Anda di halaman 1dari 15

NILAI- NILAI AGAMA/KEPERCAYAAN BUDDHISME DAN HINDUISME

Buddhisme
Agama Buddha adalah berdasarkan ajaran Siddharta Gautama. Gautama ialah seorang putera raja yang dilahirkan di Kapilavastu pada tahun 563SM. Gautama dibesarkan di istana sebagai seorang yang beragama Hindu. Baginda berkahwin dengan sepupunya Yasodhra dan hidup dalam penuh kemewahan dan kebahagiaan. Tetapi baginda tidak berasa gembira dengan kehidupan yang mewah itu. Semasa berusia 29 tahun, Gautama menyaksikan kelaparan, kesakitan dan kematian. Baginda berasa terharu menyaksikan keadaan hidup manusia itu. Baginda ingin tahu mengapa manusia menderita dan ingin mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah itu.

Gautama telah meninggalkan keluarganya dengan memakai jubah kuning seperti seorang petapa dan mengembara untuk mencari jawapan tentang erti hidup yang sebenarnya. Baginda telah mengkaji kitab suci Hindu iaitu Veda dan Upanishad, bertapa beberapa hari dengan berpuasa hingga hampir kebuluran dan menanggung penderitaan. Namun demikian, baginda tidak dapat mencari kebenaran kepada penderitaan manusia. Baginda akhirnya berjaya mendapat kebenaran atau pencerahan agung yang dicarinya setelah bertapa selama 45 hari di bawah pokok Bo di Boghgaya, berhampiran dengan Benares.

Pada suatu malam purnama, Gautama telah menerima pengetahuan daripada tuhan dan mengetahui jawapan bagi masalah kehidupan dan kematian manusia. Hari ini dikenali sebagai Hari Wesak. Mulai hari itu, baginda digelar Buddha yang bermakna Penyinar Cahaya. Buddha kemudian mengembara ke seluruh India untuk menyebarkan ajarannya. Buddha mengasaskan satu pertubuhan sama bernama Sangha. Sami-sami yang memasuki Sangha mencukur rambut dan memakai jubah kuning yang menandakan mereka telah bebas daripada segala hal duniawi. Selepas mengembangkan ajaran-ajaran selama 45 tahun, Buddha meninggal dunia pada tahun 483SM semasa berusia 80 tahun.

Nilai-nilai Ajaran Buddha


Memimpin manusia ke arah pendamaian Mengembangkan kesempurnaan tingkah laku & moral Mengajar cara berfikir yg beralasan & logik

Tiga asas utama dlm ajaran Buddha, iaitu :


Empat Kebenaran Mulia : a. Hidup ini penuh dengan kesengsaraan dan penderitaan, iaitu semua yang hidup harus menghadapi umur tua, penyakit dan mati. b. Manusia mendeirta kerana nafsu untuk memperoleh kekayaan dan keseronokan untuk keselesaan hidup. c. Manusia patut menghapuskan nafsunya untuk melepaskan diri daripada kesengsaraan. d. Cara untuk menghapuskan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan mengikut Jalan Lapan Lapis.

Jalan Lapan Lapis atau Jalan Pertengahan menjadikan seseorang mengawal fikiran dan membentuk tingkah laku yang baik. Jalan Lapan Lapis menjadi teladan bagi pengikutpengikutnya. Hukum-hukumnya ialah : a. Pengetahuan yang baik b. Pemikiran yang baik c. Keinginan yang baik d. Kelakuan yang baik e. Kehidupan yang baik f. Perkataan yang baik g. Usaha yang baik h. Pertapaan yang baik

Jalan Tengah adalah untuk mencapai hidup yang baik dengan mengamalkan jalan yang suci seperti yang berikut : a. Bersedekah b. Mencari ilmu pengetahuan dan kesucian c. Mengelakkan diri daripada membunuh, menipu, berzina dan mencuri

Hinduisme
Agama Hindu ialah agama yang utama dan tertua di dunia. Ia bermula di India lebih kurang 3000 tahun dahulu. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu, iaitu tempat permulaan tamadun di Lembah Sungai Indus. Agama ini merupakan campuran kebudayaan dan kepercayaan orang Aryan dan orang Dravidia. Bahasa Sanskrit dan Bahasa Tamil memainkan peranan utama dalam perkembangan agama Hindu. Agama Hindu berkembang daripada falsafah orang India. Oleh itu, Hinduisme lebih berbentuk cara kehidupan daripada agama. Agama Hindu tidak mempunyai pengasas dan tidak mempunyai sebuah kitab suci. Walau bagaimanapun, sesetengah penganut Hindu menganggap Bhagavadgita sebagai kitab suci.

Ia mengandungi nyanyian-nyanyian dewata dan mengajar tentang cara-cara kebahagiaan dan ketinggian hidup manusia. Orang Hindu percaya kepada jelmaan tuhan. Oleh itu, mereka menyembah kepada ramai dewa dan juga dewi. Pada mulanya mereka menyembah kepada dewa Agni (Dewa Api), Surya (Dewa Matahari) dan Indra (Dewa Peperangan).

Lama-kelamaan, mereka menyembah 3 orang dewa jelmaan yang digelar Trimurti (3 jelmaan) yang mempunyai peranan tertentu iaitu Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah). Berdasarkan kepercayaan tuhan tersebut telah wujud 2 mazhab yang terpenting dalam agama Hindu iaitu Mazhab Saivisme dan Mazhab Vaishnavisme. Orang Hindu juga percaya kepada Hukum Karma, kelahiran semula selepas mati :

Orang India percaya bahawa roh seseorang tidak akan mati bersama-sama jasadnya tetapi masuk ke dalam jasad yang lain dan dilahirkan semula untuk memulakan kehidupan yang baru.
a. Jenis kehidupan ini ditentukan oleh Hukum Karma. b. Karma dalam Bahasa Sanskrit bererti tindakan dan hasil-hasilnya. Oleh itu, karma ialah tingkah laku seseorang pada masa hidupnya dan menerima hasil pada hidup akan datang mengikut sama ada karmanya baik atau buruk. c. Jika seseorang itu membuat kebaikan dan menyembah tuhan, ia akan dilahirkan kembali ke dalam kasta yang lebih tinggi untuk menikmati kehidupan yang baik. d. Jika seseorang itu terus berkelakuan baik, ia akan terus meningkat tinggi sehingga ia tidak boleh dilahirkan semula. e. Rohnya akan mencapai Moksha atau Nirvana. f. Ini bermakna rohnya akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir semula ke dunia.

Kitab Hindu- Veda


Veda adalah kitab agama yang mengandungi nyanyian & pujian terhadap Tuhan, lagenda Tuhan & lain2.

Setiap Veda mempunyai 4 bahagian iaitu Samhita, Brahmana, Aranyaka dan Upanishad.
Dalam kitab Veda, Tuhan teragung ialah Brahman.

Anda mungkin juga menyukai