Anda di halaman 1dari 15

Nama : ……………………………………………….……..

Tahun : ……………………

SULIT 015/1

Matematik
Kertas 1
“LTS 1”
2006
1 jam

JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

“LEARNING TO SCORE 2006”


MATEMATIK
Kertas 1 - Set Satu

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

4. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.

5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

6. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukiskan mengikut skala kecuali dinyatakan.

7. Anda boleh membuat kerja mengira di tempat kosong di dalam kertas soalan.

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak dan 1 halaman kosong

[ Lihat sebelah
SULIT
Jawab semua soalan.

1 Antara berikut, nombor yang manakah apabila dibundarkan kepada ribu terdekat
akan menjadi 62 000?
A 60 943
B 61 354
C 62 417
D 62 543

2 Rajah 1 menunjukkan empat keping kad nombor.

6∙5 6∙508 6∙058 6∙58


RAJAH 1
Antara berikut yang manakah menunjukkan susunan kad nombor tersebut mengikut
nilai dalam tertib menurun.
A 6∙5, 6∙508, 6∙58, 6∙058
B 6∙58, 6∙508, 6∙5, 6∙058
C 6∙058, 6∙5, 6∙58, 6∙508
D 6∙58, 6∙058, 6∙508, 6∙5

3 20% ditukarkan kepada perpuluhan ialah


A 0∙02
B 0∙2
C 2∙0
D 20∙0

4 Rajah 2 menunjukkan dua buah kuboid P dan Q.

4 cm

4 cm
Q
P 6 cm
2 cm
3 cm
6 cm
RAJAH 2

Berapakah bilangan kuboid Q dapat diisi penuh ke dalam kuboid P?


A 10
B 8
C 6
D 4

2
5 Rajah 3 menunjukkan beberapa segitiga yang dilukis pada petak segiempat
yang sama besar.

X
R

P
Q
S

RAJAH 3

Segitiga yang manakah mempunyai ciri yang sama dengan segitiga X?


A P
B Q
C R
D S

6 Rajah 4 menunjukkan waktu Zarul selesai mengulangkaji pelajaran.

Malam

RAJAH 4

Tukarkan waktu itu dalam sistem 24 jam.


A 11∙30 a.m.
B 23 30 jam
C jam 11 30
D jam 23 30

3
7 Antara berikut, yang manakah betul?

A 600 g = 0∙006 kg
B 600 g = 0∙06 kg
C 600 g = 0∙6 kg
D 600 g = 6 kg

8 93 274 ÷ 9 =

A 1 363 baki 7
B 10 336 baki 7
C 10 363 baki 7
D 13 630 baki 7

9 RM204.00 ÷ 8 =

A 2 keping 2 keping

B 3 keping 2 keping

C 4 keping 1 keping

D 5 keping 1 keping

10 889 + 212 × 29 =

A 7 037
B 9 037
C 25 993
D 31 929

4
– 2 +3 =
3 1 1
11 2
8 4 2

1
A 3
8
5
B 3
8
1
C 4
8
5
D 4
8

12 RM10.25 – (RM3.15 + RM2) + 75 sen =

A RM4.35
B RM5.85
C RM8.35
D RM9.85

5 7
13 3 +1 =
6 9

4
A 4
5
11
B 4
28
1
C 5
28
11
D 5
28

14 x 100 = 2∙03 x 10

Apakah nombor yang mesti ditulis dalam itu?

A 0∙203
B 2∙03
C 20∙3
D 203
5
15 Rajah 5 menunjukkan dua keping kad nombor.

1∙064 0∙63

RAJAH 5

Tambahkan nilai digit 6 bagi kedua-dua nombor itu.


A 12
B 1∙2
C 0∙66
D 0∙12

16 Rajah 6 menunjukkan berat limau dalam tiga daripada lima buah kotak J, K, L, M dan N.
Kotak M dan N tidak berisi limau.

2kg 1∙05kg 400g

J K L M N
RAJAH 6

Hitungkan purata berat limau, dalam g , setiap kotak.


A 69
B 115
C 690
D 1150

17 Seramai 234 calon telah menduduki penilaian UPSR pada tahun 2005 di sebuah
sekolah. Bilangan calon yang gagal adalah 14 orang kurang daripada bilangan calon
yang lulus.

Carikan bilangan calon yang lulus dalam penilaian UPSR di sekolah itu.

A 96
B 110
C 124
D 220

6
18 Encik Fahim memperuntukan wang sebanyak RM2 000 untuk membaiki rumah dan
1
membayar upah dua orang pekerjanya. daripada wang tersebut diguna membeli
4
peralatan, 60 % daripada baki wang itu diberi kepada pekerja pertama manakala
selebihnya diberi kepada pekerja kedua.

Berapakah jumlah upah yang diterima oleh pekerja kedua?

