bersamadi.
Setelah mencari begitu lama, sekarang beliau tiba di bawah pokok
Bodhi atau pokok kesedaran. Beliau mendapat Pencerahan Yang Tertinggi
dan menjadi Buddha. Dari segi kemuliaan kejadian ini, panorama hidup
dan falsafah yang begitu besar merupai potongan-potongan gambar yang
telah dicantumkan supaya menjadi gambar yang sempurna. Beliau
menyedari bahawa kebenaran, sifat sejati kenyataan dan Dharma atau
hukum hidup akan diketahui oleh manusia untuk kebenaran.

4
Selama 45 tahun beliau berkhutbah , mengumpul dan
memberikan arahan beribu-ribu orang mengikut cara hidupNya atau
menjadi pengikut-pengikut biasa. Tidak kira kaya mulia, golongan rendah
atau papa, mereka datang berkumpul untuk mendengar khutbahnya dan
mencari kebahagiaan dan kemesraan dalam ajaranNya. Walaupun ramai
penyokongNya adalah raja dan putera. Buddha tidak mengiktiraf
kemuliaan kasta kecuali seseorang itu telah mencapai dengan akhlak serta
kesucianNya dalam sangka atau kumpulan Bikkhsu yang telah ditubuhkan.
Beliau mengakui persamaan di antara orang mulia, peniaga atau pembuang
sampah.
Pada umur 80 tahun, Buddha meninggal dunia di Kusarana.
Dengan itu, habislah satu penghidupan yang tidak sama perjuangan serta
perkhidmatan yang tidak mementingkan diri kepada manusia. Sebaik
sahaja peninggalanNya, pengikut mula mengumpul semua Sabda, Ajaran
dan peraturan kelakuan Bhiksu. Pada mulanya, ia disimpan dalam ingatan
tetapi akhirnya ditulis di dalam buku daun palam. Ajaran-ajaran ini
disimpan dengan teliti dan diedarkan dari satu abad ke satu abad. Hari ini,
ia dikelaskan sebagai salah satu daripada kesusasteraan yang terbesar di
dunia dan memberikan khidmat sebagai satu panduan yang tidak pernah
gagal seperti dalam kala.

DASAR PENGHIDUPAN BENAR


Dalam sabda pertama yang dikhutbah oleh Buddha setelah pencerahannya.
Beliau menerangkan satu jalan tengah, empat kebenaran mulia dan jalan
lapan tingkat yang mulia. Ini diibaratkan sebagai batu asas yang mana
diletakkan dalam Dharma. Sebenarnya segala yang terkandung dalam
seluruh kitab Buddha adalah pengembangan Empat Kebenaran mulia ini.
Jalan Tengah adalah jalan kesederhanaan dan jalan keseimbangan.
Kita diingatkan supaya jangan mengelakkan dari mencari kemewahan
hidup dan telah dipuaskan oleh deria – deria. Di sebaliknya, kita patut
mengelakkan kehidupan yang sakit dan tidak berguna, Oleh kerana Empat
Kebenaran Mulia menjadi asas penting adalah kehidupan Buddhisme. Kita
patut mempelajarinya dengan serius dan tidak terpedaya oleh keterangan
yang nampaknya mudah ini.

5
Dalam pengajian Buddhisme, secara sepintas lalu atau hanya
mempelajari serta mengulang perkataan adalah tidak berguna kecuali ia
membawa kita kepada kefahaman yang mendalam. Seorang budak lelaki
boleh mempelajari Empat Kebenaran Mulia dalam masa 10 minit tetapi ia
mungkin menelan beribu-ribu tahun sebelum ia benar-benar
memahaminya. Buddha sendiri menegaskan kepentingan kefahaman yang
sebenar dengan berkhutbah.
Dengan tidak memamhami, tidak menebusi empat perkara, maka
saya dan kamu semua telah berkeliaran begitu lama melalui kewujudan
yang begitu banyak. Apakah perkara itu? Menekalah, Kebenaran
penderitaan yang Mulia, Kebenaran Punca Penderitaan yang Mulia,
Kebenaran Kemusnahan Penderitaan yang Mulia, Kebenaran Jalan Mulia
yang Memusnahkan Penderitaan.

Kebenaran Mulia Yang Pertama ialah Sifat Sejagat Penderitaan


Kita memahami kebenaran ini setelah kita insaf yang dukacita dan
penderitaan adalah salah satu hidup yang penting. Semua makhluk
manusia atau haiwan adalah takluk kepada kesakitan dan penderitaan yang
sentiasa wujud dan bahaya da tanpa pengecualian. Tiada keadaan
kebahagiaan, keamanan atau perlindungan yang terjamin. Pada setiap jam
atau setiap ketika kita mungkin menjadi mangsa.
Apa yang boleh dikelaskan sebagai penderitaan? Kelahiran,
Kematian, Tua, Kelaparan, Kehausan, Kepanasan dan Kesejukkan. Fungsi
badan yang luar biasa, penyakit dan kemalangan. Semua ini adalah
penderitaan. Dipisahkan dari seorang yang kita cintai atau hidup bersama
dengan orang yang kurang manis dan susah kekhuatiran, kegelisahan,
kesengsaraan, kesedihan, duka nestapa, dan putus asa. Tidak dapat
diingini, tinggal di persekitaran yang tidak sesuai atau sepadan, mendapat
kerja yang tidak seronok, bunyi dan suara yang menyakiti hati dan kurang
sesuai, mental dan fizikal sendiri atau orang lain yang tidak sihat. Mereka
itu mengalami penderitaan.
Penderitaan mestilah dipandang dari segi perspektif yang betul. Ia
telah bersama dengan kita di masa lampau, merangkumi kita sekarang dan
akan bersama dengan kita di masa hadapan kecuali kita mengambil
langkah yang aktif untuk melepaskan diri darinya.
6
Kebenaran mulia yang kedua ialah punca penderitaan
Di sini kita mempelajari tentang keinginan dan emosi yang menjadi factor
yang menyebabkan penderitaa. Samada dalam hidup ini atau yang
berikutnya. Mereka termasuk tamak haloba, perpautan atau menjadi gila
kepada orang, idea atau tujuan. Kegagalan untuk mendapat atau
memuaskan keinginan kita. Kedukaan dan perasaan meluat yang datang
dari orang, pandangan atau tujuan. Lama kelamaan akan gelisah, cita-cita,
memuliakan diri, maruah, kemagahan, kejahilan, nafsu, kepercayaan yang
ego atau sahsiah itu ialah roh dan entity yang kekal abadi.
Kegagalan mempelajari dari pengalaman kita yang lampau, lupa
akan tragedy hidup di antara keseronokkan palsu. Kawalan diri yang
kurang sempurna , kehidupan yang tidak sederhana, kemampuan iri hati,
kebencian, kebosanan, kelakuan jahat, kelebihan seks dan bergantung
kepada orang lain di masa yang lalu sekarang, semua ini banyak adalah
punca penderitaan.

