Anda di halaman 1dari 5

1.

PENDAHULUAN

Panitia Akhlak \ Sirah dan Unit Ko-kurikukum akan mengadakan sambutan hari

kemerdekaan peringkat sekolah bagi mengisi takwim SRA Sungai Ramal Dalam bagi tahun

2018. Justeru itu, inisiatif diambik bagi mengadakan aktiviti sempena sambutan hari

kemerdekaan ke 61. Sambutan hari kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang

melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga 6 di SRA Ramal Dalam.

2. MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan hari kemerdekaan ini adalah bagi

memupuk semangat cintakan tanah air. Mengasah dan menonjolkan bakat dan juga di harap

dapat mengeratkan silaturrahim di kalangaan murid dan guru -guru. Malah program ini juga

bertujuan meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah

kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjurkan dalam peringkat sekolah supaya dapat

mencungkil bakat terpendam murid-murid SRA Sungai Ramal Dalam secara menyeluruh.
3. OBJEKTIF

3.1 Menyemai semangat 1 Malaysia

3.2 Menerap nilai-nilai murni seperti cintakan tanah air, berdisiplin, bekerjasama dan

mempunyai semangat patriotik dan sayangkan negara.

3.3 Melahirkan murid kreatif dan inovatif.

3.4 Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan.

3.5 Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan.

3.6 Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat

kemerdekaan yang kita kecapi.

3.7 Mencugkil bakat murid.

3.8 Meguji pengetahuan am murid.

3.9 Membantu murid meningkatkan keyakinan diri.

4. SASARAN

Semua murid-murid dan guru-guru SRA Sugai Ramal Dalam.

5. JANGKA MASA / TEMPAT

Tarikh : 28 Ogos 2018

Hari : Selasa

Masa : megikut sesi persekolahan.

Tempat : kelas dan dewan SRA Sungai Ramal Dalam.


6. TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi Majlis dimulakan


3.00 petang

8.05 pagi Ucapan guru besar


3.05 petang
8.20 pagi Nyanyian lagu merdeka
3.20 petang
8.30 pagi - Pertandingan mewarna bagi tahap satu
3.30 petang - Pertandingan mencipta bendera Malaysia
dari botol mineral bagi tahun 4 dan tahun 5.
- Pertandingan basikal berhias dan perarakan
basikal berhias bagi tahun 6.
- Pakaian beragam guru ( Tema Tradisional )

10.00 pagi Penyampaian hadiah bagi pemenang


4.50 petang
10.40 pagi Bersurai
5.30 petang

7. PERBELANJAAN

1. Hadiah tempat pertama RM 6 × 26 = RM 156.00

2. Hadiah tempat kedua RM 4 × 26 = RM 104.00

3. Hadiah tempat ketiga RM 2 × 26 = RM 52.00

4. Runcit = RM 38.00

Jumlah = RM 350.00.
8. AJK PELAKSANA

Anda mungkin juga menyukai