A RM600
B RM900
C RM1 200
D RM1 500

19 Puan Lina membelanjakan RM10.50 untuk membeli barang-barang keperluan membuat


kuih bahulu.Seketul kuih bahulu dijual dengan harga 80 sen.

Kirakan keuntungan yang diperolehi oleh Puan Lina jika dia dapat membuat 30 ketul
kuih bahulu.

A RM11.30
B RM13.50
C RM14.50
D RM24.00

20 Jadual 1 menunjukkan jumlah guli yang diterima dan bilangan yang berjaya
dimasukkan ke dalam bekas dalam satu pertandingan sukaneka.

Warna Guli Jumlah Guli Masuk


Merah 20 17
Biru 25 14
Kuning 15 8

JADUAL 1

Berapakah peratus bilangan guli yang tidak berjaya dimasukkan daripada


jumlah semua guli itu?
A 21
B 35
C 39
D 65

7
21 Rajah 7 menunjukkan waktu berlepas sebuah kapal terbang dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Brunei.

13 : 25
RAJAH 7

Penerbangan itu mengambil masa selama 2 jam 55 minit.


Antara berikut manakah menunjukkan waktu kapal terbang itu tiba di Brunei?
A 4.20 a.m.
B 4.20 p.m.
C 3.20 a.m.
D 3.20 p.m.

22 Jadual 2 menunjukkan panjang dua jenis spring yang disediakan dalam suatu
pertandingan rekacipta.

Jenis Spring Panjang


M 1∙2 cm
N 85 mm
JADUAL 2
Amin memerlukan 2 utas spring M dan 3 utas spring N.
Hitungkan jumlah panjang, dalam cm, spring yang digunakan oleh Amin.
A 2∙05
B 4∙95
C 5∙3
D 9∙7

23 Jadual 3 menunjukkan isipadu tiga jenis minuman yang dibeli oleh Mamat.

Kuantiti Minuman Isipadu seunit


3 kotak Perisa Oren 675 mℓ
2 kotak Perisa Epal 500 mℓ
1 botol Air Mineral 1∙25 ℓ

JADUAL 3

Berapakah jumlah isipadu, dalam ℓ, minuman yang dibeli oleh Mamat?

A 1∙3
B 2∙425
C 4∙1
D 4∙275
8
24 Rajah 8 menunjukkan berat 2 buah kotak dan 3 tin makanan yang sama.

0
9 kg 1
8 2
7 3
6 4
5

RAJAH 8

Apabila ketiga-tiga tin itu diambil, bacaan penimbang menjadi 2∙1kg.


Berapakah berat, dalam g, setiap tin itu?
A 700
B 1 200
C 1 300
D 3 900

25 Jumlah buku yang terdapat pada rak pertama ialah 54 buah. Rak kedua mengandungi
12 buah buku lebih daripada rak pertama, manakala rak ketiga mengandungi 6 buah
buku kurang daripada rak kedua.

Kirakan purata buku yang terdapat pada setiap rak.


A 24
B 28
C 42
D 60

26 Berat sebuah raga berisi tiga biji betik ,dua biji nanas dan sebiji tembikai ialah 9∙5 kg.
Jumlah berat tiga biji betik ialah 3∙75 kg. Berat dua biji nanas dan tembikai
masing-masing 2∙25 kg.
Berapakah berat, dalam kg, raga itu?
A 3∙5
B 1∙75
C 1∙35
D 1∙25

9
27 Rajah 9 ialah carta palang yang menunjukkan cara murid-murid SK Sungai Sumun
ke sekolah pada bulan Januari.

Bilangan
Murid

300

200

100

0 Kenderaan
Berjalan

Basikal

Kereta
Bas
kaki

RAJAH 9

2
Pada bulan Februari, daripada jumlah murid yang berjalan kaki dan berbasikal
5
telah menaiki bas.
Hitungkan jumlah murid yang menaiki bas pada bulan Februari.

A 80
B 200
C 330
D 500

28 Rajah 10 menunjukkan gabungan sebuah segiempat tepat PQST dan dua buah segitiga
sama kaki PTU dan QRS.

P 10 cm Q

U R

T S
RAJAH 10

Perimeter segiempat PQST ialah 26 cm manakala perimeter seluruh rajah ialah 36 cm.
Hitungkan perimeter, dalam cm, segitiga sama kaki QRS.
A 8
B 9
C 11
D 12

10
29 Rajah 11 ialah piktograf yang menunjukkan jualan telur ayam pada minggu kedua.

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Mewakili 600 biji telur


RAJAH 11

Purata jualan pada minggu pertama adalah 3 200 biji.


Berapakah beza purata jualan telur pada minggu kedua berbanding minggu pertama?

A 1 100
B 2 100
C 5 200
D 5 300

30 Rajah 12 menunjukkan sekeping plastik berbentuk segiempat tepat yang dibahagikan


kepada tiga bahagian L, M dan N yang sama luas.