Kebenaran Mulia Yang Ketiga ialah Kemusnahan Penderitaan


Permulaan kefahaman boleh dicapai apabila kita menyedari yang
penderitaan itu boleh dihapuskan sama sekali. Jalan guru menuju ke
matlamat ini. Walaupun penderitaan telah diterima oelh orang ramat tetapi
ia bukan tidak boleh diubati. Semasa pemikiran kita menyedari akan
kewujudan dan punca-punca kita berada dalam perjalanan untuk
menewaskannya. Betapa jauh yang kita sedia mengikut jalan itu
bergantung sepenuhnya atas kita sendiri. Punca-punca itu hanya boleh
dilucutkan sekiranya kita menjalani satu kursus disiplin diri dan latihan.
Pengertian yang ianya sewajarnya dilakukan adalah langkah yang pertama.
Tiada lain agama atau falsafah yang mendedahkan jalan kesucian
yang membawa kebebasan begitu jelas sekali. Ia dipanggil Jalan Lapan
Tingkat Mulia sebab sebenarnya ia adalah satu jalan tetapi dibahagikan
kepada lapan tingkat. Ini adalah corak kelakuan mental dan fizikal
seseorang Buddhist yang membawa kepada penghapusan penderitaan,
duka nestapa dan putus asa ke Nirvana, ketenteraman sempurna.
 Kefahaman benar
7
 Pemikiran benar
 Percakapan benar
 Tindakan benar
 Cara hidup benar
 Usaha benar
 Kesedaran benar
 Konsentrasi benar
Ini adalah Jalan Tengah yang telah dijumpai oleh Buddha menjadikan kita
Nampak dan tahu telah membawa kita keamanan, ketajaman akal,
pencerahan dan Nirvana. Lapan bahagian jalan ini tidak bertujuan untuk
dilaksankan mengikut susunanya. Kesempurnaan sesuatu tingkat tidak
diperlukan. Mereka mestilah dianggapkan sebagai satu yang lengkap,
memerlukan kemajuan pada semua bahagian. Kita mempraktikan dan
mengembangkan setakat yang kita boleh serta maju di mana bahagian
yang membawa kejayaan. Pada keseluruhannya, jalan lapan tingkat ini
membawa kepada kecerdasan berfikir hanya dengan mengawalnya barulah
kita boleh menguasai tamak haloba, kebencian dan kejahilan.
Kefahaman yang benar adalah pengetahuan Empat Kebenaran Mulia
yang lengkap dan sempurna. ANNICA ( tana ), ANNATTA ( Semua
benda tidak mempunyai sifat diri atau ego kekal ), DUKKHA
( Penderitaan ), KAMMA dan kewujudan semula. Kefahaman tentang
perbuatan baik atau buruk. Sepuluh Belenggu dan Rukun Sebab- Akibat
dan saling berkaitan di antara satu sama lain.
Pemikiran benar adalah mereka bebas dari nafsu, tamak haloba dan
keinginan. Kebencian atau iri hati, kezaliman, kebengisan atau balas
dendam. Dalam analisa yang terakhir pemikiranlah yang meningkatkan
perbuatan kita. Jika pemikiran ditingkatkan ke tahap yang tinggi,
perbuatan kita dan tindakan kita akan tindak balas secara automatic.
Berfikir adalah kelakuan mental dan boleh menyebabkan karma jahat sama
seperti perbuatan fizikal.
Percakapan yang benar adalah kawalan lidah oleh pemikiran yang
benar. Mengelakkan diri dari percakapan yang tidak benar muslihat kasar
fitnah atau kosong. Dalam aspek yang positif bererti cakap dengan baik
dan penuh kelembutan dengan orang lain menjadikan sopan santun dan
mulia.

8
Tindakan yang benar ialah tidak mengambil nyawa daripada mana-
mana makhluk yang bernyawa, tidak melakukan perhubungan seks yang
sumbang, tidak mencuri harta kekayaan orang lain. Dalam erti kata yang
lengkap jangan melakukan perbuatan yang akan membawa penderitaan
kepada diri sendiri atau orang lain.
Cara hidup yang benar ialah mengelakkan perkerjaan, hobi atau
perniagaan yang menyebabkan makhluk lain menderita. Ini termasuk
perkara-perkara yang tidak membenarkan oleh Tindakan Benar. Seorang
pengikut Buddha tidak patut mencari nafkahnya dengan cara muslihat
penipuan atau riba ( ceti ). Mereka sepatutnya mengelakkan dari
perniagaan senjata api dan senjata yang berkaitan dengan kematian,
daging, arak, dadah atau makhluk hidup. Prinsip kita ialah untuk mencapai
kebahagiaan dan kebajikan manusia dan bukan untuk kesengsaraan.
Usaha yang benar ialah daya usaha yang kita lakukan untuk hidup
bermoral dan tanpa kesalahan. Empat usaha yang benar telah dikelaskan
seperti berikut:
 Usaha untuk mengelakkan kejahatan yang belum wujud
 Usaha untuk mengatasi kejahatan yang telah wujud
 Usaha untuk memperkembangkan kebaikkan yang belum wujud
 Usaha untuk mengekalkan kebaikkan yang telah diperkembangkan
Kesedaran yang benar ialah sentiasa mengawal pemikiran, percakapan dan
perbuatan kita apabila kita lalai dan tanpa berfikir dengan mudahnya kita
melakukan perkara yang salah. Kita mestilah menyuburkan pemikiran
yang selalu berwaspada yang mengawal kita supaya membina
keharmonian dan tiada perselisihan faham.
Peringkat permulaan perkembangan kesedaran ini perlu
melambatkan fikiran, percakapan dan perbuatan kita. Ini akan memberikan
lebih masa untuk menimbangkan apa yang akan kita cakap atau buat sama
ada betul atau salah. Dalam jangka masa pendek, fikiran dilatih untuk
berfikir secara positif, bercakap atau melakukan perkara yang benar akan
menjadi lebih automatic.
Konsentrasi benar daripada semua permata Ajaran Buddha adalah
salah satu yang paling bercahaya. Kepada dunia barat, semadi atau
meditasi adalah satu perkara yang agak baru tetapi sedah beribu-ribu tahun

9
dikenali di timur. Sudah ramai orang merasakan adalah sewajarnya untuk
mempratikkan dan ia memberikan keseronokkan dan kepuasan tidak dapat
dinafikan bahawa ia adalah cara-cara untuk mendapat ketenteraman fikiran
yang dicarikan oleh cendekiawan untuk menggantikan kewujudan hidup
moden yang kelam kabut.
Ia bukan sahaja anak kunci kepada latihan pemikiran tetapi juga
cara untuk mengawal pemikiran kita. Ia membuka pintu kepada celik akal
dan memahami Empat Kebenaran Mulia, Anicca, Dukkha, Anatta dan
membawa kepada gambaran yang lebih jelas mengenai kenyataan dan
kebenaran.
Konsentrasi dan meditasi adalah sama erti dalam falsafah Buddhis.
Meditasi bukan sahaja seperti apa dipercayai, duduk diam dan
membenarkan fikiran merayau dengan mengharapkan sesuatu kuasa ajaib
atau bereti yang menutup pintu kebijaksanaan itu merasuk ke dalam badan.
Tetapi meditasi Buddhist adalah sebaliknya. Setelah kita pelajari untuk
duduk diam dan berehat tidal lama kemudian kita berusaha untuk
memperkembangkan kepada fikiran. Satu tumpuan maksudnya melatih
supaya menumpukan perhatian kepada satu perkara sahaja tanpa berpindah
dari satu idea ke idea yang lain seperti seekor monyet yang lompat dari
satu pokok ke pokok. Dukacitanya subjeck ini terlalu luas untuk
dibincangkan di sini dan saya berharap dapat dibincangkan dengan
mendalam di penerbitan yang akan datang.

MATLAMAT
Matlamat kebanyakkan agama adalah sama ada kurang jelas, salah
tafsiran ataupun tanpa daya penafian kepada fikiran moden. Syurga dan
neraka, firdaus dana lam barzakh adalah hasil manusia dari zaman
primitive kuno dan digunakan untuk menerangkan misteri yang tidak dapat
diterangkan. Semua konsep ini tidak muncul dalam falsafah Buddhis.
Penemua sains dan pengetahuan baru sedang merosakkan kepercayaa.
Kepercayaan kuno itu selain daripada kepercayaan ini banyak idea yang
lain juga dihancurkan oleh serangan sains. Kita memerhatikan satu fakta
yang mengkagumkan iaitu Dharma tidak mengindahkan pemulaan yang
silam telah membuktikan kita dapati banyak penemuan yang dilakukan
sepuluh tahun dulu telahpun diajarkan oleh Buddha lebih dari 25 abad lalu.

10
Ini tidak dapat memeranjatkan orang yang memahami tentang begitu
dalam tentang fenomena Pencerahan ini. Buddha telah mempunyai celik
akal dalam fakta-fakta hidup yang lazimnya selaras dengan pengetahuan
sains.
Buddha telah menjelaskan dengan Bahasa mudah iaitu jika kita
menunaikan kewajiban moral, kita akan mengatasi kewujudan semula
yang berterusan serta mengerikan moral ini ialah Jalan Lapan Tingkat
Mulia yang menghapuskan tamak haloba, kebencian dan kejahilan. Ini
ialah matlamat dan kita panggil sebagai Nirvana. Ia bukan satu tempat
bagi mereka pergi setelah mereka mati ataupun tempat roh berada. Ia
adalah keadaan pemikiran yang sangat sentosa yang boleh kita nikmati
dalam kehidupan ini. Ia juga tidak memberikan peluang untuk
pembentukkan semula kelahiran baru.
Bagi kebanyakkan kita telah melalui kewujudan semula yang tidak
kira untuk sampai ke peringkat kita sekarang. Berapa banyak lagi yang
kita perlukan untuk mencapai nirvana yang sempurna bergantung kepada
daya usaha yang kita sanggup lakukannya sekarang.
Guru kita tidak menganggap jalan ini sebagai satu jalan yang mudah.
Pencapaian matlamat ini memerlukan kefahaman dan pemutusan.
Walaupun jalan ini dikatakan susah tetapi bukan muslihat bagi orang yang
bijaksana.
Buddhisme atau cara hidup Buddhis boleh digambarkan sebagai
perkembangan dan latihan mental adalah hasil daripada kelakuan yang
baik dan ia menuju ke ketenteraman yang sempurna.
Buddha telah menbuat satu analisa yang berpatutan tentang
kejahatan, dan masalah manusia. Mengikut Buddha semua ini ialah
disebabkan oleh tamak haloba, kebencian dan kejahilan.
Adalah susah untuk bertemu dengan mana-mana kejahatan atau
tragedy manusia yang tidak termasuk di bawah satu atau lebih kategori ini.
Tetapi dengan tepatnya menguasai atau mengatasi tamak haloba,
kebencian dan kejahilan akan membolehkan kita mencapai Nirvana seperti
kesentosaan fikiran muncul apabila keinginan dikawal dan semua
perpautan dihasilkan.

11
Hasil cara hidup Buddhis adalah cepat dan muktamad keputusan
boleh diperhatikan dengan cepat oleh sesiapa yang jumpa dengan Dharma
dan mudah mengikutinya Jalan Guru. Kalau kita tidak dapat mencapai
Nirvana dalam hidup ini segala pengalaman dan kemajuan yang kita telah
dapat bukan sahaja mencepatkan lagi pencapaian di kelahiran tetapi
menyediakan keadaan-keadaan yang baik untuk kita berbuat demikian.
Banyak hasil yang cepat seperti hidup yang lebih bahagia kepuasan
dan ketenteraman fikiran adalah ganjaran yang tidak ternilai kepada
sesiapa yang berjalan dibawah Cahaya Ajaran Buddha. Melalui tamak
haloba, kebencian, dan kejahilan dan terlalu dibinasakan oleh mereka,
seorang itu akan membawa kerosakkan kepada diri sendiri, orang lain,
atau kedua-duanya sekali dan muncullah kesakitan dan kepliluan mental.
Tetapi apabila tamak haloba, kebencian dan kejahilan diatasi seseorang itu
tidak merosakkan diri sendiri, orang lain atau kedua-duanya dan kesakitan
dan kepiluan mental tidak akan muncul. ( Ang.Nikaya 3 )
“ Ini, Ananda pengikut patut menimbang inilah ketenteraman,
inilah keluhuran, inilah tamatnya semua kewujudan semula yang
menghasilkan karma ketinggalan sebab-sebab kewujudan yang pendam
kelemahan nafsu, pencapaian pengasingan Nirvana “( ibid )
“ Kemusnahan tamak haloba, kebencian dan kejahilan ini sebenarnya
ialah Nirvana”.( Sang Nik 38 )

KARMA DAN KEWUJUDAN SEMULA


Karma ( Pali: Kamma ) bererti perbuatan oleh kerana tiada perkataan
yang sesuai untuk menjelaskan maknanya, maka kekallah istilah karma
dalam bukan ini tanggapan orang hindu adalah sebagai berbeza dengan
karma yang diajarkan oleh Buddha.
Karma boleh diibaratkan sebagai sesuatu daya yang menentukan
persekitaran dalam hidup ini dan kelak. Ini adalah tenaga yang wujud
semasa seorang itu mati dan menyambungkan hidup ini dengan yang lain.
Jikalau tiada karma maka tiadalah kewujudan semula. Tiada fikiran atau
badan yang diwujudkan semula tetapi hanya tenaga karma yang penuh
kekuatan ini.

12
Kita telah menerangkan yang Jalan Buddha adalah satu kelakuan
yang baik atau tinggi nilai moral. Dengan mengikut kod ini kita tidak
melakukan perbuatan jahat maka tidak melakukan karma jahat. Kalau kita
hidup dengan tidak mengawal keinginan nafsu dan kegemaran deria-deria,
kita akan menghasilkan karma yang jahat. Dengan itu, sama ada karma
yang baik atau jahat boleh menghasilkan bergantung pada kelakuan
mental, percakapan, atau jasad kita. Karma yang baik atau jahat boleh
menghasilkan kewujudan semula. Karma baik menghasilkan keadaan yang
baik dan sebaliknya. Peringkat nirvana bukan dihasilkan oleh karma baik
atau jahat tetapi hanya dengan kemusnahan semua karma. Seseorang yang
telah mencapai Nirvana ini dan tidak akan diwujudkan semula digelar
Arahat.
Hasil karma yang baik atau jahat boleh dialami di hidup ini atau
yang berikutnya. Kehidupan yang sentiasa berubah dan keadaan yang
tidak sama yang mana manusia dilahirkan menjadi punca yang cerdik
untuk berfikir dengan serius. Kenapa ada dilahirkan kaya dan ada yang
miskin? Kenapa seorang itu Berjaya dan yang lain gagal?
Ada yang cerdik, ada yang lembab, ada yang menawan dan cantik,
ada yang tiada kualiti ini. Kenapa ada yang dilahirkan cacat dan banyak
penyakit tetapi yang lain kurang kaya dan menikmati badan yang sihat?
Kenapa seorang bayi dibawa ke kuburan sedangkan yang lain hidup
sampai tua? Orang baik selalu ditimpa kemalangan sedangkan yang
bangsat beruntung?
Falsafah barat tidak dapat menjawab soalan dan hanya boleh
diterangkan oleh karma. Kita telah menitik beratkan tentang sifat Dharma
yang saintifik itu tetapi bagi karma dan kewujudan semua kita setaraf
dengan seorang ahli sains yang disoalkan untuk membuktikan teori atom,
gravity, evolusi dan elektrik. Kita diberitahu dengan bukti yang kukuh
sebagaimana yang kita fahami dengan perkataan itu yang tidak dapat
diberikan maksud itu. Banyak pengetahuan sains yang telah diterima sebab
tiada penjelasan lain yang mungkin mengenai fenomena itu. Hari ini,
ramai ahli sains menggunakan jirim dan pancaran tanpa dimasukkan ke
dalam tabung uji. Pengetahuan karma dan kewujudan semula adalah
penyelesaian yang lojik setelah memerhatikan fenomena semula jadi.

13
Banyak cubaaan telah dibuat pada masa dahulu untuk menerangkan
watak manusia hanya boleh dijawab dengan baka dan persekitaran tetapi
ini pun masih ada persoalan yang penting yang tidak dapat dijawab. Hanya
di dalam cahaya karma masalah itu dapat diatasi. Kita boleh Nampak
semua makhluk hidup adalah hasil daripada perbuatan baik dan jahat
mereka sendiri. Pengetahuan ini adalah sangat penting kepada manusia
sebab yang lampau boleh menentukan keadaan sekarang. Kita tahu
perbuatan kita sekarang boleh menentukan masa depan kita.
Sains sedang mengambil langkah-langkah yang cepat tetapi ia
mengesyorkan bahawa bukan semua benda boleh ditimbang dengan
dacing atau diletakkan ke dalam tabung uji. Banyak misteri –misteri yang
besar meskipun mempunyai bukti yang kukuh tetapi masih tiada jawapan.
Ini adalah benar di bidang psikologi dan psikiatri.
Kewujudan semula di peringkat yang lebih tinggi adalah jauh dari
peraturan. Kebanyakkan manusia bergerak balas kepada naluri dan
keinginan yang rendah. Salah kasihan dan perpautan kepada benda dan
idea begitu cepat sekali, akhirnya menentukan keadaan masa depan
mereka ke peringkat yang lebih rendah. Sebilangan besar naluri dan nafsu
semula jadi akan menghasilkan karma yang jahat hanya dengan
memeprkembangkan kecerdasan untuk meletakkan kita dibawah Guru
yang betul barulah kita dapat yakin akan kemajuan itu. Tetapi hanya
dengan memakai label : Buddhis sahaja tidak berguna jikalau kita tidak
belajar cara mengawal akal fikiran dan moral kita.
Bukan segala perkara yang berlaku kepada kita itu hasil dari karma
lampau. Oleh kerana kita wujud maka kita tertakluk kepada penderitaan
yang disebabkan oleh factor-faktor semula jadi dan tindak balas yang
selaras dengan perbuatan kita. Karma mungkin menentukan persekitaran
tetapi ia tidak membolehkan kita melakukan sebarang maksiat sekiranya
kita tidak berniat.
Seorang yang bijak tidak mengambil masa yang panjang untuk
mengetahui yang kita ini bukan bidak di dalam permainan tetapi sebagai
pencipta sememangnya kita tidak dapat memperbaiki perkara yang lepas
tetapi dengan pendedahannya pengetahuan ini yang penting itu kita boleh
membentukkan satu masa depan yang seronok untuk kita.

14
Daripada kesalahan dan kesilapan yang lepas kita telah membentuk
satu masa kini, tetapi manusia diibaratkan sebagai arkitek masa depan
sendiri dengan panduan yang betul, kita boleh menyakinkan satu masa
depan yang bahagia.

