Anda di halaman 1dari 4

MENIERE’S DISEASE (Penyakit Telinga)

Meniere dapat dikesan apabila telinga berdesing dan persekitaran berasa


berpusing, tak stabil

PERSEKITARAN tiba-tiba menjadi tidak normal, berpusing-pusing dan makin laju. Telinga
kemudian berdesing dan berdering. Secara tiba-tiba pendengaran hilang dan telinga rasa 'penuh'
serta tertekan. Bagi 2.6 juta warga Eropah dan Amerika Syarikat, semua simptom itu menjurus
kepada kekacauan pada telinga dalam atau dikenali sebagai penyakit meniere.

Tidak diketahui jumlah pesakit meniere di Malaysia. Dengan mengambil kira data dari luar
negara yang mencatatkan 45,000 kes setahun di Amerika Syarikat, penyakit itu mungkin wujud
di negara ini.

Bagaimanapun, meniere kerap kali tersalah diagnos. Contoh, seorang pesakit dewasa yang
berulang alik ke hospital swasta tidak sembuh selepas beberapa kali menerima rawatan.
Akhirnya, selepas keluarganya hampir berputus asa dan menganggap dia gila, diagnosa di sebuah
hospital swasta lain mengesahkan dia sebenarnya diserang meniere.

Bayangkan pula kesengsaraan yang perlu ditanggung pesakit jika dia masih berusia belasan
tahun atau pada peringkat kanak-kanak.
Pakar Perunding ENT, Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Loganathan Athanari,
berkata meniere mudah didiagnos jika dibuat dengan teliti selain mengambil kira rekod
perubatan pesakit dan keadaan semasa mereka.

"Meniere adalah masalah keseimbangan sistem aliran cecair pada telinga dalam. Sebab sebenar
meniere tidak diketahui. Kadangkala meniere didefinisikan sebagai sejumlah simptom yang
kompleks seperti serangan vertigo (rasa berpusing-pusing) yang berepisod, bunyi berdesing atau
berdering, hilang pendengaran atau rasa 'penuh' pada telinga," katanya.

Semua simptom ini dianggap sebagai penyakit meniere yang klasik. Walaupun dalam
kebanyakan kes ia hanya membabitkan sebelah telinga tetapi di kalangan 15 peratus pesakit,
meniere boleh menjejaskan kedua-dua telinga manakala rasa berpusing-pusing yang menyerang
boleh berlaku untuk beberapa jam atau hari.

"Secara umum ia menyerang mereka dalam lingkungan antara 20 hingga 50 tahun. Ia juga boleh
berlaku pada kanak-kanak. Lazimnya pesakit akan datang berjumpa doktor kerana masalah
keseimbangan dalam telinga, rasa berdesing dan berdering selain pendengaran mula terjejas,"
katanya.

Walaupun puncanya tidak diketahui secara jelas, kerap kali meniere dikaitkan dengan
kemungkinan daripada keabnormalan aliran cecair pada telinga dalam.

Secara umum, teori dunia perubatan mengenai meniere adalah sejumlah simptom yang
menyebabkan ketidakseimbangan dalam tekanan cecair antara kedua-dua ruang cecair telinga
dalam. Satu daripada ruang telinga dalam dipercayai menghasilkan lebihan cecair dan ia
menyebabkan rasa tekanan, telinga berdesing dan paling teruk hilang pendengaran.

Apabila tekanan itu sampai ke tahap yang kritikal, satu membran yang nipis memisahkan dua
ruang telinga dalam itu pecah menyebabkan percampuran cecair daripada kedua-dua ruang
telinga dalam.

Cecair ini memiliki komposisi kimia yang berlainan justeru percampurannya menyebabkan ‘litar
pintas’ dalam telinga dalam. Ini meyebabkan serangan vertigo yang serius di kalangan pesakit
Meniere.

