Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

JALAN COLLEGE, 93200 KUCHING, SARAWAK

KERJA KURSUS

BMMB 3052

SENI DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN 4: PERSEMBAHAN (BERKUMPULAN)

NAMA NO. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN


LOWENA PAYA LATIP 2020042340036 010913-13-0264
NUR IRDINA BINTI MONIR 2020042340039 990819-13-6498
SITI NOOR ARIQAH BINTI 2020042340041 010921-13-0854

KARIM

NAMA KUMPULAN : KUMPULAN BM SJKC 2

KUMPULAN/ UNIT : PISMP JUN 2020 BAHASA MELAYU SJKC 2

KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB 3052 SENI DALAM PENDIDIKAN


NAMA PENSYARAH : DR HASNALEE BIN TUBAH

TARIKH HANTAR : 22 MAC 2021

1.0 PENGENALAN
Secara umumnya, sketsa drama dikenali sebagai drama pendek. Menurut Ismaliza (2015),
perkataan ‘drama’ berasal daripada perkataan Yunani tua, iaitu ‘dra’ yang bermaksud gerak
atau sesuatu yang dilakukan di mana mengandungi unsur-unsur kesenian yang mampu
memberikan keindahan dan keseronokan. Fungsi sketsa drama dalam tugasan 4 ini adalah
untuk mempersembahkan kit persembahan yang berkaitan dengan kemahiran membaca
Bahasa Melayu dalam kalangan murid. Sketsa yang bertajuk ‘Kerjaya’ ini disediakan dan
dipersembahkan oleh pelajar-pelajar PISMP BM SJKC 2 Ambilan Jun 2020. Kami
menggunakan pelantar Google Meet bagi mempersembahkan sketsa ini dan bagi bahagian
yang tertentu, para pelakon akan merakam sendiri manakala AJK pelaksana akan menolong
untuk menggabungkan rakaman-rakaman tersebut dan menjadikannya sebagai sebuah
persembahan yang sempurna. Impak dari pandemik Covid-19, kami terpaksa menggunakan
cara sedemikian kerana tidak dapat berjumpa secara bersemuka.

2.0 SINOPSIS
‘Kerjaya’ merupakan sebuah sketsa drama tentang bagaimana seorang guru menggunakan
kit yang merangkumi elemen-elemen seni dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan elemen seni dalam pendidikan (SDP) adalah penting. Seperti yang dinyatakan
oleh Kipli (2010), aspek penting yang membantu meningkatkan mutu pendidikan adalah
dengan mengaplikasikan elemen kesenian dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Sketsa ‘Kerjaya’ ini dimulakan dengan guru yang mengambil kehadiran murid dan
memberitahu mereka berkenaan topik pembelajaran pada hari tersebut. Kemudian, guru
bertanyakan cita-cita murid dan beberapa murid diminta untuk menjawab soalan tersebut.
Dengan mendengar jawapan dan huraian mereka, guru seterusnya memberikan pujian serta
mendoakan kejayaan mereka. Selepas itu, guru memulakan PdP dengan menunjukkan
bahan bantu mengajarnya serta membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Guru
menjelaskan bahan bantu mengajarnya iaitu ‘Roda Kerjaya’ yang berkaitan dengan cita-cita
murid seperti yang dibincangkan pada awal PdP. Murid-murid dikehendaki untuk memutar
‘Roda Kerjaya’ mengikut kumpulan dan melakonkan watak yang terpapar pada roda
tersebut apabila ‘Roda Kerjaya’ tersebut berhenti.

