Anda di halaman 1dari 10

adab tingkatan 5

BAB 1 ADAB BERMUSAFIR

1. Pengertian Musafir : perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat yang tertentu dengan
tujuan kebaikan dan memberikan manfaat

2. Hukum Bermusafir

Hukum Situasi
Wajib Orang Islam yang mampu menunaikan ibadah haji di Mekah
Sunat Menziarahi Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid al-Aqsa, dan menziarahi
kaum keluarga serta orang sakit
Harus Hukum asal serta bagi tujuan yang diharuskan oleh syarak
Makruh Musafir tanpa tujuan atau matlamat
Haram Ke tempat-tempat haram/maksiat atau bertujuan melakukan maksiat

3. Adab-adab Bermusafir

Sebelum Berdoa memohon petunjuk


Bermusafir
Menyediakan keperluan asas

Berniat untuk kebaikan


Ketika Melantik seorang ketua
Memulakan
Musafir Mengucapkan selamat tinggal

Berdoa ketika menaiki kenderaan

Melakukan solat sunat musafir dan membaca doa musafir


Semasa Mengerjakan solat secara jamak atau qasar
Bermusafir
Tidak merosakkan alam sekitar

Sentiasa mengingati Allah

4. Hikmah Beradab Semasa Bermusafir

a. Memperoleh keberkatan dan keselamatan daripada Allah SWT.

b. Terhindar daripada perkara maksiat dan kejahatan

d. Dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan saling menghormati.

e. Alam sekitar tidak akan tercemar

5. Implikasi Tidak Beradab Semasa Bermusafir

a. Terlibat dengan perkara-perkara yang tidak diingini.

b. Terdedah kepada maksiat atau kejahatan

c. Jiwa tidak tenteram dan gelisah kerana tidak melaksanakan tuntutan agama.

d. Perjalanan yang tidak lancar dan ditimpa dengan pelabagi masalah.


BAB 2 ADAB BERNEGARA

1. Konsep Bernegara :

a. Takrif Negara: suatu masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan diperintah oleh
sebuah kerajaan
b. Negara yang harmoni, stabil dan maju hasil daripada komitmen semua lapisan rakyat.
c. Rakyat pula dapat hidup dengan aman damai dan terjamin hasil daripada negara yang
stabil dan maju

2. Adab-adab Bernegara

Adab Cara
Menjaga nama mengharumkan nama Negara
baik negara
tidak memburukkan imej Negara

mencipta kejayaan
Cintakan negara menjaga keamanan

mempertahankan Negara

bekerjasama dengan kerajaan untuk memaju dan membangunkan


Negara
Bekerjasama menghindari perbuatan yang boleh menggugat keamanan
memelihara
keamanan dan tidak melakukan perkara yang boleh mencetuskan pergaduhan
kesejahteraan
negara berusaha mewujudkan perpaduan
Berbakti kepada Sanggup berkorban untuk menjaga keselamatan negara
negara
Berkorban harta untuk membantu

Berusaha memajukan negara

3. Faedah Menjaga Adab Bernegara

a. Negara akan maju dan membangun


b. Nama baik Negara akan harum
c. Negara terpelihara dari ancaman musuh
d. Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama akan hidup dalam keadaan aman dan harmoni
e. Melahirkan rakyat yang cintakan Negara dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan
Negara.
f. Membentuk rakyat yang mempunyai sifat bertanggung jawab.

4. Implikasi Tidak Memelihara Adab Bernegara


a. Rakyat hidup dalam keadaan berpecah belah
b. Ekonomi dan politik Negara tidak stabil.
c. Negara akan terdedah kepada ancaman musuh
d. Negara akan dipandang hina, merosot dan mundur.
5. Persiapan Untuk Melahirkan Modal Insan Yang Berkualiti.
a. Memeperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang sesuai dengan
peredaran masa
b. Membina kemantapan iman dalam diri
c. Membina jati diri melalui akhlak yang mulia
d. Membina infrastruktur yang sesuai untuk membina dan melatih modal insan.
BAB 3 ADAB DENGAN PEMIMPIN

