Anda di halaman 1dari 13

KELDAI YANG MEMIKIRKAN DIRINYA PANDAI

Pada suatu masa dahulu ada seekor keldai. Ia berfikir dirinya sangat pandai.

Pada suatu hari, keldai berjalanjalan dan sampai ke sebuah kebun.

Keldai memandang kepada buahbuah epal di atas pokok.


Kemudian ia melihat kepada buah labu yang tumbuh pada pokok yang menjalar.

Keldai mengelenggkan kepala sambil berkata dalam dunia banyak benda yang tidak betul.

Seekor burung yang duduk di atas dahan mendengar kata-kata keldai lalu berkata beritahu saya apa benda yang tidak betul.

Keldai terus berkata pokok epal yang besar mengeluarkan buah yang kecil manakala pokok labu yang kecil mengeluarkan buah yang besar.

Burung itu berkata pula inilah kejadian istimewa dunia

Keldai berkata lagi buah epal sepatutnya jadi besar sebesar buah labu dan buah labu jadi kecil sekecil buah epal. keldai berasa bangga lalu menggaru-garu badannya yang gatal pada pokok epal.

Apabila pokok epal bergoyang, sebiji epal gugur dan mengenai kepala keldai.
Keldai berasa sakit lalu menjerit aduh, buah ini hampir memecahkan kepala aku!

Burung itu berkata kamu bernasib baik kerana buah epal tidak sebesar buah labu. Jika tidak kamu tidak ada lagi untuk memberitahu yang kamu sakit.

Keldai mendengar kata-kata burung itu. Ia berasa malu lalu pergi dari situ.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai