1. MASALAH/ PERISTIWA
Hari ini (19 Januari 2011) saya menghadapi masalah dalam berkomunikasi
dengan pelajar dalam bahasa isyarat. Hal ini kerana terdapat penerangan saya yang
tidak difahami oleh murid. Masalah ini menyebabkan proses penerangan memakan
masa yang panjang daripada yang dirancangkan.
2. ANALISIS
Masalah ini timbul kerana saya masih tidak menguasai sepenuhnya bahasa isyarat.
Oleh itu masa penerangan memakan masa yang lama kerana saya perlu memikirkan cara
yang lain dalam memberikan penerangan supaya murid-murid faham mengenai perkara
yang saya sampaikan. Antara kaedah yang saya ambil untuk menerangkan kepada pelajar
adalah dengan meminta bantuan daripada guru lain yang lebih berpengalaman mengenai
bagaimana saya boleh menerangkan kepada pelajar supaya mereka faham. Selain itu juga
saya menjalankan teknik main peranan untuk meningkatkan pemahaman pelajar
mengenai topik yang saya ajarkan.
Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
Bilangan Jurnal : KETIGA
Minggu Praktikum : MINGGU KETIGA
Tarikh peristiwa/kejadian : 10 FEBRUARI 2011
Tajuk Jurnal : MASALAH TEKNIKAL
1.MASALAH/ PERISTIWA
Hari ini (10 Februari 2011) saya menghadapi masalah teknikal dalam penggunaan
komputer. Video yang disediakan tidak dapat dibuka.
2. ANALISIS
Masalah ini timbul kerana saya tidak bersedia dari awal membuka video tersebut
sebelum kelas diadakan. Jadi masalah ini telah menimbulkan masalah kerana masa yang
diambil terlalu lama untuk dibuka.oleh kerana itu saya terpaksa melangkau set induksi.
Antara perkara yang saya akan lakukan untuk tindakan susulan ialah:
a. Saya memastikan bahan yang saya ingin tunjukkan disediakan dengan lebih
awal dari waktu kelas.
b. Saya akan menyediakan satu lagi aktiviti induksi sekiranya video tersebut tidak
dapat dibuka.
4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu dan akan bersedia
dengan bahan yang lain sekiranya aktiviti yang hedak ditunjukkan tidak menjadi. Saya
juga akan mempelbagaikan cara dalam set induksi untuk menarik minat pelajar saya.
Saya akan mendapatkan idea daripada guru-guru yang berpengalaman dan juga dari
bahan bacaan aktiviti kanak-kanak.
Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
Bilangan Jurnal : KEDUA
Minggu Praktikum : MINGGU KEDUA
Tarikh peristiwa/kejadian : 26 JANUARI 2011
Tajuk Jurnal : PEDAGOGI GURU YANG LEMAH
1.MASALAH/ PERISTIWA
Hari ini (26 Januari 2011) saya menghadapi masalah dalam teknik pengajaran
saya di dalam kelas. Hal ini adalah kerana pelajar didapati merasa bosan dengan
teknik pegajaran saya. Pelajar dilihat kurang berminat dan tidak memberikan
tumpuan semasa saya mengajar. Oleh itu, kesimpulan yang dapat saya buat ialah
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan agak membosankan bagi para
pelajar.
5. ANALISIS
Masalah ini timbul kerana saya masih tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang
luas dalam teknik pengajaran saya. Tambahan pula, ilmu dalam mendidik anak murid
cacat pendengaran masih lagi cetek. Oleh itu aktiviti yang saya jalankan agak
membosankan bagi para pelajar saya. Di samping itu juga saya akui, saya agak kurang
kreatif untuk menarik minat mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
Antara perkara yang saya akan lakukan untuk tindakan susulan ialah:
a. Saya akan menambah pengetahuan saya mengenai teknik mengajar dengan
membaca banyak buku yang berkaitan dengan pedagogi.
b. Saya akan mendapatkan maklumat mengenai cara pengajaran saya sebelum
proses pengajaran dan pembelajaran daripada guru yang berpengalaman.
c. Saya juga akan memikirkan sesuatu yang krestif dan bersesuaian dengan
kehendak dan keperluan anak murid saya dalam pembelajarannya.