Wakil ahli kumpulan yang pertama telah memutar roda tersebut dan roda berhenti pada
‘Po+lis’. Oleh itu, guru meminta murid tersebut untuk melakonkan aksi ‘polis’ sementara
murid-murid lain meneka aksi yang dilakonkan olehnya. Murid-murid memberikan respons
yang bagus, begitu juga dengan murid-murid yang seterusnya untuk melakonkan kerjaya
yang diputar. Walaupun terdapat murid yang malu untuk melakonkan wataknya, guru dan
rakan kumpulan tetap memberikan galakan dan semangat kepadanya. Akhirnya, dia berjaya
melakonkan wataknya dengan cemerlang. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat melatih
kemahiran membaca murid-murid di mana mereka boleh membaca suku kata pada ‘Roda
Kerjaya’ yang diputar dan seterusnya melakonkan watak masing-masing kepada murid-
murid lain untuk meneka. Aktiviti ini turut menarik minat murid untuk belajar sekali gus
memudahkan mereka untuk memahami maksud kerjaya yang terpapar pada ‘Roda Kerjaya’
tersebut.

3.0 WATAK DAN PERWATAKAN

Berikut merupakan senarai nama watak dan perwatakan bagi sketsa:

Watak Dilakonkan oleh: Perwatakan


Cikgu Melati Nor Azura Binti Abu  Merupakan seorang guru Bahasa
Talip Melayu di kelas 1 Anggerik
 Seorang guru yang menerapkan elemen
SDP ketika berlangsungnya PdP
 Guru yang kreatif
Sara Devy Kuan Siaw Yin  Ketua kelas 1 Anggerik
 Bercita-cita hendak menjadi seorang
polis
Anita Viviana Chai Anak  Bercita-cita hendak menjadi seorang
Victor doktor
 Seorang yang aktif di dalam kelas
Jace Calvin Mangai Anak  Bercita-cita hendak menjadi usahawan
Francis
Grace Cindy Tie Sing Chee  Seorang yang aktif menjawab
pertanyaan cikgu
Lina Holyvia Lau Yuk Lang  Bercita-cita hendak menjadi seorang
guru
Sofia Alveena Venesha  Bercita-cita hendak menjadi seorang
Caffira Anak Seriyady petani
Ah Chong Tay Chin Kit  Bercita-cita untuk menjadi bomba
 Seorang rakan yang ‘supportive’ –
memberikan semangat kepada Fatimah
untuk berlakon
Risha Evaneesa Zurina Anak  Bercita-cita hendak menjadi
Rosslly Rangkar sukarelawan kerana ingin membantu
mereka yang susah
 Seorang rakan yang ‘supportive’ –
memberikan semangat kepada Fatimah
untuk berlakon
Fatimah Azyan Fitryza Binti  Seorang yang pemalu
Mohd. Azrey
Dalam sketsa tersebut, Chai Xun Ru bertugas sebagai pencerita sketsa.

4.0 SKRIP SKETSA DRAMA


Tajuk: Kerjaya

Sebelum PdP

 Suasana pembelajaran bermula secara atas talian dengan pelantar Google Meet.
 Para murid kelas 1 Anggerik menunggu kemasukan guru dalam Google Meet.
 Sebelum kemasukan guru, semua murid menutup kamera dan senyap.
 Selepas guru masuk ke dalam Google Meet, guru mengambil kehadiran murid.

Semasa PdP (bahagian 1)

Sara : Selamat pagi, cikgu.

Murid 1 Anggerik : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu Melati : Selamat pagi, kelas. Duduk.

Murid 1 Anggerik : Terima kasih, cikgu.

Cikgu Melati : Semua hadir hari ini?

Sara : Ya cikgu. Semua hadir.

Cikgu Melati : Baiklah, terima kasih Sara. Baiklah kelas. Topik pembelajaran kita
hari ini adalah berkaitan dengan cita-cita. Siapa tahu apa itu cita-cita?

Sara : Polis, cikgu.

Grace : Saya, cikgu! Saya!

Ah Chong : Bomba!

Cikgu Melati : Baiklah, kelas. Betul apa yang kamu cakap. Sekarang cikgu
menerangkan apa itu cita-cita. Cita-cita ni ialah kerjaya atau sesuatu
impian tentang apa yang kamu nak jadi bila dah besar nanti. Awak
semua dah ada cita-cita?

Murid 1 Anggerik : Ada, cikgu.