L M N 3m

RAJAH 12

Perimeter setiap bahagian itu ialah 15 m.


Hitungkan luas, dalam m² , plastik tersebut.

A 13∙5
B 27
C 33
D 40∙5

11
31 Rajah 13 menunjukkan beberapa buah pepejal berbentuk kuboid yang sama saiz.

RAJAH 13

Isipadu bahagian berlorek ialah 8 m³.


Hitungkan isipadu, dalam m³, seluruh rajah itu?

A 32
B 38
C 48
D 64

32 Sebuah kondominium yang terdiri daripada 15 tingkat mempunyai 8 buah rumah


pada setiap tingkat. Dianggarkan penghuni setiap rumah berjumlah antara
5 hingga 7 orang.
Berapakah anggaran yang paling sesuai untuk bilangan penghuni kondominium itu?

A 120
B 360
C 420
D 720

33 Jadual 4 menunjukkan harga dan peratus diskaun bagi dua barang yang dijual
oleh Encik Mazlan.

Barang Harga Diskaun (%)


Kasut RM24∙50 20
Beg RM35 30

JADUAL 4

Harga kos kedua-dua barang itu ialah RM36.


Hitungkan jumlah keuntungan yang diperolehi oleh beliau.
A RM8.10
B RM15.40
C RM29.75
D RM44.10

12
34 Jadual 5 menunjukkan tempoh masa yang diambil oleh Shamsiah untuk melakukan
aktiviti pada suatu hari tertentu.

Waktu
Aktiviti
Mula Tamat
Bersenam 7∙15 a.m. 8∙45 a.m.
Ulangkaji pelajaran 10∙10 a.m. 12∙40 p.m.
Mengemas 4∙30 p.m. 5∙45 p.m.

JADUAL 5

Berapakah jumlah masa yang digunakan oleh Shamsiah untuk melakukan aktiviti
bersenam dan mengemas.
1
A 2 jam
4
3
B 2 jam
4
1
C 3 jam
4
3
D 3 jam
4

35 Rajah 14 menunjukkan seutas tali. Kedudukan L berada di tengah-tengah JM.

8∙4 cm

J K L M

RAJAH 14

2
Panjang JK adalah daripada panjang KL.
3
Hitungkan panjang,dalam cm, tali itu?

A 14
B 22∙4
C 28
D 32∙6

13
36 Kebocoran paip menyebabkan air menitis antara 70mℓ hingga 90 mℓ setiap 2 jam.
Berapakah anggaran, dalam ℓ , air yang menitis dalam masa sehari?
A 1∙68
B 0∙85
C 0∙83
D 0∙48

37 Rajah 15 ialah bil yang tidak lengkap yang menunjukkan barang yang dibeli
oleh Encik Razak.

Kuantiti Barang Harga seunit Harga


5 botol Minyak masak
3 tin Susu RM1∙20
4 buku Sabun RM1∙50
Jumlah

RAJAH 15

Encik Razak membayar dengan sekeping wang kertas RM50 dan sekeping wang kertas
RM10. Baki wang yang diterimanya ialah RM1∙40.
Hitungkan harga 1 botol minyak masak.

A RM9∙80
B RM11∙70
C RM49∙10
D RM58∙60

38 Rajah 16 menunjukkan harga dan diskaun yang ditawarkan oleh sebuah kedai.

Diskaun Diskaun
20% 30%

RM160

RAJAH 16

Puan Maznah membeli sepasang kasut dan sebuah pembakar roti. Dia membayar
RM184 untuk kedua-dua barang tersebut.
Hitungkan harga asal pembakar roti itu.

A RM32
B RM65
C RM80
D RM128
14
39 Jadual 6 menunjukkan bilangan pengunjung yang melawat Pusat Sains Negara pada
suatu hari tertentu.

Jantina
Lelaki Perempuan
Kanak-kanak 354 460
Dewasa 160 206

JADUAL 6
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang bilangan pengujung
di Pusat Sains Negara.

A Jumlah pengunjung adalah melebihi 1 200 orang.


B Jumlah pengunjung lelaki melebihi pengunjung perempuan.
1
C daripada pengunjung adalah kanak-kanak perempuan.
4
D 30% daripada jumlah pengunjung adalah kanak-kanak lelaki.

40 Rajah 17 menunjukkan gabungan sebuah segiempat tepat EFGH, segiempat sama


STUV.

4 cm
E F T

16 cm S U

H G 6 cm V

RAJAH 17

Panjang FS = SG dan perimeter segiempat sama STUV ialah 40 cm.


Hitungkan perimeter, dalam cm, seluruh rajah.

A 58
B 68
C 78
D 86

KERTAS SOALAN TAMAT

15

Anda mungkin juga menyukai