1. Konsep Pemimpin
a. Takrif Pemimpin : orang yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin atau
mengetuai sesebuah organisasi atau Negara.
b. Pemimpin Negara berperanan penting memastikan kestabilan dan perlaksanaan
undang-undang Negara terlaksana
c. Menurut Islam, hukum mentaati pemimpin (Ulul Amri) adalah wajib selagi tidak
bertentangan dengan syariat Allah.
d. Ciri-ciri pemimpin yang baik :
i. Beriman dan bertakwa
ii. Berilmu
iii. Adil dan amanah
iv. Tegas melaksanakan syariat Allah
v. Berwawasan dan bercita-cita tinggi

2. Tanggung jawab Pemimpin


a. Menjaga agama agar Islam dapat dilaksanakan dalam pengurusan pentadbiran
Negara.
b. Berlaku adil.
c. Menyediakan keperluan asas kepada rakyat
d. Menjaga keselamatan Negara dari ancaman musuh
e. Berusaha untuk membangunkan Negara.

3. Adab Rakyat Terhadap Pemimpin


a. Wajib mentaati pemimpin.
b. Bekerjasama dan membantu pemimpin untuk mencapai wawasan Negara
c. Memberi sokongan padu kepada pemimpin
d. Rakyat berhak menasihati dan menegur pemimpin dengan cara yang baik dan
mengikut saluran yang betul.
e. Melaksanakan dasar kerajaan demi kebaikan umum.

4. Faedah Beradab Terhadap Pemimpin


a. Masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap kestabilan dan
pembangunan Negara
b. Memupuk hubungan yang baik antara rakyat dan pemimpin
c. Rakyat hidup aman dan harmoni
d. Pembangunan dalam negara dapat dilaksanakan
e. Dapat meningkatkan imej Negara di mata dunia.

5. Implikasi Tidak Beradab Terhadap Pemimpin


a. Berlaku rusuhan dan tunjuk perasaan
b. Pembangunan Negara sukar dicapai kerana ekonomi terjejas
c. Memberi peluang kepada musuh Negara
d. Kemanan tergugat dan akhirnya Negara akan musnah.
BAB 4 ADAB BERJIHAD

1. Konsep Berjihad

a. Takrif jihad: usaha yang dilakukan oleh seseorang Muslim dengan menggunakan
seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam demi mendapatkan keredhaan Allah
SWT

b. Jihad utama : perjuangan menegakkan Islam

c. Jihad-jihad lain yang digalakkan oleh Islam :

i. Meningkatkan prestasi pelajaran

ii. Membangunkan Negara

iii. Meningkatkan ekonomi/ mencari rezeki yang halal

iv. Melakukan perkara kebaikan.

2. Peringkat-peringkat jihad dan cara

Peringkat Cara
Membaiki Diri Mempelajari Islam

Mengamalkan jaran Islam

Menyebarkan ilmu

Sabar dan ikhlas dalam berdakwah


Melawan Syaitan Melawan dan menghapuskan waswas

Menjauhkan diri daripada mengikut hawa nafsu dan perkara-perkara


maksiat
Melawan Kafir Harbi
dan Munafik
Menghapuskan Hati: benci dengan amalan buruk
Kezaliman dan
Kemungkaran Lidah: menjelaskan kebenaran

Amar makruf dan nahi munkar

3. Kelebihan Berjihad

a. Ganjaran pahala yang besar

b. Mendapat ganjaran syurga


c. Disukai oleh orang sekeliling

d. Maju dalam sebarang bidang diceburi

4. Adab-adab Berjihad

a. Ikhlas

b. Sanggup berkorban apa sahaja

c. Sentiasa beriltizam dan beristiqamah dalam pejuangan

d. Mematuhi arahan ketua dan mempunyai semangat berpasukan

5. Faktor Semangat Jihad Hari Ini Semakin Pudar

a. Kurang memahami tentang tuntutan jihad menurut Islam yang sebenar

b. Leka dengan hiburan dan kesenangan dunia

c. Tiada matlamat hidup, hanya mementingkan keseronokan sahaja

d. Iman yang kurang mantap

e. Perasaan takut yang menguasai diri.