HUKUM SEBAB AKIBAT


Manusia tidak boleh melepaskan diri dari yang lepas. Menurut
Buddha, ia menentukan keadaan – keadaan masa sekarang di antara
keadaan-keadaan kita mestilah memasukkan sahsiah kita, walaupun adik
beradik biasanya juga tidak sama. Kalau yang lepas sudah tidak boleh
diperbaiki, sekurang-kurangnya kita mendapat pengalaman dan bertindak
dengan lebih berhati-hati untuk masa depan.
Hukum sebab akibat sedang diterima tanpa bertahan mahupun diajar
di sekolah maka kita tidak lagi perlu membuktikannya di sini. Kita
menerima dengan umurnya iaitu tidak ada sebarang benda yang muncul
tanpa sebab dan kita boleh menerima rentetan sebab-sebab merintasi
ketanggapan manusia. Ini boleh diimplikasikan kepada masa yang lampau
sekarang dan masa depan. Pada hari ini tidada seorang pun yang boleh
menyangkal prinsip yang mudah ini. Walaupun para Buddhis telah
mengetahui buat beribu-ribu tahun tetapi ia dianggap amat baru kepada
pemikiran barat. Buddha merumuskan hokum ini secara logical dan
mengimplikasikan kepada kehidupan kita.
Melalui kejahilan yang lampau, kita dimiliki oleh kewujudan semula
yang mengambilk karma. Dengan karma dan kelahiran baru ini, muncullah
deria-deria dan perasaan yang kita alami. Perasaan itu jelas kelihatan
sebagai keinginan dan perpautan kepada benda dan idea. Ini menentukan
perbuatan kita dan karma akan membawa kepada kewujudan semula.
Kewujudan semula menyediakan keadaan untuk pemikiran dan jasad deria
dan nafsu , karma dan kewujudan semula yang lain. Maka rentetan ini
berterusan sekiranya kita tidak dapat anak kunci untuk mematuhi dan
menghapuskannya. Di manakah rentetan yang hendak dipatahkan ini?
Perkaiatan ini seolah-olahnya paling kuat sekali adalah satu-satunya yang
boleh kita memutuskannya mereka adalah perkaitan nafsu dan perpautan.

15
Menakluki semua ini bererti kita menakluki kewujudan semula,
penderitaan, duka dan putus asa.

TANDA - TANDA HIDUP


Tanda – tanda hidup atau dikenali sebagai Tiga Ciri-ciri adalah hokum –
hokum adabi yang mencorakkan semua makhluk. Tiga tanda atau hokum
adalah Annica, Dukkha dan Anatta yang bermaksud fana, penderitaan atau
tanpa sifat diri atau roh. Semua makhluk tertakluk kepada tiga-tiga ciri ini
tanpa kekecualian. Mereka membentuk hokum-hukum semula jadi dunia
fizikal ini dan adalah bersainstifik di dalam semua aspek.
Annica atau fana merintasi skop benda hidup dan dapat digunakan
kepada segala benda di alam semesta ini. Tiada benda yang berbentuk itu
boleh kekal abadi. Lama-kelamaan ia tidak tahan lasak , hancur, musnah
atau berpecah belah menyediakan bahan supaya bentuk-bentuk baru boleh
muncul. Hokum ini bertindak tanpa batasan, daripada debu yang paling
halus kepada bintang yang paling besar di alam semesta. Segala benda
berada dalam keadaan yang selalu berubah membentuk dan hilang. Tiada
yang kekal untuk seketika maka tiada benda yang luntur dan kekal. Hanya
di mata hati yang kita anggap benda itu tetap atau tidak bergerak. Semua
fenomena dan hokum semula jadi adalah hasil daripada perubahan atau
pergerakkan ini.
Dukkha atau penderitaan telahpun dibincangkan di bawah tajuk
Empat Kebenaran Mulia. Adalah wajar untuk membincangkan kenapa
penderitaan semua manusia tidak begitu ternyata. Orang kenalan mereka
yang telah melalui neraka hidup dalam aspek kehidupan yang berlipat
ganda selalu mengharamkan kita dengan menyatakan bahawa kehidupan
kita tidak seburuk itu. Untuk memahami sikap yang aneh ini dan juga
ketidakseimbangan iaitu orang yang paling menderita adalah mereka yang
jarang sekali mencari jalan keluar dari belenggu penderitaan kita mestilah
mengambil kira tentang betapa jahilnya pemikiran itu.

16
Ada satu jentera yang sangat menarik di dalam pemikiran kita yang
menjadikan kita lupakan perkara dan pengalaman yang tidak seonok itu
marilah kita mengambil seorang yang sedang mengalami penderitaan atau
kesedihan yang kuat dan bandingkan dengan sedikit masa kemudian.
Encik A yang muda sahaja bertengkar dengan teman wanitanya.
Dia menjadikan orang lain tidak boleh bertahan akan kesedihannya.
Apabila kawan kawannya memberitahu dengan dia bahawa dia akan pulih
semula pada saat-saat kesedihan itu. Beberapa minggu kemudian kita
bertemu dengan Encik A dia tidak lagi menunjukkan wajah yang sedih dan
dihina seperti dulu. Sekarang dia senyum tanpa gambaran sedih. Dia
mempunyai seorang teman wanita yang baharu di sisinya.
Biar kita menukar ke Puan B. mukanya merah, matanya bengkak
dan menunjukkan kesedihan setiap waktu. Ibu Puan B baru sahaja
meninggal dunia kerana tertakluk kepada hokum fana. Walaupun Puan B
selalunya tidak gembira tetapi tidak seperti itu. Dia berkata kepada para
hadirin bahawa kamu boleh mengembumikan saya juga. Saya tidak mahu
hidup tanpa ibu. Mujurlah mereka tidak mengikut kehendaknya dan cuba
memulihkan keadaanya.
Enam bulan kemudian dia mula berjenaka tentang upacara
pengebumian malahan ibunya yang meninggal itu. Ah, disini ada lagi satu
kes yang malang. Encik C yang sedang berjalan dengan cepat sebab dia
lewat untuk kerja. Oleh kerana majikan dia sentiasa memeriksa
kedatangan dan pemulangan pekerja adalah wajar bagi dia untuk berjalan
dengan cepat daripada biasa untuk menebus masa yang hilang. Dengan
tergesa-gesa dia menyeberangi jalan, malangnya dia berlanggar dengan
sebuah kereta yang dipandu oleh pemandu yang bergopoh-gopoh juga.
Walaupun penemuan itu singkat tetapi Encik C mengalami sebelah tangan
dan kaki yang telah patah, beberapa tulang rusuk serta luka yang tidak
terkira yang menambahkan keadaan yang menjadi semakin teruk.
Pemandu kereta itu setelah menyedari yang kenderaan juga sejenis
senjata maut, bersumpah tidak akan memandu lagi. Dia tidak percaya
bahawa Encik C tidak mati dan dia adalah seorang pembunuh seorang
lelaki yang mempunyai keluarga yang besar. Beberapa bulan kemudian,
encik C keluar dari hospital dan dia telah membelanjakan sedikit wang
sahaja. Dia ketawa dan berjenaka tentang orang yang menyangkakan dia

17
akan mati tetapi dia telah lupa yang dia juga berpendapat demikian pada
ketika itu. Tangisan da keluhan itu telah lenyap dan ketawa menjadi raja.
Pemandu kereta juga menunjukkan satu aspek yang berlainan dari
hari Kemalangan itu. Sekarang dia ketawa dan berminum dengan kawan
kawannya juga pemandu kereta dan menerangkan cerita orang berjalan
kaki yang melepaskan diri dengan mereka.
Sekarang mereka bersedih lain ketika mereka bergembira. Apa yang
telah berlaku kepada orang-orang ini? Kenapa malang petaka hari ini
boleh dijadikan lawak jenaka pada hari esok? Sebenarnya jawapan ialah
jentera minda yang ajaib itu menyebabkan kita lupa. kalau tidak kerana
kebolehan ini kita akan hilang nyawa atau taakul sebab mental manusia
tidak dapat menahan penderitaan itu minggu demi minggu dan bulan demi
bulan. Tambahan pula fakulti mental yang menjaga kesihatan fizikal dan
mental memperdayakan kita berfikir yang hidup ini adalah lebih bahagia
dari yang sebenarnya. Di kemuncak tragedy ini, manusia mulai mahu
mengaku penghidupan yang tidak berguna. Tetapi apabila nestapa itu lalu
dan hampir dilupai maka kehidupan dan semua kejahilan memberikan
gambaran yang sangat berlainan. Meditasi menyedarkan pemikiran kepada
kenyataan hidup dan menghapuskan kejahilan.
Penderitaan dalam hidup ini datang daripada tiga punca utama:
1. Konflik di antara manusia dengan alam semula jadi
2. Konflik di antara manusia dengan makhluk lain
3. Konflik di antara manusia dengan daya diri
Sebahagian besar penderitaan kita yang kita alami disebabkan oleh
ketiadaan keperimanusiaan di kalangan manusia. Ini dapat diibaratkan
sebagai gerak geri pelawak yang lucu dengan jenaka yang baik dari jujur,
menyebabkan penghidupan kawan kawan serta keluarganya bersedih.
Ataupun seseorang yang bengis yang hendak berkongsi kesedihan dengan
orang lain. Pada akhirnya konflik antara manusia yang mereka tidak kawal
atau jumpa menyebabkan kematian dan kemusnahan secara besar-besaran.
Ini ialah sifat benda. Peperangan antara manusia telah berterusan beribu-
ribu tahun begitu juga di kalangan binatang. Keputusan bukan untuk
membaharui dunia tetapi membaharui kita. Dharma akan meletakkan kita
di dalam perhubungan yang lebih baik dengan benda yang sedia ada dan
akan memandu kita sepanjang jalan sehingga penderitaan berhenti.

18
Buddha telah menunjukkan yang kita patut mendorong orang lain untuk
mencari jalan. Kita tidak boleh dapat atau beri penyelesaian kepada orang
lain. Dalam konteks ini, Buddhisme ialah satu agama atau falsafah yang
hanya untuk diri sendiri, sebab setiap orang mestilah mengikuti jalan ini
untuk diri sendiri ke Nirvana.
Anatta tanpa roh mengimplikasikan kepada benda yang wujud.
Tetapi kita mengaitkannya terutama dalam hubungan dengan makhluk
lain. Semua benda hidup tidak mempunyai roh, sifat diri sendiri, ego atau
sahsiah yang tidak kekal dan tahan lasak. Roh dari sifat diri adalah
tanggapan falsafah manusia yang bukan jirim yang hidup dan menahan
kematian dan kemusnahan badan. Pada zaman ini, sains tidak menyokong
kepercayaan turun temurun telah mengiktirafkan kewujudan ego atau
sahsiah manusia sebagai satu aspek pemikiran. Adalah mengejutkan
bahawa betapa rapatnya Buddhisme dengan pemikiran sains sekarang. Ego
atau sahsiah ini salah anggap sebagai roh atau semangat oleh orang yang
tidak sedar. Ciri ini tiada kaitan dengan teori roh. Semasa kita boleh
mengiktirafkan ciri sahsiah yang bermacam jenis serta selalu berubah itu,
roh yang kekal itu tidak dapat wujud secara semula jadi. Orang barat mulai
membuat satu penyelidikan mengenai Doktrin Anatta Buddha dengan
kerugian yang besar. Dari kecil lagi, mereka dibesarkan dan diajar untuk
menerima pengajaran roh dan didapati ramai yang susah untuk
menolaknya. Sesiapa yang mengalami kemusykilan tentang ini atau mana-
mana aspek Dharma diseur agak jangan khuatir sebab semua perkara akan
menjadi terdedah semasa kami maju ke depan.
Sedangkan roh dikatakan mempunyai kebolehan untuk mewujud
berasingan kita tahu Dharma menghuraikan dengan jelasnya iaitu ego dan
sahsiah tidak boleh wujud selain daripada fungsi pemikiran dan badan.
Sebenarnya hanya fungsi pemikiran sahaja dan bukan satu entity. Ego ini
mingkin memainkan satu peranan yang penting dalam pembentukkan
karma ( Baik atau Jahat ) tetapi ia tidak boleh merintasi kematian maka
hanya ke satu kelahiran sahaja.
Perkara yang paling penting ialah kemunculan kejahilan “ Aku “
dan “ Aku Punya “. Dalam hubungan kita dengan benda lain, ini adalah
salah satu fakta yang penting sekali.

19
Walaupun psikologi moden telah membuat beberapa penemuan
yang istimewa beberapa tahun yang lepas tetapi berbanding dengan taraf
Buddhis, mereka adalah perkara yang lama wujud.
Biarlah kita memetic kata-kata Dr. Graham Hown adalah seorang
pakar jiwa psikiatri yang paling terkemuka di Britain dan pakar Harley
Street mengatakan bahawa “membaca sedikit mengenai Buddhisme ialah
untuk menyedari bahawa dua ribu lima ratus tahun yang lampau, Buddhis
telah mengetahui terlalu banyak masalah psikologi moden yang sepatutnya
penghormatan diberikan kepada mereka. Mereka telah lama mempelajari
masalah dan juga menjumpai penyelesaiannya. Kini kita sedang
menemukan kembali kebijaksanaan timur yang purba.”
Buddha adalah orang yang pertama mempelapori proses
pemikiran dengan begitu bijak sekali. Perkara penting yang kita mesti
ingat ialah pemikiran mengawal percakapan dan perbuatan supaya sifat
pemikiran menentukan apa yang kita cakap dan buat.
Sebagai satu sifat penghidupan kita yang tekad, proses
pemikiran ini selalu dianggap sebagai roh atau semangat. Kini kita telah
tahu khayalan roh itu muncul dari pengalaman mimpi orang primitive
serelah melihat kawan kawan dan saudara mara meninggal di dalam mata
pemikiran mereka semasa tidur telah mencadangkan yang mereka itu
hidup dalam kewujudan roh di tempat roh. Walaubagaimanapun, primitive
kepercayaan ini dan sains telah mengepikannya. Kita masih dapati ramai
orang bergantung kepada roh dan sifat diri mereka lebih kuat daripada
nenek moyang mereka.
Dharma dan sains moden mengajar perkara asas yang sama
manusia adalah komposisi pemikiran dan badan. Tiada benda yang lain.
Kedua-dua ini saling berkaiatan dan tiada akan wujud sekiranya salah satu
telah mati. Kedua-dua menjadi satu unit yang sempurna yang kita panggil
manusia dan lama-kelamaan akan menghasilkan hokum fana.

KEYAKINAN DIRI
Oleh kerana Buddha telah mengajar pengikut pengikutnya yang mereka
sendirilah pencipta dan perosak kebahagiaan mereka sendiri maka adalah
wajarnya bagi kita bergantung kepada daya usaha kita sendiri dan tidak

20
dapat penyelamatan dari deria atau makhluk luar biasa adalah satu
kelemahan jika seseorang yang berdikari itu mencari pertolongan dan
sokongan dengan memuja selain daripada pemujaan. Dia mengajar kita
meditasi dan mengembangkan pemikiran supaya kita dapat menghadapi
cabaran hidup serta mengatasinya.
Penderitaan itu tidak akan kekal mahupun kebahagiaan. Hanya
memerlukan sedikit sabar dan keteguhan untuk menunggu benda berubah.
Para Buddhis sangat untung dengan pengetahuan ini sebab semasa
gembira dia tidak lupakan memandangkan alam nyata dan semasa malang
dia tidak berputus asa. Buddhis telah sedia maklum kewujudan itu dikawal
oleh perseimbangan hokum-hukum semula jadi dan pemujaan hanya
menunjukkan satu niat yang perkara ini dapat berubah untuk faedah diri
sendiri sahaja akan mengharapkan sesuatu yang kita belum dapat atau
berhak menerimanya. Kalua hokum hokum semula jadi boleh dirosakkan
dengan cara ini maka kita dapat sesuatu dengan pengorbanan orang lain.
Buddha tidak menafikan deva deva itu mempunyai kuasa
mencipta atau mengawal nasib manusia. Dia bukan sahaja menerangkan
sifat benda yang benar tetapi menadikan idea pencipta yang maha
berkuasa. Dia terangkan dengan lebih dalam lagi dan mengesyurkan kita
yang kepercayaan karut merbahaya apabila orang bergantung kepada
tuhan untuk melakukan sedangkan hanya mereka sendiri yang melakukan.
Kita tidak disuruh menerima yang alam semesta tidak dicipta dari
benda atau deva yang mencapai kemustahilan ini. Jirim, seperti yang kita
sedia maklum tidak boleh dimusnahkan dan dihasilkan oleh benda. Sudah
abad kea bad manusia telah meneka tentang permulaan serta penghabisan
hidup dan alam semesta walaupun perkara ini adalah luar daripada
tanggapan manuisa. Guru menasihatkan kita agar jangan terlibat dalam
spekulasi yang tidak berguna ini sebab kita tidak akan mendapat
menjawab soalan ini tambahan ini ia tidak kena mengena dengan
kehidupan bermoral atau menolong kita mencapai matlamat Nirvana.

KEYAKINAN
Secara pratikal setiap agama di dunia ini memerlukan setiap pengikutnya
mempunyai keyakinan terhadap agama sebab banyak ajaran atau doktrin
yang bertentangan dengan taakul. Tetapi Dharma telah membuat satu
21
perbandingan yang besar dalam aspek ini. Buddha hanya memerlukan
keyakinan yang berdasarkan kefahaman dan taakul. Penerimaan secara
membuta tidak berfaedah kepada setiap individu sebab ia tidak
memerlukan pengetahuan yang dalam yang menjadikannya bernilai atau
sebagai panduan untuk mengikut Jalan. Salah satu sebab yang munasabah
kenapa pengikutnya bertambah di barat ialah pandangan yang luas.
Di dalam Buddhisme tiada sebarang dogma, perkara, syahadat
dan keyakinan. Tiada seorang pengikut yang disuruh menerima segala
perkara sehingga mereka sedia menerimanya dan tiada kepercayaan atau
syahadat yang telah disahkan untuk dilafaz.
Buddha telah menekan beberapa kali tentang keperluan bagi
individu menimbang serta menyelidik dengan lebih teliti sebelum
menerimanya. Inilah sebabnya di dalam Buddhisme tiada rekod yang
menunjukkan seseorang itu dipaksa pengikutnya telah diacukan dengan
pistol atau diseksa. Orang biasa hanya boleh menjadi pengikut Buddha
yang baik apabila mereka telah menyakinkan tentang keagongan sesame
Buddha sebagai satu corak hidup yang melebihi semua system yang baik.
Dia tidak pernah menggalakkan penerima Dharma secara selap atau emosi.
Jikalau seseorang itu menunjukkan selalu bersedia untuk menerima. Dia
dinasihatkan agar mereka mengambil masa yang lebih untuk
mempertimbangkan perkara ini.
Dalam sejarah Buddhis ada satu contoh yang terkemuka
mengenai perkara ini. Semasa zaman Buddha seorang jeneral dari
Licchavis yang bernama Siha. Dia adalah pengikut Jains suatu mazhab
yang wujud pada masa yang sama. Siha ingin pergi melawat Gautama
dengan pemimpin mereka Nataputta. Nattaputta tidak suka cadangan ini
dan menghalang siha daripada pergi melawat. Dia tidak mahu menghilang
seseorang penyokong yang kaya serta berpengalaman seperti Siha dan
berharap Siha tidak berpeluang membuat demikian. Tetapi, jeneral tetap
mahu pergi berjumpa dengan Buddha dan mendengar apa yang dia ajar
meskipun Nataputta telah menasihatinya. Hari kemudian dia berjumpa
dengan Buddha dan menyoalnya. Penemuan pertama yang dia buat ialah
Jains telah memberikan gambaran yang salah mengenai Dharma Buddha.
Setelah dia mendengar doktrin yang sebenar, dia sedar itulah falsafah yang
dia sedang nencari-cari. Semasa guru mendedahkan dasar-dasar
penghidupan yang tinggi, pengikutnya telah tahu bahawa inilah guru di
22
antara guru-guru. Siha bertindak balas kepada kepada penyedaran ini
dengan meminta Buddha supaya menerimanya sebagai pengikut biasa.
Untuk mengambil perlindungan dalam Buddha dan Dharma untuk
memperbaiki hidupnya. Jawapan Buddha amat mengejutkan Siha apabila
dia cuba menolak permintaannya selepas berbincang yang begitu singkat.
Guru menegaskan tentang kedudukannya serta tanggungjawab Siha dalam
masyarakat dan sebagai rakyat yang masyhur dan penting adalah wajar
membuat penyelidikan yang menyeluruh sebelum menerima satu ajaran
yang baharu.
Ini walaubagaimanapun, hanya menanbah minatnya terhadap
Buddha. Siha tahu jikalau perkara yang terbalik berlaku, dia meninggalkan
Buddha dan mengikut Janis. Di sana mereka bukan sahaja menerima tanpa
keraguan bahkan mengistiharkan anutnya secara besar-besaran . Buddha
mengulangi nasihatnya tiga kali tetapi Siha tetap dengan keputusannya.
Bagaimanapun, ini bukan kesimpulan. Buddha telah menunjukkan yang
siha seta keluarganya telah lama menjadi penyokong Jains. Walaupun dia
tidak ingin mengikut falsafah mereka dia patut meneruskan pemberian
sedekah kepada sesiapa saja daripada mereka yang datang meminta.
Ini pula satu tunjuk ajar yang dia tidak terima daripada mazhab
yang dia baru sahaja meninggalkannya. Dengan itu keyakinan dalam
Buddha bertambah kuat. Kemudian Buddha memberikan arahan yang
berlebih membincangkan tentang moral dan matlamat bahaya dari
keseronokkan deria deria dan kebaikkan dari menakluki mereka sifat
penderitaan, puncanya, pemulihannya dan Jalan. Dalam pada ini, Siha
telah diterima sebagai pengikut Buddha.
Dalam peringkat ini, kita mestilah mengikuti arahan yang telah
diberikan oleh Buddha kepada sekumpulan Kalama dan Kesaputta apabila
mereka menunjukkan semua guru menyanjung dan memperbesarkan
pandangan mereka serta mengaku doktrin merekalah yang satu-satunya
betul. Ini telah mebinggungkan mereka dan mereka tidak tahu macam
mana hendak menentukan mana yang betul dan mana yang salah. Setelah
menerangkan yang mereka itu meragui dengan betul sekiranya mereka
tidak memahami dengan sepenuhnya dia berkata “Jangan mengikut apa
yang diberitahu oleh orang lain khabar angina atau diajar oleh tradisi”.
Jangan mengikut kekekapan dalam melafazkan kitab-kitab atau hanya
lojik dan kesimpulan, bukan kerana ia secocok dengan pandangan-
23
pandangan yang sedia ada, bukan kerana menghormati guru kamu.
Hanyalah pada ketika yang kamu tahu betul-betul bahawa ajaran – ajaran
ini adalah baik mereka boleh diterima oleh demikian dan semasa
mempraktikkan mereka tidak mendatangkan kerugian dan penderitaan
maka itu kamu terima mereka.

PENGHORMATAN KEPADA BUDDHA


Penghormatan dan takzim yang diberikan kepada Buddha adalah sejenis
penghormatan yang simbolik tentang kebesaranNya dan kebahagian yang
kita dapat dari AjaraNya. Pada setiap masa, Guru adalah satu contoh
dalam pemikiran dan perbuatan, cara dan gaya yang kita patut membawa
diri tidak hairanlah penghormatan itu menyatakan ini dinyatakan dalam
beberapa lukisan dan ukiran yang paling halus dan cantik yang tidak
pernah dijumpai.
Patung Buddha yang kita Nampak itu adalah mewakili kualiti-
kualiti yang simbolik dan tidak boleh diterima sebagai gambar yang
serupa. Setelah pemergian Guru untuk berates-ratus tahun barulah patung
itu muncul. Di dalam ukiran dan lukisan yang sangat lama, Buddha telah
diibaratkan sebagai roda atau tapak kaki, kadang-kadang hanya kosongan
bahagia untuk menanda kehadirannya. Patung yang pertama dibuat oleh
pengikut yang berbangsa Yunani di Gandahara Barat Laut India. Pengukir-
pengukir Yunani di Gandahara telah mengukir seakan-akan patung Apollo.
Patung-patung dan ini serta berjua-juta yang berikutnya telah memberikan
satu gambaran yang boleh dilihat kepada orang ramai.
Dalam Ajaran Buddha tidak ada yang khas untuk segolongan
pengikut ataupun yang ganjil. Dia tidak menerangkan sesuatu kepada
umum dan simpan rahsia untuk pengikut-pengikut pilihan sahaja. Apa
yang individu tahu sudahpun untuk penyelamatkan diri. Dia mengajar
semua dengan cara bebas. Satu perkara yang mesti ditegaskan disini ialah
walaupun tiada sebarang discriminasi dalam Ajaran Buddha masih ada
perbezaan kafahaman di kalangan pengikut yang berjuta-juta itu
kefahamnan Dharma yang lengkap memerlukan penglihatan yang lebih

24
mendalam daripada yang biasa. Di Benua Asia pada hari ini masih ramai
yang menggangap Buddha sebagai objek penghormatan. Oleh kerana
Dharma merangkumi segala cara hidup. Seorang petani biasa dengan
pandangan yang biasa itu adalah sejenis disiplin dengan seorang Bhiksu
atau sarjana. Segala kaum yang biasa memerlukan doktrin yang mudah.
Ramai yang hanya boleg penggambarkan bawah fikiran melalui patung
atau acara simbolik. Mereka hanya dapat membayangkan sedikit jika tanpa
bentuk kebaktian yang dapat dirasai oleh pancaindera.
Selaras dengan ajaran Guru, kita tahu bahawa sesiapa yang belum
sedia kefahaman benar ini hidup ini akan bersedia pada kelahiran yang
akan datang. Perkara yang penting ialah kita mestilah memimpin mereka
agar dapat mengikut jalan moral yang baik supaya perkembangan mereka
dapat dipercepatkan di kelahiran yang lain. Dalam semasa Buddha kita
mestilah menghormati darjah kefahamannya serta pandangan orang lain
yang berbeza dengan kita. Seorang Buddhis yang sedar hanya seorang
pemimpin dan bukan seorang pengkritik.
Buddha sendiri mempunyai masa yang sedikit untuk upacara dan
istiadat agama sebab cara hidupNya adalah satu amalan dan perbuatan
yang praktikal. Pada peringkat-peringkat yang lebih tinggi, peraturan dan
istiadat agama menjadi belenggu yang menghalang kemajuan. Guru
memberitahu kita sesiapa yang paling menghormatinya ialah seorang yang
mengamalkan sepenuh AjaranNya.
Patutlah ditegaskan di sini, seseorang itu tidak perlu meninggalkan
rumah keluarga dan hidup sebagai pertapa untuk mengikuti Buddha. Pada
hari ini terdapat ramai Buddhis yang baik telah berrumah tangga dan
menjalani kehidupan harian dengan cara yang biasa. Mereka menjadi
terkawal di kalangan Buddhis sebab kesucian moral kelakuan yang baik
serta kerja yang mereka buat untuk memperkenalkan Dharma kepada
orang lain. Sifat kecantikkan Dharma yang besar ialah individu maju
seberapa yang dia mampu. Bukan sahaja semua bersedia atau beingin
menjadi Bhiksu dan adalah lebih baik menjadi pengikut yang baik
daripada seorang Bhiksu yang gagal.

PANDUAN ASAS KEBAHAGIAAN YANG SEMPURNA

25
Permintaan yang selalu diminta oleh rakan-rakan Buddhis ialah
meringkaskan. Buddhisme dalam beberapa perkataan mingkin definasikan
yang paling baik serta pendek yang saya boleh berikan ialah Buddhisme
adalah penyesuaian kehidupan individu selaras dengan hokum-hukum
semula jadi. Bolehkah Dharma buat yang ini? Ia tentunya boleh.
Dharma adalah salah satu daripada gambaran yang merangkumi
semua perkara walaupun mereka saling berkaitan. Dalam kegunaan yang
paling biasa Dharma membawa erti Doktrin, Hukum Pengajaran,
Keadilan, Sifat Baik semula jadi atau Hukum Semula jadi. Semua definisi
ini akan membantu kita memahami tanggapan perkataan yang luas ini dan
apakah pengertian jika setiap orang yang mempraktikkan Dharma ini
dengan kemampuan mereka ini bermakna mereka berharmoni dengan
Alam Semula Jadi serta hukumnya yang menakluki alam semesta. Dharma
menyediakan kita dengan satu pola kehidupan yamng kita sebut sebagai
satu panduan asas kebahagiaan.
Kepentingan kebahagiaan tidak boleh ditegaskan sangat. Ia hanya
wujud apabila kita hidup berharmoni dengan hokum-hukum semulajadi
yang membawa kesihatan, kejayaan, puas hati , kesentosaan dan
ketenteraman fikiran. Apabila kita hidup secara tidak menyelaras dengan
hokum-hukum ini, kita mengalami kesakitan, kegagalan, tidak puas hati,
khuatir dan tidak seimbang. Dengan mengamalkannya dalam kehidupan
harian kita. Keharmonian adalah hasil kefahaman tentang Dharma.
Kekurangan keharmonian adalah hasil kejahilan kita mengenainya.
Biarlah kita memriksa, meneliti terlebih dahulu aspek kekurangan
keharmonian yang negative yang negative dengan kemunculannya melalui
tamak haloba, kebencian dan kejahilan. Tamak haloba adalah ibubapa
kepada sifat mementingkan diri sendiri dan kedekut. Sifat mementingkan
diri adalah ibubapa kepada iri hati dan cemburu.
Kedekut adalah ibu bapa kepada sifat ingin memiliki dan semangat
beranding.
Kebencian adalah ibu bapa kepada sakit hati dan kemarahan.
Sakit hati adalah ibu bapa kepada kemegahan dan balas dendam.
Kemarahan adalah ibu bapa kepada dengki dan perselisihan faham.
Kejahilan adalah ibu bapa kepada perpautan dan ketakutan.
26
Perpautan adalah ibu bapa kepada keinginan dan hawa nafsu.
Ketakuatan adalah ibu bapa kepada kepercayaan karut dan tidak
sabar.
Keduanya, kita boleh memeriksa atau meneliti aspek harmoni yang
positif dan cara ia muncul.
Harmoni muncul melaui sumbangsaran kasih saying dan
kebijaksanaa.
Sumbangkasih adalah ibu bapa kepada sifat tidak mementingkan diri
sendiri dan kemurahan diri.
Sifat tidak menentingkan diri adalah ibu bapa kepada simpati dan
altruism.
Kemurahan hati adalah ibu bapa kepada ketenangan dan baik hati.
Ketenangan adalah ibu bapa kepada keprimanusiaan dan sifat
mengampuni.
Baik hati adalah ibu bapa kepada balas kasihan dan kawal diri.
Kebijaksanaan adalah ibu bapa kepada meninggalkan kehidupan
duniawi dan ketenangan.
Meninggalkan kehidupan duniawi adalah ibu bapa kepada puas hati
dan kesentosaan mental.
Ketenangan ialah ibu bapa kepada pengubahsuaian dan toleransi
yang baik.
Hamper semua negara menerima hak untuk berbahagia, tatpi
malangnya pentafsiran bagaimana memperolehi kebahagiaan ini sedang
menghaslkan keputusan yang konflik suatu kejahilan yang masyhur iaitu
apabila seorang itu memperolehi semua yang dia dapat juga sampai ke
tahap kebahagiaan yang sempurna. Secara praktikalnya kita dapati bahawa
tahap memadai tidak akan tercapai lebih banyak yang mereka dapat,
banyak lagi yang mereka mahu. Seperti pensuruh bomoh, mereka
membayangkan hantu syaitan yang mereka tidak boleh mengawal.
Sains dan rekaan telah disalahgunakan di dalam perebutan yang gila
untuk menghasilkan kepunyaan yang banyak sehingga barang kepunyaan
itu mulai menyusahkan kehidupan kita menjadi senjata kekalahan kita.
27
Dalam banyak cara sains boleh menyenangkan kehidupan kita tetap ia
tidak boleh menjadikan kita lebih bahagia.
Para cendekiawan dari barat sedang menjalankan mencari jalan baru
dan memandang ke timur untuk mencarinya. Kebijaksanaan Buddha yang
kuno akan membuktikan sebagai satu penyelesaian kepada penyakitan
manusia yang abadi. Jalan yang akan diikuti oleh cendekiawan ialah satu
yang memberikan penyelesaian penjelasan yang lengkap dalam teorinya
dan menghasilkan keputusan yang baik jika mempratikkannya.