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu dan
akan meningkatkan kemahiran pengajaran saya dari semasa ke semasa dengan tunjuk ajar
guru yang berpengalaman. Melalui pandangan dan teguran para guru berpengalaamn
serta bahan bacaan yang saya baca akan membantu saya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
Bilangan Jurnal : KEEMPAT
Minggu Praktikum : MINGGU KEEMPAT
Tarikh peristiwa/kejadian : 18 FEBRUARI 2011
Tajuk Jurnal : BAHAN BANTU MENGAJAR BERPUSATKAN
GURU
1.MASALAH/ PERISTIWA
Hari ini (18 Februari 2011), bahan bantu mengajar yang saya sediakan
kebanyakkannya berpusatkan guru tidak kepada murid-murud saya. Akibatnya murid
saya tidak dapat merasa atau melihat gambar yang saya sediakan dihadapan mereka.
Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran saya dilihat lemah kerana pelajar
menghadapi masalah untuk melihat dan memahami alat bantuan tersebut.
2.ANALISIS
Masalah ini timbul kerana saya masih tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang
luas dalam teknik pengajaran saya. Tambahan pula bahan yang saya sediakan tersebut
saya ambil dari internet tanpa membuat rujukan dahulu daripada guru yang
berpengalaman.
Antara perkara yang saya akan lakukan untuk tindakan susulan ialah:
a. Saya akan menambah pengetahuan saya mengenai bahan-bahan bantuan
mengajar daripada guru-guru yang berpengalaman
b. Saya akan mendapatkan maklumat melaui bahan bacaan sama ada
daripada internet atau buku.
c. Saya juga akan memikirkan sesuatu yang krestif dan bersesuaian dengan
kehendak dan keperluan anak murid saya dalam pembelajarannya.
4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu dan
akan cuba memikirkan sesuatu yang lebih kreatif bagi membantu murid-murid saya
dalam pelajaran mereka.
Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
Bilangan Jurnal : KELIMA
Minggu Praktikum : MINGGU KELIMA
Tarikh peristiwa/kejadian : 24 FEBRUARI 2011
Tajuk Jurnal : PENGURUSAN MASA YANG TIDAK SISTEMATIK.
1.MASALAH/ PERISTIWA
Hari ini (24 Februari 2011) saya menghadapi masalah dalam mengurus masa
pengajaran saya. Hal ini adalah kerana aktiviti pengajaran saya yang kedua memakan
masa yang lama. Hal ini menyebabkan saya tidak dapat menghabiskan aktiviti
pengajaran saya dengan sebaiknya.
2.ANALISIS
Masalah ini timbul kerana saya telah memperuntukan masa aktiviti kedua yang
lebih daripada yang dirancang. Hal ini terjadi kerana murid saya memerlukan penerangan
yang terperinci mengenai membina ayat tunggal dalam bahasa isyarat. Murid saya tidak
dapat gambaran yang sebenarnya dan ini memerlukan saya memberikan beberapa contoh
ayat tunggal yang berkaitan dengan pengalaman murid tersebut.
Antara perkara yang saya akan lakukan untuk tindakan susulan ialah:
a. Saya akan memberi bahan bacaan tambahan yang bersesuaian dengan
murid untuk meningkatkan kefahaman mereka dalam membina ayat
tunggal.
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh dua minggu dan
akan memikirkan pelbagai aktiviti membina ayat tunggal supaya murid mempunyai
pengetahuan dan pemahaman untuk membina ayat tunggal.
Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
Bilangan Jurnal : KEENAM
Minggu Praktikum : MINGGU KEENAM
Tarikh peristiwa/kejadian : 3 MAC 2011
Tajuk Jurnal : AKTIVITI YANG KURANG MENARIK
1.MASALAH/ PERISTIWA
Hari ini (3 MAC 2011) saya mengahdapi masalah dalam menjalankan aktiviti
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana saya dapati aktiviti yang
saya jalankan tidak mampu menarik minat murid-murid saya.
2.ANALISIS
Masalah ini timbul kerana saya menjalankan aktiviti menghafal ejaan. Hal ini
adalah kerana murid saya memerluka pengukuhan ejaan dalam bentuk hafalan kerana
mereka cacat pendengaran. Namun begitu, saya akui bahawa aktiviti ini nampaknya
menjemukan pelajar.
Antara perkara yang saya akan lakukan untuk tindakan susulan ialah:
a. Saya akan memberi bahan bacaan tambahan yang bersesuaian dengan
murid untuk meningkatkan kefahaman mereka.
b. Saya akan mempelbagaikan aktiviti agar pelajar saya tidak merasa bosan.
c. Saya juga akan memikirkan sesuatu yang kreatif dengan mencari aktiviti
yang bersesuaian di internet.
d. Saya juga akan mendapatkan nasihat dan panduan guru-guru yang
berpengalaman dalam teknik mengajar saya.
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu dan
akan memikirkan pelbagai aktiviti yang menarik serta menacari maklumat tambahan
melalui media cetak dan media elektronik.
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :