Anda di halaman 1dari 39

Tajuk 6:

Perkembangan Kognitif dan Bahasa

Nordin Tahir
IPG Kampus Ipoh
Pengenalan Perkembangan Bahasa

• Bahasa adalah satu bentuk komunikasi sama ada


verbal atau non verbal.
• Bahasa mengandungi perkataan-perkataan yang
digunakan oleh sesebuah komuniti dengan peraturan
tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tertentu.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 2


Kepentingan Perkembangan Bahasa
• Perkembangan bahasa bagi seseorang kanak-kanak
adalah sangat penting kerana bahasa merupakan
pemangkin perkembangan kanak-kanak tersebut.
• Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa
dan rakan sebaya, mereka membina kefahaman dan
idea-idea tentang perkara yang berlaku di
persekitaran mereka.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 3


Kepentingan Perkembangan Bahasa

• Menurut Berk (2001), bahasa memudahkan proses


pengajaran dan ia berkait rapat dengan kemahiran
membaca dan menulis.
• Manakala Santrock (2007) menyatakan bahawa
bahasa akan memudahkan pelajar mempelajari
konsep-konsep abstrak.
• Selain itu, kemahiran bahasa menjadi alat kepada
perkembangan kendiri dan sosial.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 4


Teori Dalam Kemahiran Bahasa

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 5


Perspektif Behavioris

• Skinner (1957) menyatakan ibubapa memainkan


peranan yang penting dalam menyediakan
perbendaharaan kata yang betul kepada anak-
anaknya.
• Ibubapa atau penjaga kanak-kanak boleh membantu
perkembangan bahasa kanak-kanak dengan memberi
peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak
menyebut perkataan atau ayat dengan betul dan
difahami.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 6


• Mengikut perseptif behavioris, setiap gerakbalas atau
tingkahlaku yang menggunakan bahasa diteguhkan.
• Contohnya: Apabila seorang kanak-kanak berkata,
“Saya dahaga, nak minum”.
• Ibunya bertindak balas dengan memberi minuman
kepada kanak-kanak tersebut.
• Tindak balas ibunya hasil daripada perkataan dan
bahasa yang digunakan oleh anaknya betul.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 7


• Kanak-kanak akan lebih gemar bercakap apabila
ibubapanya seringkali memuji dan meneguhkan
percakapannya.
• Ibubapa boleh memberi tindakbalas dengan
melakukan gerakbalas yang selaras dengan
percakapan kanak-kanak, memuji kanak-kanak
apabila dapat menyebut sesuatu dengan betul atau
berinteraksi dengan kanak-kanak menggunakan laras
bahasa yang betul.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 8


Perspektif Kognitif

• Teori sosio kognitif pula menekankan tentang


peranan pemodelan. Contoh: kanak-kanak meniru
percakapan orang dewasa.
• Kanak-kanak mungkin mempelajari beberapa aspek
dalam kemahiran bahasa apabila melihat dan
mendengar percakapan orang lain.
• Mereka seterusnya akan meniru dan akan
mengulanginya apabila diteguhkan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 9


• Vygotsky melihat bahasa sebagai alat utama untuk
interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana
pemikiran individu.
• Kanak-kanak mempelajari bahasa secara berinteraksi
setiap hari dengan orang-orang di persekitaran.
• Orang-orang dewasa akan mengubahsuai pertuturan
mereka supaya sesuai dengan kefahaman kanak-
kanak.
• Percakapan seperti bayi dan kanak-kanak kecil
dengan ayat-ayat mudah dan pendek disertai dengan
intonasi yang pelbagai memberi bantuan kepada
kanak-kanak untuk mempelajari bahasa. Ini
memudahkan perkembangan bahasa berlaku.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 10
Perspektif Nativis
• Perspektif Nativis berasaskan kepada teori
perkembangan otat yang lebih cenderung melihat
perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan
diwarisi.
• Teori ini dipelopori oleh Naom Chomsky yang
menyatakan proses perkembangan bahasa seseorang
individu lebih kompleks daripada peneguhan kepada
gerakbalas yang betul oleh Perspektif Behavioris atau
mempelajari daripada orang dewasa melalui
peniruan seperti yang ditegaskan oleh perspektif
Sosio Kognitif.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 11


• Chomsky mencadangkan perkembangan bahasa
individu adalah merupakan proses dalaman dan
dipengaruhi oleh individu itu sendiri.
• Ini bermaksud individu dilahirkan dengan keupayaan
berbahasa yang tersendiri yang mana Chomsky
melabelkannya sebagai “Tatabahasa Universal”.
• Tatabahasa universal ini adalah asas kepada semua
bahasa yang ada.
• Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky sebagai satu
pembelajaran bahasa yang ada pada setiap individu
semenjak dilahirkan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 12


Peringkat-peringkat
Perkembangan Bahasa

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 13


Peringkat Pranatal

• Pada minggu ke-30 sehingga ke-38, peparunya


berkembang baik dan sudah berfungsi.
• Janin boleh mendengar bunyi kuat dan memberikan
respons dengan menggerakkan kaki dan lengan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 14


Peringkat Bayi

• Semenjak lahir bayi sentiasa mengeluarkan bunyi-bunyian.