PENYEBARAN AJARAN
Kemunculan dan penyebaran kebanyakkan agama telah diikuti dengan
pembunuhan dan seksaaan yang kejam terhadap mereka yang belum sedia
untuk menerima kepercayaan asing. Buddhisme tidak pernah mencatatkan
perkara ini dalam sejarah dunia. Tiada setitik darah yang menitis, tiada
sedikit tekanan yang digunakan untuk membawa dharma ke tempat lain.
Sebagai kerja mubaligh yang sentiasa aman terhadap motif , politik atau
ekonomi ia mempunyai rekod yang panjang dan gilang-gemilang di masa
lepas seperti hari ini, mubaligh kita yang aman tidak disambut dengan baik
di antara negara-negara dan menjumpai orang yang sedia menukar agama
dan mengikut Buddha. Dari segi perangkaan ia menjadi agama yang
terbesar dan masih berkembang pesat. Sekarang cahaya Dharma menyinari
tempat yang kurang daripada generasi lalu yang tidak tahu akan agama ini.
Di tempat barat, kumpulan yang pertama menukar agama mereka
adalah golongan sarjana dan intelektual. Oleh kerana Dharma tidak mudan
didapati oleh orang biasa dan hanya boleh dipelajari oleh mereka yang
mempunyai kebolehan untuk membaca Bahasa-bahasa ketimuran. Dalam
beberapa tahun sahaja keadaan ini berubah sama sekali. Bukan sahaja kita
boleh membaca ajaran Buddha yang sebenar dalam Bahasa ibunda. Tetapi
kekayaan kesusasteraan telah dicetak supaya memudahkan pengajaran
Dharma kepada peminat-peminat barat.
Salah seorang daripada golongan sarjana yang pertama memulakan
kerja penterjemahan kesusasteraan Pali kepada Bahasa inggeris ialah
seorang anak paderi Kristian yang terkemuka. Tujuanya menjalankan kerja
ini ialah untuk membuktikan Kristian lebih baik daripada Buddhisme. Dia
gagal dalam tugas ini tetapi dia telah mencapai kejayaan yang lebih besar
28
daripada dia mencapai kejayaan yang diharapkan. Dia menjadi seorang
Buddhis. Kita tidak akan lupa peluang yang gembira yang menyebabkan
menjadikan tugasan ini dan memperkenalkan Dharma yang tinggi nilainay
di kalangan beribu-ribu orang barat.
Nama sarjana ini bernama Dr. Rhusya Davids. Dia bercakap
mengenai Dharma “Saya telah menyelidik setiap agama yang penting di
dunia ini dan tidakpun di antara mereka yang saja dapati boleh manandingi
kecantikkan Empat Kebenaran Mulia Buddha. Saya berasa puas hati untuk
membentuk kehidupan saya selaras dengan jalan ini.”
HG Wells seorang ahli sains dan sejarah memberikan penghargaan
yang tinggi kepada Buddhisme sebagai satu system etika dan
mengganggap Buddha sebagai orang yang teragong di antara orang-orang
masyhur. Dalam bukunya Garis Kasar Sejarah ( Outline Of History ) dia
berkata bahawa “ia masih wujud di kebanyakkan tempat di dunia ini. Ada
kemungkinan apabila bertemu dengan sains barat diilhamkan oleh
semangat sejarah. Ajaran asal Gautama setelah dihidupkan dan disucikan
masih memainkan peranan yang penting kea rah menuju matlamat
manusia.”
Thomas husley seorang sainstifik British yang masyhur telahpun dia
sendiri bukan seorang Buddhis telahpun terpengaruh dengan Ajaran telah
membuat kesimpulan Buddha dalam perenggan yang jelas. “Buddhisme
adalah satu system dimana mengetahui tidak ada Tuhan dalam tanggapan
Barat yang menafikan roh kepada manusia dan memanggap kepercayaan
dalam kekal abadi itu adalah satu kesalahan besar yang mengelakkan
pemujaan dan mengorbanan diri yang menyuruh manusia mendapat
kebebasan melalui usaha sendiri yang dalam kesucian asalnya tidak
mengambil kira tentang sumpah sedia ada tidak pernah mendapat
pertolongan daripada golongan keagamaan. Akan tetapi masih
menyebarkan ke sebahagian besar dunia ini dengan pesat dan masih
menjadi kepercayaan yang penting bagi kebanyakkan manusia.”
Swami Vivekananda seorang penyebar agama yang penting
mendorong memperkenalkan falsafah Firma kepada barat pernah
mengatakan tentang Buddha menunjukkan satu watak yang paling tinggi
tarafnya seluruh ras manusia hanya menghasilkan seorang sahaja yang
begitu tinggi falsafah begitu luas simpatinya. Seorang ahli falsafah yang

29
agong sedang mengajar falsafah yang tertinggi serta mempunyai simpati
yang terdalam terhadap bianatang-binatang yang paling rendah dan tidak
pernah mengemukakan tuntutan bagi diri sendiri. Dia adalah Yogi Karma
yang unggul melakukan sesuatu yang tanpa sebarang motif. Sejarah
manusia telah menunjukkan beliau seorang manusia yang teragung pernah
hidup lebih kombinasi hati dan mental yang besar pernah wujud.
( Ceramah Tentang Yoga Karma ).
Akhir sekali ialah Professor karl Gusrtar Jung dari Zurich, seorang
psikologi yang terkemuka di dunia sekarang barkata bahawa sebagai
seorang murid dalam bidang perbandingan agama, saya percaya
Buddhisme adalah yang paling sempurna sekali yang pernah didapati di
dunia ini. Falsafah Buddha teori evolusi dan hokum karma adalah lebih
baik daripada mana-mana kepercayaan.
Ruangan buku ini tidak mengizinkan kita memetic kata-kata bagi
walaupun ada masih banyak lagi yang boleh dimuatkan.
Walaupun adalah baik untuk membaca pandangan orang lain ujian
yang benar mestilah dilakukan oleh kita sendiri. Ia tidak mengambil kira
masa yang panjang bagi setiap manusia yang sederhan untuk mencari dan
mempelajari mencintai Cahaya Dunia ini. Antara pengasas agama yang
besar Beliau adalah melebihi mereka semua dalam kasih sayang dan
kemesraan, bukan kasta tetapi juga kepada semua makhluk hidup yang
halus. Tidak ada seorang yang wajar digelar paling menyanyang.
Di dunia kebijaksanaan pula, Beliau tidak kerdil standing dan taraf
sebagai gergasi di kalangan orang ramai. Beliau mengajar fakta-fakta
semulajadi palah dua puluh lima tahun abad yang lampau yang ahli sains
barat hanya menemui dalam sepuluh tahun yang lalu.
Buddha adalah orang yang pertama meningkatkan kehormatan
wanita dalam agama. Beliau memberikan taraf setaraf dengan lelaki.
Beliau tidak mengambil kira pembahagian kasta berdasarkan atas
kelahiran. kepadaNya seorang itu menjadi mulia dengan moral hidupnya
dan bukan dengan taraf sosial ekonomi. Dharma ini adalah kuasa hidup
yang terbesar di dunia sekarang boleh dibawa antara manusia dan negara.
Bagaimana kita boleh menganggotai keahlian dalam keluarga yang
besar serta merangkumi segala-gala ini? Tiada upacara atau permukaan

30
untuk memasuki Buddhisme. Kita menjadi Buddhis pada ketika kita
menerima Buddha sebagai Guru Panduan Kita.
Yang lampau bagi kita semua adalah panjang dan meletihkan tetapi
ajaran yang kita boleh mengikuti dengan keyakinan mana di agama
penyembahan dan kepercayaan di dunia ini boleh kita jumpa Guru yang
begitu bijak sekali. Di antara binatang – binatang beliaulah yang paling
gemilang. Tiada ragulah ahli sains, falsafah dan susterawan telah gelar
Beliau adalah manusia yang paling agung dilahirkan.
Kesinaran Guru yang maha besar ini melalui dunia penderitaan dan
kegelapan seperti cahaya rumah api yang memandu serta mencerahkan
manusia. Jalan berada di hadapan kamu…pilih untuk menderita atau
Berjaya pada hari ini.

PUSINGAN HIDUP
Setelah menjadi tua, perjalanan saya pun hamper habis sekarang saya
berumur 80 tahun dan tiba jumlah hari saya.
Tidakkah pernah saya selalu memberitahu kamu ini adalah sifat
semua benda, betapa sayangnya terhadap benda itu, yang kita mesti
berpisah dari mereka? Apa saja yang dilahirkan dibentuk dan diwujudkan
mempunyai kualiti-kualiti di dalamnya yang berkaitan dengan
penghancuran, mustahilkan semua benda termasuk beliau seorang Buddha
tidak akan hancur musnah? Tiada keadaan yang kekal abadi dan wujud.
Tiga bulan daripada hari ini, saya akan memasuki Ketenteraman Abadi.
Maka semua pengikut kamu yang mana kebenaran yang saya merasa
dan tahu menjadikan kamu tuan kepada mereka, mempraktik, memeditasi
serta mereka menyebarkan mereka ke tempat lain supaya Doktrin ini yang
suci ini dapat hidup lama dan mengekalkan supaya dapat hidup lama dan
diteruskan untuk kebaikkan dan kegembiraan kebanyakkan orang atau
belas kasihan untuk duniadan kepada kebaikkan keuntungan semua
makhluk.
Sesiapa sahaja yang berusaha dengan bersungguh-sungguh serta
penuh keyakinan di perjalanan ini akan menyeberangi lautan kehidupan
dengan selamatnya dan mencapai matlamat luhur yang mana semua
penderitaan berhenti. ( Dari Sutra Maha Parinirvana )
31

Anda mungkin juga menyukai