Anda di halaman 1dari 2

Menurut Md.

Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran
(Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000,
Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178), menjelaskan terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang
dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu:

1. KECEMERLANGAN PERIBADI
Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:
 Nilai kendiri yang positif
 Berakhlak mulia
 Adil
 Bertimbang rasa
 Amanah
 Bertanggung jawab
 Kreatif
 Inovatif
 Kemas
 Sikap sedia berkongsi
 Bersikap terbuka
 Berpemikiran positif

2. KECEMERLANGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:
 Mengamalkan budaya ilmu
 Berkebolehan menyelesaikan masalah
 Membuat keputusan yang rasional serta objektif
 Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. KECEMERLANGAN KOMUNIKASI

Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama
dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara
yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:
 Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.
 Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.
 Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.
 Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4. KECEMERLANGAN POTENSI
1
Page
 Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum
dan kokurikulum.
 Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar,
bengkel.
 Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.

5. PERSONALITI UNGGUL

Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh
memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu
mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:
 Adil
 Sabar
 Tegas
 Konsep kendiri positif
 Kesungguhan
 Mesra
 Prihatin
 Kerjasama
 Menepati masa
 Bertanggung jawab
 Berakhlak mulia
 Kecindan (unsur jenaka)

Menurut Md. Nasir Masran (2000), semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini hanya memiliki
tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan.

2
Page

Anda mungkin juga menyukai