Cikgu Melati : Anita, dah besar nanti awak nak jadi apa?
Anita : Dah besar nanti saya nak jadi doktor, cikgu.

Cikgu Melati : Kenapa?

Anita : Sebab nanti saya nak tolong rawat nenek saya yang sakit supaya dia
sembuh dan saya nak tolong orang lain kalau mereka tak sihat.

Cikgu Melati : Wah, matangnya pemikiran kamu. Cikgu doakan dah besar nanti
kamu dapat jadi seorang doktor yang berjaya ya.

Anita tersenyum lebar apabila mendengar pujian dan doa daripada guru bahasa Melayu itu.

Cikgu Melati : Kamu pula Lina?

Lina : Saya nak jadi cikgu, macam cikgu. (Kata Lina sambil tersenyum
riang)

Cikgu Melati : Cita-cita yang baik. Saya juga berharap cita-cita Lina akan tercapai
dan dapat mendidik generasi muda yang akan datang.

Seterusnya…

Risha : Cikgu, saya nak, pilih saya.

Cikgu Melati : Baik, Risha. Marilah berkongsi apakah cita-cita kamu dan sebabnya.

Risha : Saya ingin menjadi sukarelawan kerana saya ingin membantu orang
yang menghadapi masalah seperti penduduk di pedalaman. Mereka
tiada makanan, barangan keperluan, saya ingin menyumbang sedikit
sumbangan sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab.

Cikgu Melati : Cita-cita yang baik. Seterusnya cikgu nak tanya...

Jace dan Sofia : Saya, cikgu. Saya, cikgu. (sambil mengangkat tangan)

Cikgu Melati : Baiklah, Jace. Mulakan dulu selepas itu diikuti dengan Sofia.

Jace : Saya ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya kerana dapat
mengaut keuntungan. Jadi, saya akan menjadi kaya raya dan
menggunakan wang ini untuk membeli rumah, basikal, barang
permainan dan banyak lagi. hehehe........

Sofia : Eleh, asyik beli mainan jeee… (sambil membuat muka ‘annoying’)
Saya nak jadi seorang petani cikgu. Dapat tanam banyak jenis
tumbuhan macam sayur dan buah-buahan yang sedap.

Semasa PdP (bahagian 2)

Cikgu Melati : Baiklah, hari ini kita akan belajar dan bermain sikit. Nampak tak apa
yang cikgu bawa ni? (Ujar Cikgu ---- sambil menunjukkan bahan
bantu mengajar yang telah diciptanya sendiri)

Murid 1 Anggerik : Nampak, cikgu.

Grace : Apa itu, cikgu?

Cikgu Melati : Haaa. Inilah yang kita akan guna untuk bermain hari ini. Kamu
semua suka bermain tak?

Murid 1 Anggerik : Suka, cikgu!!

Cikgu Melati : Baiklah. Cikgu nak bahagikan kamu kepada 3 kumpulan. Pelajar dari
depan kamu hitung dari 1 hingga 3. Pelajar yang dapat nombor yang
sama akan menjadi satu kumpulan, okay.

Pelajar mula membentuk kumpulan masing-masing dan duduk semeja.

Cikgu Melati : Semua dah ada kumpulan?

Murid 1 Anggerik : Sudah, cikgu.

Cikgu Melati : Permainan kita hari ini ialah permainan Roda Kerjaya. Haa, sebab tu
lah cikgu tanya cita-cita kamu tadi. Cita-cita yang kamu impikan tu
lah dinamakan sebagai kerjaya seperti cikgu, doktor, angkasawan dan
sebagainya. Jadi, dalam aktiviti ini, setiap seorang dari kumpulan
akan berpeluang memutar Roda Kerjaya ini mengikut giliran kumpulan
masing-masing.
(Penerangan tentang pelaksanaan)

Murid menumpu perhatian untuk mendengar penerangan guru supaya tidak terlepas apa-
apa informasi penting.