"Rasa berpusing, berdesing dan hilang pendengaran boleh menjadi petunjuk bahawa mereka
sebenarnya mengalami meniere dan memerlukan pemeriksaan lanjut. Apabila sakit, anda
dinasihatkan terus berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga simptom hilang kerana ketiga-tiga
simptom ini tidak berlaku sepanjang masa," katanya.

Dr Loganathan berkata, setiap kali serangan terjadi pendengaran akan berkurang tetapi apabila
sembuh pendengaran itu tidak boleh kembali ke tahap normal yang asal. Malah, tanpa rawatan,
pendengaran akan hilang perlahan-lahan setiap kali serangan.

"Meniere adalah masalah kesihatan yang sangat mengganggu kerana ia menyebabkan pesakit
hilang pendengaran, tekanan pada telinga, berdesing, ketidakseimbangan dalam telinga dan rasa
berpusing-pusing.

"Rasa berpusing-pusing adalah simptom tekanan paling dramatik meniere. Ia dijelaskan sebagai
hilang keseimbangan secara tiba-tiba (equilibrium). Kadangkala pesakit akan merasakan
kawasan sekelilingnya berputar dan ia semakin laju. Menumpukan perhatian menjadi sukar dan
jika rasa berpusing-pusing itu berterusan ia mungkin akan disusuli muntah dan pening kepala,"
katanya.

Diagnosis Meniere

Dr Logananthan berkata, diagnosis meniere dibuat berdasarkan sejarah perubatan dan


pemeriksaan fizikal. Selain itu, ujian audiogram juga membantu bagi menentukan tahap hilang
pendengaran yang dialami selain mengambil kira sebarang keluarbiasaan semasa pesakit.

Pada peringkat awal meniere, selalunya audiogram normal. Hanya beberapa ketika selepas itu, ia
mungkin menunjukkan masalah pendengaran yang kekal. Selalunya audiogram ketika atau
sebaik saja serangan atau simptom berlaku akan membantu. Ia akan menunjukkan karakter
frekuensi pendengaran rendah yang hilang.

Satu lagi ujian dikenali sebagai auditori tindak balas stem otak (ABR) satu ujian berkomputer
terhadap saraf pendengaran dan laluan otak. Selain itu, imbasan tomografi (CT) atau imbasan
magnetik resonan MRI bagi memastikan kemungkinan kewujudan tumor pada saraf
pendengaran. Walaupun jarang berlaku ia mungkin simptom meniere.

Cara Merawat Meniere

• Perubahan diet dan gaya hidup : Diet bergaram rendah membantu mengurangkan
serangan rasa berpusing-pusing. Kurangkan pengambilan kafien, merokok dan
mengambil minuman keras. Tidur yang tetap, cukup dan aktiviti fizikal mengurangkan
tekanan dan serangan simptom.

• Ubat-ubatan : Pil bersifat sebatian digabung dengan diet bergaram rendah adalah
rawatan utama meniere. Selain itu, ubat-ubatan anti vertigo dan anti pening.

• Pembedahan: Jika serangan simptom meniere tidak boleh dikawal dengan ubat-ubatan
antara rawatan terbaik adalah pembedahan. Ia bergantung pada situasi pesakit. Walaupun
bukan penyembuh sebenar meniere, ia boleh mengawal serangan rasa berpusing-pusing
dalam kebanyakan kes.
Jenis pembedahan bergantung pada jumlah pendengaran yang hilang. Bergantung pada
jenis pembedahan juga, ia boleh mengawal serangan simptom dan mengatasi masalah
gayat dan rasa berpusing.

CADANGAN PENGAMBILAN USANA

Cadangan Optimum

Produk Sarapan Pagi Makan Malam


Essentials – AO Pro 2 2
Essentials – Chalated Mineral 2 2
Active Calsium Plus 3 3
Proflavanol 90 2 1
Coquinone 30 1 1
BiOmega 2 2
Gingko Biloba 2 2

Cadangan Minimum

Produk Sarapan Pagi Makan Malam


Essentials – AO Pro 2 2
Essentials – Chalated Mineral 2 2
Proflavanol 90 1 1

Anda mungkin juga menyukai