Anda di halaman 1dari 6

A….Baca soalan di bawah dan pilih jawapan yang betul.

( 10 markah)

1.James dan Samy berkawan baik. __________ belajar dalam Kelas 2N.

A. Kami B. Saya C. Mereka

2.Emak pergi ke pasar untuk membeli ayam ___________ ikan.

A.selalu B.dan C.tetapi

3.Cikgu memarahi Ravi kerana tulisannya seperti__________.

A.cakar ayam B.mandi kerbau C.ulat buku

4.Tolong _____________ di kantin ketika membeli makanan.

A.Berdiri B .beratur C. tidur

5.”____________ kamu tidak menyiapkan kerja rumah”? Tanya cikgu

Laila kepada Anizan.

A.Siapakah B. bagaimanakah C.Mengapakah


B…Padankan simpulan bahasa dengan gambar dan maksud yang betul.

1.
Ulat buku Mandi tidak bersih

2.

3.
Alas perut Malas bekerja

4.

Berat tulang Rajin membaca buku

5.

Mandi kerbau Makan sedikit

Anak yatim Anak yang kematian


piatu kedua-dua ibu dan bapa

(10 MARKAH)
C…TULIS KATA GANTI NAMA YANG BETUL PADA TEMPAT
KOSONG YANG TERDAPAT DALAM AYAT.

1.Nama _________ialah Kamarul Zaman.

2.Azizan sangat cerdik .Tetapi _____ seorang yang malas membaca.

3.Anita dan Vanitha berkawan baik.Setiap hari__________ berbasikal


ke sekolah.

4._________ mesti berdiri tegak sewaktu Lagu Negaraku dinyanyikan.

5.”Mengapakah _____________ tidak hadir ke sekolah pada Isnin


yang lalu” ?Tanya Cikgu Rafi kepada Aniza.

Mereka saya kamu kita

Dia

(10 markah )
D….Cari dan tulis kata nama khas hidup manusia yang terdapat dalam
ayat-ayat di bawah.

1.Ai Ling dan Ai Fang mengemas pakaian mereka di dalam bilik tidur.

2.Puan Min Suan membuka pintu lalu masuk ke dalam rumah.

3.Bing Lee membantu Cikgu Remi mengangkat pelampung sambil

mendengar muzik.

4.Wei Soon tertidur di atas sofa kerana letih.

5.Aniza suka membaca buku tetapi kakaknya Anita suka membaca

majalah.

1._____________ _____________.

2.___________________________.

3._____________ ____________.

4.____________________________.

5.____________ _____________. (10markah)


E…Bacakan petikan di bawah. Kemudian, jawap soalan-soalan
berikut.
Halim kawan baik saya. Nama ibunya Aminah, dia seorang guru. Ibu Halim

seorang yang baik hati dan penyayang. Dia sentiasa menjaga Halim dan keluarganya

dengan penuh kasih sayang. Pada masa lapang, Halim akan mendengar cerita

daripada ibunya. Halim sentiasa belajar bersungguh-sungguh kerana dia ingin

menjadi orang yang pandai dan membalas jasa ibunya apabila dewasa.

1. Siapakah nama ibu Halim ?

Nama ibu Halim ialah ______________________________________ .

2. Apakah pekerjaan ibu Halim ?

Ibu Halim seorang _________________________________________ .

3. Bagaimanakah ibu Halim menjaga Halim dan keluarganya ?

Ibu Halim sentiasa menjaga Halim dan keluarganya dengan

_________________________________

_____________________________________________________ .

4. Bilakah Halim akan mendengar cerita daripada ibunya ?

______________________________________ Halim mendengar cerita daripada


ibunya.

5. Mengapakah Halim belajar bersungguh-sungguh ?

Halim belajar bersungguh-sungguh kerana

_______________________________________________

____________________________________________________. (10 markah)

Anda mungkin juga menyukai