Cikgu Melati : Siapa nak jadi yang pertama putar roda kerjaya ni? Ada yang nak
buat secara sukarelawan? Atau nak cikgu pilih?

Anita : Saya, cikgu. Saya.

Cikgu Melati : Baiklah, Anita wakil dari kumpulan 1 akan putar roda ni.

Anita memutar Roda Kerjaya dengan sekuat hati. Roda tersebut mula berhenti perlahan-
lahan dan akhirnya anak panah berhenti pada suka kata "Po + lis”. Anita kemudiannya
menepuk bahu ahli kumpulannya iaitu Sara dan Jace lalu mereka berdua menoleh serta
menghadap Anita.

Cikgu Melati : Kamu berdua perlu meneka kerjaya yang dilakonkan oleh Anita.
Anita, kamu boleh mula melakonkan aksi kamu sekarang.

Anita melakonkan watak polis menggunakan imaginasinya di mana dia membayangkan


bahawa dia sedang memegang pistol dan menembak sesuatu.

Jace : Askar!

Anita menggeleng kepala.

Sara : Polis!

Anita mengangguk kepala dan mereka bertiga menepuk tangan masing-masing dengan
gembira.
Cikgu Melati : Sekarang giliran kumpulan 2 pula.

Grace dan Lina menoleh ke belakang lalu Sofia memutar roda dan akhirnya anak panah
berhenti pada suku kata ‘As+kar’. Sofia mula berlakon dengan berkawad kaki dengan mimik
muka yang tegas.

Lina : Guru!

Sofia menggeleng kepala.

Grace : Polis!

Sofia menggeleng kepala sekali lagi tetapi dia tetap berusaha untuk berlakon bagi
menunjukkan sifat-sifat yang ada pada seorang askar-

Lina : Askar!

Sofia bertepuk tangan dan bersenyum dengan gembira bahawa mereka telah meneka
dengan betul. Mereka saling memeluk tanda kerjayanya.

Cikgu: Kumpulan 3, sila ke depan dan memusingkan roda.

Ah Chong dan Risha mencadangkan Fatimah menjadi wakil kumpulan mereka kerana
mereka mengetahui Fatimah ialah seorang pemalu dan ingin memberikan peluang
kepadanya untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti ini.

Semasa Fatimah memutar roda, Ah Chong dan Risha menghadap ke belakang.


Roda tersebut mula berhenti perlahan-lahan dan akhirnya anak panah berhenti pada suka
kata "Gu+Ru". Fatimah tidak berani untuk berlakon walaupun sudah mengetahui apa yang
perlu dilakon olehnya.

Ah Chong : Fatimah, jangan malu, kamu lakon apa sahaja yang kamu tahu, tiada
orang akan ketawa kamu.

Risha : Ya, Fatimah, kami akan berusaha untuk meneka apa yang kamu
lakonkan. Saya percaya kamu dapat buat yang terbaik.

Fatimah : Baik. Saya cuba lakonkan.

Fatimah mula berlakon dengan mengambil pen marker dan meniru aksi seorang guru
mengajar pelajar.

Ah Chong : Guru!

Fatimah bersenyum dan mengangguk kepalanya.

Risha bertepuk tangan dengan gembira.

Cikgu Melati : Terima kasih semua yang melibatkan diri dalam aktivit ini dengan
aktif dan sanggup memberikan jawapan. Saya berasa gembira
kerana objektif saya hari ini sudah mencapai. Saya akan
mengagihkan hadiah kepada setiap pelajar mengikut giliran.

Cikgu Melati : Sebelum cikgu agihkan hadiah, cikgu nak tanya seronok tak aktiviti
kita hari ini?

Murid 1 Anggerik : Seronok, cikgu!

Jace : Ya, cikgu seronok sangat. Saya dapat belajar dan bermain. Nanti
kita buat aktiviti ni lagi boleh tak cikgu?

Cikgu Melati : Syukur. Seronok cikgu dengar anak murid cikgu suka belajar.
Loceng berbunyi.

Cikgu Melati : Terima kasih kelas, jumpa esok.

Pelajar 1 Anggerik : Terima kasih, cikgu.

Tamat.

5.0 PENGAPLIKASIAN KIT PERSEMBAHAN DALAM PdP

Seni muzik

 Elemen seni muzik diterapkan ke dalam penggunaan kit di mana lagu ‘Rasa Sayang’
diperdengarkan dan dilagukan oleh murid ketika aktiviti berlangsung. Lagu ini
dimulakan semasa kit ‘Roda Kerjaya’ dipusingkan oleh wakil kumpulan.
 Penggunaan lagu ini dapat menceriakan suasana PdP dan secara langsungnya akan
mengelakkan murid berasa bosan ketika di dalam kelas. Penggunaan muzik ini turut
menaikkan semangat murid untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti yang
dilaksanakan.

Seni pergerakan

 Seni pergerakan diaplikasikan ketika murid diminta untuk melakonkan watak kerjaya
yang diperolehi berdasarkan ‘Roda Kerjaya’. Wakil setiap kumpulan perlu memusing
‘Roda Kerjaya’ dan apabila anak panag berhenti pada sesuatu kerjaya, maka mereka
haruslah melakonkan kerjaya tersebut mengikut kreativiti masing-masing.
Pergerakan kreatif akan terhasil daripada gerakan mereka di mana ia merangkumi
tubuh badan, ruang, daya dan hubungan.
 Misalnya, kerjaya ‘Guru’ menghendaki murid untuk melakonkan gaya seorang guru
yang sedang mengajar. Pada masa yang sama, murid boleh berlakon dengan
menggunakan prop atau alatan seperti rotan, buku dan sebagainya.

Kemahiran membaca
 Dengan menggunakan kit ‘Roda Kerjaya’ ini, murid dapat menerapkan kemahiran
membaca.
 ‘Roda Kerjaya’ merupakan sebuah kit yang mengandungi gabungan suku kata yang
membentuk menjadi perkataan. Misalnya, gu + ru (guru), bom + ba (bomba) dan ne
+ la + yan (nelayan).
 Melalui pengaplikasian kit ini, murid dapat memperkembangkan proses mengenal
lambang-lambang tulisan, menterjemahkannya dalam bentuk lakonan dan
mendapatkan makna bagi bentuk tulisan tersebut.
 Maka, bagi murid tahun 1, kit ini berupaya memperkembangkan pengaplikasian
kemahiran membaca dalam aktiviti bermain.
 Pada masa yang sama, kit ini mudah diaplikasikan, malah murid memperoleh
keseronokan belajar kerana ia menarik perhatian murid melalui gerakan roda yang
berputar.

6.0 JAWATANKUASA PRODUKSI

Jawatankuasa produksi Nama


Ahli jawatankuasa penyediaan skrip 1. Ku Siaw Hui
2. Shannon Eva Anak James
3. Siti Noor Ariqah Binti Karim
4. Wendy Chiu Chiu Mee
Pelakon 1. Alveena Venesha Caffira Anak
Seriyady
2. Azyan Fitryza Binti Mohd. Azrey
3. Calvin Mangai Anak Francis
4. Chai Xun Ru
5. Cindy Tie Sing Chee
6. Devy Kuan Siaw Yin
7. Evaneesa Zurina Anak Rosslly
Rangkar
8. Holyvia Lau Yuk Lang
9. Nor Azura Binti Abu Talip
10. Tay Chin Kit
11. Viviana Chai Anak Victor
Ahli penyunting rakaman 1. Farbra Anak Denis
2. Joyce Law Hui Qin
3. Nur Irdina Binti Monir
Ahli penyediaan dokumentasi 1. Goh Su Ching
2. Hanisa Bintin Elfian
3. Lowena Paya Latip
4. Michelle Wong Chai Zing
5. Vivian Loh Wei En

