Anda di halaman 1dari 2

PENGAPLIKASIAN KIT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(PdP)

SENI MUZIK

 Elemen seni muzik diterapkan ke dalam penggunaan kit di mana lagu “Rasa
Sayang” diperdengar dan dilagukan oleh murid ketika aktiviti berlangsung.
Lagu ini dimulakan semasa kit “Roda Kerjaya” dipusingkan oleh wakil
kumpulan.
 Penggunaan lagu ini dapat menceriakan suasana Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) dan secara langsungnya akan mengelakkan murid
berasa bosan ketika di dalam kelas. Penggunaan muzik ini turut menaikkan
semangat murid untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan.

SENI PERGERAKAN

 Seni pergerakan diaplikasikan ketika murid diminta untuk melakonkan watak


kerjaya yang diperolehi berdasarkan “Roda Kerjaya”. Wakil setiap kumpulan
perlu memusing “Roda Kerjaya” dan apabila jarum/ penunjuk roda berhenti
pada sesuatu kerjaya, maka mereka haruslah melakonkan kerjaya tersebut
mengikut kreativiti masing-masing. Pergerakan kreatif akan terhasil daripada
gerakan mereka dimana ia merangkumi tubuh badan, ruang, daya dan
hubungan.
 Misalnya, kerjaya ‘Guru’ menghendaki murid untuk melakonkan gaya seorang
guru yang sedang mengajar. Pada masa yang sama, murid boleh berlakon
dengan menggunakan prop atau alatan seperti rotan, buku dan sebagainya.

SENI VISUAL

 Seni visual diterapkan dalam pengaplikasian aktiviti mewarna dalam aktiviti


ini. Dalam hal ini, murid dikehendaki mewarna kerjaya yang terpilih semasa
memusingkan “Roda Kerjaya”.
 Selepas aktiviti lakonan, guru akan memberikan sehelai kertas yang
memaparkan kerjaya tertentu kepada murid beserta suku kata. Mereka
diminta untuk mewarna grafik yang tidak berwarna yang terdapat pada kertas
tersebut dengan menerapkan unsur-unsur seni.

Kemahiran Membaca

 Penggunaan kit “Roda Kerjaya” ini, murid dapat menerapkan kemahiran


membaca.
 “Roda Kerjaya” merupakan sebuah kit yang mengandungi gabungan suku
kata yang membentuk menjadi perkataan. Misalnya, gu + ru (guru), bom + ba
(bomba) dan ne + la + yan (nelayan).
 Melalui pengaplikasian kit ini, murid dapat memperkembangkan proses
mengenal lambang-lambang tulisan, menterjemahkannya kepada bentuk
lakonan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan tersebut.
 Maka, bagi murid tahun 1, kit ini berupaya memperkembangkan
pengaplikasian kemahiran membaca dalam aktiviti bermain.
 Pada masa yang sama, kit ini mudah diaplikasikan, malah murid memperoleh
keseronokkan belajar kerana ia menarik perhatian murid melalui gerakan roda
yang berputar.

Anda mungkin juga menyukai