• Tujuan komunikasi awal ini adalah untuk menarik perhatian
ibubapa, penjaga dan orang-orang yang berada di sekitarnya.
• Bunyi dan isyarat pergerakan yang dilakukan oleh bayi berlaku
melalui turutan yang tertentu pada tahun yang
pertama:Menangis,‘Cooing’,‘Babbling’ dan membuat isyarat:
• Pada usia 8-12 bulan, bayi menunjukkan kefahaman pada
perkataan yang disebut.
• Bayi selalu mula menyebut perkataan pertama pada usia 10-
15 bulan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 15


• Sebelum perkataan pertama disebut, bayi selalunya telah
berinteraksi dengan ibubapa, penjaga melalui isyarat dan
bunyi-bunyi mereka yang tersendiri.
• Perkataan pertama adalah kesinambungan daripada proses
ini.
• Perkataan pertama bayi adalah perkataan yang penting dan
dekat dengan mereka seperti orang-orang yang terdekat
(papa, mama), kenderaan (kereta, car) mainan (bola),
makanan (susu), anggota badan (mata), pakaian (baju) atau
ucapan (bye-bye).
• Kadang-kala satu patah perkataan mereka boleh membawa
pelbagai makna. Contohnya ‘bola’ mungkin membawa
maksud “itu bola” atau “saya nak bola”.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 16


• Secara purata, bayi memahami lebih kurang 50
perkataan pada usia 13 bulan, tetapi mereka masih
tidak dapat menyebutnya sehingga dalam usia 18
bulan.
• Ini kerana, bagi bayi perkataan-perkataan yang
difahami selalunya melebihi perkataan-perkataan
yang diguna atau yang dapat disebut.
• Perbendaharaan kata bagi bayi akan meningkat
dengan cepat setelah mereka dapat menyebut
perkataan yang pertama.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 17


• Dalam usia 18 bulan mereka akan dapat menyebut
dalam lingkungan 50 patah perkataan.
• Bilangan ini meningkat sehingga 200 patah perkataan
pada usia 24 bulan (2 tahun).
• Peningkatan perbendaharaan kata yang cepat ini
dipanggil “vocabulary spurt”.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 18


Peringkat Kanak-kanak

• Model tahap perkembangan membaca dalam


kalangan kanak-kanak dicadangkan oleh Chall,
1979.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 19


Aras 0: Umur 0 – 4 Tahun

• Kanak-kanak mula menguasai kemahiran-kemahiran


asas untuk membaca.
• Mereka memahami peraturan dalam membaca iaitu
bermula dari kiri ke kanan.
• Mereka mula mengenali huruf, boleh menulis dan
membaca nama sendiri.
• Dengan sokongan daripada ibu bapa dan guru pra
sekolah, kanak-kanak ini menguasai kemahiran
membaca yang asas.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 20


Aras 1: Umur 5 – 7 Tahun

• Kebanyakan kanak-kanak mula belajar membaca


pada peringkat ini.
• Mereka mula mengenali suku kata bunyi perkataan
dan cara menyebut.
• Mereka mula membaca perkataan mudah dengan
menggabungkan suku kata.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 21


Aras 2: Umur 7 – 9 Tahun

• Kanak-kanak mula semakin fasih dalam membaca.


• Mereka boleh mengenali perkataan dan membaca
ayat.
• Walau bagaimanapun, membaca pada peringkat ini
masih hanya di peringkat pembacaan sahaja.
• Kanak-kanak pada peringkat ini kadang-kadang hanya
membaca tetapi tidak memahami apa yang dibaca.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 22


Aras 3: Umur 10 – 13 Tahun
• Pada peringkat usia ini, kanak-kanak lebih mahir
mendapatkan maklumat dan informasi daripada
pembacaan.
• Mereka mula membaca dengan kefahaman. Tetapi
mereka masih belum memahami pembacaan yang
memerlukan analisa atau yang melibatkan perspektif
yang berbeza.
• Kanak-kanak yang masih belum menguasai
kemahiran membaca pada peringkat ini, akan
mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran
akademik subjek-subjek yang lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 23
Aras 4: Umur 14 Tahun Ke Atas

• Hampir keseluruhan pelajar merupakan pembaca


yang mahir pada peringkat ini.
• Kefahaman mereka tentang bahan yang dibaca
meningkat, mereka berupaya memahami pembacaan
yang kompleks melibatkan pelbagai perspektif.
• Ini membolehkan mereka berbincang secara
analitikal tentang kesusasteraan, sejarah, ekonomi
dan politik.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 24