7.0 INDIVUDU YANG TERLIBAT

Sketsa ini telah melibatkan semua rakan sekelas PISMP Bahasa Melayu SJKC 2 Ambilan
Jun 2020. Setiap orang telah dibahagikan tugas masing-masing dan setiap orang telah
menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab untuk menjayakan sketsa ini. Penyelaras
subjek ini, iaitu Tay Chin Kit dan Nur Irdina Binti Monir telah membahagikan kami kepada
beberapa kumpulan, iaitu Ahli Jawatankuasa Penyediaan Skrip Sketsa, Ahli Jawatankuasa
Pelaksanaan atau Pelakon, Ahli Jawatankuasa Penyunting Rakaman dan Ahli
Jawatankuasa Dokumentasi.

Ahli Jawatankuasa Penyediaan Skrip Sketsa terdiri daripada Shannon Eva Anak James,
Wendy Chiu Chiu Mee, Siti Noor Ariqah Binti Karim dan Ku Siaw Hui. Mereka
bertanggungjawab untuk menyediakan skrip sketsa sebelum persembahan sketsa
dirakamkan oleh Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan atau Pelakon yang terdiri daripada
Holyvia Lau Yuk Lang, Tay Chin Kit, Nor Azura Binti Abu Talip, Devy Kuan Siaw Yin, Calvin
Mangai Anak Francis, Azyan Fitryza Binti Mohd. Azrey, Cindy Tie Sing Chee, Chai Xun Ru,
Evaneesa Zurina Anak Rosslly Rangkar, Viviana Anak Chai Victor dan Alveena Venesha
Caffira Anak Seriyady. Mereka telah menggunakan pelantar Google Meet semasa merakam
persembahan sketsa untuk memudahkan interaksi antara satu sama lain serta membantu
Ahli Jawatankuasa Penyunting Rakaman yang terdiri daripada Nur Irdina Binti Monir, Farbra
Anak Denis dan Joyce Law Hui Qin untuk mengedit rakaman sketsa dengan baik. Selain
menggunakan Google Meet untuk merakamkan persembahan sketsa ini, mereka juga
merakam video secara bersendirian terutamanya bahagian yang melibatkan monolog
sendiri. Seterusnya, Ahli Jawatankuasa Dokumentasi yang terdiri daripada Lowena Paya
Latip, Michelle Wong Chai Zing, Hanisa Binti Elfian, Goh Su Ching dan Vivian Loh Wei En
pula bertanggungjawab untuk menyediakan dokumentasi keseluruhan sketsa dan
mengedarkan dokumentasi kepada semua rakan sekelas.

Persembahan sketsa ini telah memberikan peluang kepada kami untuk bekerjasama antara
satu sama lain bagi menjayakan sketsa ini. Kami juga telah mempelajari kemahiran kerja
berpasukan seperti komunikasi dalam pasukan, membuat keputusan beramai-ramai,
mengendalikan konflik, membina kreativiti, kepemimpinan, memotivasikan dan membuat
penilaian (Zalika Adam et al, 2008). Tanpa kerjasama antara satu sama lain, persembahan
sketsa ini tidak akan berjaya dilaksanakan. Setiap ahli dalam kumpulan kecil masing-masing
juga telah bekerjasama dan melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan tugas masing-
masing. Setiap orang tidak memberikan alasan dan segera mengambil tindakan dalam fasa
penyediaan persembahan sketsa, fasa semasa persembahan sketsa dan fasa selepas
persembahan sketsa. Dalam fasa penyediaan persembahan sketsa, semua orang telah
mengadakan perjumpaan melalui pelantar ‘Google Meet’ untuk berbincang masalah yang
dihadapi, persediaan persembahan sketsa seperti penggunaan pakaian, keadah rakaman
persembahan sketsa dan kemusykilan tentang tugas masing-masing. Semua orang telah
melibatkan diri secara aktif dengan menghadiri perjumpaan tersebut dan memberikan idea
serta cadangan masing-masing untuk melancarkan persembahan sketsa ini.

Sehubungan dengan itu, kami juga ingin mengambil peluang ini untuk menyatakan
penghargaan kami dengan ucapan terima kasih kepada pensyarah kami bagi kursus BMMB
3052 Seni dalam Pendidikan iaitu, Dr. Hasnalee Bin Tubah yang telah memberi peluang
kepada kami untuk mempelajari, mendalami serta menghayati elemen-elemen yang
terdapat dalam Seni dalam Pendidikan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
atas segala bantuan, nasihat, bimbingan dan semangat yang telah diberikan kepada kami
sepanjang tempoh kami melaksanakan kesemua tugasan kursus yang telah diamanahkan
kepada kami terutama Tugasan 4 iaitu persembahan sketsa secara berkumpulan. Selain itu,
kami juga sangat bersyukur kerana telah dipercayai dan diberi peluang untuk mengambil
bahagian dalam pembuatan kit persembahan dan persembahan sketsa yang memaparkan
elemen seni dalam pendidikan. Melalui tugasan yang diberikan, kami telah mempelajari
pelbagai pengetahuan dan kemahiran baharu terutamanya tentang keadah pengajaran yang
menerapkan unsur seni dalam pendidikan bagi membantu mengoptimumkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam mahupun di luar bilik darjah.

Di samping itu, persembahan sketsa ini juga telah memberi kesedaran kepada kami akan
kepentingan elemen seni dalam pendidikan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana Seni
dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan
perkembangan otak murid yang seimbang dan holistik di samping membantu guru untuk
meningkatkan lagi minat dan kemahuan murid untuk belajar dengan baik. Penerapan
elemen Seni dalam Pendidikan amatlah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang mahu melahirkan dan membentuk modal insan yang seimbang dari
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Tambahan pula, penerapan
elemen Seni dalam Pendidikan juga mendukung usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
yang ingin memajukan sistem pendidikan ke arah Pendidikan Abad Ke-21. Oleh itu, peluang
yang telah diberikan kepada kami amatlah dihargai dan segala ilmu pentaquin serta
kemahiran yang diperoleh melalui pelaksanaan persembahan sketsa ini juga akan kami
manfaatkan sebaik mungkin agar keperibadian guru yang mulia dan berkualiti dapat
dibentuk dalam diri kami demi kebaikan bersama.
Rujukan

Ismaliza binti Ishak. (2015). Percaya dan Merasai Kebenaran (PdMK) : Strategi Kaedah
Lakonan dalam Monodrama dan Monolog. Diakses daripada URL
http://eprints.usm.my/30113/1/final_tisis_cd.pdf.

Mohd Kipli Abdul Rahman. (2010). Isu-isu Dalam Seni Kontemporari Malaysia. Pulau
Pinang: Universiti Sains Malaysia Press.

Zalika Adam & Faridah Kassim. (2008). Kemahiran Kerja Berpasukan: Etika dalam
Pekerjaan
dari Perspektif Islam. In Seminar Kemahiran Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan
Kesejahteraan Sosial (pp 4257-7989). UTeM. http://irep.iium.edu.my/id/eprint/7989
PENILAIAN KERJA KURSUS 4: PERSEMBAHAN KUMPULAN

Kod dan Nama Kursus : BMMB3052 SENI DALAM PENDIDIKAN


Kumpulan Pelajar & Ambilan : PISMP BM Ambilan Jun 2020
Semester : Semester 2 Tahun 1
Nama Pembentang (Kelas) : (BM SJKC 2)

Tajuk : Persembahan Sketsa Drama yang Bertajuk “Kerjaya”

Bil Aspek yang dinilai Ulasan / komen Gred/markah


1 Kualiti Persembahan
• Elemen SDP
• Kit ____/4
Persembahan

2 Pengurusan
Organisasi
Kumpulan
____/3

3 Kerelevanan Elemen
SDP dalam PdP
Bahasa Melayu ____/3

GRED / MARKAH KESELURUHAN _____/10

Tandatangan Penilai : ....................


Nama Penilai : Dr. HASNALEE BIN TUBAH

Anda mungkin juga menyukai