Anda di halaman 1dari 1

LATAR BELAKANG KIT

Pada mulanya kumpulan kami bercadang untuk membuat kit dengan menggunakan
membuat kit flip book yang berkaitan dengan kemahiran membaca di mana murid
dapay membelek kit tersebut bagi mengukuhkan lagi kemahiran membaca murid.
Hal ini bertujuan agar murid teruja bermain sambil belajar melalui kit pembelajaran
tersebut. Namun, setelah membuat beberapa perbincangan, kami telah mengubah
kit pembelajaran kami setelah mengambil kira penglibatan murid. Hal ini demikian
kerana, murid mungkin akan berasa bosan kerana tiada seni pergerakan dan seni
muzik yang diaplikasikan. Oleh hal yang demikian, kami telah membuat
penambahbaikan daripada idea ini.

Setap ahli kumpulan telah bercadang untuk membuat kit berbentuk roda yang
mengandungi dua hingga tiga suku kata bertemakan kerjaya. Kertas yang berwarna-
warni akan digunakan bagi menarik minat murid sekaligus mengaplikasikan seni
visual dalam aktiviti ini. Elemen seni visual juga akan diaplikasikan melalui aktiviti
mewarna setelah selsainya aktiviti roda kerjaya. Bagi elemen muzik dan pergerakan
pula, elemen ini akan diaplikasikan melalui soalan-soalan yang diberikan dan guru
akan memainkan lagu semasa aktiviti tersebut berlangsung. Misalnya, murid diminta
untuk melakonkan watak “Gu+Ru”, murid akan membuat pergerakan atau
melakonan watak seolah-olah dia ialah guru dan rakan kumpulan yang lain akan
menekanya.

Kami juga telah berbincang untuk menjaga roda kerjaya tersebut agar tidak mudah
rosak. Justeru, bahan yang digunakan seperti kertas perlulah keras dan berkualiti
supaya apabila roda diputarkan untuk mendapatkan soalan, bentuk dan keadaan
asal roda tidak terjejas. Walaupun roda diputarkan banyak kali, keadaan roda masih
baik dan tidak rosak. Oleh hal yang demikian, kit pembelajaran ini boleh memberi
manfaat kepada ramai pelajar dalam jangka masa yang panjang.

Anda mungkin juga menyukai