Peringkat Remaja
• Kemahiran bahasa bagi remaja meningkat dengan
penggunaan ayat yang lebih kompleks.
• Setara dengan perkembangan kognitif mereka lebih
abstrak, mereka sekarang dapat menganalisis
pelbagai bentuk makna perkataan dalam sesuatu
ayat.
• Remaja juga sudah boleh memanipulasi bahasa
kepada bentuk peribahasa, perumpamaan, sajak,
puisi dan sebagainya serta memahami bahasa yang
ironik, berbentuk kritikal dan abstrak seperti sajak,
puisi, cerpen, laporan dan sebagainya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 25


Peringkat Remaja

• Mereka boleh menyusun idea sebelum menulis


mengenalpasti antara pendahuluan idea-idea utama
dan penutup.
• Mereka juga mencipta dialek mereka sendiri
menggunakan slanga dan jargon semasa berinteraksi
sesama mereka.
• Ini juga merupakan salah satu ciri perkembangan
sosial remaja yang ingin mempunyai identiti sendiri
dan tergolong dalam kumpulan yang tertentu.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 26


Pengaruh Biologi Dan Persekitaran
Terhadap Perkembangan Bahasa

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 27


Pengaruh Biologi
• Naom Chomsky (1957) menegaskan individu telah
diprogramkan secara genetik untuk menguasai bahasa.
• Beliau menyatakan kanak-kanak dilahirkan dengan alat
penguasaan bahasa atau LAD (Language Acquisition
Device) - mekanisme penguasaan bahasa yang
membolehkan mereka mengesan ciri-ciri dan peraturan
dalam penggunaan bahasa yang digunakan di
persekitaran.
• Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai kebolehan
untuk mengesan tatabahasa dan cara penggunaan
bahasa tersebut. Contohnya: kata ganti nama, kata tanya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 28


• Menurut kajian, kecederaan pada kawasan Broca dan
kawasan Wernicke yang sama kedua-duanya terletak di
hemisfera kiri otak boleh menyebabkan seseorang
individu hilang keupayaan dalam berbahasa.
• Kawasan Broca adalah bahagian dalam otak yang
mengawal pergerakan otot yang menghasilkan
pertuturan.
• Manakala kawasan Wernicke adalah bahagian yang
terlibat dalam memproses kefahaman berbahasa.
• Individu yang mengalami kecederaan di kawasan ini
boleh bercakap tetapi percakapannya sukar difahami dan
individu tersebut juga mempunyai kesukaran untuk
memahami percakapan orang lain (Santrock, 2007).

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 29


Pengaruh Persekitaran
• Keluarga dan persekitaran mempunyai pengaruh
kuat ke atas kemahiran berbahasa.
• Sokongan serta pengaruh ibubapa dan guru penting
dalam perkembangan bahasa kanak-kanak.
• Kajian mendapati jumlah masa interaksi antara
ibubapa dan kanak-kanak serta status sosioekonomi
ibubapa mempengaruhi perbendaharaan kata kanak-
kanak.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 30


Pengaruh Persekitaran
• Daripada kajian Betty Hart dan Todd Risley (Santrock,
2007) mendapati ibubapa dari golongan professional
kurang bercakap dan kurang menerangkan sesuatu
perkara dengan lebih lanjut kepada anak-anak.
• Dalam kajian lain, mendapati kanak-kanak yang
mempunyai ibu yang kerap berkomunikasi dengan
mereka mempunyai empat kali ganda lebih
perbendaharaan kata daripada anak-anak yang
mempunyai ibu yang pendiam.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 31


Pengaruh Persekitaran

• Kajian oleh pra sekolah di Amerika (1998-99)


mendapati ibubapa yang membaca kepada anak-
anak mereka tiga hingga empat kali seminggu akan
menyebabkan anak-anak ini mempunyai kemahiran
berbahasa yang baik berbanding dengan ibubapa
yang kurang berbuat demikian.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 32


• Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak
mengalami perkembangan pesat dalam proses
operasi kognitif dan mengaplikasi kemahiran ini
apabila berfikir tentang objek, situasi dan orang yang
telah mereka lihat.
• Operasi kognitif adalah aktiviti mental dalaman yang
membolehkan kanak-kanak mengubahsuai dan
menyusun semula imej dan simbol dalam membuat
rumusan atau keputusan yang logik.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 33


• Beberapa pemikiran yang beransur-ansur dikuasai
oleh kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini
ialah pengekalan terutamanya isipadu dan berat,
mengklasifikasi dan mengkategori serta juga
berupaya membuat perkaitan logik (relational logic).
• Kanak-kanak peringkat operasi konkrit boleh
mengumpul benda-benda mengikut ciri-cirinya ke
dalam kategori tertentu.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 34


Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 35
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 36
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 37
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 38
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 39

Anda mungkin juga menyukai