Anda di halaman 1dari 1

ADAB/AKHLAK UNIT 1 : HARGAI NIKMAT KENDERAAN

1. Cara-cara menaiki kenderaan melalui saranan Rasulullah SAW :


a. semasa menaiki kenderaan bacalah “bismillahi rohmaa ni rohim”
b. ketika berada dalam kenderaan sebutlah “Alhamdulillah”
c. apabila kenderaan mula bergerak bacalah doa :

d. Maksudnya : maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedangkan kami sebelum ini
tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kepada tuhan Kamilah, kami akan Kembali.
e. kemudian sebutlah 3 kali :

2. Adab menaiki kenderaan :


a. merancang perjalanan.
b. Membaca basmallah.
c. Memulakan dengan Langkah kaki kanan.
d. Membaca doa menaiki kenderaan.
e. Berdisiplin dan berhati-hati.
f. Hormat menghormati dan memberikan keutamaan kepada orang yang memerlukan.
g. Menjaga kebersihan dan tidak merosakkan kenderaan awam.
h. Tidak berebut-rebut semasa menaiki kenderaan.

3. Kelebihan mengamalkan adab menaiki kenderaan :


i. disayangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
ii. Selamat tiba ke destinasi dan melancarkan perjalanan.
iii. Disenangi orang sekeliling.
iv. Menanam rasa perihatin dan toleransi.
v. Definisi toleransi : sikap sabar dan bertolak ansur atau berlebih kurang; sikap dpt menerima atau menghormati
pendapat, fikiran dan kepercayaan orang lain.

4. Akibat tidak mengamalkan adab menaiki kenderaan :


o menyebabkan kesesakan lalu lintas.
o Menyusahkan orang lain.
o Menyebabkan kemalangan.
o Membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.
o Tidak disenangi orang sekeliling.

Anda mungkin juga menyukai