6. Cara-cara Memupuk Semangat Jihad

a. Menambah ilmu pengetahuan supaya dapat memahami maksud dan konsep jihad
yang sebenar.

b. Menceritakan kisah-kisah perjuangan umat Islam terdahulu sebagai motivasi


kepada generasi hari ini.

c. Menyuburkan semangat jihad dengan ibadah-ibadah sunat seperti qiamullail.

BAB 5 ADAB MEMELIHARA ALAM SEKITAR

1. Konsep Alam Sekitar

a. Alam ini adalah sebagai tanda kekuasaan Allah

b. Allah menjadikan alam ini untuk kemudahan dan kegunaan manusia

c. Menjadi tanggung jawab manusia untuk memelihara dan memulihara alam supaya
dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

2. Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

a. Manusia dapat menikmati keindahan alam semulajadi

b. Manusia dapat memanfaatkan segala kejadian alam dengan baik

c. Terhindar daripada pelbagai penyakit

d. Mengelakkan berlakunya bencana alam.

e. Menjaga alam supaya tidak tercemar dan selamat untuk dihuni.


3. Bentuk-bentuk Pencemaran Alam

Jenis Huraian
Pencemaran
Pencemaran Definisi :apabila terdapat gas, cecair, atau zarah berbahaya yang
Udara terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan
kehidupan atau bahan-bahan lain
Punca berlaku :

Bertambah bilangan kenderaan bermotor

( karbon monoksida)

Asap daripada kilang

Pembakaran terbuka

Asap rokok
Pencemaran Air Definisi : perubahan yang berlaku pada kandungan, keadaan, dan warna
air sehingga tidak selamat untuk kehidupan air dan kegunaan manusia
Punca berlaku :

Sisa bahan buangan kilang yang berbahaya

Pembuangan sampah dan sisa kumbahan atau tumpahan minyak

Penerokaan hutan yang tidak terkawal hakisan sungai


Pencemaran Definisi : perbuatan yang dilakukan terhadap sesuatu kawasan sehingga
Tanah terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan tanah.
Punca berlaku :

Pembuangan sisa toksik dan sisa pepejal

Pembuangan sampah sarap merata-rata

Penggunaan racun serangga.


4. Pencemaran Definisi : bunyi yang berlebihan sehingga mengganggu keselesaan hidup.
Bunyi Tahap kebisingannya melebihi 80(A) decibel (dB)
Punca berlaku :

Kenderaan berenjin

Mesin dan jentera

Kauri memecah batu

Kerja-kerja pembinaan

4. Bukti Alam Ini Rosak Berpunca Daripada Perbuatan Manusia

a. Menganggap bahawa menjaga alam sekitar adalah tanggung jawab pihak berkuasa

b. Sikap megambil mudah/jalan mudah dengan melakukan pembakaran terbuka atau


pembuangan sisa

c. Sikap tamak dan ingin mendapat keuntungan yang lebih pembalakan haram
5. Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Alam

a. Menanam kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar

b. Menyediakan kemudahan dan mekanisme yang dapat membantu orang ramai


menjaga alam sekitar

c. Mengadakan aktiviti gotong royong

d. Peguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas

e. Program menghijaukan alam.

6. Akibat Pengabaian Penjagaan Alam Sekitar

a. Alam sekitar akan tercemar dan memberi kesan buruk kepada hidupan bumi.

b. Berlaku bencana alam

c. Generasi baru tidak akan dapat menikmati keindahan alam flora dan fauna

d. Penganiayaan terhadap hidupan lain

e. Tiada keseimbangan ekosistem hidupan di muka bumi.

BAB 6 ADAB MEMBERI DAN MENERIMA SEDEKAH

1. Konsep Hadiah Dan Sedekah

a. Takrif :

Sedekah Hadiah
Pemberian yang Sesuatu pemberian
dilakukan untuk sebagai tanda
mendekatkan diri penghargaan, kasih
kepada Allah sayang atau pujian.

b. Islam amat menggalakkan umatnya agar memberikan hadiah dan bersedekah


:Sabda Rasulullah s.a.w:

Saling memberi hadiah akan menimbulkan perasaan


kasih sayang

2. Hukum Memberi Hadiah Dan Sedekah

a. Sunat

3. Kelebihan Memberi Hadiah Dan Sedekah

a. Mendapat ganjaran pahala

b. Disukai oleh orang sekeliling

c. Rezeki akan bertambah

4. Jenis-Jenis Sedekah
Jenis sedekah Huraian
Senyuman Ikhlas dapat
merapatkan ukhuwwah
Amar Makruf dan Kerana kita telah
Nahi Munkar menyelamatkan saudara
Islam daripada api
neraka
Menyelesaikan Dapat mengatasi
Masalah Orang kesusahan dan
kesempitan mereka
Membuang Perkara Seperti duri, paku atau
Yang Menghalang di apa sahaja yang boleh
Jalan menghalang laluan
Wang Atau Harta Pakaian, makanan, atau
tempat tinggal dan
sebagainya
Khidmat Memberikan
pertolongan, bantuan
tenaga atau
perkhidmatan.

5. Adab-Adab Memberi Hadiah Dan Sedekah

a. Memberi dengan hati yang ikhlas

b. Memberi barang yang disayangi

c. Tidak mengungkit pemberian

d. Tidak menunjuk-nunjuk sedekah yang diberi

6. Perkara yang membatalkan Sedekah

a. Mengungkit atau menyebut tentang sedekah agar mendapat pujian

b. Ria / menunjuk-nunjuk ketika bersedekah

c. Menyakiti hati orang yang menerima hadiah melalui perkataan atau perbuatan.

BAB 7 ADAB BERNIAGA

1. Konsep Berniaga

a. Definisi berniaga :

i. Bahasa: berdagang atau berjual beli

ii. Istilah syarak : pertukaran harta dengan harta mengikut syarat-syarat tertentu

2. Galakan Berniaga

a. Islam menggalakkan umatnya berniaga kerana 9/10 rezeki datangnya dari


perniagaan

b. Sebab Islam menggalakkan umatnya berniaga :

i. Melahirkan masyarakat yang aman


ii. Mengelakkan penipuan dan penindasan

iii. Mewujudkan ukhuwwah dan kasih sayang

iv. Mendapat keredhaan Allah

3. Cara Untuk Mendapatkan Keberkatan Dalam Perniagaan

a. Jujur dan amanah menjual barangan yang berkualiti

b. Berlaku ihsan terhadap pembeli jangan mementingkan keuntungan semata-mata

c. Berniaga untuk mendapat keredhaan Allah

4. Adab-adab Berniaga

a. Amanah tidak melakukan penipuan dalam urusan jual beli

b. Ihsan melakukan urusan jual beli untuk mendapatkan keredhaan Allah dengan
mengambil kira aspek kemanusiaan di samping mendapat keuntungan

c. Bekerjasama - penjual dan pembeli saling bertolak ansur sekiranya timbul perkara
yang tidak diingini.

d. Tekun bersungguh-sungguh untuk memajukan perniagaan

e. Menjauhi perkara yang haram contohnya riba, menjual barang yang diharamkan
atau mengurangkan timbangan

f. Melindungi hak-hak penjual dan pembeli penjual dan pembeli perlu saling
melindungi hak masing-masing, contohnya pembeli berhak membuat pilihan
semasa proses jual beli.

5. Faedah Beradab Dalam Berniaga

a. Melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera

b. Tidak berlaku penindasan atau penipuan

c. Mendapat keuntungan yang diberkati Allah

d. Mewujudkan sifat kerjasama dan saling membantu.

6. Bentuk-bentuk Perniagaan Yang Diharamkan Oleh Islam :

a. Jual beli barang maksiat atau yang mendatangkan keburukan, contohnya arak,
dadah dan sebagainya

b. Jual beli barang yang tidak dimilii dengan sempurna, seperti menjual ikan di lautan

c. Menjual daging dengan daging, seperti menjual daging kambing dengan seekor
lembu

d. Menjual buah-buahan yang masih muda dan di atas pokok, kecuali yang sudah
nyata masaknya.

e. Jual beli bersyarat.

Anda mungkin juga menyukai